Selepas keluar daripada bilik doktor, pembantu klinik akan menyediakan ubat yang ditulis oleh doktor. Pembantu klinik bersama-sama doktor lebih 10 tahun. Walaupun kelulusannya hanya SPM, dia dah faham sangat tentang tulisan doktor. Isu salah beri ubat langsung takkan timbul. Sekali lagi pembantu klinik akan memberitahu tentang cara memakannya. Kos berpatutan dikenakan. Kos ubat termasuk dengan kos perundingan doktor. Kau pun pulang ke rumah dan makan ubat mengikut peraturan. Dan jika ada apa-apa berlaku, kau kembali semula ke klinik. Doktor akan bertanggungjawab atas segala-galanya.
****
Katakan pula kau sakit atau kurang sihat. Kau pergi ke klinik berhampiran dengan rumah kau. Klinik swasta semestinya. Lepas mendaftar kau terus dibenarkan berjumpa doktor. Doktor tidak lagi sibuk merawat pesakit. Doktor banyak masa lapang sebab pesakit semakin kurang. Lepas bertanya beberapa soalan dan memeriksa, doktor pun memberitahu antara punca-punca penyakit anda. Doktor memberi macam-macam nasihat. Tetapi doktor tidak boleh memberi ubat. Doktor tidak boleh lagi menyimpan ubat di klinik. Doktor hanya menulis namanama ubat di atas kertas. Selepas keluar daripada bilik doktor, pembantu klinik menyerahkan kertas tadi kepada kau. Sila beli ubat ini di farmasi berhampiran.
Kos perundingan doktor berdasarkan lama masa kau di dalam bilik rawatan. Antara RM35 hingga RM125 ringgit. Bergantung pada berapa lama kau bersama doktor tadi. Tiada lagi kos perundingan RM5. Tiada lagi kos perundingan RM10. Dan yang penting tiada lagi free consultation. Sebelum kau pulang ke rumah, kau singgah ke farmasi yang berhampiran lalu tunjukkan kertas preskripsi yang diberikan tadi. Pegawai farmasi akan melayan dan bukannya pembantu mereka seperti sekarang. Tapi kau kena tunggu giliran kerana ramai pesakit lain sedang menunggu ubat-ubatan mereka.
Pegawai farmasi akan menyediakan ubat-ubat kau. Bukannya pembantu mereka yang hanya lepasan SPM sahaja. Pegawai farmasi akan menerangkan satu per satu tentang ubat yang kau perlu makan. Kesan-kesan sampingan juga akan diterangkan. Jangan lupa. Kau juga perlu membayar harga ubatan tersebut. Kosnya bergantung dengan jenis ubatan yang diberikan. Original lebih mahal berbanding generik. Kau pulang ke rumah dan makan ubat seperti yang diterangkan. Dan jika ada apa-apa berlaku, kembali semula ke klinik. Doktor akan menyemak ubat satu per satu. Mungkin ada yang sesuai dan mungkin ada yang tidak. Doktor mungkin akan cadangkan ubat baru daripada syarikat ubat yang lain.
Adakah ini yang kau semua mahu Kenapa perlu diubah kepada sesuatu yang sudah terbukti berkesan Dari zaman Tun Mahathir jadi doktor GP dulu pun dialah yang menyediakan ubat kepada pesakit-pesakitnya.
Say No To Dispensing Separation.