Joshua terpinga-pinga. Dahinya berkerut mendengar kata-kata Umar.
Kamu kena bantu aku selesaikan kes ni. Dah enam tahun aku kumpul maklumat ni. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita bongkarkan segalanya. Ujar Umar beriltizam. Mata lelaki itu bersinar-sinar penuh tekad.
Joshua mengerutkan dahinya. Enam tahun dahulu, Umar dan arwah Firdaus sangat berahsia dengan kes yang sedang mereka siasat. Kini lelaki itu seolah-olah sudah bersedia untuk mendedahkan segala-galanya. Tapi sudahkah dia bersedia untuk mendengarnya Mampukah dia mencari pembunuh sebenar Firdaus dan membersihkan nama Danira
Umar melontarkan pandangan kosong ke arah puncak bangunan-bangunan pencakar langit di hadapannya. Dalam enam tahun ini, dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke Kuala Lumpur. Sebaliknya dia bersembunyi di beberapa buah tempat. Tidak pernah sekalipun dia tinggal tetap di satu-satu tempat kerana bimbang nyawanya diancam. Malah semua ahli keluarganya disembunyikan di luar negara.
Umar mengerling ke arah pintu yang terkatup rapat. Joshua pasti sedang lena dibuai mimpi ketika ini. Hanya dia yang terkontang-kanting seorang diri di dalam gelap. Dia tahu Joshua masih marah padanya kerana menghilangkan diri enam tahun yang lalu. Namun tidak ada seorang pun yang tahu apa sebenarnya yang terpaksa dihadapinya.
Kalau bukan kerana orang-orang asli di sebuah perkampungan di hulu selangor menemuinya, pasti sudah lama dia menerima nasib yang sama seperti Firdaus. Hampir dua hari dua malam dia tidak sedarkan diri di rumah Tok Batin. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh sampai ke tempat itu. Dia hanya ingat yang dia mendapat khabar tentang kematian Firdaus. Selepas itu dia diculik beberapa orang lelaki ketika dia dalam perjalanan mahu pulang ke rumahnya. Sedar tak sedar dia berada di rumah Tok Batin Kampit. Menurut lelaki itu lagi, dia ditemui dengan kesan dua das tembakan di dada. Mujurlah peluru itu tidak sampai mengenai jantungnya meskipun dia banyak kehilangan darah.
Siapa yang mahu membunuhnya atau kenapa, semuanya bukan perkara aneh sebenarnya. Jika berurusan dengan kumpulan pengedaran dadah terbesar di ibukota, maka jawapannya adalah maut. Dan dia sendiri sudah bersiap-sedia dengan semua ini apabila dia mengambil keputusan bekerjasama dengan lelaki itu. Tapi sayangnya lelaki itu juga sudah meninggal dunia. Firdaus juga! Yang tinggal kini hanya dirinya. Tapi dia tidak mampu meneruskan semua ini seorang diri. Kerana itu dia nekad mahu meminta pertolongan Joshua. Lagi-lagi dialah orangnya yang meminta Joshua membela Danira Quratul Adnan, gadis yang dituduh membunuh Firdaus, enam tahun dahulu. Pada mulanya dia tidak kenal gadis itu.
Dia menyangka Danira hanyalah kambing hitam untuk menutup sebab kematian Firdaus yang sebenarnya. Rupa-rupanya anggapannya tersasar jauh. Danira sememangnya ada kaitan dengan kematian Firdaus! Gadis itu adalah kunci utama, dan dia harus mencari gadis itu sebelum terlambat! Kerana itu dia pulang ke mari setelah dia mengetahui tentang berita pembebasan gadis itu.
Danira terkejut besar melihat kehadiran Filman di hadapan pintu taska seawal pagi itu. Filman nampak segak berkemeja putih dan berjeans denim. Selalunya Filman akan mengenakan kot hitam dan slack, pakaian yang menggambarkan karisma seorang peguam muda. Tapi pagi ini lelaki itu kelihatan lebih santai dan berbeza.
Awak tak kerja ke hari ni Soal Danira hairan. Dia tahu Filman baru pulang dari Kuching petang kelmarin.
Filman menggeleng seraya tersenyum. Saya bercuti hari ni. Saya datang sebab nak hantar Melly. Ujar Filman lalu melirik Melia di sampingnya. Anak kecil itu tersenyum-senyum memandang Danira.
Danira segera mencapai tangan Melia. Dia mahu beredar ke dalam, namun menyedari Filman masih belum angkat kaki dari situ, hendak tak hendak dia terpaksa menanti. Mata lelaki itu terus meraut wajahnya tak henti-henti, membuatkan dia serba-salah jadinya. Aduh! Mengapa Filman asyik memandangnya seperti itu
Eh Encik Filman, awal sampai hari ni Tak disangka-sangka Siti yang baru sampai menegur lelaki itu pula.
Filman sekadar tersenyum. Saya cuti hari ni Kak Siti. Err..Kak Siti, boleh Kak Siti bawa Melly masuk ke dalam Saya nak cakap sekejap dengan Danira. Pinta Filman tiba-tiba.
*******
Danira tergaman. Merah padam wajahnya menahan malu mendengar kata-kata Filman yang berterus-terang. Dia memberanikan diri memandang ke arah Siti. Namun wanita itu hanya tersenyum penuh makna sebelum mengheret Melia ke dalam rumah.
Sebaik kelibat Siti menghilang, Filman tidak terus bersuara. Sebaliknya lelaki itu seperti sedang berusaha mahu membuka mulutnya.
Awak nak cakap apa dengan saya sebenarnya Soal Danira ingin tahu. Tidak sudah rasanya mereka berdua terus berdiri di situ sedangkan sebentar lagi tempat itu akan dipenuhi ramai ibu bapa yang mahu menghantar anak masing-masing.
bersambung
Bab akan datang:
Apa yang Filman katakan pada Danira sehingga dia menahan malu