LELAKI-LELAKI MERBAHAYA - 83
Semalam bukanlah hari yang sempurna

begitu juga hari ini dan mungkin juga esok kerana kesempurnaan cuma ada di langit dan dunia hanyalah dongeng

Kerana itu tidak ada manusia yang sempurna begitu juga rasa cinta

dan ternyata sajak-sajak yang ku tulis pun tak ada yang sempurna

Kini aku sudah tidak lagi merempat di kaki lima menadah tangan dan meminta-minta bahagia dari orang-orang asing kerana ternyata tak ada satu pun dari mereka yang tertawa jujur

Aku cuma mahu berlegar di bibirmu kerana aku telah temui kebahagiaan dalam sempurnanya tiap senyummu yang ternyata sudah benar-benar berjaya menawan hatiku.