MY PRETTY BOY - 86
QAMRA AIN berdiri di sebalik jendela. Langsir dikuak ke tepi serta-merta cahaya mentari pagi di luar menerjah masuk menerangi sebahagian ruang bilik tetamu. Dari sudut pandangan, tampak jelas kandang arnab yang bertentangan dengan jendela biliknya.

Dari tingkat 1, dia memerhati Tun Tunku Harith sedang memberi arnab-arnab makan. Pantas arnabarnab belaan itu datang mendekati di tepi kandang. Tampak manja lagi bila Tun Tunku Harith mengusap lembut setiap arnab yang leka mengunyah lobak merah. Qamra Ain terhibur namun masih lagi hatinya dihimpit rasa kecewa. Dia harus cuba mengikis perasaan benci yang pernah menapak di relung hati.

Lambaian tangan Tun Tunku Harith mematikan lamunannya sejenak. Dia hanya mampu tersenyum walaupun kelihatan hambar. Lelaki berusia itu menunjuk isyarat tangan menyuruh turun ke dapur untuk bersarapan dengannya sebentar lagi.

Tun Tunku Harith berkalih muka ke arah jendela sebelah. Kelihatan Tunku Hardie berada di tepi jendela seperti biasa. Dia memerhati mereka berdua silih berganti yang hanya terpisah di sebalik dinding bilik. Qamra Ain dan Tunku Hardie perlu disatukan semula hati mereka yang sekian lama terpisah.

Seperti biasa, setiap pagi dia menjadi penghuni setia di tepi jendela. Di atas kerusi roda Tunku Hardie memerhatikan Turbo, arnab pemberian insan yang pernah dicintai sedang bermain-main dengan Tun Tunku Harith di tepi kandang. Dia lebih suka terperuk di dalam bilik jika tiada temujanji rawatan di THSC.

Sejak kebelakangan ini, jarang benar Papanya menjenguk di bilik. Mujurlah ada adiknya, Tunku Hussein menggantikan tempat Tun Tunku Harith di THSC. Sekurangnya dapat meringankan beban yang selama ini ditanggung bersama Tunku Raffzul. Tunku Hardie akui kewibawaan yang dibawa oleh Tunku Hussein yang pakar dalam pelbagai cabang kedoktoran tak dapat ditandingi olehnya. Dia hanya tahu tentang kardiak. Sama seperti Qamra Ain.

Dia punca segalanya. Kalau boleh perbetulkan keadaan, dia mahu kembalikan detik bersama Qamra Ain. Itulah saat paling terindah buatnya. Hanya kenangan itu yang senantiasa bermain di layar mata menjadi pengubat hati yang lara. Ah! Semua sudah terlewat untuk dia!

Tunku Hardie memusingkan kerusi roda hingga ke kepala katil. Bantal diangkat dan sebingkai gambar diambil. Setiap hari, tanpa jemu dia meratap sebuah senyuman di dalam bingkai itu. Di mana kau, sayang

Jangan seksa aku begini, aku terlalu rindukan kau! Hardie, kamu dah bangun

Teguran Tun Tunku Harith di sebalik pintu menyentaknya dari lamunan sejenak. Lantas dia sembunyikan kembali bingkai tadi di bawah bantal. Di sebalik pintu, terjengul kepala Tun Tunku Harith ke dalam bilik. Pintu bilik dibuka seluasnya. Dia mengatur langkah mendekati anaknya.

Hardie, Papa ada hadiah istimewa nak berikan pada kamu, bisik Tun Tunku Harith sambil membelai lembut rambut yang panjang melepasi paras telinga.

Tunku Hardie mengalih pandangan ke arah luar. Terkial-kial dia memusing kerusi roda hingga mendekati tepi jendela. Faham benar Tun Tunku Harith dengan tingkah laku Tunku Hardie yang tak berminat mendengar. Kuku jari yang panjang mencakar-cakar di dinding berkali-kali hingga darah mula mengalir di celahan kuku.

Tak terdaya lagi hendak memujuk hati Tunku Hardie. Sudah bertahun dia cuba memujuk namun anaknya masih di takuk lama. Bila cakap lebih sedikit, mula mengamuk tak tentu hala. Tun Tunku Harith beredar pergi keluar dari bilik yang sudah sedia menanti Qamra Ain di tepi pintu.

Qamra please jangan tinggalkan Hardie lagi, pesan Tun Tunku Harith sebelum beredar turun ke bawah dan menuju terus ke parkir kereta.

Qamra Ain mengiringi dengan ekoran mata hingga lelaki itu hilang di sebalik pintu utama. Nafas ditarik lalu dihela perlahan-lahan. Sembilan tahun terpisah, di pagi ini mereka dipertemukan semula. Di celahan pintu yang tak tertutup rapat, Qamra Ain meninjau ke dalam lalu terpandang ke arah seorang lelaki yang sedang duduk di atas kerusi roda menghala ke arah jendela. Perlahan-lahan dia menolak pintu dan berhati-hati melangkah masuk hingga berada di belakang kerusi roda Tunku Hardie.

Assalamualaikum dan selamat pagi, Tuan Hardie

Tunku Hardie berhenti mencakar. Dia mengerling dengan ekoran mata ke tepi, menganalisa suara tadi.

Terkial-kial dia memusing kerusi roda ke belakang. Tunku Hardie perlahan-lahan mengangkat kepala ke atas.

Qam Qamra! sebut Tunku Hardie tergagapgagap. Dia cuba mencapai tangan gadis itu namun belum sempat mendarat Tunku Hardie jatuh terjelopok di atas pemaidani.

Saya Dr. Qamra Ain, doktor peribadi Tuan mulai dari hari ni. Selamat berkenalan, Tuan Hardie. Harap kita berdua dapat berkerjasama, Qamra Ain perkenalkan diri dengan serius seperti tak pernah mengenali satu sama lain. Dia sedaya upaya mengukir segaris senyuman meski pun terasa perit di dalam hati setiap kali tragedi di kondo itu bermain-main di ruang mata.

Qam Qammmm raaa serunya terkapaikapai keseorangan terbaring di atas permaidani dengan seribu kekesalan di hati.

R

EDUP mata Tunku Hardie memandang ke wajah Qamra Ain yang leka membasuh luka berdarah di celahan anak-anak jari akibat cakaran tadi dengan tisu swab. Dia rindukan kelembutan sentuhan Qamra Ain sekian lama. Masih seperti dulu. Renungannya dari tadi tak putus-putus dari terus menatap pada seraut wajah yang teramat dirindui.

Qamra Ain mencapai kit kecemasan dan membuka penutup seluasnya. Matanya tercari-cari sesuatu. Akhirnya ternampak beberapa keping handyplast yang tersusun kemas dalam kit. Satu demi satu dikoyak dan kemudian dibalut mengelilingi jari-jari yang sudah siap dibersihkan. Sesudah itu, Qamra Ain mengemas semula kit kecemasan dan bangkit dari kerusi untuk beredar pergi.

Qamm Qammmra panggil Tunku Hardie perlahan dan pantas tangannya memaut lengan gadis itu.

Langkah Qamra Ain terhenti. Dia merentap perlahan tangan dari pegangan Tunku Hardie. Sambil melangkah, diperhatikan sarapan pagi yang dibawa oleh Mbak Dewi masih belum berusik.

Tuan Hardie, jangan lupa sarapan. Esok pagi, saya bawa Tuan keluar fisioterapi dengan saya. Hari ni saya ada perbincangan dengan Tuan Harith tentang kronologi kes, Tuan. Saya pergi dulu, pesan Qamra Ain sambil tunduk hormat.

Tung tunggu du dulu, Qamm raaa, seru Tunku Hardie.

Qamra Ain terhenti di muka pintu. Nafas panjang dihelakan dan kemudian terus beredar keluar dari bilik tanpa menghiraukan panggilan tadi.

Qamra, berilah aku peluang untuk mohon kemaafan dari kau. Aku aku tak mampu untuk menanggung derita di atas kehilangan kau untuk sekali lagi!