Aku rasa dah beribu kali aku cerita pasal kekecewaan aku terhadap dilema MC ini. Aku selalu cuba bersangka baik dengan pesakit-pesakit aku. Sakit adalah sesuatu yang sangat subjektif. Sakit adalah suatu benda yang kita tak nampak. Bila pesakit datang mengadu sakit kepala, kalau aku belah dah keluarkan otaknya sekalipun, aku takkan jumpa bukti sakitnya. Bila pesakit mengadu sakit pinggang, kalau buat x-ray pun belum tentu nampak sakitnya. Bila pesakit mengadu sakit senggugut, takkan aku nak belah perutnya Jadi kalau pesakit masuk dalam bilik rawatan dan mengadu sakit, apa yang boleh aku buat selain percaya apa yang dia kata Takkan aku nak kata dia bohong Takkan aku nak soal selidik sampai dia akhirnya mengaku dia tak sakit Masa keluar kereta jalan berlenggang, masa daftar di kaunter boleh senyum simpul, masa menunggu giliran boleh asyik dengan game dalam handphone nya, tetapi bila masuk bilik doktor mengadu satu badan semua sakit-sakit. Tiada yang tak sakit melainkan semuanya sakit belaka.
Aku diajar untuk mempercayai orang lain. Aku tidak diajar untuk mencurigai orang lain. Tetapi 20 tahun pengalaman banyak mengajarku. Selok-belok dan tip-tip menangkap penipu MC bersiri. Aku banyak belajar daripada pengalaman. Pengalaman pahit terutamanya.
Disergah oleh HR. Disergah oleh majikan. Disergah oleh pembantu pejabat peguam. Kenapa mudah sangat beri MC Kenapa beri MC sampai 2 hari Kenapa pesakit boleh balik kampung lepas dapat MC Aku tak suka dilabel sebagai doktor yang baik. Aku lagi tak suka dilabel mudah sangat memberi MC. Setiap MC yang aku tulis aku timbang tara secukupnya. Semua segi dan sudut aku tengok. Layak atau tidak. Boleh atau tidak. Perlu atau tidak. Tetapi masalahnya, aku juga manusia biasa. Perasaan kasihan kadang-kadang melebihi perasaan profesional. Kalau ikutkan sikap profesional sebagai doktor, lebih 40% pesakit aku sememangnya tidak layak mendapat MC. Itulah realitinya.
Kaki MC tidak mengenal bangsa dan agama. Melayu, Cina, India sama sahaja. Pantang ada cuti panjang, masing-masing nak menyambungnya dengan MC. Pantang ada musim panas,
masing-masing sibuk dengan sakit kepalanya. Pantang ada musim hujan, masing-masing sibuk dengan batuk selesemanya. Pantang ada musim kenduri, masing-masing sibuk dengan ciritbiritnya. Dan pantang ada musim mengawan, masing-masing sibuk dengan sakit pinggangnya.
Sebenarnya aku dah lama give up. Aku dah malas nak bertekak. Kalau aku rasa nak beri aku beri. Kalau aku rasa tak layak aku tak beri. Apa alasan sekalipun, kalau aku rasa tak nak beri aku teguh pegang prinsip aku. Nak tunggu kat parking lot tunggulah. Nak tunggu dekat pintu kereta tunggulah. Nak datang bawa lawyer datanglah. Dan kalau berani nak ajak bertumbuk silakanlah.
Selama ini aku tidak menjual MC. Selama ini aku tidak bersubahat menipu untuk dapatkan MC. Tetapi ramai juga yang menipu aku untuk dapatkan MC. Ramai juga yang buat ceritacerita sedih untuk dapatkan MC. Anak sakit. Emak sakit. Hati sakit. Bukan aku tak tahu,
cuma aku buat-buat tak tahu. Sebab kalau aku ambil tahu, aku jadi stress. Bila aku stress, tekanan darah aku naik. Bila tekanan darah aku naik, semua benda jadi serba tak kena. Aku balik awal. Aku tutup kedai awal dan aku akan pergi buat bendabenda bodoh.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa aku yang lalu.