******
Wajah Melia yang tertidur pulas sambil memeluk teddy bear yang dibelikannya tempoh hari, membuatkan bibirnya tersenyum senang. Anak itu makin besar dan makin keletah. Malah kadangkala sudah tahu merajuk panjang dengannya. Mujurlah anak itu mempunyai kelemahan. Hanya dengan teddy bear, Melia akan ceria semula tanpa perlu susah-susah dipujuk. Filman memandang di sekitar bilik anak gadisnya. Hampir di setiap ruang di bilik itu dipenuhi dengan teddy bear yang sentiasa menjadi umpan tebaik untuk memujuk.
Ketika dia mahu bangkit dari birai katil, tiba-tiba dia terpandang sekeping bingkai lukisan terletak elok di atas katil di sebelah bantal anaknya. Tertarik dengan isi kandungannya, Filman duduk semula lalu segera mencapai bingkai tersebut. Matanya tertancap ke arah paparan imej di atas kertas lukisan itu yang dilorek dengan pensil. Imej di dalamnya menunjukkan seorang anak kecil yang tak ubah seperti Melia sedang berpimpin tangan dengan seorang lelaki menuju ke arah sebuah kereta. Lelaki di dalam lukisan itu pula tak ubah seperti dirinya. Dia membelek-belek lukisan itu lalu terpandang initial nama Danira di bawah kertas lukisan tersebut, membuatkan senyumannya mula bermain di bibir. Tentu Danira yang melukisnya untuk Melia, detik hati kecil Filman.
Selesai menyelimuti tubuh kecil itu, Filman lantas kembali ke biliknya. Dia membuka laptopnya. Masih ada sedikit kerja yang harus disiapkannya sebelum dia masuk tidur. Namun untuk sejenak, laptop itu hanya terpasang tanpa disentuh. Fikiran Filman tenggelam dalam ruang kosong. Ingatannya menerpa pada seraut wajah ayu yang bersarang di fikirannya.
Hadiah rantai yang dibelinya di Kuching tadi sudah diberikan pada gadis itu. Mulanya dia hendak memakaikannya di leher gadis itu, tapi dengan pantas Danira menolak. Kotak kecil itu segera disimpan Danira di dalam begnya. Dia faham, gadis seperti Danira pasti merasa tidak manis apabila dia menawarkan diri memakaikan gadis itu dengan rantai pemberiannya.
Filman mengeluh panjang. Mengingatkan gadis itu, entah kenapa dia jadi bingung. Ada banyak persoalan tentang Danira yang tidak pernah terjawab. Dia benar-benar mahukan gadis itu mempercayainya sepenuh hati. Malah dia juga mahu Danira benar-benar merasa memerlukannya. Tapi kenapa setiap kali dia cuba mendekati gadis itu, Danira dirasakan begitu jauh darinya Bayang-bayang gadis itu seolah-olah sentiasa cuba menghindar diri darinya. Seolah-olah ada jurang besar di antara mereka yang gagal dilihatnya!
Sedang fikirannya bertebar jauh, telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Filman menoleh. Melihat nama temannya Haris terpampang di situ, dia cepat-cepat menjawab panggilan Haris.
Hello Fil, aku dah dapat maklumat nombor kereta yang kau minta aku kesan tempoh hari. Ujar lelaki itu melalui talian.
Im listening
Menurut maklumat, nombor kereta tu didaftarkan dengan syarikat Mednex Laboratories. Beritahu Haris.
Mednex Laboratories Dahi Filman berkerut. Ingatannya tiba-tiba singgah pada Datuk Kahirul. Bukankah lelaki yang ditemuinya di majlis ulangtahun syarikat Datuk Parish adalah CEO syarikat farmaseutikal itu Kenapa lelaki-lelaki yang ada kaitan dengan syarikat itu mengekori Danira Apa sebenarnya yang sedang berlaku
Terima kasih Haris. Sorry aku ada tugas lain untuk kau. Harap kau tak kisah.
Apa dia
Aku nak minta kau tolong aku cari orang hilang. Maklumat terperinci aku akan fax ke pejabat kau secepat yang mungkin.
Usai berbual-bual singkat dengan lelaki itu, Filman menamatkan perbualan. Dia menarik nafas panjang. Harap-harap temannya Haris mampu mencari adik Danira yang hilang itu. Diam-diam Filman menyimpan harapan besar untuk membantu anak gadis itu.
Joshua mengeluh panjang melihat kelibat lelaki itu dari jauh. Buat beberapa ketika dia hanya berdiri di situ, memandang ke arah lelaki itu. Wajah lelaki itu kelihatan cukup serius. Di hadapannya hanya ada secangkir kopi yang sesekali dihirup.
Ketika dia dihubungi lelaki itu petang tadi, dia tahu benar apa mahunya lelaki itu. Kerana itu hatinya berat mahu bertemu lelaki itu malam ini. Tapi setelah dicongak sebarang kemungkinan, lambat atau cepat pertemuan yang sama akan tetap menyusul jua akhirnya. Dan dia terpaksa berhadapan dengan lelaki itu samaada dia suka ataupun tidak.
Hendak tak hendak, kaki Joshua mula merapati titik pertemuan mereka. Kemunculannya dengan cepat disedari. Namun saat lelaki itu menghalakan pandangan ke arahnya, dia agak gugup. Ternyata aura lelaki itu masih belum lenyap. Lelaki itu masih mampu membuatkan dia berasa kerdil dengan hanya sekadar renungan kosong.
Joshua tunduk hormat sebelum mengambil tempat duduk di hadapan lelaki itu. Seorang pelayan datang menghampirinya, namun dengan cepat dia menggelengkan kepala.
bersambung
Bab akan datang:
Dengan siapa Joshua berjumpa Siapa yang diperhatikannya