Ada satu kilang dekat dengan klinik aku. Pekerjanya semua warga Nepal. Entah macam mana dia lantik klinik aku sebagai panel. Dan entah macam mana limit setiap kali rawatan cuma RM30.00. Aku memang dah lama beritahu manager aku, kalau limit kurang daripada RM50 aku tak nak terima sebagai panel tetapi yang ini terlepas juga disebabkan agreement dah sain, nak tak nak kena terima juga.
RM30 memang tak banyak, terutama di zaman yang serba mahal sekarang. Kos ubat dan kos perundingan hanya cukupcukup makan sahaja. Aku ada banyak masalah dengan kilang ini, terutama pekerjanya yang langsung tak tahu berbahasa Malaysia. Setiap kali datang pening kepala staf nak cari kad mereka. Bila ditanya semuanya kata first time datang. Kalau datang pun takda bawa dokumen atau pasport. Hanya sehelai surat daripada kilang. Nama pun tulis lebih kurang sahaja. Nama mereka semuanya pun hampir sama. Tamang Bahadur atau Bahadur Tamang. Itu sahaja. Lain dipanggil lain yang menyahut.
Bila jumpa aku kompelin macam-macam. Bila kompelin macammacam, kena check macam-macam. Lepas tu kena beri ubat macam-macam, tetapi dengan RM30 zaman sekarang, ubat apa yang aku boleh beri Kalau ikut manager, charged lebih takpa. Lebihnya suruh pekerja bayar tunai. Selesai masalah. Memang senang. Senang bercakap. Tetapi masalahnya mereka datang langsung tak bawa duit. Duit takda katanya. Lalu selalunya kita hutangkan dahulu. Pesan lain kali datang bayar. Bila datang lain kali dia kata tak pernah datang. First time coming. Maka buat kad baru. Jadi hutang tak dapat dikutip. Kalau satu pesakit hilang RM10-RM15 sehari 5 pesakit, seminggu 25 pesakit. Sebulan Memang ada kesannya kepada keharmonian perjalanan klinik. Bila hutang dah semakin tak berbayar, aku cuba minimumkan ubat. Beri ubat yang wajib sahaja. Tetapi lepas dua hari mereka datang balik. Sakit tak baik-baik. Lepas tu management siap tulis memo dalam slip.
Please treat him properly.
Nak sahaja aku hantar balik memo kat mereka.
How to treat properly with your RM 30
Ada satu kes beberapa minggu lepas. Seorang pekerjanya pengsan di kilang. Demam hampir 40 darjah. Mulut dah meracau-racau. Aku nak je suruh ke hospital kerajaan. Tetapi kata kawan yang membawanya No transport. Mereka datang pun berjalan kaki tanpa dokumen dan kenderaan, bagaimana mereka nak ke hospital kerajaan Sebagai doktor aku buat perkara sewajarnya. Beri satu suntikan. Beri ubat demam. Dan masukkan iv drip. Lepas sejam setengah dia beransur pulih. Dah boleh senyumsenyum dan ketawa-ketawa. Tetapi aku yang termenung. Nak call office dah luar waktu pejabat. Jadi aku bertawakallah. Aku claim macam biasa. Kalau takda rezeki aku reda. Aku tulis satu memo kat management. Aku kepilkan bersama-sama surat MCnya. Tapi sampai sekarang tiada maklum balas.
Kat dalam FB ada satu cerita yang dikongsi di kalangan doktor. Seorang doktor pakar di luar negara yang sentiasa mendahulukan pesakit berbanding duit. Kalau ada pesakit yang tak mampu bayar, dia sanggup beri perkhidmatan percuma.
Malah dia sanggup keluarkan duitnya sendiri untuk dibayar kepada pihak hospital. Aku hormati sikap juga semangatnya. Betul, doktor memang kerjaya yang mulia. Doktor senang nak dapat pahala. Boleh dikira di akhirat kelak. Malah di dunia pun Allah dah kira juga. Senang perjalanan kehidupannya. Walaupun tak disenangkan dengan wang ringgit, Allah bayar dengan lainlain. Ketenangan fikiran, kebahagiaan hidup, kesihatan sebab itu lebih utama berbanding wang ringgit.
Tetapi ada kalanya aku rasa tak puas hati. Bukan dengan pendapatan aku, tetapi dengan pesakit-pesakit yang lain. Pesakit lain membayar pada harga penuh, menunggu lama untuk berjumpa dengan aku. Tetapi mereka-mereka ini, senang-senang mengambil kesempatan. Ada panel yang hanya beri limit RM25 sahaja, tetapi mereka boleh membayar lebihan bayaran tanpa banyak bicara. Aku turut merasai perasaan tak puas hati staf-staf aku. Mereka yang susah payah mendaftar, mereka yang susah payah mencari kad, mereka juga yang susah payah melayan karenah mereka, tetapi apa yang mereka dapat Takkan sekadar percuma sahaja Aku paling tak puas hati dengan majikannya. Yang sekadar memerah tenaga para pekerjanya. Kebajikan mereka hanya sedikit nilainya. Aku pasti gaji mereka murah sebab itu mereka tak mampu membayar, sebab itu mereka sentiasa tiada wang dan sebab itu juga mereka asyik sakit.
Kos perubatan sememangnya semakin mahal. Di sana sini semua orang mengeluh. Kalau tiada ribu-ribu di tangan, janganlah berani-berani nak ke hospital swasta. Kecualilah ada kad perubatan. Itu pun kena semak betul-betul. Tak semua penyakit mendapat perlindungan insurans. Tak pasal-pasal kena keluar duit sendiri. Tetapi jangan takut dan bimbang. Klinik swasta ada. Tak kira warganegara ataupun tidak, tidak kira ada pasport ke tidak, tidak kira pandai berbahasa Melayu atau tidak, dengan RM30 pun masih boleh mendapatkan rawatan. Dan kalau tak dapat MC, boleh lari tanpa perlu membuat apa-apa bayaran.