Beb, Akhirnya Aku Dilamar - 9
BAB 9

SUDAH dua hari Felisha tak jenguk kedai bunga. Entah apa yang berlaku semasa ketiadaannya.

Kak! Ainul dah tersengih sebaik Felisha menapak ke kedai.

Macam mana jualan Felisha turut melemparkan senyuman.

Alhamdulillah kak. Banyak permintaan bunga dahlia. Stok dah nak habis. Ainul tunjuk ke arah deretan bunga dahlia di rak tepi yang dah tinggal sedikit.

Oh ya ke Alhamdulillah. Bunga lain

Bunga ros dan tulip pun ramai yang beli.. Ainul sengih lagi.

Hmmsengih-sengih niada apa-apa ke Felisha letak beg tangan dalam laci meja. Fail akaun dibuka perlahan.

Hujung tahun nanti, bolehlah dapat bonus lebih sikit kan kak Ainul duduk di depan bos mudanya.

InsyaAllahkalau capai target, akak akan bagi dua bulan bonus! Felisha tersenyum riang.

Ainul dah melompat kegembiraan. Dia segera ke kaunter depan menunggu pelanggan.

Felisha senyum. Memang Ainul boleh diharap. Rajin mengemas dan menghias kedai. Bunga-bunga disusun kemas di rak. Mana yang dah layu diganti dengan yang baru. Fail akaun dibelek sekilas. Memang banyak bunga terjual untuk bulan tu.

Kak! Ada orang nak jumpa!

Felisha mendongak. Suara kuat Ainul melaung dari depan kaunter begitu kuat menerjah telinganya.

Siapa Laung Felisha semula.

Entah! Dia kata dia kenal akak!

Felisha berkerut kening. Hmm..siapa pulak ni Perlahan dia bangun. Terjenguk-jenguk melihat melalui cermin bilik pejabatnya. Seorang gadis kecil molek yang membelakanginya sedang mencium bunga ros yang segar berkembang di atas rak. Dia menapak perlahan ke arah gadis tu.

Gadis tu berpaling.

Laa! Alia ke Felisha senyum.

Alia peluk Felisha.

Kenapa ni Felisha dah berkerut kening dengan gelagat Alia.

Kak.. Alia tarik tangan Felisha masuk ke pejabat.

Felisha hanya menurut rentak Alia.

Ada apa Alia datang ni Nak beli bunga lagi ke Felisha dah bingung. Muka Alia dah sugul.

Memang Alia nak beli bunga ni tapi ada hal lain Alia nak cakap dengan akak. Alia duduk di kerusi.

Hal apa Felisha turut duduk di sebelah Alia.

Pasal abang Fariz.. Alia dah sugul.

Kenapa dengan dia Muka Felisha dah lain. Malas sebenarnya nak ambil tahu hal mamat tu.

Dia..dia.. Alia tunduk.

Dia apa

Dia kemalangan semalam. Sekarang ada kat hospital.Alia dah sebak.

Felisha menelan liur. Lama Alia ditenung. Budak ni.. betul ke main-main

Errteruk ke Felisha cuba berdamai. Kalau betul, kesian jugak kat mamat tu.

Teruk la jugak. Kaki dia dah patah riuk! Alia peluk Felisha. Teresak-esak dia menangis di bahu Felisha.

Errsabarlah dik. Doakan abang Fariz tu sembuh cepat. Felisha cuba tenteramkan Alia. Haih..aku pulak kena jadi kakak tak bertauliah. Nak jauh dari Fariz, makin dekat pulak jadinya.

Kak..jomlah tengok abang kat hospital. Kesian abang. Mama dan papa sibuk. Malam baru mama temankan abang. Siang hari ni, tak ada siapa yang nak temankan. Jom la kak temankan Alia tengok abang.. Alia memujuk Felisha.

Felisha garu kepala. Haih..macam mana ni Aku tak ada kena mengena dengan mamat tu. Buat apa aku nak jenguk dia Adoih

Akak fikir apa Mama dah tanya banyak kali pasal akak. Mama yang suruh Alia datang jemput akak kat sini. Alia dah merajuk.

Hmm..baiklah. Sekejap, akak beritahu pembantu kedai akak sekejap. Felisha mengalah. Dia bingkas bangun menuju ke tempat Ainul. Sempat suruh Ainul bungkus sejambak bunga ros merah dan putih.

FELISHA dan Alia mula bergegas ke hospital. Sepanjang perjalanan, Felisha tak henti berfikir. Masih sangsi dengan apa yang Alia beritahu tadi. Dia jeling Alia di sebelah. Riak Alia masih seperti tadi.

Kita dah sampai. Abang Fariz kat wad mana Felisha bawa sejambak bunga tadi.

Dia di wad tiga. Katil nombor 7. Alia senyum. Mereka menapak masuk sebaik pintu lif terbuka.

Felisha hanya mengikut rentak Alia. Betul ke mamat tu kemalangan Entah-entah berlakon je tak Tiba di tingkat tiga, Alia terus tarik Felisha ke arah wad tiga. Tersondong Felisha bila ditarik begitu.

Oh maaf! Felisha menoleh. Bahunya sudah terlanggar bahu seseorang.

Tak apa..

Aqif Felisha terkedu. Aqif segak dengan baju kot doktor berjalan menuju ke sebuah wad di situ.

Err..maaf..awak kenal saya Aqif pandang Felisha. Matanya beralih pada sejambak bunga ros merah dan putih.

Maaf..saya pergi dulu. Felisha terpaksa ikut rentak Alia yang semakin kuat menarik tangannya. Muka Alia sudah mencuka.

Alia menguak pintu bilik. Felisha yang berdiri di belakang Alia mula menjenguk ke dalam. Terbeliak melihat keadaan Fariz. Kaki kanan berbalut penuh dan tergantung di tiang.

Biar betulhari tu elok je mamat ni.. Gumam Felisha.

Kakmasuklah.. Alia tarik tangan Felisha mendekati katil Fariz yang dah terbongkang di situ.

ErrAlia nak ke mana tu Felisha menoleh ke arah Alia yang melangkah keluar dari bilik.

Akak boraklah dengan abang. Alia tak nak kacau. Alia tunggu kat luar je.. Alia tutup pintu bilik.

Felisha menelan liur. Matanya menala pada Fariz yang masih nyenyak tidur. Bunga disusun dalam pasu di atas meja kecil sebelah katil. Ada sebakul epal merah dan epal hijau di situ. Tak terusik.

Hmm..nak borak apa macam ni. Dia pun dah mimpi sampai kayangan agaknya.. Felisha intai Fariz yang masih lena. Matanya melilau pada kaki Fariz yang berbalut. Tulah kata kat aku bawa kereta tak betul. Tengok! Dia sendiri jatuh motosikal! Memang dia yang tak reti bawa motosikal, ada ke boleh langgar itik yang terkedek-kedek berjalan dalam barisan. Tak pasal-pasal mati dua ekor itik! Teringat cerita Alia tadi masa dalam perjalanan ke hospital. Felisha senyum sendiri. Dia cuba sentuh kaki Fariz yang sudah berbalut.

Hei! Awak buat apa ni

Tersentak Felisha mendengar suara kuat Fariz. Matanya membuntang. Bila masa dia ni sedar

Huh! Tahu je aku nak pegang kaki dia.. Felisha menggumam.

Jangan sentuh apa pun! Haram! Fariz mencebik.

Felisha mengetap bibir. Sakit macam ni pun masih ada hati nak marah aku! Aku datang ni pun dah cukup baik. Dia pegang tangan aku selamba dek jetak ingat halal haram pulak masa tu! Geram!

Boleh tak awak cakap elok-elok sikit Saya datang melawat awak ni dah kira cukup baik tau tak Felisha dah geram. Dah sakit macam ni, masih lagi nak tengking aku! Suara pun dah macam suara katak panggil hujan!

Saya tak suruh pun awak jenguk saya! Mimpi apa awak datang sini Ohnak ketawakan saya la ni! Dah patah riuk macam ni, awak memang suka kan Fariz jengil ke arah Felisha yang dah muncung. Suara dah tersekat-sekat.

Apa awak cakap ni Tak ingin saya nak jenguk awak! Alia dan mama awak yang sibuk suruh saya datang sini. Felisha bingkas bangun. Rasa nak blah masa tu jugak!

Baguslah! Buat apa lagi tercegat kat situ Blah lah!

Felisha mengetap bibir. Kedua tangannya dah digenggam kuat. Ingat aku ni nak sangat ke tengok muka kau

Apa yang kecoh ni

Felisha menoleh ke arah pintu bilik. Puan Suraya dan Alia dah tersenyum di situ.

Makcik Felisha mencium tangan Puan Suraya.

Datang pun Sha. Terima kasih kerana sudi jenguk Fariz ni.. Puan Suraya senyum meleret.

Tak ada apa la makcik Felisha cuba mengukir senyum.

Riz dah makan ubat Puan Suraya mendekati Fariz.

Belum mamabaru bangun. Entah penyibuk mana datang tadi, terjaga dari tidur. Kacau je. Fariz jeling Felisha yang masih berdiri di tepi katil.

Puan Suraya senyum penuh makna. Dia letak mangkuk tingkat di atas meja. Mangkuk bubur dikeluarkan sekali.

Makan dulubaru makan ubat..

Felisha dah bengang. Nampak sangat aku yang gatal nak mengurat dia! Tak apaalang-alang dia tuduh aku macam tu, aku akan buat betul-betul! Lagipun memang aku nak buat mamat ni sampai jatuh cinta dengan aku! Itu tujuan aku berbaik dengan dia! Biar dia rasa bila aku tinggalkan dia nanti!

Errmakcikbiar saya yang suapkan. Felisha capai mangkuk bubur dari tangan Puan Suraya.

Ya la Puan Suraya beri laluan pada Felisha.

Felisha duduk semula di kerusi tadi. Dia ceduk satu sudu dan dihala ke mulut Fariz.

Hish! Apa ni Fariz tepis sudu bubur.

Riz, tak baik buat macam tu. Ada orang nak suapkan tumakanlah. Nanti nak makan ubat pulak. Puan Suraya pujuk Fariz.

Terpaksa Fariz mengikut kata Puan Suraya. Felisha dijeling tajam. Mengada-ngada minah bunga ni. Nak tunjuk rajin la pulak.

Felisha senyum. Mulai saat ini, detik ini, aku akan buat kau jatuh cinta dengan aku! Bubur disuap kasar ke mulut Fariz.

Woi! Ni nak suap ke nak sondol Fariz jeling Felisha yang laju menyuap bubur. Dah penuh bubur dalam mulutnya.

Makan jelah.. Puan Suraya jeling pula Fariz.

Alia dah ketawa mengekek.

Felisha sengih. Rasa kau!

Errmakcik, saya minta diri dulu. Ubat pun dia dah makan tu. Felisha mencium tangan Puan Suraya semula sebelum beredar dari situ.

Ya lakirim salam pada mak ayah ya. Puan Suraya sentuh bahu Felisha.

InsyaAllah makcik. Alia, akak pergi dulu.. Felisha pandang pula Alia. Sempat menoleh ke arah Fariz.

Blah cepat lagi bagus! Fariz dah palingkan muka ke arah lain.

Puan Suraya hanya geleng.

Rizkenapa ni Mama tengok Sha tu baik orangnya. Sopan, cantik..apa lagi yang tak kena

MamaRiz tak kenal pun dia tu. Mama dah salah faham. Riz sedikit pun tak ada perasaan kat perempuan tu! Fariz berterus terang.

Riz..apa salahnya kalau Riz berbaik dengan Sha. Mak ayah dia pun baik. Riz sendiri dah pergi rumah dia kan Puan Suraya mengeluh.

Mamaperasaan dan hati tak boleh dipaksa. Riz tak akan nikah dengan perempuan yang Riz tak suka. Ramai lagi perempuan yang lebih baik dari minah tu! Fariz dah geram. Macamlah tak ada perempuan lain! Apa, dah pupus ke semua perempuan dalam dunia ni

Entahlah Riz..mama dah pening dengan Riz ni. Perempuan macam mana yang Riz suka Puan Suraya pandang Fariz tak berkelip.

Itu mama jangan risau. Bila tiba masanya nanti, Riz akan jumpa juga dengan calon isteri Riz dan Riz akan kenalkan dengan mama. Fariz senyum. Haih.manalah Ms. Specky yang aku suka dulu tu. Sampai sekarang tak pernah jumpa lagi. Dah kena telan bumi agaknya..lenyap terus!

Mana nak cari dia ni

Kalau Riz tak jumpa juga macam mana Puan Suraya jeling Fariz yang dah sengih.

Alah..akan jumpa juga mama. Percayalah! Fariz kenyit mata.

Abang..selama ni abang tak pernah pun kenalkan sesiapa pun kat mama. Abang tu, dulu sibuk belajar. Dah habis belajar, sibuk pulak dengan kerja. Tak nampak pun abang keluar dating ke apa ke Bergayut pun tak ada jugak. Entah-entah abang niada hati dengan lelaki tak Eiiiyeerr!! Alia mencebik.

Hish! Budak ni! Cakap tak sayang mulut! Abang normal lah! Fariz jeling Alia yang tersengih di tepi tingkap.

Kalau dah normal, mengapa tak ada sorang pun perempuan yang dekat dengan Riz Entah-entah Riz ni yang jual mahal tak Puan Suraya menyokong kata-kata Alia.

Mamasoal nikah bukan main-main. Dan soal calon isteri pun bukan main-main. Riz nak seorang yang memahami dan menyayangi Riz nanti. Bukan kasar macam minah tu! Fariz gosok lengannya yang dah rasa sengal.

Mama tengok okey je Sha tu. Mana ada kasar

Memanglah depan mama dia sopan. Berlakon. Belakang mamaFariz tak nak mengalah. Teringat kakinya yang dipijak Felisha masa di restoran mamak dulu.

Adik nak tengok sejauh mana abang nak sombong dengan kak Sha! Alia berpeluk tubuh. Abang aku ni, sombong gila! Kalau kak Sha tu blah betul-betul, baru tahu!

Boleh mimpi! Fariz muncung. Minah tu memang muka tak malu langsung! Selamba je nak suap aku!

Oh ya mama! Tadi Taj ada datang. Mak long dan pak long kirim salam. Fariz ubah topik.

Ya Bila mereka datang

Sebelum minah penyibuk tu muncul! Fariz ketap bibir.

Riz! Tak baik cakap macam tu! Entah-entah minah penyibuk tulah jadi isteri Riz esok-esok! Puan Suraya geleng.

Tak ada maknanya mama! Never! Fariz kuis-kuis pembalut kakinya. Entah apa istimewa sangat minah bunga tu! Sampai mama aku pun dah pandai backing! Eii!! Menyampah!

Riz, mama ingat Riz kena banyak berehat. Mama dah call opah kat kampung. InsyaAllah, lepas Riz dibenarkan keluar hospital nanti, kita balik kampung. Mama nak Riz berehat seminggu dua kat sana. Kalau kat sini, mama tengok Riz masih nak buat kerja pejabat. Puan Suraya mengelus lembut rambut Fariz.

Papa okey ke Fariz renung mata Puan Suraya.

Papa pun ikut sekali. Hal pejabat tu, dia dah serahkan pada Encik Zamarul untuk uruskan beberapa projek yang masih tertangguh.

Fariz angguk-angguk.

Hmmnanti kat kampung, ada orang yang jaga Riz nanti. Puan Suraya tersenyum gembira. Ada riak ceria di wajahnya.

Maksud mamaopah ke Fariz dah sengih.

Bukan

Bukan Habis tu siapa Fariz dah berkerut kening.

Puan Suraya hanya mengukir senyum. Pertanyaan Fariz tidak dijawab.

Mama balik dulu..kejap lagi papa nak makan tengah hari. Petang nanti, mama datang lagi sayang. Puan Suraya kucup dahi Fariz.

Mama! Siapa Tanya Fariz lagi. Masih tak puas hati.

Mama balik dulu. Makan ubat tau!

Fariz hanya melihat mama dan Alia berlalu pergi.

Siapa Fariz dah mengusap dagu. Masih berteka-teki.