Dude! I'm Getting Married - 9
BAB 9

JAI sibuk membuat laporan ujian. Nik, pembantunya juga turut menolong menyiapkan data. Pejam celik, dah tiga bulan lebih dia bekerja di makmal tu.

Abang Jai, sampel ni nak buat macam mana Nik tunjuk sebungkus serbuk susu yang baru dihantar pelanggan tadi.

Oh..cuba check kat borang permintaan ujian tu. Rasanya nak buat ujian Salmonella tu Jai masih melekat pada skrin komputer.

Nik angguk. Dia segera ke bilik ujian.

Siapa pulak call aku ni Jai jeling telefon bimbit di atas meja.

Assalamualaikum!

Jai, hujung minggu depan jadi tak datang rumah aku

Laa..kau ke Acik. Ada apa hujung minggu depan

Keluarga aku ada buat makan sikit..aku jemput kau dan Koci sekali.

Kau ni..tak sempat-sempat. Kat rumah karang kan boleh bagi tahu. Jai dah sengih.

Masa aku ingat ni..aku bagi tahu la. Ok bro chow dulu!

Talian putus.

Hmm..buat makan Ada majlis kenduri ke apa Jai berkerut dahi.

KUNCI motosikal dicampak ke atas meja. Jai rebahkan tubuh di sofa panjang. Kaki terjuntai di hujung sofa.

Huhpenat jugak kerja ni. Tak duduk diam..nak kena buat media sendiri, autoclave lagi..buat testing..hmmtapi seronok jugak.. Jai pandang siling. Lengan diletak atas dahi.

Ehem!!

Jai menoleh.

Dah pandai mengelamun nampak Koci letak beg kerjanya di atas meja.

Hish! Tak ada maknanya nak mengelamun ni..kau tu..awal pulak balik. Ada site visit lagi ke Jai sandar di sofa.

Emm..macam tu la.. Koci menongkat dagu.

Apa hal kau ni Jai pandang Koci yang dah monyok.

Mak aku..tadi dia call..dia tanya bila aku nak nikah. Kalau aku tak ada calon lagi, dia nak masuk meminang seorang gadis ni.

Jai ketawa terbahak-bahak.

Weh! Kau ni kenapa Ketawa macam nampak monyet menari ni Koci tepuk bahu Jai. Adoiya!! Aku sekeh karang mamat ni! Aku dah buntu, dia pulak ketawakan aku! Koci dah jeling tajam.

Tu la..dulu kau ketawakan aku, sebab aku dipaksa bertunang. Sekarang ni, kau pulak! Apa kau nak buat Jai cuba menahan ketawa. Muka Koci dah pucat. Tahu pun tak nak kena paksa.hihihi..

Kena cari calon la! Koci sandar malas di sofa. Kusut.

Tu la..sekarang ni kau dah terdesak. Alah..kau pilih je mana yang berkenan. Awek kau ramai apa! Jai kalih siaran tv.

Tu yang susah tu.. Koci garu kepala.

Apa yang susahnya..

Macam kau kata dulu la..tak ada sorang pun yang aku berkenan. Ciri-ciri yang aku nak tak ada..

Kau tu memilih..perempuan ni boleh dibentuk Koci. Kalau kau nak cari yang sempurna, everything perfect..mana ada. Yang

penting sekarang ni, kita sendiri perlu berubah jadi baik. Kalau dah baik, tambah lagi jadi semakin baik.

Koci lihat Jai dengan ekor mata. Dah start dah falsafah dia ni

Cuba kau cerita kat aku ciri macam mana kau nak Jai kemaskan silanya atas sofa. Mengadap Koci yang dah sugul. Macam ayam kena sembelit pun ada mamat ni.

Of course yang cantik bro! Body solid macam kereta aku tu!! Koci sengih.

Jai mencebik. Nafsu gila kau Koci!!

Dude! Kalau ciri tu yang kau cari..aku tak boleh tolong la bro!! Jai angkat kedua tangan. Surrender!

Mestilah aku cari yang sopan, pandai masak, sedap mata memandang, apa lagipandai menjahit, kemas rumah..

Dahlah tu sindir aku. Kau ni..mana ada perempuan macam tu sekarang ni. Kalau yang tahu masak, belum tentu tahu menjahit.

Nak yang perfect memang tak ada la! Jai luku kepala Koci.

Tahu pun kau! Koci dah gelak.

Kau ni..dari sekolah lagi, taste kau macam tu kan Nak yang cantik, body bergetah, cun melecun..

Hahahah!! Kalau ada, aku sambar je! Koci dah semakin galak ketawa.

Kau rasa..rupa tu boleh bawa bahagia ke Jai dah ubah nada.

Tengok keadaan..cuba kau imagine..bangun tidur, tengok bini cantik kat sebelah..boleh cair beb! Koci pandang siling. Fikiran dah menerawang.

Jai mencebik. Cantik bukan boleh bawa kenyang pun!

Kau silap la Koci..

Apa yang silap Koci pantas menoleh.

Rasulullah s.a.w pun ada beri garis panduan...pilih isteri berdasarkan empat perkara..harta, keturunan, kecantikan dan agama.

Pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung. Bukanlah cantik tu tak penting tapi bila seorang perempuan baik agamanya, dengan sendirinya tiga perkara lagi tu akan terjaga. Siapa yang tak suka pada kecantikan, aku pun suka bro tapi berapa lama cantik tu bertahan..kita akan tua.. Jai mula serius. Teringat hadis yang sudah dihafal sejak dulu yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.

Koci terdiam.

Aku pun bukannya sempurna sangat. Pada aku..kita sendiri kena bekalkan dengan ilmu dulu. Besar tanggungjawab bila dah jadi suami nanti. Jadi..aku harap kau buatlah pilihan yang bijak. Aku sendiri pun masih mencari.. Jai sengih.

Hmm. Koci usap dagu.

Macam nilah..aku nak tanya sikitselain cantikciri apa lagi yang kau pilih Jai tengok muka Koci dah kelat. Macam susah sangat nak hadam apa yang aku kata tadi.

Siapa yang nak perempuan jahat..kau ni pun! Koci balas balik. Dia luku kepala Jai.

Aku tak cakap pun macam tu! Jai siku lengan Koci.

Alah..dahlah..aku dah tahu apa yang kau nak cakap. Aku dah pening ni. Nak cari perempuan yang macam kau cakap tu..tunggu musang berjanggut dulu la nampaknya! Koci bingkas bangun. Dia lempar bantal kecil sofa ke arah Jai.

Hoi! Jai lambung bantal tu semula ke arah Koci.

Koci ketawa. Dia menapak menaiki anak tangga ke bilik.

Jai senyum. Dah nak kahwin rupanya kawan aku ni. Dulu aku yang pening..sekarang ni giliran Koci pulak. Agaknya perempuan yang macam mana la pilihan Koci ni Aku sendiri pun masih tak jumpa suri hidup aku. Memanglah payah nak cari yang sempurna tapi aku kena ada ciri yang aku nak jugak...

Pertama, aku nak perempuan yang tahu jaga batas pergaulan. Tahu halal haram. Yang penting sekali, tak tinggal solat. Kalau itu dia jaga, yang lain tentu beres.

Kedua, aku nak perempuan tu faham hati aku dan terima aku seadanya. Nak kata aku ni kacak..tak ada la sangat. Kacak lagi Koci dan Acik. Aku niharapkan putih je..tapi tak sangka, masa sekolah dulu ada jugak yang hantar surat cinta kat aku. Tu belum cerita kat U. Tergedik-gedik siswi datang mengendeng. Aku je buat tak layan..sebab bukan taste aku.

Ketiga, aku nak perempuan yang berilmu. Tak la nanti ada bahasa itik dan ayam kat rumah..aku cerita lain dia faham lain..tak ke haru nanti.hehehe..

Dan yang keempat ni..boleh masak, cukup untuk lidah aku merasa sedap dengan masakannya. Tak pandai sangat pun tak apa..janji tekak aku boleh terimabenda boleh belajar..

Hoi!!

Jai melompat dari sofa. Macam kena tusuk jarum di punggung!

Weh!! Kau dari mana ni Aku ingat siapa la yang tepuk belakang aku! Jai urut dada. Acik dah tersengih di belakang. Bila masa mamat ni muncul Mahu tak terkejut beruk!

Berangan apa Acik ketawa.

Jai urut dada lagi. Sejak kecil, dia pantang orang tepuk belakang macam tu.

Hahahaa..kau ni, macam perempuan! Aku tepuk sikit dah melatah! Acik henyak tubuh atas sofa.

Jai kembali duduk. Hish! Mahu tak terkejut, aku sedap-sedap layan perasaan, tiba-tiba ada benda pap belakang aku!

Macam mana

Jai angkat kening.

Hujung minggu depan

Ohpasal makan tu ke Kau nak bertunang ke Jai usik.

Calon pun entah ke mana..nak bertunang Acik menggumam.

Jai sengih. Tadi Koci, sekarang ni Acik pulak

Err..ada apa kau buat makan ni Jai kembali ke topik asal. Muka Acik dah plum.

Kenduri kesyukuran..papa aku buka cawangan baru.. Acik sandar malas di sofa.

Mama kau tak marah ke Jai terbeliak.

Eh..apa kena mengena pulak dengan mama aku nak marah ni Acik menoleh. Berkerut dahi.

Yalah..buka cawangan baru pun nak kena buat kenduri kesyukuran ke Dah pelik ni

Apa yang kau merepek ni Jai Acik dah garu kepala.

Tadi kau kata..buka cawangan Jai sengih.

Otak senget betul la kau ni. Bukan berbini muda! Buka cawangan syarikat baru la! Acik dah gelak.

Laamati mati aku ingat ada bini mudahihihi..sorry la.. Jai dah termalu. Otak aku ni dah biul. Tu la..hari ni dah banyak sangat sumbat dengan cerita calon isteri

Jadi tak kau datang

Tengoklah..kalau aku tak ada apa hal..aku datanglah.

Kau nak ke mana Acik pandang Jai yang dah menapak ke anak tangga.

Mandi! Jai sengih. Dia cium baju sendiri. Seharian dia buat analisa sampel dan buang sisa bakteria. Satu makmal tu berbau.

Koci dah balik Acik sempat laung.

Jai angguk.

KOCI baring atas katil bujangnya. Mata dah menghala ke siling. Otak ligat berfikir. Cuba hadam setiap kata-kata Jai tadi.

Emmbab agama yang lemah ni..aku sendiri pun tak berapa nak alim, minah alim mana yang nak kat aku

Koci mengiring. Pandangannya menghala pula ke arah meja belajar. Melekat pula pada sekeping foto dalam bingkai.

Mana dia sekarang niKoci bingkas bangun. Foto tadi ditenung lama.

Mana nak cari dia ni Entah-entah dah kahwin.. Koci letak semula foto.

Koci senyum sendiri. Gadis dalam foto tu yang membuat hatinya bergetar buat pertama kali. Diam-diam dia snap gambar dan simpan sampai sekarang.

Ah..silap aku jugak. Tak berani nak berdepan Koci tekup muka dengan bantal. Menyesalnya aku!!