Abstrak Cinta Aku & Dia - 9
BAB 9

FROM : ZACK ISKANDAR [mailto:zack.iskandar@mayangsari.com.my] Sent: Thursday, 25 Nov, 201312:45PM To:Zareen Hakim Subject: 2014 Chinese New Year Newsletter - Draft

Cik Reen, Attached is the draft of the 2014 CNY promo as requested.

Regards Zack Iskandar

JARI Zack menekan butang send. Kemudian dia menarik nafas panjang. Terasa lega setelah menghantar newsletter yang dikehendaki oleh Cik Reen. Dia telah terlepas tarikh akhir selama dua hari. Jadi, sebelum Cik Reen naik hantu, lebih baik disiapkan secepat mungkin.

Bukanlah susah sangat pun, untuk menyiapkan newsletter. Tak perlu guna kreativiti yang banyak. Gambar pun dikitar semula dari tahun-tahun yang lepas. Masukkan ayat berbunga-bunga yang dikarang oleh Cik Reen dan siap! Susah tak susah, dia mengambil masa juga untuk menyiapkannya. Kerja-kerja yang lain bertimbun menunggu giliran untuk disiapkan.

Zack menyandarkan badannya di kerusi lalu menggeliat sedikit untuk menghilangkan lenguh. Tiba-tiba saja, telefon bimbitnya berbunyi, menandakan ada mesej WhatsApp yang masuk. (Kate Banham) Hey Zack! What time is your lunch time

Sambil menghirup air Nescafe 3 dalam 1, Zack membalas mesej Kate di WhatsApp.

(Zack Iskandar) 15 minutes from now. Whats up

(Kate Banham) Mari makan tengah hari dengan saya

(Zack Iskandar) Awak punya ayat sangat skema

(Kate Banham) Apa itu skema

(Zack Iskandar) Follow the rules

(Kate Banham) What do you mean by follow the rules

(Zack Iskandar) Adoilah minah ni.

(Kate Banham) Siapa pula minah ini

Kali ini, Zack tergelak besar. Walaupun dia mengagumi kegigihan Kate untuk menggunakan Bahasa Melayu tetapi cara Kate menggunakan bahasa Melayu agak kelakar padanya. Kate hanya pandai menggunakan bahasa buku. Kalau bahasa pasar,memang Kate kurang faham.

(Zack Iskandar) Forget it.

(Kate Banham) So, lunch

(Zack Iskandar) No problem. Where

(Kate Banham) Starbucks

(Zack Iskandar) Mamak stallcan

(Kate Banham) Can can

Zack tergelak lagi.

Joe. Panggil Zack. Dia perlu memberitahu Joe Zulkifli bahawa hari ini dia tidak akan makan bersama seperti selalu. Isk! Dia terasa macam bercinta pula dengan lelaki itu.

Joe! Zack bersuara lebih kuat apabila lelaki itu tidak menyahut panggilannya.

Kali ini, Joe Zulkifli menolak kerusinya ke belakang lantas menjengah Zack dari balik kubikel. Ya

Aku makan kat luar hari ni. Kata Zack

Okey. Pendek saja jawapan Joe Zulkifli lalu menarik kerusinya kembali.

Busy sangat ke mamat ni Zack kehairanan sedikit. Pastinya sedang sibuk. Jika tidak, Joe Zulkifli pasti akan bertanya pelbagai soalan. Keluar dengan siapa Kalau awek, siapa namanya Berjumpa di mana Sebab itulah kadang-kala, dia terasa seperti bercinta dengan Joe Zulkifli

Kau buat apa, Joe Soal Zack lalu bangun menjengah ke komputer milik Joe Zulkifli. Saja nak menyibuk hal lelaki itu pula. Selalunya, Joe Zulkifli yang suka menyibuk hal dia.

Ceh! Aku ingat busy buat kerja! Main Candy Crush rupanya Tempelak Zack, tersengih.

Joe Zulkifli tak membalas, hanya ketawa tanpa memandang langsung ke arah Zack.

SAMBIL menunggu makanan yang dipesan sampai, Zack dan Kate berbual-bual berdua. Kate masih suka menggunakan bahasa Melayu walaupun kedengaran pelat. Adakalanya Zack terasa janggal juga kerana dia perlu mendengar dengan penuh teliti akan butiran kata yang ditutur oleh Kate.

I was born in Kota Kinabalu. Kate bercerita. When I was two years old, my family pandah to Subang.

Pindah Pantas Zack membetulkan.

Kate tersengih.

My family pindah ke Subang. Daddy saya seorang jurutera in one of the oil and gas company. I bersekolah di sekolah Cina dari darjah satu sampai tingkatan tiga.

Wahyou can speak Chinese meh Soal Zack, tersengih.

Mandarin to be exact and a little bit of Cantonese. When I was sixteen, my daddys working contract has ended. Jadi, kami semua pulang ke England. Satu keluarga ikut daddy tinggal di Birmingham.

Okay. So that explains why your bahasa Melayu sounds retarded. Kata Zack, kekal tersengih.

Hey! At least, I got the effort to speak Balas Kate, sedikit geram.

Zack tergelak.

Jadi, macam mana awak boleh kembali ke Malaysia dan bekerja di Kuala LumpurAkibat berbual panjang dengan Kate, ayat Zack turut menjadi bahasa buku.

After finished my study, I came back to stay with my grandparents. I kerja di Kota Kinabalu for a while. Then, my nenak passed away.

Nenek

Ah...nenek. Passed away and then datuk I pun passed away six months later. So, I pindah ke Kuala Lumpur dan bekerja di sini.

Zack terangguk-angguk.

Tell me about yourself. Pinta Kate.

Me Zack mengurut tengkuk. Biasa-biasa aje kot...

Is that it

Zack angkat bahu. Tiada apa yang istimewa yang boleh diceritakan tentang diri sendiri. Dia sendiri tak tahu apa yang hendak diceritakan tentang dirinya.

I asal dari Johor. Kerja di hotel tu, sudah empat tahun. Kata Zack. Thats all I guess. Apa lagi yang you nak tahu

Tidak ada girlfriend Kate bertanya.

Zack senyum. Sudah tidak ada.

Kate tersengih. Tipu.

Betul. Tidak ada. Jawab Zack.

Kate tersenyum.

I ada boyfriend. Hes now in Singapore. We didnt see each other for more than a year. He didn't contact me either. But Im sure, hell be back to KL very soon.

Oh...okay. Zack terangguk-angguk.

He promised to marry me before he left. I know he will keep his words. Even though my friend saidhe will not coming back. But, I trust him. He will come back to me Wajah Kate menjadi mendung secara tiba-tiba."He'll come back right...Zack"

Zack tidak menjawab. Dia cuma memandang ke arah Kate, agak lama. Membuat tafsiran sendiri tentang diri Kate dalam diam.

Ah...bodohnya I ni. I should have not told you that. Kita baru kenal. Kate menggeleng beberapa kali.

Its okay. You can tell me everything. I don't mind. Kitakan kawan Balas Zack.

Yakita kawan. I like that. Kate tersenyum.

HAMPIR ke pukul dua, Zack kembali semula ke pejabat. Belum sempat duduk di kerusi, Joe Zulkifli terus menyampaikan pesan.

Zack, Cik Reen suruh kau masuk ofis dialepas lunch..

Dia nak apa Soal Zack.

Tak tau. Pasal newsletter kot Balas Joe Zulkifli. Matanya tak memandang Zack kerana menumpukan perhatian kepada skrin komputer.

Zack mengurut tengkuknya. Dengan langkah perlahan, dia menuju ke pejabat Zareen.

Tok!Tok! Pintu yang sememangnya terbuka, Zack ketuk dengan perlahan.

Zareen mengangkat muka.

Cik Reen nak jumpa saya ke Zack bertanya.

Zareen menjawab soalan Zack dengan anggukan dan senyuman manis seperti biasa.

Ada apa Cik Reen Soal Zack lagi.

Duduklah. Suruh Zareen.

Zack menurut perintah. Dia berjalan menuju ke depan Zareen lalu menarik kerusi, melabuh duduk. Dia tak bersuara,menunggu Zareen memulakan kata. Sempat menjeling Zareen dalam diam. Hati tak tentu arah.

Zack, this is the newsletter for Chinese New Year promo, tahun 2012. Yang ini, 2011. And this one, 2013. Sambil bersuara, Zareen menunjukkan satu demi satu newsletter di hadapan Zack.

Yang ini, newsletter untuk 2014, yang baru aje awak email pada saya. Zareen meletakkan lagi sekeping newsletter di hadapan Zack. Tell me Zack, whats the different

Dengan kening berkerut, Zack melihat ke arah semua newsletter di atas meja. Sama saja. Tak ada yang berbeza. Apa yang tak kena

Errtahun Jawab Zack. Itu saja perbezaan ketara yang ada di newsletter itu yang dia nampak.

Awak loyar buruk dengan saya ke Suara Zareen meninggi sedikit.

Eh...tak adalah. Pantas Zack menjawab.

So then, tell me. Whats the different

Ajak main teka-tekilah pulak. Kening Zack terangkat. Matanya mengarah kepada newsletter yang terletak di atas meja sekali lagi. Memerah otak mencari di mana perbezaan di antara kesemua newsletter itu.

Tak ada beza pun Cik Reen. Sama aje

Tahu pun. 2011, 2012, 2013. Semua gambar yang awak pakai untuk newsletter, gambar yang sama.

2014 pun, awak guna lagi gambar yang sama. Awak tak ada gambar lain ke, Zack

Barulah Zack mula memahami, perkara yang hendak disampaikan oleh Zareen. Tapi, kalau iya pun, tak perlulah nak main teka-teki.

Ms. Parveen dulu...okay je pakai gambar yang sama untuk CNY promotiap-tiap tahun Zack menjawab dengan memetik nama bekas bosnya yang dulu. Silap besar di situ kerana wajah Zareen mula bertukar menjadi serius.

Well, Ms. Parveen is not your boss anymore, isnt it Balas Zareen, sinis. Zack menegakkan badannya, mula tak selesa dengan keadaan itu. Dia tahu, Zareen menyindir.

Okey. Saya tukar gambar untuk promo 2014. Cik Reen nak gambar apa

Saya tak tahu.

Pulak Berkerut kening Zack. Habis tu, Cik Reen yang suruh saya tukar gambar. Cik Reen beritahu sayalah, Cik Reen nak pakai gambar apa

Saya yang kerja grafik ke, awak yang kerja grafik Kalau saya yang nak kena fikir pasal ni, baik saya tak payah ada staff grafik

Walaupun bernada tenang, kata-kata yang diucapkan oleh Zareen terasa pedas. Zack tersentap sedikit. Bengang pun ada. Tapi dia kekal mendiamkan diri, tidak melawan. Sedar diri yang dia cuma pekerja, Zareen itu bos. Bos cantik pula tu...

Gambar Yee Sang ni, gambar tahun berapa Zareen menyoal lagi.

2008.

Kenapa pakai gambar yang dah outdated Kalau awak compare dengan newsletter hotel lain, memang out lah Sambung Zareen.

Zack mendiamkan diri. Bosnya yang terdahulu, Ms. Parveen, tak pernah merungut tentang gambar-gambar yang diguna-pakai. Tapi dengan Zareen, banyak pula songehnya. Habis semua dipersoalkan.

Saya nak gambar baru. And please, be creative! Balik-balik gambar waitress pakai Cheongsam dengan limau mandarin. Kita bukannya nak bagi limau free pada guest. Tukar. Zareen memberi arahan.

Zack tak bersuara mahupun mengangguk. Dia sedang memikirkan sesuatu.

"Let me know if you have any idea...

ZackPanggil Zareen apabila Zack mendiamkan diri agak lama.

Cik Reen nak gambar barukan

Ya.

Next Friday, ada photoshoot untuk Cake of the Month. With your approval, kita boleh shoot sekali gambar baru untuk CNY promo. Ujar Zack, agak serius juga suaranya.

Saya tak sure... apa Chinese dish yang sesuai. So, kalau Cik Reen boleh dapatkan advise dari Chef Chengdish apa yang kita boleh pakai untuk newsletterthat would be good.

Zareen tersenyum sedikit. Beberapa saat kemudian, dia mengangguk tanda bersetuju.

Saya akan minta advise dari Chef Cheng pasal Chinese dish. Nanti saya bagi feedback. Balas Zareen.

Zack mengangguk.

Good.Kata Zareen lagi.

Zack tersenyum sumbing memandang Zareen. Keadaan menjadi sunyi.

ErrCik Reen. Ada apa-apa lagi ke Zack tak senang duduk apabila keadaan sunyi sebegitu berlarutan lama.

Hmmtak ada. Balas Zareen. Dia pura-pura melihat jam tangan.

Kalau macam tu, saya keluar dulu. Kata Zack.

Zareen mengangguk.

Zack melangkah keluar.

Zareen memandang sehingga Zack hilang dari pandangan. Secara tiba-tiba, dia mengeluh. Sedikit kesal dengan tindakannya meninggikan suara sebentar tadi. Tidak sepatutnya dia berbuat begitu. Dia menyandarkan kepala di kerusi. Mata terpejam seketika.

Imej Kate dan Zack yang berjalan seiringan sambil berbual mesra waktu tengahari tadi muncul dalam minda. Terbit sedikit rasa kurang senang dalam hati.

Lupakan saja! Satu suara entah dari mana menerjah telinga. Zareen membuka mata. Kembali kepada realiti lalu meneruskan kerja.