ANIS terus meluru ke dalam bilik. Pulang dari kampus tadi, dia tidak singgah di pasar. Terus saja pulang ke rumah. Sakit hatinya masih terasa. Imran ternyata benar-benar melampau.
Air mata yang masih bersisa disapu perlahan. Dia pandang foto mak dan arwah kak Aiza di atas meja belajar. Rindunya pada mereka semakin menebal di saat dirinya dilanda masalah seperti itu. Terasa tubuhnya kotor dan jijik. Seumur hidup itulah pertama kali dia diperlakukan sebegitu rupa. Dipeluk lelaki!
Perlahan Anis menanggalkan baju kurungnya dan dicampak ke dalam bakul bersama baju Imran yang sudah direndam dengan sabun. Air matanya mengalir bersama air pancuran dari paip mandi. Lama Anis membiarkan tubuhnya lenjun. Selesai mengambil wuduk, Anis mula menunaikan solat sunat taubat.
Ya Allahampunkan dosaku. Aku telah melakukan dosa ya Allah Anis bersandar di dinding. Kedua tangannya meraup muka. Terasa sudah bengkak kedua matanya.
Lemah kakinya menapak ke meja belajar. Banyak lagi kerja tesis yang belum siap. Dia gagahkan juga menyiapkan semua itu. Beg sandang dibuka perlahan. Buku rujukan dan nota diletakkan atas meja belajar.
Dia jeling jam. Dah empat setengah petang.
Solat dululah!Anis menapak ke bilik air semula.
Usai solat, Anis menyambung semula kerja tesis sebelum pergi ke pasar. Sepatutnya hari ini dia berjumpa makcik Senah sebelum balik. Gara-gara kejadian tadi, dia terlupa pada janjinya. Esok aku kena minta maaf dengan makcik tu. Tak pasal-pasal dia marah aku nanti. Anis senyum sendiri nak menyedapkan hati. Terasa bersalah pada makcik Senah. Dahlah hari ini hari pertama dia menumpang somtamnya di gerai makcik tu.
Dia perlu menyiapkan draf pertama tesis sebelum dihantar untuk pra penilaian oleh pensyarah. Komputer riba dibuka lagi. Ligat jarinya menekan papan kekunci. Hanya tinggal sedikit sahaja lagi untuk siap sepenuhnya. Dia perlu menghantar draf pertama minggu depan.
Bosan dengan tugasan pensyarah yang tidak pernah habis, Anis mula melangkah ke jendela. Pandangannya dilemparkan ke arah sekumpulan budak yang leka bermain bola di padang permainan. Bibirnya mengukir senyum. Teringat zaman kanak-kanak dulu.
Begitulah dirinya sama seperti budak-budak yang bermain di situ. Sentiasa gembira dan ketawa. Tidak pernah diselubungi masalah berat. Matanya beralih pula pada sekelompok pemuda yang sedang bermain gitar di atas bangku. Bergelak ketawa bersama. Betapa mudahnya hidup ini bila tiada arah tujuan. Bila dunia menjadi tunjang pokok dan akhirat pula hanya dianggap ranting saja. Sejak pulang dari kampus tadi lagi, Anis melihat mereka melepak di situ. Azan berkumandang dari surau berdekatan tidak dihiraukan. Petikan gitar masih menjadi yang utama.
Dipandang pula ke arah jalan kecil. Sebuah kereta yang cukup dikenalinya membelok masuk ke arah lorong rumah sewanya. Matanya masih melekat pada kereta kelabu itu yang dipandu perlahan dan berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah.
Eh, itu macam kereta Razif. Buat apa dia kat sini Takkan dia tahu rumah aku Anis mula pelik melihat kereta kelabu Honda Civic milik Razif berhenti di depan pintu pagar rumahnya. Perasaannya semakin berdebar.
Kereta itu diperhati lagi. Dari celah tingkap, dia dapat melihat dengan jelas Razif bercakap dengan seseorang di bahagian penumpang hadapan. Siapa pula yang bercakap dengan Razif Lama dia memerhati.
Seorang gadis mula keluar dari perut kereta sebelum kereta itu beredar dari situ. Sarah Apa hubungan Sarah dengan Razif Anis mula bingung. Dulu dia asyik memikirkan hubungan Imran dengan Izara dan kini Sarah dengan Razif pula. Bingung. Terasa dia sedang meneka susun silangkata yang amat sukar dijawab.
Anis kembali ke meja belajar semula. Fikirannya mula tidak tenang. Razif dan Imran nyata kedua-duanya memang kasanova. Tidak cukup dengan seorang perempuan! Hatinya kembali sakit mengenangkan sikap Razif dan Imran yang begitu beria mendekatinya selama ini. Namun dia bersyukur kerana Tuhan masih sayangkannya. Semua bukti tentang perlakuan kaki perempuan Razif dan Imran ditunjukkan depan matanya sendiri.
Hai Anis! Dah lama kau balik
Anis terkejut seraya menoleh. Sarah sudah terpacak di muka pintu bilik yang ternganga luas. Dia pandang Sarah dengan wajah sayu. Tidak berani dia beritahu Sarah yang Razif juga cuba berbaik dengannya. Namun hatinya bagai ditarik-tarik untuk menceritakan semua itu kepada Sarah agar Sarah tidak tersalah pilih dan tidak menyesal di kemudian hari.
Baru sampai ke Anis mula bersuara.
Ya!
Ceria nampak Ni mesti ada apa-apa! Anis cuba mencungkil kisah cinta teman serumahnya.
Mestilah! Hari ni aku gembira sangat! Sarah melabuhkan punggungnya di atas katil Anis.
Err..kau gembira pasal pakwe kau ke Anis renung Sarah yan g tersenyum dari tadi.
Mana ada Aku mana ada pakwe! Kan aku ikut nasihat kau jugak. Tak keluar dengan lelaki bukan mahram! Sarah kenyit mata pada Anis. Dia tahu Anis cukup pantang melihat perempuan berkepit ke sana sini dengan lelaki yang layak dinikahi.
Err..kenapa dengan mata kau ni Sarah mula intai mata Anis yang kelihatan merah dan bengkak.
Tak ada apalahmasuk habuk tadi masa aku mengemas.. Anis cuba berbohong.
Oh
Siapa yang hantar kau tadi Anis kembali pada topik asal.
Bila
Tadi tu.. Anis juihkan mulut ke arah laman rumah. Suaranya berubah nada.
Tadi tu apa Sarah pula menjadi bingung mendengar kata-kata Anis.
Maaf..tadi aku nampak kau keluar dari kereta. Seorang lelaki yang hantar kau kan Anis renung mata Sarah yang masih kelihatan ceria.
Oh..yang tualah kalau yang tu seribu kali aku nak keluar pun tak apa! Sarah senyum sampai telinga. Sengaja dia tak nak beritahu Anis siapa lelaki tadi. Biarlah Anis berteka- teki sendiri. Seronok melihat Anis yang sudah macam ustazah melontar hujah bila berbicara soal lelaki bukan mahram.
Anis pandang Sarah dengan wajah cuak. Nyata Sarah serius dengan Razif.
Maaf..aku bukan nak menyibuk hal kau tapi kita ni perempuan. Jangan terlalu mudah percayakan lelaki. Kalau dia betul sukakan kita, suruhlah dia jumpa terus mak ayah kita. Itu yang lebih baik. Zaman sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Tutur Anis dengan nada serius.
Terima kasih ustazah! Pasal tu kau jangan bimbang, aku tak akan mudah percayakan lelaki. Tambah pula lelaki hidung belang! Sarah ketawa kecil. Dia mengerling ke arah Anis yang masih terpinga-pinga.
Baguslah kalau macam tu. Err..sebenarnya aku kenal lelaki yang hantar kau tu..namanya Razif kan Kalau boleh dia nak Sarah jauh kan diri dari Razif. Sama juga sahabatnya Izara yang mesra dengan Imran tanpa ikatan yang sah.
Sarah pandang Anis. Macam mana kau tahu nama dia Razif
Sebenarnya aku pun tak kenal tapi masa tunggu bas hari tu, lelaki tu tiba-tiba berhenti dan menegur aku. Dia perkenalkan diri. Katanya dia kenal arwah kakak aku. Satu universiti dulu. Anis mula membayangkan kembali kejadian di tempat menunggu bas dulu.
Jadi maksud kauarwah kakak kau tu satu universiti dengan Razif Err..maaf..arwah kakak kau tu ambil jurusan apa ya Sarah mula tertanya-tanya.
Dia ambil jurusan perakaunan. Rasanya sama dengan Razif tu. Kenapa Anis renung wajah Sarah yang mula serius.
Sarah hanya diam. Sekarang dia mula faham kenapa abangnya bersikap begitu. Selama ini dia tidak pernah tahu siapa gadis yang menjadi pujaan abangnya sehinggalah dia berubah sikap bila mengetahui cintanya hanya bertepuk sebelah tangan dan lebih parah bila mengetahui gadis itu sudah mendirikan rumah tangga. Sejak itu, abangnya seperti tidak hiraukan langsung soal hati dan perasaan apatahlagi memikirkan soal jodoh. Razif jadi seorang yang pendiam. Tidak hiraukan cinta perempuan. Bukan tidak ada perempuan yang cuba mendekati tetapi semuanya dipandang sepi. Pernah dia menasihati abangnya supaya berubah sikap. Namun itu semua bagai mencurah air di daun keladi sehinggakan hubungannya adik-beradik semakin renggang. Razif hidup dalam dunianya sendiri. Sejak akhir-akhir ini sahaja, Razif kembali berubah sedikit demi sedikit.
Sarah..kenapa ni Ada yang tak kena ke Anis menyentuh bahu Sarah yang diam dari tadi.
Errsiapa nama arwah kakak kau
Aiza..kenapa Anis semakin bingung. Seperti ada sesuatu yang disorokkan darinya.
Sarah kembali bisu. Sungguh kecil dunia ini. Dia pasti kakak Anislah gadis yang bertakhta di hati abangnya selama ini. Cinta yang tidak berbalas.
Maaf..kalau aku tanya lagi..arwah kak Aiza meninggal kerana sakit apa Sarah mula berminat kisah gadis pujaan abangnya dulu.
Dia meninggal kerana melahirkan anak sulungnya. Dia juga disahkan doktor ada kanser rahim Anis mula tunduk. Tidak tega bila berbicara kisah arwah kak Aiza. Hatinya mula sebak.
Ohh. Sarah mengangguk lemah. Hati mula diusik simpati mendengar kisah sedih arwah kak Aiza.
Aku bukan apa..segala apa yang berlaku di sekeliling kita, pada kawan dan sahabat perlu kita ambil tahu kerana itu akan menjadi saham untuk kita juga. Menegur ke arah kebaikan bukan satu kerja mudah. Kau kena hati-hati dengan lelaki macam tu. Anis menyentuh bahu Sarah yang mula sugul.
Okeylah Anis..aku nak mandi dulu. Dari pagi tadi aku keluar. Sarah mula minta diri. Kata-kata Anis tadi sebenarnya cukup bermakna baginya dan dia berbangga kerana mendapat seorang kawan seperti Anis yang sentiasa mengingatkannya kepada Allah.
Sarah! Kau belum jawab lagi siapa Razif tu Anis menarik tangan Sarah yang mula bangun dari katilnya. Dia tidak puas hati bila Sarah buat tidak kisah tentang Razif.
Sarah hanya senyum. Tiada jawapan keluar dari mulutnya. Biarlah ia menjadi rahsia. Bimbang nanti, Anis akan membenci Razif sekiranya dia dapat tahu Razif pernah mencintai kakaknya Aiza. Sarah terus berlalu pergi tanpa sepatah kata.
Anis hanya memandang Sarah yang mula berlalu pergi. Jam di atas meja sudah menunjukkan pukul lima setengah petang. Dia cepat-cepat memakai tudung. Dompet dicapai dari beg sandangnya. Sempat dia melihat di cermin. Baju dan seluar sukan yang dipakai tidak begitu ketat. Dia senyum sendiri. Dia perlu ke pasar untuk membeli betik muda. Tergesa-gesa Anis melangkah ke arah jalan utama menuju ke arah pasar yang terletak tidak jauh dari rumah sewanya.
Tiba di pasar, Anis meluru ke arah gerai menjual betik muda dan buah-buahan lain. Dia mula memilih betik-betik yang ada di situ. Sekeliling pasar itu sentiasa ramai dengan pelanggan. Pasar yang dibuka dua puluh empat jam itu menjadi tumpuan utama penduduk sekitar malah pengunjung dari luar juga turut datang membeli keperluan harian di situ.
Anis beralih pula ke arah bahan-bahan lain untuk ramuan somtamnya nanti. Dari satu gerai ke satu gerai dia berjalan sambil mata memerhati sekeliling.
Tolong!!
Anis menoleh ke arah suara yang menjerit kuat meminta tolong. Seorang lelaki cuba merampas beg tangan seorang wanita di tengah-tengah kesibukan pasar. Tiada seorang pun yang tampil memberi pertolongan. Anis bengang melihat sikap masyarakat yang tidak pernah kisah apa yang terjadi di sekeliling. Berani betul mamat tu! Ni tak boleh jadi ni! Getus hatinya sendiri. Dia segera berlari. Buah betik dalam beg plastik dilontar ke arah lelaki yang berjaya merampas beg tangan perempuan itu setelah melihat lelaki itu cuba melarikan diri.
Rasakan! Anis menendang dan menumbuk perut lelaki itu bila melihat lelaki itu sudah tersungkur. Beg tangan perempuan itu dirampas dari tangan pencuri itu yang mengerang kesakitan. Anis pandang sekeliling. Terkejut dengan tepukan gemuruh dari pengunjung pasar di situ. Lelaki itu kemudian dibawa oleh beberapa orang yang berada di situ ke balai polis.
Terima kasih dik
Anis mengangguk sambil tersenyum. Seluarnya sudah kotor dengan sisa-sisa sayuran yang dibuang di atas jalan tar tadi ketika mengejar pencuri itu. Betik muda yang dibeli tadi semuanya sudah hancur berkecai. Memang tepat lontarannya tadi terkena pencuri itu yang tersungkur jatuh.
Err..dik..akak minta maaf sebab kejadian ni seluar adik ni dah kotor. Betik pun semuanya sudah rosak. Nanti akak ganti!
Anis memandang ke arah perempuan yang diselamatkannya tadi. Sungguh cantik dengan tahi lalat di bawah bibir kanan.
Akak ni hamil ke Anis mengamati tubuh perempuan itu yang memakai baju mengandung.
Perempuan itu angguk.Oh ya, nama akak Irdina. Panggil Kak Dina!
Saya Anis. Alhamdulillah..lega bila tengok akak tak apa-apa. Anis mula bersalam.
Akak terhutang budi dengan Anis. Marilah akak belikan betik tu semula. Irdina terus menarik tangan Anis menuju ke gerai betik.
Err..kak..tak apa. Saya tolong dengan ikhlas tadi. Anis cuba menolak. Dia terpaksa mengikut rentak Irdina yang mula melangkah ke arah pasar semula.
Setelah selesai membeli barang-barang yang diperlukan, mereka berdua menuju ke tempat letak kereta. Anis mula menolong mengangkat barang-barang yang dibeli tadi ke dalam bonet kereta.
Terima kasih sekali lagi. Tak terbalas budi Anis. Err..Anis tinggal kat mana Akak hantarkan! Irdina senyum sambil memegang tangan Anis. Wajah gadis itu sungguh manis bila tersenyum begitu.
Tak apa kak..rumah saya dekat je. Jalan kaki pun sampai. Anis mula rasa serba salah melihat Irdina begitu beria ingin menghantarnya ke rumah.
Kalau macam tu..akak belanja makan nak tak Kat sini mana tempat yang sedapIrdina masih tidak berpuas hati selagi dia belum membalas budi gadis itu.
Kalau macam tu baiklah! Kalau fasal makan, saya susah sikit nak tolak! Anis mula ketawa.
Irdina turut ketawa mendengar kata-kata Anis. Diamati sikap dan tingkah gadis di depannya yang sedang ketawa. Sungguh ceria.
Mereka berdua mula menaiki kereta menuju ke sebuah restoran tidak jauh dari kawasan perumahan di situ. Restoran yang menyediakan masakan ala barat. Mereka berbual mesra dari satu topik ke satu topik sambil menikmati daging panggang. Irdina memerhati setiap kata-kata Anis dan sikap Anis yang begitu menyenangkan.
Anis..boleh akak tanya sikit Irdina senyum. Dalam hatinya ingin tahu lebih lanjut mengenai gadis ceria di depannya itu.
Apa dia kak Tanyalah! Banyak pun tak apa.. Anis sengih. Daging dalam pinggan dihiris perlahan dengan pisau.
Anis nak buat apa dengan buah betik muda banyak-banyak tu Irdina pandang Anis. Teringat buah betik muda yang dibeli oleh Anis di pasar tadi.
Oh..saya nak buat somtam. Alhamdulillah kak, dengan sedikit kepakaran yang saya ada ni dapatlah saya meringankan beban mak menanggung yuran universiti saya. Anis senyum lagi.
Somtam Anis pandai buat somtam Irdina teruja. Sudah lama dia mencari orang yang pandai buat somtam. Sejak mengandung, dia asyik mengidamkan somtam.
Anis angguk. Limau ais diteguk perlahan. Dia merenung Irdina yang berubah riak mendengar perkataan somtam.
Eh! Akak tengah mengidam ni. Masa balik kampung dulu, akak ada juga beli kat sana. Kalau macam tu, bolehlah akak beli dengan Anis! Irdina mula teruja mendengar gadis di depannya pandai membuat somtam.
Akak punya pasal, Anis buat istimewa dan percuma!. Bila akak nak Anis turut teruja. Sememangnya dia sangat teruja dapat membantu insan lain memenuhi impian mereka tidak kira dari segi apa pun.
Hmm..bila Anis boleh buat
Hari-hari Anis buat sebab Anis ada jual kat medan selera di kampus. Jadi akak beruntung dapat makan hari-hari! Tapimacam mana nak bagi kat akak nanti Anis pandang Irdina yang kelihatan berseri-seri wajahnya. Agaknya mengandung anak perempuan.
Ya tak ya jugak ya..akak bukannya nak makan hari-hari. Macam nilah, somtam ni boleh tahan berapa lama Irdina pandang Anis yang merenungnya sejak tadi.
Hmm..selalunya tiga hari tapi kalau disimpan dalam peti sejuk, ia boleh tahan seminggu! Anis sengih. Dia pandang Irdina yang begitu teruja. Lama dia renung wajah wanita di depannya. Ada iras Izaradetik hatinya mula meneka sendiri.
Baiklah kalau macam tu. Nanti akak datang rumah Anis. Usul Irdina penuh ceria.
Eh, tak payah kak! Nanti saya hantar ke rumah akak! Akak kan sedang mengandung ni. Tak baik memandu sangat. Anis pegang tangan Irdina sambil tersenyum.
Baiklah. Akak tunggu tau! Ni kad akak. Kalau Anis perlukan pertolongan, jangan segan call akak tau! Sekeping kad dihulurkan kepada Anis.
Hmm..pengarah syarikat! Wah..orang besar jugaklah ni..
Err..Anis dah ada boyfriend
Uhuks!!
Irdina segera menghulurkan segelas air bila Anis mula terbatuk-batuk. Belakang badan Anis digosok perlahan.
Err..maaf kak. Tersedak tadi. Anis sengih lagi. Sukar untuknya menjawab soalan yang dilontarkan oleh Irdina tadi.
Tu la..makan tu pelan-pelan.
Anis mengangguk. Dia meneguk lagi limau ais sehingga habis.
Tak apalah kalau Anis segan nak jawab soalan akak tadi. Akak faham. Irdina tatap wajah Anis yang mula tunduk diam membisu.
Err..maaf kak. Orang macam saya ni siapalah yang sudi. Saya tak berharta apatahlagi bergaya. Tak macam gadis lain di kampus yang saya rasa semuanya cantik-cantik. Anis merendah diri. Sememangnya dia akui dia tidak secantik dan tidak bergaya seperti siswi lain.
Siapa kata Anis tak cantik. Pada akak, Anis gadis pertama yang begitu menarik pada mata akak. Ceria dan yang paling menarik sekali, pandai buat somtam dan bersilat! Irdina mula mengusik Anis. Senang melihat gadis itu melontar kata-kata yang tidak sombong.
Anis ketawa kecil. Kalau somtam tu saya setuju tapi kalau cantik tu..akak jauh lebih cantik dari saya.
Irdina turut ketawa. Wajah ayu Anis ditatap lagi. Sungguh manis. Alangkah bagusnya jika Anis menjadi adik iparnya. Dia mula menyimpan hasrat.
Kalau saya nak makan steak lagi, saya call akak boleh Anis mula bergurau.
Irdina ketawa geli hati. Nyata sikap Anis sungguh mencuit hatinya. Senang berbual dengan gadis manis itu. Selalu berkesudahan dengan gelak ketawa. Dia menghantar Anis sampai ke rumah walaupun ditolak oleh Anis.
Kak Dina, terima kasih ya! Anis mula buka pintu kereta bila kereta Mercedes Irdina berhenti betul-betul di depan rumahnya.
Akak yang patut ucap terima kasih. Anis telah tolong akak hari ni. Kalau tidak, entah apa akan jadi pada akak dan bayi akak ni. Irdina menutur manis sambil mengusap perutnya yang semakin membesar.
Akak..semua itu Allah yang tunjukkan jalan untuk saya tolong akak hari ni. Saya ikhlas tolong akak kerana Allah. Anis mencium tangan Irdina. Melihat Irdina mengingatkannya kepada arwah kak Aiza. Tiba-tiba hati mula terasa sebak.
Anis memandang kereta Mercedes milik Irdina meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan itu.