Arissa Daniel - 9
BAB 9

PULANG dari KLCC tadi, Arissa terus balik ke rumah. Dia tidak singgah di mana-mana lagi dah. Sampai di rumah, dia terus ke bilik. Penat! Tubuhnya direbahkan di atas katil. Jam di atas meja dijeling. Hampir sepuluh malam. Lenguh kaki masih terasa. Nelissa sakan membeli tadi. Pakai ambik je!

Aku belum solat isyak lagi ni..

Lantas Arissa bangun dan terus mengambil wudhuk. Dia mula menunaikan suruhan wajib.Tadi masa di KLCC, bersungguh dia ajak Nelissa menunaikan solat maghrib bersama. Ada saja alasan Nelissa sedangkan dia tahu solat itu wajib. Alasan yang sama selalu diberi, period!

Sungguh sukar baginya menjalani kehidupan tanpa bimbingan dari kedua orang tua. Arwah ayah selalu berpesan agar jangan sesekali tinggalkan solat kerana solat adalah amalan yang pertama akan dihisab oleh Allah SWT di hari akhirat nanti. Bila solatnya diterima maka barulah amalan-amalan yang lain di terima seperti puasa, zakat. haji, sedekah, bacaan al-Quran, berzikir, berbuat kebaikan kepada kedua orang tua dan berjihad dijalan Allah SWT akan diterima dan dihisab. Jika solatnya ditolak maka amalan kebaikan yang lain tidak akan dihisab dan ianya akan terus dimasukkan ke dalam neraka, nauzubillah! Bila teringat semua itu, terasa gementar. Pesanan arwah ayah masih kemas di hati.

Solat adalah perkara asas dalam Islam, ia ibarat tiang bagi agama, dan ia juga merupakan anak kunci untuk memperoleh syurga Allah. Ia merupakan rukun kedua daripada rukun-rukun Islam yang lima.

Mungkin aku masih tidak khusyuk dalam solat walaupun aku tidak pernah tinggal solat. Aku masih tak mampu menutup aurat sepenuhnya. Hati aku ni degilnya ya Allah. Berilah aku kekuatan untuk menjadi hamba Mu yang solehah.. Sekali lagi Arissa menekup muka.

TUJUH pagi, Arissa siap mengemas dan menyediakan sarapan ringkas. Roti bakar dengan sapuan mentega dan dua biji telur separuh masak dihidangkan bersama secawan kopi o panas.Usai sarapan, dia mula menuju ke makmal. Kereta MyVi dipandu berhati-hati.

Cik Arissa awal sampai hari ni Tegur Syed Faizal.

Ya..Arissa tunduk. Langkahnya laju menuju ke bilik mikrobiologi. Baju makmal putih dipakai dan menukar kasut kepada kasut makmal.

Kak Arissa, semalam ada satu sampel dari syarikat makanan. Dia nak buat analisa Staphylococcus aureus. Ada kes keracunan. Wati, salah seorang ahli mikrobiologi yang baru saja tamat belajar muncul di muka pintu bilik pejabat.

Mana sampel tu Arissa bingkas bangun. Dia baru melabuhkan punggung tadi.

Ada dalam incoming sample tray. Wati berjalan ke arah bilik kecil yang diletakkan semua barang yang hendak dibuat analisa.

Hmm...macam mana roti ni boleh ada kes keracunan Selalunya makanan basah saja yang boleh ada kes keracunan ni. Arissa belek-belek roti di tangannya.

Entahlah kak. Mungkin semasa pengendalian makanan tu. Jawab Wati ringkas.

Akak tahu...roti ni ada intikan Cuba tengok, ada tulis inti sardin. Mungkin inti tu yang tercemar dengan Staphy ni. Cuba check tengok. Buat dalam Biosafety Cabinet. Kalau ada apa-apa yang tak faham, panggil akak. Oh ya, mana Shahrul Mata Arissa menala ke arah sebuah bilik lain yang menempatkan semua bahan-bahan untuk pengkulturan bakteria.

Tadi dia ada kat situ, kenapa kak Wati turut jenguk.

Kalau jumpa dia, nanti suruh jumpa akak. Akak nak bincang hal projek air sungai tu.Arissa menapak semula ke dalam bilik pejabat. Fail untuk projek Bioremediasi dibuka.

Baiklah kak! Wati kembali ke dalam bilik analisa. Roti tadi turut dibawa bersama.

ARISSA mula menyemak kaedah analisa untuk mengekstrak enzim dari bakteria yang digunakan dalam perawatan air sungai tercemar.

Hmm..Nely kata, projek ni mencecah lebih lima puluh juta. Tan Sri hanya melabur dua puluh juta, bermakna ada lagi tiga puluh juta. Jadi orang yang melabur selebihnya tu memang kaya la..lagi kaya dari Tan Sri tu agaknya. Tapi mengapa nama syarikat ni hanya ada nama Tan Sri saja

Hmm... Arissa teringat kata-kata Nelissa semalam. Macam ada sesuatu yang tidak kena.

Fikir apa, sampai saya masuk pun tak sedar Syed Faizal tersenyum. Arissa dilihat mengelamun. Fail prosedur terbentang luas di depan. Apa agaknya dia ni fikir

Eh, Faizal! Err..ada apa Arissa senyum kelat. Tak sedar bos mudanya muncul di situ. Aku mengelamun sakan ke tadi

Macam mana dengan audit Syed Faizal mula duduk di depan Arissa.

Maksud awak... audit dari DSM....ISO 17025

Syed Faizal angguk.

InsyaAllah minggu depan mereka datang. Arissa senyum.

Hmm..bagus. Saya tengok awak ni tahu semua tu. Masa mula-mula masuk kerja dulu lagi. Syed Faizal pandang lama ke arah Arissa.

Saya ada baca sikit pasal pensijilan makmal. Untuk makmal industri macam ni, ISO17025 diambilkira. Kalau makmal perubatan pula, lain ISO. Arissa senyum.Memang dia sudah tahu mengenai pensijilan makmal.

Oh..jadi awak memang dah terdedah dengan ISO makmal

Arissa angguk.

Patutlah cepat je awak siapkan semua dokumen tu. Semua SOP lengkap! Puji Syed Faizal.

Arissa pandang Syed Faizal yang tersenyum didepannya.

Awak ni..tengok saya macamlah saya ni hebat sangat. Saya pun ada kekurangan juga.Arissa senyum lagi.

Saya ikhlas puji awak. Ni, ada satu lagi test method untuk awak kaji. Syed Faizal hulur satu fail kepada Arissa.

Arissa membelek sekali imbas. Dia mengangguk faham.

Syed Faizal mula beredar dari situ. Baju makmal putih disangkut di dalam almari semula. Kasut makmal pula diletakkan di bawah kabinet kecil dekat dengan almari.

Arissa senyum. Syed Faizal memang mengikut peraturan makmal dan yang penting ikut GLP, Good Laboratory Practice!

BERGEGAS Arissa menuju ke kereta. Tadi, dia terima panggilan dari Nelissa. Minah tu menangis teresak-esak. Dia lihat jam. Hampir enam setengah petang. Kereta dipandu laju menuju ke Bangsar. Nelissa sudah berjanji berjumpanya di situ.

Mana pulak minah ni Arissa jenguk ke arah kedai butik Daisi Ratna.

Dia menapak perlahan ke dalam butik.

Arissa!Nelissa peluk kuat tubuh Arissa.

Kenapa ni Mata Arissa menala pada seorang pekerja butik yang turut tercengang.

Beb..aku dah gemuk.. Nelissa sapu air mata.

ApaArissa membuntang.

Cik..tadi cik Nelissa ni try baju kat sini. Tak muat. Saya suruh dia cuba baju lain tapi dia nak juga baju tu..

Arissa pandang Nelissa. Matanya menala pula pada pekerja tadi. Muka pekerja itu sudah pucat. Agaknya Nelissa marah-marah tadi.

Laa...jadi yang kau menangis bagai nak rak ni sebab baju tu tak muat Arissa mengetap bibir. Tergesa-gesa dia memandu menuju ke Bangsar hanya semata-mata kerana alasan bodoh tu Geram!

Badan aku ni dah gemuk..ni yang aku menyampah ni! Nelissa merungut lagi.

Dah la! Kau ni buang masa aku je. Dah nak maghrib ni. Disebabkan kau dah menyusahkan aku, aku nak kau solat sekali dengan aku. Tak ada alasan lagi.Geram Arissa sudah ketara.

Nelissa mencerlung.

Cik, saya ambil baju ni juga. Nelissa tanggalkan baju yang dicuba tadi dan mula membayar di kaunter.

Arissa! Kau nak ke mana Nelissa terkocoh-kocoh mengejar Arissa yang sudah menapak keluar dari butik.

Aku nak cari masjid..

Err..aku kena ikut ke Nelissa garu kepala. Tersengih-sengih.

Arissa angguk.

Terpaksa Nelissa mengikut rentak Arissa. Masjid Abu Bakar As-Siddiq hanya terletak tidak jauh dari butik tadi. Azan mula berkumandang. Arissa mula segera menapak ke bahagian wudhuk wanita.

Yang kau tercegat kat situ kenapa Arissa jeling Nelissa yang terkebil-kebil di tepi paip air.

Err..beb..aku ni pakai seksi macam ni boleh ke masuk masjid Nelissa mula bertanya. Dari tadi dia perasan banyak mata memandang kepadanya terutama kaum lelaki yang kebanyakannya memakai kopiah dan songkok. Blaus ketat yang membaluti tubuhnya sudah dirasakan menjadi tatapan liar mata lelaki. Mana taknya, segala lurah nampak!

Mana ada kau seksi. Kau pakai seluar dan blaus lengan panjang tu beb. Dahlah! Jangan dihiraukan sangat apa orang tengok, yang penting kita solat. Lepas ni, kau tahulah nak pakai sopan sikit.. Arissa sengih. Kelakar melihat gelagat Nelissa yang sudah kebingungan dan serba tidak kena.

Selesai mengambil wudhuk, mereka berdua mula menapak ke tempat solat wanita.

Err..Arissa..kau ajar aku boleh Bisik Nelissa ke telinga Arissa.

Kau..Arissa berkerut kening. Dia segera tarik tangan Nelissa ke tepi dinding, jauh sedikit dari jemaah lain.

Kau tak tahu solat Arissa turut berbisik.

Nelissa geleng.

Arissa terkedu. Tak kan sampai begitu sekali

Jadi bacaan dalam solat pun kau tak tahu Tanya Arissa lagi.

Sekali lagi Nelissa geleng.

Dont tell me that you cant recite syahadah!Arissa sudah menelan liur berkali-kali. Sedikit pucat.

Kalau yang tu aku tahu la..

Arissa mengurut dada. Lega. Dia mengucap panjang. Patutlah Nelissa selamba dek je togok arak sampai mabuk!

Macam nilah...sekejap lagi nak berjemaah. Kau duduk sebelah aku, ikut apa yang aku buat. Soal bacaan tu..biar dulu. Al Fatihah tahu" Arissa menelan liur. Ni dah kes parah. Rasanya semasa di universiti dulu, dia pernah lihat Nelissa solat walaupun tak pernah penuh lima waktu.

Al Fatihah Yang mana satu eik Nelissa garu kepala.

Kalau dah tanya macam tu..kau tak tahu la tu. Dah jom. Bilal dah iqamat tu..get ready tau! Kau tiru aku.. Arissa mula pakai telekung. Dia turut pakaikan telekung kepada Nelissa yang terkial-kial dari tadi.

NELISSA tunduk. Air matanya menitis perlahan. Usai berdoa tadi,semua jemaah wanita mula bersalaman sesama sendiri.

Nely...kenapa ni Arissa sentuh bahu Nelissa yang terhenjut-henjut.

Aku..aku malu Arissa..Nelissa menekup muka. Telekung yang dipakai sudah basah dengan air mata yang mengalir laju.

Nely..dah la. Itu tandanya Allah masih sayangkan kau. Apa yang aku harap, kau berubahlah kerana Allah, bukan kerana aku suruh atau paksa kau... Tubuh Nelissa dipeluk erat.

Mereka berdua mula meninggalkan masjid dan beriringan berjalan ke tempat letak kereta semula.

Arissa..thanks! Nelissa sekali lagi peluk Arissa.

Nely..aku nak sangat tengok kau gembira dan berubah.. Arissa sapu air mata Nelissa yang masih menangis.

Nelissa cuba senyum.

Dah, aku pun nak balik dah ni. Arissa buka pintu kereta MyVi.

Arissa..boleh tak aku tidur di rumah kau

Boleh je..itukan rumah kau jugak. Papa kau hanya pinjamkan kepada arwah ayah aku dulu.. Arissa senyum lega. Nampaknya Nelissa sudah mula berubah.

Ya ke Bukan ke rumah tu papa aku beri percuma pada ayah kau Nelissa berkerut kening.

Tak..aku dah tengok geran rumah tu. Masih nama papa kau. Bermakna aku ni tak ada rumah sebenarnya. Kalau papa kau nak semula rumah tu, aku kena pindah.. Arissa menutur perlahan.

Nelissa hanya mengangguk lemah. Wajah gadis itu ditatap seketika. Memang benar...

Fair Lady putih dan kereta MyVi merah mereka berdua mula membelah jalanraya menuju ke Kondominium Villa Indah di Sri Hartamas.

MALAM itu, usai solat Isyak, Arissa mengajar serba sedikit cara-cara solat yang betul kepada

Nelissa. Bacaan yang wajib dalam solat juga turut diajar.

Arissa..aku sebenarnya malu pada kau. Selama ni, aku terlalu ikut kata hati. Selalu nak seronok sehingga lupa pada tuhan. Macam di masjid tadi, aku malu sangat. Aku perasan jemaah perempuan asyik pandang aku. Nampak sangat aku kekok masa solat tadi... Nelissa tunduk. Air mata diseka lagi sekali.

Sudahlah..kalau nak ikut kata dan pandangan orang, alamatnya tak berubah la kita. Biar kita berubah perlahan-lahan dan ikhlas kerana Allah. Bukan berubah sebab orang suruh. Tak ada nilai di sisi Allah. Err..aku nak tanya sikit ni, masa di universiti dulu, aku pernah tengok kau solat. Takkan sekarang kau dah lupa Arissa masih penasaran.

Sebenarnya aku hanya acting je. Aku tengok kau dan housemate yang lain solat, jadi aku ikut tapi aku tak tahu apa yang aku buat sebenarnya. Dan aku tak baca apa-apa pun. Yang aku tahu..bila sebut Allahuakhbar..itu je. Nelissa berterus terang.

Arissa geleng. Nyata kehidupan Nelissa jauh dari amalan seorang Islam.

Tak kan papa dan mama kau tak ajar

Nelissa pandang Arissa seketika. Malu sebenarnya pada gadis itu.

Hidup kami sekeluarga tak pernah kenal tikar sembahyang. Malah, hidup kami terlalu kebaratan. Papa aku terlalu mengejar dan mencari harta. Seolah tidak pernah cukup. Leka dengan dunia dan harta. Mungkin disebabkan itulah aku jadi macam ni. Jahil! Nelissa tunduk.

Arissa terdiam. Benarlah...payah untuk melihat insan kaya raya terarah hidupnya mengikut landasan Islam. Hanya segelintir sahaja yang dipilih oleh Allah. Orang kaya diuji dengan harta kekayaan yang melimpah ruah. Adakah semakin bongkak, kedekut atau pemurah dan merendah diri

Nely..kita kena ingat, harta itu bukan penentu seseorang hamba Allah itu dimuliakan atau dihina. Tengok bagaimana harta itu diperolehi dan dibelanjakan. Jika didapati dengan cara yang diredhai Allah dan dibelanjakan ke jalan yang baik maka hidup orang itu mulia tetapi kalau sebaliknya, orang itu hina di sisi Allah. Dan orang yang kaya nilah harus bersyukur kerana dilimpahkan dengan kekayaan malah akan lebih berkat jika bersedekah kepada fakir miskin. Macam Rasulullah s.a.w. baginda tidak hanya membantu si miskin tetapi sentiasa duduk bersama-sama dengan mereka... hingga dengan itu baginda 'merasai' denyut hati insan yang kekurangan, kelaparan dan kesempitan. Terang Arissa.

Nelissa angguk perlahan. Aku lapar la.. Nelissa pegang perut. Dah tersengih.

Ya la..kita belum makan malam tapi...tadi kau kata kau dah gemuk Nak makan lagi ke Usik Arissa.

Alah..aku tak boleh hidup la kalau tak makan. Tak ada boyfriend aku boleh hidup lagi tapi kalau tak jamah makanan...aku boleh jadi biul tahu tak. Nelissa sengih lagi.

Okey..aku jenguk dapur kejap. Apa yang ada kat situ.. Arissa bingkas bangun. Telekung dilipat dan dimasukkan ke dalam sejadah.

Nelissa turut melipat telekung dan membuntuti Arissa ke ruang dapur.

Mereka berdua mula memasak. Sesekali Arissa jeling Nelissa yang sudah berair mata terkena pedih bawang.

Aku dah tak tahan la beb. Meluru Nelissa ke singki. Matanya dibasuh lama.

Arissa ketawa mengekek.

USAI makan malam, mereka berdua lepak di ruang tamu. Sempat Arissa buat seteko kopi o panas dan ubi keledek rebus.

Hmm..sedap rupanya ubi ni. Mana kau beli Nelissa sudah habiskan dua ketul ubi.

Aku beli kat Tesco tadi. Masa tunggu ayam percik masak, aku rebus ubi tu. Makanlah! Banyak lagi tu! Arissa muncungkan mulut ke arah pinggan ubi.

Arissa..ayam percik kau tadi terangkat betullah! Aku suka sangat! Mana kau belajar buat semua tu Nelissa hirup kopi o panas perlahan-lahan.

Aku belajar masa aku ke Kelantan dulu bersama arwah ayah aku. Ibu aku yang suka sebenarnya. Ayah aku bersungguh bawa ibu aku ke sana.

Kebetulan, arwah ayah aku ada seorang kenalan di sana. Seminggu jugalah kami berada di sana. Jadi sempat aku belajar semua tu. Kau percaya tak, masa tu umur aku baru tujuh tahun! Arissa senyum. Kenangan bersama arwah ayah dan ibu masih tersemat kukuh dalam hati. Tak akan pernah dilupakan.

Nelissa terbeliak. Biar betul kau ni!!

Arissa senyum lebar. Memang dia mudah belajar. Bayangkan dia boleh hafal setiap resepi yang dipelajari dari ibu dulu.

Hmm..nanti kau masak untuk aku lagi eik Nelissa kenyit mata.

Orang kata, nak suruh atau tolong seseorang itu kena bagi kail, bukan beri ikan! Arissa jeling Nelissa yang sudah berkerut kening.

Kail

Arissa angguk.

Maksud kau

Maksud aku...kau tu kena belajar memasak sendiri bukan tahu makan je. Jadi aku nak kau masak sendiri ayam percik tu kalau kau nak makan! Arissa sengih.

Weh! Kau perli aku eik!! Nelissa lontar bantal kecil ke arah Arissa.

Sempat Arissa mengelak. Mereka ketawa bersama.

Beb..aku nak tanya kau sikit.. Nelissa mula tukar topik setelah reda dari ketawa.

Apa dia

Aku perasan Adam tu macam suka kat kau. Masa di restoran Chilis tu, dia asyik tengok kau je. Kau tak nak tackle dia ke Nelissa pandang wajah Arissa yang sudah berubah.

Gila kau! Dia kan bukan muslim! Arissa mencebik. Dia diam seketika memikirkan siapa gerangan jejaka kacukan itu. Hatinya berdetik setiap kali terpandang wajah Pan Asia yang hampir sempurna kacaknya pada pandangan matanya sendiri.

Siapa kata muslim tak boleh couple dengan bukan muslim Nelissa mengalihkan posisi badannya mengadap terus Arissa.

Arissa diam.Begitu bersungguh Nelissa ingin melihatnya bersama Adam.

Kau juga kata, kalau kita dapat islamkan orang bukan muslim, pahalanya amat besar. Jika kita berdakwah kepada orang bukan Islam, dengan izin Allah mereka beriman di atas usaha-usaha kita, maka pahala yang besar dan berterusan akan kita perolehi daripada orang tersebut hingga kepada keturunannya sehingga ke hari kiamat. Nelissa senyum. Kata-kata itulah yang dilontarkan oleh Arissa dulu ketika dia sibuk melayan lelaki bangsa asing dan berkepit ke sana ke mari.

Kau masih ingat Arissa terkedu.

Nelissa angguk.

Arissa senyum. Nyata ingatan Nelissa sungguh kuat dan cepat tangkap maksudnya tapi sayang masa tu Nelissa seperti tidak pernah ingin berubah. Sengaja buat tak tahu. Dan dari kata-kata itulah juga dia turut mempunyai sebuah nota usrah.

Kenapa kau diam Nelissa pandang Arissa yang mula tunduk.

Aku tidak sekuat Ustazah Waddah yang telah banyak berjasa pada agama dengan berdakwah sehingga orang bukan muslim terbuka hati untuk memeluk agama Islam. Arissa berterus terang.

Ustazah Waddah Siapa tu

Dia naqibah aku masa di universiti dulu...err..maksud aku..guru usrah aku. Aku join rakan usrah. Ya la..hidup di tempat macam tu, apa-apa boleh jadi.. Terang Arissa.

Nelissa angguk-angguk. Hanya dia saja yang degil untuk tidak turut serta dalam rakan usrah itu dulu. Ya! Usrah yang dulunya sungguh janggal baginya. Pertama kali mendengar perkataan usrah. Bila dijelaskan oleh Arissa, baru tahu usrah itu adalah sekumpulan kecil yang sama-sama memberi tazkirah dan peringatan tentang akhirat.

Arissa..aku yakin, kau boleh jadikan Adam tu seorang muslim. Trust me! Nelissa beri semangat.

Sudahlah Nely. Aku tak kenal pun siapa Adam tu. Dari riak dia tu, aku tahu dia tu kaki perempuan. Sama dengan kawan dia yang dua orang lagi tu..siapa tu Ben Ten dan Sharif Dol Arissa sengih.

Pecah ketawa mereka berdua.

Arissa diam seketika. Ligat memikirkan siapa Adam sebenarnya. Dari gaya dan penampilan Adam, jelas Adam adalah seorang ahli perniagaan yang bukan calang-calang! Kenapa hati aku berdetak kuat bila pandang lelaki tu Tuah pula macam mana Kenapa aku tak ada rasa yang sama pada Tuah Ah! Gila!