SEJURUS tiba di rumah, Cikgu Isa tersandar di sofa. Lelahnya beransur-ansur reda.
Tidak lama selepas itu, dia berbaring. Entah mengapa seluruh tubuhnya berasa lemah. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia tidur di bangku hospital tadi.
Resahnya muncul berjejal-jejal. Berselangseli dengan wajah Ajai.
Lewat pula budak tu balik hari ini.
Cikgu Isa merasakan kepalanya tiba-tiba memberat. Seolah-olah sedang menjunjung bata bertingkat-tingkat. Matanya berair menahan sakit. Berkunang-kunang di balik bayangan temu janji ketiganya dengan Doktor Syarifah tadi.
Awak perlu lebih banyak berehat. Mengikut rekod serta laporan yang saya terima, awak semakin kerap demam dan sebagainya. Hal ini mungkin berlaku disebabkan sistem darah yang tidak seimbang dalam badan. Dapatkan rehat yang cukup.
Tapi doktor, saya selalu saja bersenam setiap minggu. Tak mungkinlah makin teruk.
Ya, saya tahu. Tapi, sum-sum tulang awak tersumbat dengan sel darah putih yang tidak normal. Sum-sum tulang itu tidak dapat menghasilkan sel-sel penting yang lain dengan cukup.
Ya, Allah. Sampai macam itu sekali Tak ada cara lainkah untuk rawat penyakit ini Dia dihujani rintik-rintik gelisah. Menyerap basah menyeluruhi nubari. Mindanya pantas memikirkan yang bukan-bukan. Kematian. Ya, kematian yang pasti datang.
Segalanya atas ketentuan Ilahi, cikgu. Kita perlu cuba berusaha sebaik mungkin, pujuk doktor bertudung itu. Dia seperti dapat membaca apa yang sedang berlegar di benak Cikgu Isa.
Jadi, apa perlu saya lakukan sekarang tanya Cikgu Isa.
Buat masa ini, saya akan berikan ubatubat yang sesuai bagi menghapuskan sel-sel kanser tersebut. Sehingga sampai satu tahap, mungkin pembedahan akan dijalankan. Kita tunggu dan berdoa saja.
Cikgu Isa bangkit dari baringnya. Dia tidak mahu lagi mengimbau pertemuan tadi. Kusut jika terus difikirkan, fikirnya.
Kini dia sudah di rumah. Tidak lagi
berdepan dengan Doktor Syarifah yang acap kali membuatkannya buncah. Tubuhnya betulbetul perlukan rehat. Dia mahu mempedulikan sahaja permainan penyakit. Semakin dirisaukan, semakin perit. Biarlah diserahkan segalanya kepada yang empunya.
Matanya dilelapkan. Semoga dirasuk lena dan bangun dalam dunia baharu. Dunia yang boleh melenyapkan segala kebimbangan yang tersepit di jaring harapan.
TENGAH hari itu, Lazim dalam perjalanan menjemput anak Datuk Murad di sekolah. Selepas ini dia perlu kembali ke pejabat majikannya itu.
Begitulah rutinnya pada hari persekolahan. Dia perlu melayan dua orang majikan. Menjelang musim cuti sekolah, dia akan tersenyum panjang.
Datuk Murad tidak seperti orang-orang besar yang lain. Sebenarnya, beliau lebih suka memandu kereta sendiri biarpun mempunyai pemandu. Tetapi, disebabkan Lazim benar-benar dalam kebutuhan sepuluh tahun lalu, Datuk Murad berlapang dada untuk menerimanya bekerja.
Memang jabatannya sudah menyediakan seorang pemandu, tetapi beliau lebih suka menggunakan pemandu yang amanah seperti
Lazim. Lagi pula, perkenalan dalam tempoh sedekad cukup untuknya menanamkan kepercayaan terhadap pemuda itu. Malah, hubungan mereka sekarang lebih daripada seorang majikan dan pekerja.
Lazim masih ingat ketika itu dia baru sahaja dibuang kerja. Dia dituduh menggelapkan wang kutipan. Sedangkan kontraktor bas yang sering bekerja dengannya adalah dalang sebenar. Selepas itu, hidupnya berubah menjadi papa. Daripada seorang pemandu bas yang rajin, berubah menjadi insan separuh gila. Merempat di pinggir kota bersama-sama penagih dadah. Rumah sewanya berbulan-bulan tidak berbayar sampaikan terpaksa tidur bertilamkan kotak dan surat khabar di bawah jambatan.
Segala yang pahit bertukar manis apabila dia dipertemukan dengan Datuk Murad. Walaupun bersahabat dengan sampah masyarakat, tetapi segodel virus keji pun tidak menunas dalam darah orang kaya itu. Sebaliknya, dia dianggap penyelamat kepada sebuah kereta mewah milik Datuk Murad. Kereta itu hampir-hampir dilarikan mat gian. Tetapi dengan sisa kewarasan dan luhur yang masih bersemadi di jiwanya, dia menyerang penjenayah itu bagai seorang wira.
Datuk Murad yang baru sahaja kehilangan isteri, tidak terbata-bata menerima Lazim sebagai ahli baharu dalam hidupnya. Rumah pangsapuri yang didudukinya kini juga hibah daripada Datuk Murad selagi mana dia mampu mencurahkan khidmat.
Lazim memecut kenderaan majikannya itu. Dia tidak mahu terlewat sampai ke sekolah. Fikirannya kini sengaja dibawa ke Kampung Kelipuk. Destinasi yang dituju kelmarin. Dia datang ke kampung itu buat kali kedua selepas yang awalnya ketika dia mendapat berita kematian Tok Keman. Namun kala kedua itu dia datang dalam keadaan yang lebih bersedia tanpa ada kaca-kaca di mata.
Jadi, di mana saya boleh cari dia, Tokki
Tokki tak ada alamatnya. Yang pasti, penjaganya itu seorang guru di bandar. Tok Batin Kutam bijak mencari helah.
Lazim kaku. Ajai pasti sudah selesa dengan alam baharunya. Perlukah dia memalukan diri sendiri untuk mencari budak lelaki itu
Baguslah dia tinggal di bandar. Terjamin sikit hidupnya. Belajar pun senang, sahut Lazim berpura-pura cakna. Dia menyorokkan kesedihan di balik senyum kelatnya.
Di sini pun pelajarannya baik. UPSRnya cemerlang. Sebab itu cikgu itu bawanya ke bandar. Nak tolong sekolahkan budak Ajai tu, jelas ketua kampung itu.
Itu sahaja tujuannya Sebab nak tolong Ajai bersekolah
Tok Batin Kutam bungkam. Terfikir sejenak. Apa sahaja yang dilepaskan daripada mulutnya sehingga Lazim tiba-tiba menebaknya begitu
Lazim serba salah. Dia tertunduk.
Maafkan saya, Tokki. Maksud saya, baguslah dia bersekolah. Dah besar nanti dia boleh jadi orang yang berguna. Lazim menyelamatkan diri.
Tok Batin Kutam mengangguk. Antara bersetuju dengan tidak. Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan Lazim.
Lazim, kenapa kamu nak cari Ajai
Hati Lazim diserang cuak. Tiada jawapan yang pasti. Cuma berharap agar kehidupan yang dicari selama ini ditemui. Dia serik diganggu igauan ngeri dalam lenanya. Moga-moga besi panas dalam mimpinya itu tidak merebus otak yang memang sudah memijar.
Sedar tidak sedar, kereta yang dipandu Lazim sudah di hadapan pagar sekolah.
Lazim nampak anak perempuan Datuk
Murad terjinjit-jinjit mengintainya dari kantin. Sesaat kemudian, gadis itu melayangkan sedekah dari bibir mudanya. Kemudian, berlari-lari anak menghala ke pintu masuk sekolah. Tersendengsendeng beg merah jambu di belakangnya.
Langsung ingatan Lazim terhadap Ajai dilupakan seketika. Juga ditauknya mimpi yang tidak sanggup dilayani.
SATU demi satu kenderaan melintasi Ajai. Tetapi, tiada satu pun yang menyinggah. Kesemuanya seakan sedang berlumba mengejar gelaran juara.
Ajai menggedik-gedikkan kakinya. Hampir 20 minit dia di stesen bas itu. Bas menghala ke Bangsar masih lagi tidak muncul. Pungkur Ajai kematu. Lagu-lagu berkerat entah berapa kali sudah diulang nyanyi. Dia boyak menunggu.
Petang ini dia sedikit lewat. Sejurus tiba di perhentian bas, pelajar lain sudah tidak kelihatan. Ajai kecewa. Memang sukar untuk mendapatkan bas di situ. Sekali terlepas, hampir setengah jam perlu menunggu.
Jam di tangan ditenungnya. Sepatutnya sekarang dia sedang menginfakkan masa dengan menyiapkan tugasan kerja rumah yang diberi. Setiap petang kerja rumah perlu disentuh terlebih dahulu. Malamnya pula bolehlah mengulang kaji subjek lain.
Ajai tergaruk-garuk kepalanya. Dia tertekan kerana gagal mendisiplinkan diri. Semuanya gara-gara pengetua sekolah, Cikgu Omar yang memintanya ke pejabat tadi.
Sebenarnya, Cikgu Isa dan Cikgu Samad ditugaskan untuk menjemput pasukan bola sepak sekolah yang sedang menyertai kejohanan peringkat zon. Tetapi, Cikgu Isa gagal dihubungi sejak tengah hari tadi. Kereta
Cikgu Samad pula tidak cukup besar untuk menampung semua pemain. Akhirnya, Cikgu Maznah menjadi mangsa.
Ajai bingung memikirkan apa yang perlu dibuat. Dia sendiri tidak tahu ke mana pergi penjaganya itu. Dia agak terasa dengan bebelan pengetuanya tadi. Dia kasihankan Cikgu Isa. Tetapi, dia memahami Cikgu Omar yang sangat profesional. Setiap yang salah perlu dihukum.
Pon! Pon!
Mata Ajai terjegil. Terkejut dengan sapaan kasar sebuah kereta di hadapannya. Cikgu Omar.
Pengetuanya itu tidak berhenti. Cuma mengangkat tangan dari dalam kereta. Ajai nampak samar-samar tangan tuanya dipacakkan. Panjang umur dia. Ajai tersenyum.
Sejurus itu, sebuah kereta mewah melintasinya. Ajai kenal gadis di dalam kereta itu. Gadis yang hampir-hampir termakan penamparnya.
Kameena menjeling tajam dari tempat duduk belakang. Bibirnya kumat-kamit seperti sedang menyumpah.
Sombong betul. Kalau aku jadi anak orang kaya pun aku duduk di sebelah pemandu. Sedarlah sikit perempuan, yang kaya itu bapa kau, bukannya kau, Ajai menyeranah
perlahan. Setakat ditangkap dengar oleh lohong telinganya.
Lazim mengerling gelagat Kameena dari cermin depan. Dari cermin itu juga dia sempat melihat seorang budak lelaki di perhentian bas. Kameena kenalkah budak tu
Kenal sangat, pak cik. Budak kelas saya. Berlagak orangnya. Baru masuk kelas saya dah kecoh-kecoh. Macamlah pandai sangat, lancang Kameena mengutuk.
Oh, kawan baharulah kiranya.
Kawan Tak kuasa saya nak mengaku kawan. Budak kampung baru duduk bandar memang tak layak dibuat kawan. Kalau sedar diri tak apalah. Ini perangai macam apa saja. Depan cikgu-cikgu bukan main patuh lagi. Tapi, dengan pelajar lain berlagaknya bukan main.
Lancar tukas Kameena. Dia kira inilah masanya untuk melampiaskan geram. Mujur pemandunya tidak kenal siapa Ajai. Boleh juga dia meraban yang bukan-bukan.
Pak cik tengok dia macam budak baik. Duduknya pun sopan. Pakaiannya kemas. Rambut tak adalah berfesyen macam budakbudak lain. Tak berpacak-pacak, komen Lazim.
Pak cik baru tengok sesaat. Kalau pak cik duduk dengan dia lama-lama, muntah lima belas kali pun tak habis-habis lagi.
Pemandunya tersengih. Dalam hatinya, entah apa yang dimakan budak Kameena ini. Bebelnya melampau-lampau. Mengalahkan si murai yang tergigit cabai.
Ajai masih menanti bas datang. Dia malas membelitkan akal semata-mata berfikir tentang kesombongan Kameena. Suatu hari nanti pasti gadis itu akan mengenal dunianya yang sebenar.
Benar kata Pak Teh. Dunia ini ibarat tempat persinggahan sementara bagi umat manusia. Akhiratlah penentu segalanya.
Kameena itu mesti tidak pernah terdetik untuk memikirkan soal akhirat. Asyik dibuai dengan kesenangan dunia, rungut Ajai melalutlalut.
Ajai terenjat. Cepat-cepat dia beristighfar. Cabul juga mulutnya. Dia sedar jika seseorang itu mengata, gugus katanya itu mampu mencemarkan air di lautan. Ibarat kisah sengketa isteri-isteri Rasulullah yang diceritakan Pak Teh.
Sebetulnya dia perlu menyedarkan gadis itu, bukan terus menghina. Lantas disapunya muka dengan tapak tangan. Mengharapkan lakuan tadi dimaafkan.
Tolong!
Suara dari belakang pencawang elektrik jelas dapat didengar di perhentian bas. Laungan itu makin nyaring. Diselang-seli dengan jeritan mengaduh.
Ajai menyeberang jalan utama menuju ke pencawang. Alangkah terperanjatnya dia melihat kelibat Gana yang sedang telentang di tanah.
Gana, kenapa dengan kau
Gana menekan perutnya. Sekali-sekala dia tersedak. Tidak mampu memuntahkan katakata.
Baik, biar aku bawa kau ke klinik.
Tak payah. Jangan. Gana menolak.
Ajai mengangkat tulang rusuk kanan Gana. Lambat remaja India itu bangkit. Masih terbongkok sedikit. Senak barangkali.
Boleh bangun Biar aku pimpin kau. Ajai menghulurkan tangannya.
Tak perlu, Ajai. Aku boleh ... aduh!
Cepat-cepat disambut Ajai. Gana masih lemah. Ajai meraih lengan kiri Gana dan dipaut pada bahu lebarnya. Kemudian, dengan perlahan kedua-duanya berjalan menyeberangi jalan.
Betulkah kau tak mahu ke klinik Ajai menyuarakan bimbang. Dia yakin Gana dipukul. Malang sekali saat dia datang samseng itu sudah lari.
Betul. Terima kasih, Ajai.
Sama-sama. Kau balik dengan apa tanya Ajai.
Gana tertunduk-tunduk. Antara dengar dan tidak sahaja pertanyaan Ajai. Perutnya yang senak dielus manja.
Kau biasa balik dengan bas, bukan Ajai menduga. Dia selalu nampak Gana menunggu bas di situ ketika dia dalam perjalanan pulang bersama Cikgu Isa.
Gana memandang raut wajah Ajai. Lantas dia mengangguk. Kau tak balik dengan Cikgu Isa soal Gana pula.
Tak. Cikgu Isa ada hal sikit, ringkas jawapan Ajai.
Apa hubungan kau dengan Cikgu Isa
Ajai terkedu. Lidahnya kelu tidak terkata apa-apa. Akalnya juga berhenti daripada berlari ke sana sini. Dia kusut. Apakah jawapan yang selayaknya diberikan Sedangkan jawapan itu ada pada Cikgu Isa, bukan dirinya. Dia diam seribu bahasa.