Lukisan Asmara 2 - 9
BAB 8

Kini, Alyssa merasakan hidupnya sudah cukup sempurna. Dia punya rumahtangga yang bahagia, disamping anak yang bakal lahir tidak lama lagi. Roziana pula, dikhabarkan sudah mula berbaik-baik dengan teman tapi mesranya, Sabtu. Alyssa hanya menunggukan khabar gembira sahaja dari kakak angkat yang sangat disayanginya. Sementara Elly, sudah selamat memulakan kerja barunya di Wadi Afzan dengan jawatan yang ditawarkan kepadanya.

Kelihatannya, Elly tidak punya sebarang masalah untuk membiasakan dirinya dengan kerja barunya itu. Manakala ibunya, Mak Cik Markonah pula diletakkan di bawah pengawasan pusat penjagaan orang-orang tua Wadi Afzan, tidak jauh dari tempat Elly bekerja. Ini memudahkan Elly untuk memantau keadaan ibunya itu dari semasa ke semasa. Elly bersyukur kerana hidupnya dan ibunya kini lebih terurus. Semuanya itu adalah ehsan dari kemuliaan hati sahabatnya, Alyssa.

Hari itu, Alyssa hanya berehat sahaja di rumahnya. Dia cuba mengikut nasihat Elly kepadanya tempoh hari untuk meluangkan detik-detik yang indah bersama bayi di dalam kandungannya, sementara dia belum lahir ke dunia ini. Alangkah nyamannya menghirup udara tenang di rumah sendiri, daripada berhempas pulas mencari idea di pejabat seninya. Sambil bersantai, tangannya mengusap perut yang mengandungi isi, buah kasihnya bersama suaminya, Tuan Fahreen.

Senang hati nampaknya, bakal ibu ni, tegur Tuan Fahreen yang turut berada di rumah ketika itu.

Seperti sudah berjanji pula, bila kedua-duanya tidak bekerja hari itu. Tuan Fahreen sengaja mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama dengan isterinya. Itupun, setelah dia mendapat tahu dari Abang Bob, yang Alyssa akan bercuti hari itu. Pada mulanya, Tuan Fahreen sengaja merahsiakaannya dari pengetahuan Alyssa. Kiranya, ini adalah sebagai suatu kejutan untuk Alyssa, apabila masa emasnya itu bakal terisi bersama ayah kepada anak di dalam kandungannya itu.

Eh, abang tak ke pejabat hari ni Tadi, bukankah abang dah keluar ujar Alyssa yang agak terkejut melihat kehadiran suaminya itu.

Tadi tu, abang cuma ke rumah Abang Mat. Anak Abang Mat sakit, baru saja keluar dari hospital.

Laa Lyssa ingatkan, abang dah keluar ke pejabat. Kenapa tak beritahu Lyssa yang abang pergi jenguk anak Abang Mat Kalau Lyssa tahu, Lyssa pun nak ikut sama, sungut Alyssa, agak manja.

Tuan Fahreen tersenyum, lalu duduk di samping isterinya sambil membelai rambut dan telinga Alyssa.

Sayang tidur nyenyak sekali. Abang tak sanggup nak kejutkan. Lagi pun, bukankah semalam sayang complaint yang sayang susah nak tidur

Alyssa mengangguk. Sejak akhir-akhir ni, kesaratan perutnya membuatkan dia agak sukar untuk tidur malam. Terhimpit rasanya sehingga ke dadanya. Mengereng salah, terlentang salah. Kalau meniarap, lagilah salah. Itulah derita yang terpaksa ditanggung oleh ibu-ibu mengandung pada setiap trimester terakhir. Namun, demi seorang zuriat, mereka tetap menggagahinya. Begitu juga dengan Alyssa.

Jadi, abang tak kerjalah hari ni

Tak. Abang nak bercuti dan berehat bersama isteri dan anak abang yang dekat dalam ni, ujar Tuan Fahreen sambil terus mengusapi perut isterinya itu.

Gembira sungguh rasa hati Alyssa. Sudahlah dia bercuti untuk meluangkan masa bersama bayi yang di dalam kandungannya, suaminya pula turut serta dalam bersantai bersamanya. Nampaknya, banyak perkara yang boleh mereka lakukan bersama-sama hari ini. Sudah agak lama mereka tidak meluangkan masa untuk bersama. Kesibukan mereka sering menjadi penghalang dan mencemburui keakraban mereka.

Sayang, abang tengok, sayang semakin cantik

dan berseri semenjak mengandung ni. Orang tua-tua kata, kalau wajah si ibunya jelita ketika hamil, maknanya anak yang dikandungnya itu adalah anak perempuan. Mesti seronok kalau kita dapat baby girl, kan Muka dia, hidung dia, mata dia mesti macam sayang. Hai, sedaplah mata abang memandang. Ibunya jelita, anak perempuannya comel sangat, kan

Tapi kan bang, kalau diberi pilihan, Lyssa nak anak lelaki dulu. Sebab selalunya, anak lelaki akan sayang dan jaga ibunya. Kalau anak perempuan, dia akan lebih rapat dengan ayahnya. Orang putih selalu kata daddys girl, luah Alyssa pula.

Tuan Fahreen tersenyum. Semakin comel pula Alyssa di pandangan matanya bila merengek manja sebegitu. Sebagai suami, melayani karenah isteri semasa hamil, sudah menjadi tanggungjawab dan tugas rutin untuknya. Andainya Alyssa memintanya mencarikan bulan sekali pun, pasti akan diusahakannya.

Sayang, abang tak kisah. Lelaki atau perempuan, sama saja. Yang penting, anak dalam perut ni, selamat di dunia dan akhirat. Lagipun, ini anak kita berdua. Buah sulung dari kasih sayang kita.

Sesungguhnya, itu juga yang diharapkan oleh Alyssa. Anak yang bakal lahir itu nanti akan membawa nama orang tuanya ke mana sahaja dia pergi. Biarlah dia bawa imannya seiring dengan nama ayahnya. Semoga dia tidak akan terjebak dalam kejahatan dunia yang lebih mencabar di masa akan datang kelak. Ditambah dengan kekayaan yang bakal diwarisinya dari ayah dan ibunya. Moga-moga, dia juga tidak akan lupa mendoakan kesejahteraan orang tuanya di dunia juga di akhirat serta menjadi anak yang soleh ataupun solehah.

Okay, dah terlanjur kita berdua bercuti hari ini, beritahu pada abang. Apa yang sayang nak buat hari ini Kita akan lakukan sama-sama, ajak Tuan Fahreen.

Betul tanya Alyssa seperti kurang yakin.

Betullah.

Baiklah, kalau macam tu, Lyssa nak masak hari ni, ujar Alyssa.

Masak Tuan Fahreen terkejut.

Yes, masak. M-A-S-A-K, masak. Semenjak jejakkan kaki ke rumah ni, Lyssa tak pernah merasa untuk pegang senduk dan periuk di dapur tu. Sebab tu, Lyssa mengidam sangat nak masak. Lyssa teingin nak masak makanan kegemaran Lyssa sendiri dan teringin juga nak masak untuk abang, terang Alyssa bersungguh-sungguh.

Abang, tolonglah beritahu pada Mak Chom supaya tak halang Lyssa untuk masak hari ni. Please rayu Alyssa lagi.

Tuan Fahreen hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Sememangnya, mengidam Alyssa tu, tidak sukar untuk ditunaikan, tetapi aneh. Walau bagaimanapun, kalau dah itu kehendak Alyssa, rasanya tiada alasan untuk Tuan Fahreen menolaknya.

Baiklah, abang akan tolong cakapkan pada Mak Chom, tapi dengan satu syarat.

Syarat Apa syaratnya

Abang akan bantu sayang memasak. Abang nak tengok juga kebolehan isteri abang ni. Whether shes a good cooker or not.

Lyssa tak kisah. Tapi, bolehkah abang masuk dapur Orang korporat seperti abang, hanya tahu pegang pen, kertas dan laptop saja tau. Bukannya senduk dan periuk. Tak malukah abang, bila orang gaji di rumah ni tengok abang bergelut di dapur menolong Lyssa memasak tanya Alyssa lagi.

Kali ini, Tuan Fahreen yang ketawa besar lagi. Perkara itu bukan sahaja lucu dan janggal bagi Alyssa, malahan pada dirinya sendiri. Sejak kecil, Tuan Fahreen sememangnya tidak pernah menyentuh apa-apa peralatan memasak di dapur. Hidupnya sejak dahulu adalah dengan pelajarannya. Apabila sudah tamat belajar, dia terus sibuk dengan tanggung jawabnya di Tajul Holdings.

Nak malu apa Kalau sayang mengidam untuk masak, abang pun ada teringin abang juga. Kita sama-sama realisasikan idaman dan keinginan kita hari ni.

Mak Chom terkejut bila permintaan Alyssa itu disampaikan Tuan Fahreen kepadanya. Hampir hendak terlepas pisau ditangannya yang sedang digunakan untuk memotong bahan-bahan masakan bagi hari tersebut.

Apa Mengidam nak masak ujar Mak Chom yang agak tersentak dengan permintaan Tuan Fahreen dan Alyssa itu.

Mak Chom lantas ketawa, lalu berkata, Dalam banyak-banyak benda di dunia ni, macam mana puan boleh mengidam nak masak pula Hai, macam-macam permintaan orang mengandung ni, kan Ada yang pelik, ada yang boleh jadi bahan tawa.

Mak Chom dalam banyak-banyak benda di dunia ni, masak saja yang Alyssa tak pernah merasa nak buat. Semenjak dia tinggal di sini, kita selalu menegah dia dari melakukan kerja-kerja di dapur. Sebab tulah, dia teringin sangat. Kalau dari segi material, rasanya tak ada masalah untuk dapatkannya, kut, terang Tuan Fahreen

Betul juga, fikir Mak Chom. Duit ringgit dan keinginan lain, mungkin tidak menjadi masalah untuk dipenuhi. Segala-galanya umpama kacang bagi Alyssa dan Tuan Fahreen. Namun, kelebihan wang ringgit tidak dapat dinilaikan dengan keinginan yang satu ini. Tampak mudah, tapi, tetap penuh dengan tanda tanya.

Hari ni, saya dan Alyssa nak bagi Mak Chom dan pembantu-pembantu yang lain cuti masak. Buatlah apa sahaja, selain dari memasak. Sebab hari ini, Chef Alyssa dengan dibantu oleh Chef Tuan Fahreen akan mengegarkan dapur ini dengan masakan yang cukup istimewa. Air tangan dari Puan Alyssa, sambung Tuan Fahreen lagi.

Mereka semua yang berada di situ ketawa mendengar pengumuman jenaka Tuan Fahreen itu. Tidak fasal-fasal, pasangan suami isteri itu menjadi tukang masak bidan terjun, hari itu. Tetapi, yang paling kelakarnya ialah Tuan Fahreen sendiri. Jangankan kata masak, memakai apron pun, dia tidak tahu. Alyssa ketawa besar apabila melihat suaminya itu memakai apron secara terbalik. Puas mentertawakannya, barulah Alyssa membantu untuk membetulkannya.

Pengalaman memasak bersama suami adalah suatu perkara yang begitu menyeronokkan buat Alyssa. Tuan Fahreen pula, tidak ambil peduli, walaupun mukanya berlumuran dengan tepung, kunyit dan pelbagai rencah memasak. Ditambah pula dengan dapur mereka yang bersepah macam tongkang pecah, gara-gara perbuatan lelaki yang tidak pernah menjengah dapur itu. Akan tetapi, dia tetap bahagia kerana dapat mengembirakan hati Alyssa.

Banyak masakan kegemaran mereka berdua yang di masak oleh Alyssa. Semuanya nampak enak-enak belaka. Malahan, Alyssa tidak hanya memasak untuk dia dan suaminya semata-mata, malahan untuk seluruh warga kerja di mahligai indah itu. Mereka semuanya gembira kerana dapat juga merasa air tangan isteri majikan mereka itu.

Ya Allah, sedapnya puan. Mak Chom tak sangka yang masakan puan ni sedap sekali. Bertuahnya Mak Chom dan yang lain-lain hari ni, puji Mak Chom ketika pertama kali diminta untuk merasa hasil masakan Alyssa.

Mak Chom janganlah memuji tinggi melangit sangat. Kalau ada kekurangan dari segi masinnya, manisnya, masamnya atau kesedapannya, berterus-terang sajalah, pinta Alyssa.

Nak komen apa lagi, puan Semuanya secukup rasa. Sedap sangat

Alyssa hanya tersenyum memerhatikan jelingan manja suaminya.

Saya dah cakap tadi, Mak Chom. Tapi, isteri saya ni tak percaya. Dia fikir, dia tak mampu menandingi masakan Mak Chom. Ternyata, Mak Chom telah membuktikan yang pendapat dia tentang itu, sememangnya salah.

Sesungguhnya, memang Alyssa begitu arif dalam hal masak-memasak. Keenakan masakannya setanding dengan masakan chef-chef di hotel-hotel besar. Tidak sia-sia rasanya Tuan Fahreen dan semua orang gaji di rumah tu menunaikan kehendak Alyssa yang satu itu. Mereka berpeluang untuk menikmati makanan yang begitu menyelerakan sekali. Hari itu, Alyssa berasa puas kerana dapat memenuhi kehendaknya untuk memasak dan menyajikan masakannya untuk santapan suaminya yang tercinta. Dia sendiri tidak tahu, bila lagi dia berpeluang untuk berbuat sedemikian.

Sesungguhnya, Tuan Fahreen juga tidak menyangka yang isterinya itu punya kepakaran sebagai seorang tukang masak. Jika dia tahu, dari awal lagi dia tidak akan melarang Alyssa untuk masuk ke dapur dan memasak untuknya. Begitu juga dengan Mak Chom. Malahan Mak Chom juga boleh menarik nafas Lega sekarang. Sekurang-kurangnya, sekarang Mak Chom tahu, ada orang yang boleh diharapkan untuk menyediakan makanan kegemaran Tuan Fahreen bila dia sudah tidak berkeupayaan kelak.

Selepas ini, ke mana sahaja Tuan Fahreen pergi, dia tetap akan balik rumah seperti biasalah. Sebabnya, dia pasti akan merindukan masakan di dalam rumah ini. Puan, kasih sayang seorang suami ni, boleh diikat pada perutnya, nasihat Mak Chom pada Alyssa ketika mereka duduk bersantai bersama selepas menikmati makanan tengah hari.

Insya-Allah, Mak Chom. Lyssa akan pastikan yang abang akan sentiasa melekat di rumah ni kalau dia tiada tugasan di luar. Selepas ni, Lyssa nak masak pelbagai jenis masakan lagi supaya abang suka, ujar Alyssa sambil tersenyum memikirkannya.

Perjalanan hidup Alyssa masih tetap berputar seperti biasa. Memandangkan keadaannya yang sedang berbadan dua itu, dia menempuh pelbagai fasa perasaan setiap hari. Adakalanya dia rasa gembira, teruja dan bersemangat sekali. Tetapi, adakalanya dia berasa takut, gusar dan gelisah terutama sekali apabila memikirkan kandungannya yang hampir mencecah waktu untuk melahirkan.

Setiap hari Alyssa berdoa agar dia dikurniakan kekuatan dan semangat di saat melahirkan nanti. Alyssa belum pernah menempuh debaran hari bersalin kerana ini adalah pengalamannya yang

pertama. Namun, dia akan tabahkan hatinya untuk menghadapi segala-galanya, kerana sudah pasti suaminya akan bersama menemaninya di bilik bersalin kelak. Alyssa yakin yang dia akan mendapat semangat dan kekuatan dari kehadiran Tuan Fahreen untuk melahirkan zuriatnya ke dunia.

Hari ini, entah kenapa, perasan Alyssa agak berdebar-debar. Dari pagi, dia merasakan perasaan yang serupa, tidak kira apa saja situasinya. Malahan dia tidak pernah berperasaan seaneh ini sebelumnya. Alyssa tidak fikir yang dia bakal melahirkan bayinya kerana kandungannya baru berusia tujuh bulan lebih. Tetapi Alyssa tetap bimbang, kerana dia pernah mendengar cerita, ada wanita yang melahirkan bayinya ketika berusia tujuh bulan. Kelahiran pra-matang ini dikatakan mempunyai risiko yang agak tinggi berbanding kelahiran normal.

Di pejabat, Alyssa cuba menyibukkan dirinya supaya dia dapat melupakan kegelisahan yang sedang meratah sendi benaknya. Selain dari menyiapkan lukisannya sendiri, Alyssa turut membantu teman-teman sepejabatnya merangka idea-idea baru penghasilan rekaan dalaman yang terkini dan cangih.

Namun, perasaan resah gelisah ibarat tikus yang bermain-main mengotori setiap inci hatinya, sama sekali tidak dapat dinyahkan dari fikirannya. Alyssa tetap tertanya-tanya apakah ada bala atau masalah yang bakal menjengah hidupnya kini Entah, dia sendiri tidak dapat menjawab persoalan tersebut.

Alyssa, ini ada kiriman untuk kau, beritahu

Tina, sambil menghulurkan satu sampul surat berwarna coklat dan bersaiz A4 kepada Alyssa.

Apa ni, Tina

Entahlah. Tadi, budak penghantar tu kata, benda ni penting.

Siapa yang hantar Posmen

Bukan posmen. Barangkali pekerja kurier. Tetapi, dia tidak memakai sebarang uniform. Hanya bert-shirt biasa dan berseluar jeans sahaja.

Belum pun sempat Alyssa mengucapkan terima kasih, Tina sudah berlalu pergi kerana dia juga punya banyak kerja yang perlu dibereskan. Sedangkan sampul surat yang diberi Tina tadi, masih terlekat rapi di atas meja Alyssa. Hati Alyssa berbelah-bahagi antara mahu membuka sampul tersebut atau tidak. Dia tidak yakin itu adalah dokumen rasmi kerana cara ianya dilekat dan dihantar lebih kepada sesuatu yang berbentuk peribadi.

Mahu atau tidak, Alyssa tetap harus membuka dokumen itu. Dia tidak boleh membiarkannya begitu sahaja. Manalah tahu, ianya benar-benar dokumen penting tentang urusan kerjanya. Ataupun sesuatu yang ada hubung kait dengan Wadi Afzan, yang perlukan perhatiannya. Sebarang kemungkinan boleh jadi. Maka, dengan tertibnya, Alyssa membuka sampul tersebut untuk mengetahui isi kandungannya.

Masya-Allah!

Terperanjat besar Alyssa apabila melihat kandungannya. Sesuatu yang tidak pernah terduga oleh akal fikirannya. Sesuatu yang mengundang kemarahan dan kebimbangan yang ketara di hatinya. Isi kandungan sampul itu, sedang menceritakan sesuatu yang Alyssa tidak tahu.

Apakah sebab ianya dihantar. Alyssa pun tidak tahu. Apa yang dia tahu, kehadiran isi sampul tersebut benar-benar merobek hatinya dan mencincang lumat jiwanya.

Kemurungan melanda jiwa Alyssa hari itu sehingga membawa ke pejabat Wadi Afzan. Elly yang hairan dengan keadaan Alyssa yang tidak seceria biasa, cuba menegurnya dalam satu bahasa yang menyembunyikan firasat sebenarnya.

Hai, kesian aku tengok mak buyung ni. Pagi, sibuk bekerja di office Abang Bob. Petang pula, terkejar-kejar ke Wadi Afzan. Kau tak letihkah, beb Terkejar sana, terkejar sini. Lama-lama, terberanak pula di tengah jalan.

Memang itu adalah rutin harian Alyssa. Pagi dan petang, jadualnya penuh. Alyssa terpaksa juga mengambil urusan pengendalian Wadi Afzan sedikit demi sedikit, bagi memberi laluan untuk memahirkan dirinya. Mujurlah ada Elly untuk membantunya di situ. Kecekapan Elly dalam menguruskan perjalanan harian Wadi Afzan memang tidak dapat dinafikan. Hasilnya, Wadi Afzan berjaya menyempurnakan semua projek-projek yang tertangguh disebabkan oleh masalah dokumentasi dan pengurusan.

Namun, Elly tetap hairan dengan keadaan Alyssa hari itu. Dari tadi, soalannya sunyi dari jawapan oleh Alyssa. Sekali lagi, Elly mendesak kerana dia merasakan yang dia perlu tahu.

Kenapa dengan engkau ni, beb Aku tengok, dari tadi engkau diam saja. Engkau sakit ya

Memang sakit. Sakit hati, jawab Alyssa, spontan.

Heh, engkau jangan main-main dengan sakit hati ni, beb. Takut jadi macam mak aku pula. Naya engkau, ujar Elly, cuba berlucu, namun seperti tidak diperdulikan oleh Alyssa.

Melihatkan keadaan Alyssa yang tetap sugul, Elly cuba untuk serius lalu bertanya lagi, Engkau ada masalahkah, beb Cuba ceritakan pada aku. Tak baik bermuram durja dalam keadaan engkau yang macam ni. Takut bawa mudarat pada baby dalam kandungan engkau.

Alyssa berasa berat untuk menceritakan perkara tersebut kepada Elly. Dia sendiri tidak tahu, sama ada hendak mempercayai apa yang telah terhidang untuknya itu, ataupun tidak. Lantas, Alyssa mengeluarkan sampul yang diterimanya di pejabat pagi tadi, lalu dihulurkan kepada Elly. Biar Elly sendiri yang mencari jawapan kepada persoalannya tadi.

Apabila Elly menatap isi sampul itu, dia juga agak tersentak. Isi kandungannya adalah beberapa keping gambar yang memaparkan aksi mesra Tuan Fahreen bersama beberapa orang wanita. Apa yang mengejutkan, di antara gambar-gambar tersebut, turut terselit gambar seorang perempuan yang amat mereka kenali, iaitu Che Ros.

Lalu, Elly terfikir. Apakah semua itu ada kaitannya dengan Che Ros Bukannya Elly tidak tahu, betapa dalamnya perasaan Che Ros tehadap Tuan Fahreen. Elly percaya, pastinya Che Ros benar-benar kecewa setelah mengetahui berita pernikahan Tuan Fahreen dan Alyssa. Tidak hairan juga jika dia ada menyimpan dendam terhadap Alyssa. Lagi pun, setelah membelek gambar-gambar tersebut, Elly dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Namun, dia sendiri pun kurang pasti.

Aku tak sangka, begitu rupanya perlakuan Tuan Fahreen di belakang aku. Depan aku, bukan main lagi. Cintalah, permatalah, mutiaralah, macam-macam lagi. Bila belakang aku, buat hubungan dengan ramai perempuan. Aku menyesal sangat beb, sebab percayakan dia. Selama ni, aku fikir dialah lelaki yang boleh menjaga dan membimbing aku ke jalan yang benar dan bahagia. Rupa-rupanya, dia pun sama saja dengan jantan-jantan lain kat dalam dunia ni. Gunakan kedudukan dan harta untuk kepuasan nafsu, rintih Alyssa dalam nada geram.

Engkau tak boleh cepat sangat melatah, beb. Engkau kena ada bukti yang kukuh dulu, baru boleh menuduh. Kalau semua ni tak benar, itu sudah dikira memfitnah suami sendiri. Berdosa besar tau, tak cium bau syurga nanti, nasihat Elly pula.

Nak bukti apa lagi, beb Gambar-gambar tu semua, sudah cukup untuk menceritakan segala-galanya. Aku tak nampak lelaki lain dalam gambar tu, kecuali Tuan Fahreen seorang sahaja. Cuba engkau bayangkan bagaimana perasaan aku. Bagai disiat-siat, tahu tak

Elly dapat melihat kekecewaan yang terlukis jelas di wajah sahabatnya itu. Mata Alyssa juga sudah semakin merah menahan tangis. Sendunya yang perlahan sudah makin nyata kedengaran di telinga Elly. Elly tahu, sebagai sahabat, dia harus cuba untuk mententeramkan Alyssa daripada bertindak lebih jauh lagi. Elly tidak sanggup melihat rumahtangga bahagia sahabatnya itu berantakan gara-gara gambar yang belum dapat dipastikan kesahihannya itu. Apa lagi, dalam keadaan Alyssa yang sedang berbadan dua. Emosinya cukup mudah terganggu dan terpedaya.

Sabar dulu, beb. Engkau tak boleh menghukum hanya berlandaskan gambar-gambar yang kau dapat ini. Sekarang ni, banyak cara yang orang lakukan untuk mendatangkan fitnah. Silap-silap, gambar yang kau dapat ni pun super-impose. Taktik begini cukup popular, terutama sekali bila hendak menjatuhkan orang lain.

Buat apa orang nak memfitnah Tuan Fahreen Tak ada sebab orang nak jatuhkan dialah, ujar Alyssa yang lebih berat kepada mempercayai kesahihan gambar-gambar yang diperolehinya itu.

Kau lupakah, beb, siapa Tuan Fahreen yang sebenarnya Dia tu, taikun dunia koporat. Dia dikenali, disegani dan disanjungi ramai orang. Perempuan dekat luar sana, beratur nakkan dia. Musuh perniagaan dia juga, tunggu peluang saja untuk kenakan dia. Semua tu untuk apa Untuk menjatuhkan Tuan Fahreen dan merosakkan hubungan kau suami isteri.

Alyssa diam. Namun, wajahnya tampak masih kelat.

Cuba kau fikir, kenapa gambar-gambar ni keluar sekarang Kenapa ia tak keluar sebelum kau berdua mengumumkan pernikahan Tentu ada sebabnya, kan Pada fikiran akulah, pasti ada orang yang berhajat untuk memporak-perandakan hubungan engkau dan Tuan Fahreen. Bila hubungan kau berdua renggang, maka mudahlah dia cucuk jarum untuk mendapatkan Tuan Fahreen pula. Fikir rasional sikitlah, beb, nasihat Elly lagi.

Kata-kata Elly itu ada juga benarnya. Alyssa tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan, terutama sekali apabila ia bersangkutan dengan rumahtangganya. Selama ini, cukup sukar untuk dia memperolehi kedamaian dan keutuhan rumahtangganya. Seharusnya sekarang, dia perlu cuba untuk mempertahankannya sebaik mungkin, supaya mahligai yang dibinanya itu tidak jatuh menyembam bumi.

Namun, emosinya cukup terusik dengan aksi mesra Tuan Fahreen dengan wanita-wanita lain, seperti yang dipaparkan dalam gambar-gambar itu. Sungguhpun gambar-gambar tersebut merupakan gambar super-impose, sepertimana yang diperkatakan Elly, namun Alyysa tetap terluka dan cemburu kerana semuanya nampak begitu asli dan terkesan sekali.

Habis tu, apa yang perlu aku lakukan sekarang, beb

Mudah saja. Bersemuka dengan Tuan Fahren dan tunjukkan gambar-gambar ni. Aku yakin, gambar-gambar ini bukan aksi dia. Cuma kepalanya sahaja milik dia. Yang lain, semuanya milik orang lain. Bila Tuan Fahreen dah tengok kesemua gambar ini, aku percaya dia pasti akan menyiasat perkara ini sampai ke akar umbi. Secara tak langsung, pelakunya akan terkena juga, ujar Elly memberikan buah fikirannya.

Elly boleh memberikan pandangan, tetapi keputusannya tetap terletak di tangan Alyssa. Tiada siapa yang boleh memaksa Alyssa untuk mendedahkan perkara ini kepada Tuan Fahreen. Sedangkan Alyssa sendiri kurang pasti sama ada gambar itu palsu ataupun benar. Jika palsu, dia lega. Namun jika benar, pastinya Tuan Fahreen akan mencari jalan untuk menidakkannya. Orang yang berpengaruh seperti suaminya itu, pasti punya banyak ruang dan kesempatan untuk mencipta alasan. Alyssa tidak mahu itu terjadi, kerana dia perlu tahu perkara yang sahihnya.

Antara percaya atau terdesak untuk mengetahui kebenaran, adalah dua kenyataan berbeza yang harus aku tempuhi sekarang. Ya Allah, kenapalah engkau meletakkan ujian ini sekarang Di saat aku di ambang kebahagiaan, engkau duga tentang cerita suamiku yang membuatkan aku sengsara, rintihnya di dalam hati.

Semenjak peristiwa itu, Alyssa lebih suka mendiamkan diri serta sering mengasingkan diri dari bergaul dengan Tuan Fahreen. Dia sedar, perbuatan itu salah. Namun, dia berasa terkilan kerana Tuan Fahreen langsung tidak memperdulikan keanehan sikapnya itu. Kalau boleh, Alyssa mahu Tuan Fahreen bertanyakan permasalahan itu kepadanya. Tetapi, tidak. Dia hanya berlagak selamba sahaja.

Mengapakah dia bersikap sedemikian Perlukah Alyssa berhadapan dengannya dan merungkai segala isi hatinya Namun, perkara itu tidak mungkin terjadi. Kesibukan Tuan Fahreen sejak akhir-akhir ini, sedikit sebanyak membataskan perhatiannya terhadap Alyssa. Sebab itulah dia tidak perasan yang Alyssa melakukan mogok diam terhadapnya. Bagi Tuan Fahreen, tingkah laku dan emosi itu adalah lumrah di dalam kamus hidup seorang wanita hamil.

Setakat ini, Che Ros puas hati terhadap apa yang telah dilakukannya. Dia percaya, Alyssa sekarang sedang bermuram durja dan susah hati memikirkan aksi Tuan Fahreen di dalam gambar yang telah dipalsukannya itu. Che Ros tidak sangka, sungguh halus teknik super-impose yang dihasilkan oleh salah seorang rakannya yang bekerja di bahagian IT itu. Segala-galanya nampak begitu asli sekali dan sukar dicari cacat celanya. Tidak sia-sia dia berkenalan dengan Nisya, yang telah membuahkan idea kehancuran rumahtangga orang lain dengan begitu bernas sekali.

Padan muka engkau, Alyssa. Engkau ingat, engkau boleh hidup senang dengan Tuan Fahreen Jangan mimpilah. Engkau telah membunuh angan-anganku sebelum ini. Sekarang, engkau terimalah hukumannya. Hukuman tergantung di hati, ucap Che Ros melonjak kegirangan di dalam hatinya.

Che Ros sudah dapat melihat perbezaannya setelah dia menyebarkan gambar-gambar tersebut kepada Alyssa. Dia tidak lagi melihat kelibat Alyssa di pejabat itu. Alyssa langsung tidak datang menjenguk suaminya di dalam atau di luar waktu bekerja. Che Ros yakin bahwa Alyssa sedang melaksanakan perang psikologi terhadap suaminya itu. Malangnya juga, Tuan Fahreen pula sedang sibuk sekarang. Maka, tinggallah Alyssa makan hati sendirian.

Nasiblah engkau, Alyssa. Engkau akan hancur dek kerana cemburu yang menebal dalam hati engkau tu. Aku yakin, selepas ini aku akan merampas Tuan Fahreen semula dari tangan engkau, perempuan perampas!

Che Ros mula membayangkan kegemilangan dirinya tatkala begelar pasangan Tuan Fahreen suatu hari nanti. Sehingga kini, dia sudah menyusun strategi untuk merealisasikan segala angan-angannya. Jika semuanya berjalan dengan lancar, Alyssa pasti akan menuntut cerai dari suaminya. Ketika itulah, Che Ros akan menggunakan kesempatan yang ada untuk menjadikannya orang yang begitu penting di sisi Tuan Fahreen, sehinggalah Tuan Fahreen cair dalam dakapannya.

Bila Alyssa jauh hati, maka dia akan menjauhkan diri dari Tuan Fahreen. Tuan Fahreen pula, akan beranggapan yang Alyssa tidak sayangkannya lagi, ataupun ada lelaki lain dalam hidupnya. Aku pula, akan masuk campur dalam mengeruhkan lagi hubungan mereka dan pada masa yang sama akan cuba menggoda Tuan Fahreen untuk diriku sendiri.

Che Ros ketawa sendirian dengan rancangan jahatnya itu. Dia amat pasti, segala apa yang dirancangkannya bakal menemui kejayaan. Di masa itu, dia akan bersorak ke muka Alyssa dan melaungkan perkataan padan muka kepadanya. Kalau boleh, dia juga mahu meludah ke muka Alyssa bagi membalas segala sakit hatinnya.

Ketika dia sedang galak memikirkan rencana jahatnya itu, telefon bimbitnya berbunyi, mengejutnya dari lamunan gilanya itu. Pada mulanya, dia menyumpah sendirian di dalam hati. Siapalah yang berani mengganggunya malam-malam hari begitu, sedang dia enak bersantai di rumahnya Namun, segalanya terpadam bila dia terdengar suara Alyssa di hujung talian.

Oh, Puan Alyssa. I ingatkan siapa pula yang call I malam-malam buta ni. Ada apa-apa yang boleh I bantu, puan soal Che Ros dalam nada menyindir.

Nampak gayanya, umpan yang dipasang Che Ros hampir mengena. Panggilan dari Alyssa itu merupakan buah pertama dari langkah kejayaan rencananya. Rancangan kedua, ialah membuatkan Alyssa percaya bahawa gambar-gambar palsu itu, benar-benar wujud. Lakonannya harus benar-benar memberikan kesan pada Alyssa secara mental.

Maafkan saya Che Ros, sebab mengganggu awak malam-malam begini. Saya cuma nakkan kepastian dari awak.

Kepastian apa pulak ni, Puan Alyssa Youkan dah dapat apa yang you nak selama ni. Takkan you tak pasti lagi. Ataupun, you masih ragu-ragu dengan kesahihan cinta Tuan Fahreen pada you sindir Che Ros lagi.

Che Ros sengaja bersoal jawab tentang kepastian dan keraguan. Sedangkan, dia sendiri tahu akan apa yang bakal diperkatakan oleh Alyssa nanti. Namun, dia sudah semakin seronok sekarang ini. Semakin resah suara Alyssa didengarinya, semakin melonjak kegembiraannya. Perangkap sudah dipasang. Jerat pun sudah mengena. Mangsa hampir masuk ke dalam sangkar kebencian dan kemusnahannya.

Sejauh mana rapatnya hubungan Che Ros dengan Tuan Fahreen Please Che Ros, jawab dengan ikhlas, rayu Alyssa.

Puan Alyssa, Tuan Fahreen adalah lelaki yang punyai segala-galanya. Tentulah dia ada hubungan dengan ramai wanita di luar sana, hasut Che Ros.

Che Ros, saya tak bercakap tentang hubungan Tuan Fahreen dengan perempuan lain. Saya hanya nak tahu tentang hubungan Che Ros dan Tuan Fahreen saja.

Che Ros terdiam seketika, memikirkan jawapan menarik untuk dihidangkan kepada Alyssa. Sementara Alyssa pula, menunggu dengan penuh rasa debar. Dia mengharapkan agar jawapan yang keluar dari mulut Che Ros nanti, tidak menambah luka di dalam hatinya.

Susah untuk I definisikan status hubungan kami. Youkan tahu yang I ni P.A dia. Of courselah, hubungan kami akrab, jawab Che Ros, selamba.

Akrab yang bagaimana soal Alyssa lagi, mendesak.

Kalau Tuan Fahreen ada kekasih, itu maknanya hubungan cinta. Sekarang ni pula, Tuan Fahreen dah ada isteri, maknanya hubungan kelamin. Kalau you nak tahu, hubungan I dengan Tuan Fahreen pula, adalah hubungan antara kekasih dan isteri.

Alyssa mengerut dahi. Apakah sebenarnya perkara yang cuba disampaikan oleh Che Ros itu Adakah dia bertujuan untuk menambah lara di jiwa Alyssa lagi. Namun, jawapan harus terus ditagih, demi suatu tindakan.

Saya tak faham. Antara kekasih dan isteri Apa tu desak Alyssa lagi.

Puan Alyssa, takkanlah Tuan Fahreen nak menceritakan segala rahsia hubungan luarnya dengan wanita lain, kepada isterinya. Tentu dia akan bercerita pada saya. Saya tahu segala-galanya tentang Tuan Fahreen. Segala rahsianya, ada dalam poket saya, luar dan dalam. I repeat Puan Alyssa, luar dan dalam.

Bertambah membaralah hati Alyssa mendengarkan penjelasan yang menyakitkan dari Che Ros itu. Mengapa Che Ros mesti wujud di tengah-tengah hubungannya dan suaminya. Jelas sekali, Che Ros bukan sekadar pembantu peribadi, tetapi juga merangkap sebagai penyimpan rahsia besar suaminya itu. Rahsia yang tidak pernah diketahui oleh Alyssa.

Maknanya sekarang, Che Ros nak beritahu

yang hubungan Che Ros dan Tuan Fahreen, amat rapat sekalilah tanya Alyssa meminta kepastian.

Che Ros hanya tertawa manja, sebagai menjawab soalan Alyssa itu. Niatnya tiada lain, semata-mata untuk menyakitkan hati Alyssa sahaja. Biar Alyssa tahu, bahawasanya bukannya mudah untuk menjadi isteri kepada orang sehebat Tuan Fahreen. Biar juga Alyssa sedar, yang enggang hanya layak terbang dengan enggang, dan bukannya dengan pipit sepertinya.

Terima kasih Che Ros, kerana sudi berterus-terang dengan saya. Cuma satu lagi kepastian yang ingin saya tahu. Che Roskah yang menghantar gambar-gambar Tuan Fahreen bermesra dengan perempuan lain kepada saya tanya Alyssa.

Che Ros tersentak seketika. Bagaimana pula Alyssa boleh mengesyaki dia yang melakukan semuanya. Padahal, dia sudah cukup berhati-hati. Ataupun, mungkinkah Alyssa hanya serkap jarang Apa-apa pun, Che Ros kena berhati-hati. Jangan sampai, perangkap yang dipasang menjerat dirinya sendiri.

Tak adalah. Mengapa pula Puan Alyssa tuduh I sebegitu

Sebab gambar Che Ros bersama dengan Tuan Fahreen, turut terselit di kalangan gambar-gambar itu, jawab Alyssa.

I memang ada koleksi foto-foto romantis I bersama Tuan Fahreen, tapi I tak simpanlah koleksi gambar dia bersama dengan wanita-wanita lain. Nak buat apa Buat sakitkan hati I saja. So, the answer is no. Maybe, theres a hidden camera anywhere. Manalah tahu, kan. Orang seperti Tuan Fahreen, ada ramai pemerhati di luar tu. Dia pun turut menjadi buruan paparazi juga.

Jawapan sinis Che Ros telah memberikan suatu tamparan yang hebat buat Alyssa. Dari pengakuan yang dibuat Che Ros, sah sekali yang dia ada hubungan rapat dengan Tuan Fahreen. Tidak hairanlah, jika Che Ros betul-betul kecewa selepas mengetahui berita pernikahan Alyssa dengan Tuan Fahreen.

Namun, ada satu perkara yang benar-benar membimbangkan Alyssa sekarang. Kalaulah Che Ros tahu segala-galanya tentang Tuan Fahreen, luar dan dalam, mungkinkah

Ya Allah, ya Tuhanku, kenapa perkara itu masuk ke dalam pemikiranku dengan tiba-tiba Tak mungkin.

Alyssa cuba memadamkan fikiran negatif itu. Namun, bila difikirkan semula, perkara yang mustahil boleh menjadi kenyataan kerana antara lelaki dan perempuan, pastinya wujud pihak ketiga yang diberi nama syaitan laknatullah.

Jika mereka pernah melakukan perkara itu, maka hatiku yang sedang dicincang ini akan hancur lebur sama sekali. Tinggal sepah yang harus dibuang ke lautan, rintih Alyssa di dalam hatinya lagi.

Kini, kemarahannya terlalu berbekas di hati. Setiap saat dan ketika Alyssa akan menelek dan menghitung di mana silapnya kerana terlalu mempercayai suaminya. Adakah dia bersalah kerana menyerahkan cinta dan sepenuh perasaannya pada Tuan Fahreen

Tuan Fahreen kalau hendak segera beristeri, sudah lama dia lakukannya. Bukannya susah sangat. Di luar sana, berpusu-pusu perempuan yang teringin menjadi isterinya. Dia pernah dirayu oleh beberapa wanita semata-mata kerana hendak menjadi isterinya, ujar Mak Chom yang bercerita sambil memotongkan kulit mempelam epal untuk santapan Alyssa.

Pernah satu malam dulu, Mak Chom dan semua orang gaji terkejut besar bila mendengar suara tangisan dari kawasan garaj. Pada mulanya, seram juga. Entahkan hantu, entahkan binatang. Tapi, bila diamat-amati, rupa-rupanya seorang manusia. Sebenarnya, dia jatuh angau pada Tuan Fahreen di pandangan pertama. Ketika itu, Tuan Fahreen hadir ke tempatnya untuk satu majlis amal. Bagai nak gila juga kami memujuknya supaya pulang. Nasib baik jugalah, Tuan Fahreen berada di Kelantan ketika tu. Si Matlah yang menguruskan untuk menghantarkan gadis tu pulang, sambung Mak Chom lagi.

Apa dah jadi dengan perempuan tu, Mak Chom

Entahlah. Mak Chom kurang periksa. Sampai hari ni pun, Tuan Fahreen tak pernah buka mulut pasal perempuan tu. Mak Chom pun tak tahu, kenapa perempuan tu boleh sukakan Tuan Fahreen sampai ke tahap tu sekali. Jangan-jangan, dia tak siuman kut.

Penjelasan Mak Chom membibit kebimbangan baru di jiwa Alyssa. Tidak ada perempuan yang sanggup merendahkan maruahnya untuk datang ke rumah seorang lelaki semata-mata untuk merayu kasihnya. Mengapakah perempuan itu sanggup bertindak sedemikian Apakah yang telah Tuan Fahreen lakukan kepadanya, sehingga dia terdesak sekali untuk mencari Tuan Fahreen sehingga ke rumah

Jangan-jangan, Tuan Fahreen sudah melakukan sesuatu kepada perempuan itu, fikir Alyysa. Mungkinkah dia telah menodai perempuan itu sehingga hamil Lalu, si perempuan datang menemui sang lelaki untuk menagih rasa tanggungjawabnya. Dengan tiba-tiba sahaja, Alyssa berasa sungguh cuak. Dia perlukan jawapan untuk itu. Tetapi, apakah Mak Chom tahu apa-apa tentang perempuan itu Kalau dia tahu sekali pun, mahukah dia bersekongkol dengan Alyssa dan menceritakan perkara yang bakal mendatangkan aib pada Tuan Fahreen Sedangkan Alyssa sendiri tahu, bagaimana setianya Mak Chom dalam melaksanakan tanggungjawabnya kepada majikannya itu sejak zaman kanak-kanak Tuan Fahreen lagi.

Mana sayang dengar fasal cerita ni

Tuan Fahreen bertanya sambil mengukir senyuman. Barangkali, dia rasa lucu dengan pertanyaan yang keluar dari mulut isterinya itu tanpa disangka-sangka.

Alyssa mendekati Tuan Fahreen yang sedang sibuk menyiapkan kerja di pejabat kecilnya di mahligai mereka. Kerja itu adalah sinambungan dari tugasan yang tidak sempat untuk disiapkan ketika di pejabat, siang tadi. Begitulah kesibukan Tuan Fahreen sejak akhir-akhir ini. Ada satu projek baru, usahasama dengan syarikat yang baru meningkat naik di Vietnam, yang perlukan perhatian khusus darinya. Kerana projek itu jugalah, masa begitu mencemburui saat-saat yang perlu dihabiskan bersama oleh pasangan suami isteri itu.

Dari mana Lyssa dengar, itu bukan persoalannya. Rasa-rasanya, tak salah kut kalau Lyssa tahu semua kisah tentang diri suami Lyssa sendiri.

Mendengarkan keresahan dari maksud kata-kata yang keluar dari mulut isterinya itu, Tuan Fahreen memberhentikan seketika kerja-kerjanya, untuk memberikan perhatian kepada Alyssa. Dia sedar, kesibukannya sejak akhir-akhir ini mungkin telah membuatkan isterinya sedikit jauh hati. Ditambah pula dengan keadaan emosinya dalam keadaan hamil itu.

Abang jangan fikir yang Lyssa sengaja menyelongkar cerita abang untuk menarik perhatian abang pula.

Sebenarnya, apa yang sayang nak abang jelaskan ni

Apa kisah perempuan tu sekarang Di mana abang simpan dia Apa sebenarnya yang dia nak dari abang soal Alyssa, agak menekan kedengaran nadanya.

Tuan Fahreen mengerut dahi. Bagaimanakah kisah lama itu kembali menerjah dan sampai ke pengetahuan isterinya Dan, mengapakah Alyssa begitu bersungguh-sungguh sekali hendak tahu isi cerita tersebut

Tak ada apa-apa yang jadi pada dia. And, why should you concern Dia tak ada kena-mengena dengan sayang pun. Malahan, sayang tak kenal pun dengan dia, kan

Cakap senanglah. Abang tahu tak, apa yang ada dalam fikiran Lyssa sekarang

Apa yang ada dalam fikiran sayang sekarang.

Entah berapa ramai lagi perempuan yang ada di luar sana, yang dah gilakan abang. Orang lelaki, kan Pantang ada perempuan suka. Kesempatan pasti akan datang dalam bentuk yang diundang. Tak dapat jamah, cubit pun jadilah.

Sekali lagi, Tuan Fahreen mengerut dahi. Dia kurang pasti, apakah yang sebenarnya terbuku di benak isterinya itu. Namun, Tuan Fahreen seakan-akan malas untuk melayan kerenah dan kehendak yang sedemikian. Rasa-rasanya, tiada apa yang perlu diperjelaskan. Lagi pun, persoalan itu tiada kena-mengena dalam hubungan mereka berdua.

Sudahlah tu, sayang. Tak perlu sakitkan kepala tu memikirkan tentang perkara yang sayang tidak tahu. Abang pun dah tak ambil kisah tentang apa yang terjadi pada perempuan tu. Abang anggap ianya sebagai satu senda gurau yang melucukan dalam hidup abang.

Tuan Fahreen meneruskan kerjanya semula. Kelihatannya, dia tidak mahu membuang masanya dengan melayan cerita yang tidak mendatangkan manfaat di dalam rumah tangga mereka. Namun, berbeza dengan Alyssa. Dia merasakan yang dia perlu tahu apa yang telah terjadi dan mengapakah Tuan Fahreen seakan-akan sengaja memberikan alasan bila diajukan soalan sedemikian. Kalau dia tidak berbuat salah, mengapa dia harus takut untuk menceritakan segala-galanya. Walhal, Alyssa adalah isterinya dan berhak tahu setiap inci perjalanan hidup suaminya.

Tak apa. Kalau kau tak mahu menjelaskan kepada aku, jangan terkejut andainya suatu hari nanti aku akan meletup dengan kisah sensasi kau, desis Alyssa di dalam hatinya.

Alyssa berlalu dari situ dengan seribu persoalan di hatinya. Dia masih belum puas selagi penjelasan yang ditagih dielak dengan sebegitu mudah oleh suaminya. Namun, untuk sementara itu, dia hanya mampu mogok diam dengan keengganan suaminya meleraikan segala persoalan jiwanya. Biarlah apa yang terjadi. Namun, marah tetap marah. Alyssa mula merasakan yang Tuan Fahreen tidak jujur kepadanya.

Takkanlah dia nak berterus-terang tentang perkara-perkara macam tu. Malulah dia, kalau isterinya tahu tentang hubungan terlampaunya dengan perempuan lain. Fikir logik sikitlah.

Alyssa bertemu Che Ros untuk mendapatkan

buah pandangannya. Namun, Alyssa tidak punya cara lain untuk membongkar kebenaran tentang suaminya. Dia percaya, Che Ros tentu tahu tentang kisah perempuan itu.

Kalau you nak tahu sangat, perempuan tu memang ex-girl dia. Mereka berkenalan ketika bertemu di salah sebuah rumah anak-anak yatim. Kebetulan, gadis itu sedang menyiapkan assignmentnya tentang penglibatan ahli korporat seperti Tuan Fahreen dalam projek-projek ihsan sedemikian. Well, tanpa disangka-sangka, mereka jatuh cinta pandang pertama.

Alyssa mula memikirkan sesuatu. Namun, dia tetap berdiam diri untuk memberikan tumpuan kepada cerita Che Ros.

Gadis tu memang cantik. Malahan, menjadi rebutan ramai pria di universitinya. Tetapi, bila bertemu Tuan Fahreen, hatinya mula terpaut. Walau bagaimanapun, Tuan Fahreen tetap jauh lebih hebat dari lelaki-lelaki lain sebab dia adalah Tuan Fahreen. Semua orang tahu, tujuan gadis tersebut mendekati Tuan Fahreen. Pada mulanya, I sendiri pun cuba untuk menasihatkan Tuan Fahreen agar tidak terperangkap dengan tipu muslihat gadis itu. Namun, dia sedikit pun tidak memperdulikan kata-kata I. Mereka jadi semakin rapat dan sering bertemu. Akhirnya, mereka terlanjur.

Alyssa terkejut. Jelas kelihatan garis-garis kecewa di wajahnya. Selama ini, dia mempercayai Tuan Fahreen sebagai seorang lelaki jujur yang berpegang teguh kepada tali agama. Alyssa tidak sangka yang Tuan Fahreen sanggup menjebakkan dirinya dalam salah satu dosa-dosa besar.

Kalau macam tu, mengapa mereka tak nikah saja Bukankah Tuan Fahreen mampu, kalau dia mahu

Puan Alyssa, orang lelaki ni very selective. Kalau dia boleh dapat benda tu dengan percuma, buat apa dia nak ikat dirinya dengan perkahwinan

Betul juga, fikir Alyssa. Siapa yang mahu membayar kepada hidangan yang boleh disajikan dengan percuma

Tapi, I tak salahkan gadis tu sangat. Kalau cinta dah memenuhi perasaan, segala-galanya sanggup dia lakukan. Akhirnya, akibat kebodohannya sendiri, dia mengandung. Dia mendesak Tuan Fahreen untuk menikahinya. Sudah tentulah Tuan Fahreen menolak. Statusnya sebagai orang ternama perlu dijagainya. Untuk apa dia menikahi gadis yang sudah menyerah sebelum nikah Pada pendapat Tuan Fahreen, kalau gadis itu berani menyerahkan tubuh kepadanya, tidak mustahil dia akan melakukan perkara yang sama dengan lelaki lain.

Lalu, apa jadi pada gadis tu Di manakah dia sekarang

Im not sure about that. Tuan Fahreen tidak berani untuk minta pendapat dari I sebab dia pernah membelakangkan nasihat I sebelum itu. Tapi, I dengar cerita tak rasmi, Abang Mat telah diarahkan untuk menghantar gadis itu ke satu tempat yang semua orang tak tahu. Sama ada dia hidup atau mati, I tak tahu.

Wajah Che Ros selamba memainkan kata nista. Namun, kelihatannya seakan Alyssa begitu mempercayainya. Che Ros tersenyum di dalam hati. Namun, hati Alyssa lebih merana lagi. Sesungguhnya, kebenaran itu amat perit untuk dia terima.

Kekecewaan itu membawa kesan psikologi yang mendalam terhadapnya dan kandungannya. Apa lagi, dengan sikap Alyssa yang langsung tidak mahu berterus-terang pada suaminya untuk merungkai kegusaran hati.

Ketika menjalani pemeriksaan kehamilan, tekanan darahnya naik agak tinggi dan kandungan gula dalam urinnya juga meningkat secara mendadak. Padahal sebelum itu, Alyssa tidak pernah punya masalah darah tinggi atau kencing manis. Doktor sendiri cuak dengan perubahan ketara itu. Dari bacaan kedua-dua pemeriksaan itu, doktor merasakan yang mungkin Alyssa tertekan sejak akhir-akhir ini.

Puan tak boleh biarkan keadaan ini berterusan. Tekanan darah yang tinggi dan kencing manis akan memberi kesan tidak baik kepada bayi di dalam kandungan puan. Puan ada masalahkah Saya rasa, puan ni stress, ujar Doktor Saleh, pakar perbidanan yang sering ditemui Alyssa.

Tuan Fahreen juga agak terkejut mendengar penjelasan doktor itu. Dia tidak menyangka kemurungan dan kedinginan Alyssa selama beberapa hari ini, mendatangkan kesan kepada mental dan fizikal kandungannya. Tuan Fahreen sendiri tidak tahu apa masalah Alyssa, namun mulai menyedari perubahan yang cuba diterjemahkan oleh Alyssa dalam satu simbolik yang gagal meraih tumpuannya. Tuan Fahreen juga berasa agak kesal kerana kesibukannya sejak kebelakangan ini, telah menyisihkan Alyssa dari perhatiannya.

Doktor, adakah keadaan ini akan memberi kesan kepada bayi kami tanya Tuan Fahreen, meminta kepastian.

Kalau dibiarkan, akan mendatangkan bahaya kepada kandungan. Kemungkinan, bayi pra-matang boleh lahir. Darah si ibu yang terlalu tinggi, boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin. Manakala kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan janin menjadi terlalu besar. Saya harap puan akan lebih berhati-hati lagi. Sila pastikan tekanan darah dan kandungan gula menurun during our next appointment. Jika tidak, kami terpaksa menahan puan di hospital untuk rawatan lanjut, perjelas Doktor Saleh lagi.

Alyssa hanya berdiam diri sepanjang pemeriksaan kandungannya berjalan. Dia tidak berkata sepatah pun, maupun menjawab kembali setiap soalan yang diutarakan oleh Doktor Saleh kepadanya. Hanya Tuan Fahreen sahaja yang sibuk bertanya dan berbincang dengan doktor tersebut, bersangkutan masalah yang dihadapi Alyssa ketika itu. Alyssa membisu sehinggalah mereka keluar dari perkarangan unit rawatan dan pemeriksaan kehamilan itu.

Sayang, please. I need an explaination.

Di luar bilik pemeriksaan, Alyssa sengaja menjarakkan dirinya dari suaminya. Ini membuatkan Tuan Fahreen kehairanan. Baru sekarang Tuan Fahreen perasan, sudah agak lama Alyssa menyisihkan dirinya itu. Alyssa seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan suaminya.

Sayang, kenapa buat abang macam ni Sayang dah lupakah yang sayang sedang mengandung Sayang ada masalahkah Cuba ceritakan pada abang, desaknya lagi.

Tak ada-apa yang perlu Lyssa ceritakan. Bukankah abang sendiri sudah mendengar penjelasan doktor tadi Lyssa tak ada kuasa untuk menahan darah dan kandungan gula yang nak naik ni, tingkah Alyssa.

Sebelum ni, sayang tak ada apa-apa masalah pun. Darah normal, kandungan gula pun normal. Tiba-tiba hari ni, segala-galanya tinggi. Sampai doktor sendiri pun terkejut. Sayang dengar tak tadi, doktor kata sayang ni stress Abang tak faham, apa lagi yang tak kena ni Sayang seperti cuba merahsiakan sesuatu daripada abang.

Alyssa kelihatan cuba bertingkah lagi. Kali ini, ekspresi marah dan dinginnya lebih ketara. Dia mahu meluahkan perasaan marah yang terbuku di hati, namun tidak kesampaian.

Lyssa tak ada apa-apa masalahlah. Lyssa normal. Barangkali alat pemeriksaan doktor tu yang tersilap.

Tuan Fahreen tidak mengerti, mengapakah Alyssa memberikan alasan yang tidak boleh diterima akal. Dia semakin hairan dengan ketegangan Alyssa itu. Sebelum ini, Alyssa begitu mesra dengannya. Jarang sekali, mahu bertegang urat dengannya, terutama sekali setelah disahkan mengandung. Namun, perbezaan itu menjadikan Tuan Fahreen semakin musykil dan mengesyaki sesuatu yang sedang dilalui oleh isterinya itu.

Sayang, abang tak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada sayang, yang akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada baby kita nanti. Abang cuma nak membantu menyelesaikan sebarang masalah yang sedang melanda sayang. Kalau abang ada buat salah, abang minta maaf, okay. Abang sedar, sejak akhir-akhir ini, abang kurang beri perhatian pada sayang sebab sibuk dengan kerja-kerja abang. Kalau fasal itu sayang stress, abang minta maaf sangat-sangat.

Menagih kemaafan tidak semudah melakukan kesalahan, sindir Alyssa.

Terlalu dalam maksud Alyssa itu. Tuan Fahreen semakin yakin bahawa Alyssa sedang menghadapi masalah perasaan dengannya. Kedinginan Alyssa adalah jawapan kepada segala curahan hati yang dibalasnya sebentar tadi. Tetapi, bagaimanakah Tuan Fahreen hendak memperbetulkan keadaan sekiranya dia sendiri tidak diberitahu akan puncanya Sikap berdiam diri Alyssa tidak membantu menyelesaikan apa-apa.

Apa yang sayang maksudkan ni Kesalahan apa yang telah abang lakukan Tolong berterus-terang dengan abang. Kita boleh selesaikannya bersama. Tetapi, kita perlu duduk berbincang terlebih dahulu. Sayang tak boleh pinggirkan abang macam ni.

Lyssa tak pernah pinggirkan abang, sebaliknya abang yang banyak berahsia dari Lyssa. Pandai abang sembunyikan perangai abang yang sebenarnya, kan Berpura-pura baik, berlagak alim persis lelaki sejati konon. Tetapi di belakang, macam harimau lapar. Tunggu masa saja nak terkam mangsa, marah Alyssa, meluahkan segala rasanya.

Ledakan perasaan Alyssa itu membuatkan Tuan Fahreen merasakan bahang yang cukup membara. Di manakah salah dan silapnya sehingga Alyssa sanggup membuat tuduhan melulu itu terhadapnya Masih kurangkah lagi kasih sayang yang dicurahkannya selama ini Tak cukup lagikah kesetiaan yang cuba dibuktikannya. Alyssa adalah satu-satunya wanita yang sedang bertakhta di hatinya. Tiada dua, maupun yang lain. Syaitan apakah yang telah menghasut Alyssa untuk mencurigainya

Apa yang sayang cakapkan ni Abang tak suka dengar tuduhan mengarut macam ni. Sayang sengaja nak mereka-reka cerita sebab nak tutup kesalahan sayang, kan Abang musykillah. Seharusnya sayang kena buat persediaan untuk lahirkan anak dalam kandungan itu tanpa memikirkan sesuatu yang negatif. Tetapi tidak. Malahan, sayang cuba menyeksa diri dan bayi tu pula.

Lyssa kesal dengan sikap abang sebab selama ini. Apa yang abang fikirkan dan pentingkan sepanjang masa, hanyalah anak yang di dalam kandungan ni saja, kan Abang hanya pentingkan zuriat abang, mengatasi kebahagiaan Lyssa. Kalau ikutkan hatilah, Lyssa tak ingin lahirkan anak ni ke dunia. Baru padan muka abang, tengking Alyssa dan terus berlalu pergi dari situ.

Ya Allah, ya Tuhanku! Mengapakah lancangnya mulut Alyssa berkata-kata Dia sedarkah dengan apa yang diluahkannya itu. Sekarang, Tuan Fahreen pula yang jadi bimbang. Risau hatinya jika kemarahan Alyssa itu diterjemahkan Tuhan dalam bentuk kenyataan.

Mengapakah begitu sukar sekali untuk Alyssa memahami hati dan perasaan Tuan Fahreen sebagai seorang suami yang amat menyayanginya. Tuan Fahreen benar-benar berharap agar Alyssa tidak menyesal mengandungkan zuriatnya, kerana bagi Tuan Fahreen, anak itulah nanti yang akan menjalin kesinambungan kasih sayang mereka.

Ya Allah, tunjukkanlah jalan yang benar kepada isteriku. Janganlah Kau pesongkan pandangannya kepada perkara yang tidak benar. Kau kembalikanlah kepercayaannya kepadaku dan andainya aku adalah benar, Kau tunjukkanlah kebenaran itu. Sesungguhnya aku teramat menyayanginya, rintih Tuan Fahreen di dalam hatinya.

Namun, luahan perasaan itu seolah-olah dipandang sambil lewa oleh Alyssa. Alyssa lebih memilih untuk mempercayai sandiwara manusia yang dihidangkan di hadapannya, berbanding kepercayaan terhadap suami yang benar-benar tulus hatinya terhadapnya. Bagaimanakah kebenaran mampu ditegakkan, jika Alyssa mahu membutakan dirinya dari kenyataan yang sebenarnya

Ya Allah, mudah-mudahan dia sedar sebelum terlambat, bisik hati Tuan Fahreen lagi.

Dia hanya memerhatikan langkah Alyssa yang semakin laju meninggalkannya untuk menuju ke kawasan parkir kereta. Kini, muncul lagi satu masalah. Apakah ianya bakal menggugat kebahagiaan antara mereka Hanya Tuhan sahaja yang tahu.