Lukisan Asmara - 9
Kelapan

MORNING, Che Ros,

sapa Kamal ketika Che Ros sedang asyik mencari fail projek seperti yang diminta oleh bosnya, Tuan Fahreen. Kamal adalah peguam syarikat yang juga merupakan sahabat baik Tuan Fahreen. Mereka berkawan sejak dari kecil lagi. Syarikat guaman milik keluarga Kamal telah menjadi peguam syarikat Tajul Holdings, milik keluarga Fahreen sejak turuntemurun. Ayah Kamal yang juga seorang peguam, telah berkhidmat semasa era ayah Tuan Fahreen lagi. Jadi, kalau diikut salasilah, hubungan mereka amat akrab sekali. Tidak hairanlah, jika Kamal sering diberi kepercayaan untuk mengendalikan dokumendokumen perjanjian kebanyakan projek-projek mega milik Tajul Holdings. Kamal, walaupun kelakar dan suka berjenaka, tetapi dalam hal kerja, dia begitu komited dan cekap sekali.

Morning, Encik Kamal,

sahut Che Ros pula. Dia menghadiahkan senyuman yang cukup manis sekali kepada Kamal. Bagi Che Ros, Kamal tidak kurang kacaknya juga seperti Tuan Fahreen. Hatinya boleh cair setiap kali menatap wajah Kamal.

Amboi Che Ros, makin hari I tengok you ni, makin mengancamlah. You pakai susuk, ya

usik Kamal. Mendengar gurauan Kamal menyebabkan Che Ros jadi bertambah perasan. Dia tersengih-sengih bangga menerima pujian.

Mana ada. Encik Kamal ni pandai-pandai sajalah.

Kalau tidak, mengapa I nampak you, semakin lama semakin cantik Well, I think you were born pretty, my dear,

puji Kamal lagi. Bertambah kembanglah lagi perasaan Che Ros itu. Dia tersipu-sipu malu apabila terus-menerus mendengar pujian dari Kamal. Elly, yang kebetulan berada di situ kerana hendak menggunakan mesin pengimbas, meluat dengan perangai Che Ros itu. Dalam hati, Elly berkata,

Wekkk, meluat aku, perasan gila minah ni.

Che Ros jadi bertambah bangga, apatah lagi apabila melihat Elly dan beberapa orang pekerja berada di situ. Dalam keadaan biasa, Che Ros amat jarang sekali berbahasa lembut dengan pekerja-pekerja di situ. Namun, dia amat bijak bermuka-muka, menyebabkan ramai yang muak dengan sifat Kaki bodek Che Ros itu. Sambil menjeling-jeling semua yang berada di situ, Che Ros berkata,

Thank you, Encik Kamal atas compliment tu. Malu pulak saya rasa. Tapi nak buat macam mana, saya macam ni pun, tapi ramai yang tak nampak saya. Encik Kamal nak tahu tak, ramai yang dengki dengan saya tau. Saya pun hairan mengapa diorang tu benci sangat dengan saya ni.

Dalam hati, Che Ros berasa puas kerana mendapat kesempatan untuk menyindir rakan-rakan sekerjanya. Dia tahu ramai yang tidak suka padanya walaupun dia sendiri tahu akan sebabnya dia dibenci.

Well, tak apa Che Ros. Yang penting I suka tengok you. Kalau tak sebab I ni dah berumahtangga dan punya anak, dah lama I hantar rombongan meminang you tau, Che Ros,

giat Kamal lagi. Dalam nada malu, Che Ros menjawab,

Ada-ada sajalah Encik Kamal ni...hihi.

So, bos pujaan hati you tu ada dekat dalam ke, Che Ros

soal Kamal pula yang seolah-olah boleh memahami perasaan hati Che Ros pada ketuanya itu.

Ada, Encik Kamal. Dia memang sedang menunggu kedatangan Encik Kamal. Silakan Encik Kamal,

jawab Che Ros pula dan dia turut mengiringi Encik Kamal ke bilik Tuan Fahreen. Elly yang rasa sungguh menyampah dengan feel Che Ros sebentar tadi, kembali ke mejanya dengan hangat hati. Dia rasa tersindir dengan kenyataan Che Ros tadi. Sebenarnya, bukan dia sahaja yang benci dengan sikap Che Ros, malahan ramai rakan sekerjanya termasuk rakan senior yang terlebih dahulu mengenali Che Ros, tidak suka dengan perangai wanita itu.

Hai Elly, marah nampak. Engkau hot dengan siapa ni

sapa Atikah, rakan sekerja yang mejanya bersebelahan dengan Elly.

Aku bengang dengan PA bos kita tulah,

jawab Elly.

Ha, mengapa pulak Dia sound engkau ke

tanya Atikah lagi.

Ala, minah tu memang perasanlah, beb. Masa dekat atas tadi, Encik Kamal, lawyer syarikat ada datang. Si mamat tu puji-puji sikit je, si minah kerek tu dah perasan. Yang aku bengang sangat tu, kan Tikah, ada ke patut dia bagi tahu pada Encik Kamal tu yang ramai antara kita semua ni, tak suka dengan dia. Mendidih darah aku,

rungut Elly lagi.

Memang betul pun. Kita dekat sinipun, ramai yang tak suka dengan dia, kan Ha, termasuk engkau sekali,

sambung Atikah pula.

Alah Elly, kita semua ni bukan tak tahu perangai plastik Che Ros tu. Dia tu pandai bodek bos. Kalau depan kita, macam-macam dia marah, tetapi, kalau depan bos pijak semut pun tak mati. Apa lagi kalau dengan customer atau kawan-kawan yang rapat dengan bos. Kalau disuruh jilat kasut orang-orang besar dekat atas itu pun, dia sangguplah,

sampuk Mira yang sedari tadi memasang telinga sahaja mendengar perbualan Elly dan Atikah.

Kita ni mentimun, Elly, Mira. Dia tu orang kesayangan dan kepercayaan Tuan Fahreen. Apa yang dia cakap, semua Tuan Fahreen percaya. Sebab tu dia tu jadi ulat bulu naik daun. Ha, kelmarin, aku dengar dia maki kaw-kaw punya pada budak admin yang baru masuk tu. Manalah dia tu tak berlagak, kan Bos sendiri yang kata bahawa Che Ros tu adalah immediate bos pada budak tu,

kata Atikah pula.

Hai, macam manalah bos kita tu boleh percaya gila dengan Che Ros tu. Walhal kita semua ni tak suka langsung dengan dia. Entah-entah, Tuan Fahreen tu dah tangkap cintan dengan Che Ros, tak Yalah, seorang teruna kaya, seorang anak dara laser, ha padanlah tu. Macam pinang dibelah dua,

ujar Elly lagi.

Aku tak rasa Tuan Fahreen tu cintakan Che Ros. Kalau dia sukakan Che Ros tu, dah lama dia ambil buat isteri. Tapi, sampai sekarang, nampak biasa saja. Lagi pun, dah lebih lima tahun Che Ros tu jadi PA Tuan Fahreen, tak pernah pun dengar-dengar gossip yang Tuan Fahreen tu syok gila dekat Che Ros. Yang aku tahu, Che Ros saja yang tergila-gilakan Tuan Fahreen, tapi bos kita tu tak layan,

sambung Mira pula. Sememangnya satu pejabat sudah tahu bahawa Che Ros yang syok gila pada Tuan Fahreen sehingga dia sanggup menghambakan diri dia pada Tuan Fahreen pada bila-bila masa sahaja.

Wei Mira, kau cakap tu pandang-pandang sikit. Kalau Che Ros dengar, alamatnya, makan makilah engkau hari ni. Hahaha...

gelak Atikah pula. Dia faham akan kebencian yang meluap-luap oleh dua orang temannya itu terhadap Che Ros.

Betul tu, beb. Silap-silap dia suruh engkau hantar surat tunjuk sebab, mengapa engkau tidak boleh dipecat gara-gara mengata dan mengutuk dia. Baru padan muka engkau,

sambung Elly masih tertawa.

Walau apapun, yang penting aku happy kerja sini. Gaji okay, management pun layan kita dengan baik. Tiap-tiap tahun ada bonus, kenaikan gaji, dinner, company trip dan macam-macam lagilah. Tuan Fahreen tu pun, walaupun kita jarang-jarang bersua muka dengannya, tetapi setiap kali terserempak, sekurang-kurangnya dia pasti tegur kita. At least dia tanya, how are you Sudah makan ke belum Atau apa-apa sajalah. Bukan macam PA dia yang berlagak tu. Kalau jumpa, jangan kata nak senyum, kena marah lagi adalah. Sebab tu, aku kalau setakat hal remeh-temeh pasal Che Ros tu, aku buat tak tahu saja,

ujar Mira pula dengan panjang lebar. Bersetuju dengan kenyataan Mira, Atikah pun berkata,

Betul tu, Mira. Kita anggap sahaja Che Ros tu umpama ulat yang wujud dalam dedaunan yang subur ataupun sekadar lipas yang merayap dalam office ni. Bila-bila masa, dia boleh jadi parasit yang membawa kerosakan. Tetapi, selagi kita tak layan perangai dia, kita tak akan jadi mangsa dia, betul tak kawan-kawan

Serentak itu kedengaran mereka tertawa bersama.

Eh Elly, tadi aku dengar, Che Ros tu sibuk cari Alyssa, kawan baik engkau tu. Eh, mana dia pergi, ha Takkan dia cuti lagi hari ni

tanya Atikah tiba-tiba. Elly terdiam seketika mendengar pertanyaan Atikah itu. Memang benar, sejak akhir-akhir ini, Alyssa selalu mengambil cuti, termasuklah cuti sakit dan cuti kecemasan. Dia sendiri tidak faham mengapa Alyssa berubah dengan tiba-tiba. Kak Rozi pula, tidak henti-henti mengalirkan air mata setiap kali membicarakan perihal Alyssa dengannya. Apakah Alyssa punya masalah sekarang ini Bagaimana Elly dapat membantunya jika dia tidak berterus-terang dengan Elly. Berhubungan dengan Elly pun jarang sekali.

Apa dah jadi dengan hubungan karib engkau berdua ni, Elly Kalau dulu, masa Alyssa tu baru masuk kerja, engkau berdua macam belangkas. Banyak kerja-kerja Alyssa, engkau yang tolong,

kata Mira apabila melihat Elly terdiam dengan tiba-tiba apabila diutarakan persoalan Alyssa padanya.

Aku dengar cerita, budak Alyssa tu baik. Kerja dia pun bagus. Tapi, mengapa sejak akhir-akhir ni, aku tengok dia macam ada masalah sahaja. Engkau tak perasan ke, Elly

tanya Mira lagi apabila Elly terusterusan mendiamkan diri.

Jangan sampai Tuan Fahreen panggil dia menghadap, sudahlah,

sambung Mira lagi memberi peringatan. Elly tahu, bukan dia sahaja yang runsing dengan perangai sahabatnya itu. Atikah dan Mira juga, turut bimbang kerana mereka juga rapat dengan Alyssa, sebelum ini. Namun, dia tiada jawapan untuk soalansoalan mereka itu.

Ya Allah! Alyssa, Alyssa, apalah yang sudah jadi pada engkau sekarang ni. Dah jauh sangat berubah,

rungut Elly di dalam hatinya. Tuan Fahreen sedang khusyuk meneliti dokumendokumen yang dibawa oleh Kamal, peguamnya. Dokumen-dokumen itu adalah butiran mengenai projek terbaru dibawah syarikat amanah yang bernaung dalam Tajul Holdings. Perbuatan itu diperhatikan sahaja oleh Kamal dengan sabar. Dia kenal sangat akan tabiat rakan baiknya itu. Tuan Fahreen adalah seorang lelaki yang amat teliti sekali dalam apa jua yang dilakukannya. Walaupun dia sudah biasa berurusan dengan Kamal tetapi setiap kali hendak menandatangani dokumen projek baru yang disediakan oleh Kamal, dia pasti menyemak isi kandungannya terlebih dahulu. Dia bukan meragui tahap keprofesionalan Kamal tetapi Tuan Fahreen beranggapan manusia adalah teman segala kesilapannya.

Walau bagaimana hebat dan tingginya tahap pencapaian seseorang manusia itu, ia tetap manusia biasa yang tidak sesempurna penciptanya. Kamal yang sudah masak dengan sikap Tuan Fahreen itu, sedikit pun dia tidak berasa kecil hati. Baginya, sebagai pelanggan syarikat guamannya, Tuan Fahreen punya hak untuk mengkaji dahulu segala isi kandungan dokumen yang disediakannya. Dalam perniagaan, tak kenal saudara-mara ataupun sahabat handai. Mereka perlu lebih profesional dan tidak akan membiarkan hubungan baik mereka membatasi urusan kerja. Kamal sudah lama kenal dengan Tuan Fahreen dan sikap telitinya itu sudah dapat dibaca oleh Kamal ketika mereka masih di zaman persekolahan lagi. Tidak hairanlah jika Tuan Fahreen boleh menerajui syarikat gergasi tinggalan almarhum ayahnya dengan lebih jaya lagi, walaupun dalam usia muda. Sementara menunggu, Kamal sempat melihat satu per satu penghargaan yang telah diterima oleh Tuan Fahreen sepanjang penglibatannya dalam dunia korporat. Semuanya tersusun rapi di atas meja dan almari hiasan. Ada juga sijil-sijil penghargaan yang bergantungan kemas di dinding biliknya. Setelah berpuas hati dengan segala isi kandungan dokumen tersebut, Tuan Fahreen mencapai pen di hadapannya dan menurunkan tandatangan di helaianhelaian tertentu.

So, macam mana, tuan Semuanya okey, ke

soal Kamal, sengaja ingin mendengar kata-kata Tuan Fahreen.

Kan, kau tengah tengok aku sign dokumendokumen ni,

jawab Tuan Fahreen yang sudah menangkap maksud sahabatnya itu.

I have no doubt towards all your expertise, my fiend.

Baginya, tiada peguam yang boleh memenuhi cita rasa kerjanya melainkan Kamal Azli yang sudah dikenalinya lebih dua puluh tahun.

Banyak juga pelaburan engkau untuk syarikat amanah, Wadi Afzan ni. Engkau tak rasa rugi ke

soal Kamal pada sahabatnya itu. Kamal tahu bahawa syarikat amanah itu ditubuhkan untuk menguruskan kewangan dan projekprojek yang mana hasilnya bakal disalurkan ke akaun Pak Cik Yuyu atau warisnya.

Mengapa nak rasa rugi pulak, Kamal. Lagi pun semua ni adalah duit amanah dari arwah papa aku untuk Pak Cik Yuyu dan keluarganya. So, aku kenalah amanah. Tak baik makan harta orang lain tau,

jawab Tuan Fahreen.

Ya, aku tahu engkau ni jujur orangnya. Aku tak meraguinya. Cuma, aku hairan. Projek under Wadi Afzan ni bakal membawa keuntungan besar sebab youve got government incentive on it, my friend. Engkau kata, engkau belum bertemu lagi dengan waris Pak Cik Yuyu. Andai katalah, engkau tak dapat jejak mereka sampai bila-bila pun, takkan engkau nak tengok sahaja keuntungan yang berjuta-juta tu. Sekali engkau dah masuk dalam akaun amanah tu, engkau tak boleh senang-senang keluarkan,

jelas Kamal panjang lebar.

Kalau aku gagal jumpa waris Pak Cik Yuyu, maka, jadi rezeki rumah anak-anak yatim dan badanbadan kebajikanlah. Aku takkan usik hasil itu untuk kepentingan aku. Sekurang-kurangnya, bila buat kebajikan, Insya-Allah pahalanya akan sampai pada Arwah Pak Cik Yuyu,

jawab Tuan Fahreen, penuh keikhlasan.

Maksud engkau, Pak Cik Yuyu tu sudah meninggallah, ya

tanya Kamal pula, meminta kepastian.

Benar tu Kamal, baru beberapa bulan dia meninggal. Aku dapat tahu dia ada seorang isteri dan anak perempuan. Aku tengah tunggu orang-orang aku cari mereka berdua ini. Insya-Allah, kalau ada rezeki mereka, bertemulah kami,

jelas Tuan Fahreen lagi.

Engkau ni tak habis-habis memikirkan hal orang lain. Bagaimana dengan hal engkau pulak

soal Kamal, cuba menukar topik.

Mengapa dengan aku

tanya Tuan Fahreen pula, tidak faham akan maksud Kamal itu.

Maksud aku, diri engkau tu sendiri. Sampai bila nak membujang Engkau tengok aku ni, dah tiga orang tau, anak aku. Yang engkau tu, masih single lagi. Aku pun peliklah, orang macam engkau ni, segalakelapan galanya ada. Rupa ada, harta pun banyak. Bak kata orang, complete packagelah. Mesti ramai perempuan yang tergila-gilakan engkau. Tapi, engkau masih nak menyendiri. Apa cerita ni bro. Takkan tak ada seorang pun perempuan dekat luar sana yang terkenan di hati engkausoal Kamal dengan panjang lebar. Sambil tertawa, Tuan Fahreen berkata,

Engkau ingat, cari isteri ni macam beli handphone dekat kedai ke Bila tengok cantik dan menarik sahaja, terus ambil. Hei bro, kalau nak beli handphone pun, kita kena belek betul-betul, tahu tak Kena ambil kira segala function dan service yang handphone tu boleh beri pada kita. Inikan pula, dalam hal mencari calon isteri. Bukan boleh main tangkap muat sahaja. Dalam zaman sekarang ini, sukar nak cari wanita yang tulus dan ikhlas. Kebanyakannya suka ambil kesempatan semata-mata untuk hidup senang. Kalau boleh, aku inginkan seorang isteri yang simple, tidak mengada-ngada dan tidak terlalu cintakan harta aku,

ujar Tuan Fahreen dengan panjang lebar.

Engkau ni, terlalu selective sangatlah dalam memilih isteri, bro. Mana ada lagi perempuan Melayu terakhir pada zaman ni. Engkau ni macam hidup thirty years back saja. Perempuan zaman millennium ni, jenis yang cepat bertindak dalam dunia yang serba mencabar ni. Kalau mereka pantas dan bijak, mereka boleh hidup senang dan selesa. Well, dunia sekarang ni, semuanya pakai duit belaka. Jadi, tak hairanlah, kalau mereka gunakan segala aset yang ada pada diri mereka untuk mencari penaja hidup senang. Itu matlamat hidup mereka sekarang. Tetapi, tak adillah kalau engkau fikir mereka ni semua jahat. Ada juga di kalangan mereka yang berhati mulia, cuma engkau saja yang tak nampak. Engkau jadi takut sebab engkau ni terlalu kaya, membataskan engkau untuk dapat isteri yang baik, pada fikiran engkaulah,

sambung Kamal lagi, cuba berhujah panjang lebar seperti berada di mahkamah pula. Tuan Fahreen hanya terus tersenyum mendengar hujahan Kamal itu. Dia tahu, sebagai sahabat, Kamal amat prihatin dengan keadaan dirinya yang masih membujang sehingga sekarang. Berbagai spekulasi terbit dari fikiran Kamal akan keadaan diri Tuan Fahreen yang masih kekal menyendiri. Walau bagaimanapun, dia akan terus biarkan Kamal membuat andaian tentang jodohnya kerana baginya, serunya pasti tiba suatu hari nanti dan pastinya keajaiban itu akan terjadi.

Susah-susah sangat, kau pinang saja PA engkau tu. Dia pun still available, kan

cadangan Kamal pula selepas melihat Tuan Fahreen berdiam seketika.

Che Ros, tu

soal Tuan Fahreen ringkas sambil tertawa. Bagaimana tiba-tiba sahaja, nama Che Ros boleh terkeluar dari mulut Kamal. Tuan Fahreen tidak pernah punya apa-apa perasaan istimewa pada pembantu peribadinya itu. Padanya, Che Ros tidak lebih dari hanya seorang pekerja yang dibayar gaji untuk memberikan khidmatnya, sama seperti pekerjapekerjanya yang lain. Bukannya Kamal tidak tahu akan hal itu. Namun, Tuan Fahreen tidak cepat melatah marahkan Kamal kerana dia tahu, Kamal orangnya suka bergurau dan mengusik.

Aku rasa, pagi tadi engkau banyak sangat minum teh tarik kot, sampai jadi mabuk macam ni,

sambung Tuan Fahreen dengan ketawa lagi.

Fahreen, nak katakan engkau ni buta, tapi engkau celik. Mungkin perasaan engkau yang kurang sikit kot. Takkan engkau tak perasan yang Che Ros tu ada hati pada engkau. Kesetiaan dan keperihatinan dia pada engkau, lebih dari seorang PA tau,

usik Kamal lagi cuba menggiat hati Tuan Fahreen.

Mestilah dia setia dan prihatin. Aku ni, kan ke bos dia Aku bayar gaji dia, so, dia kena bagi perkhidmatan yang terbaiklah untuk aku. Macam mana engkau boleh terfikir sampai ke situ pula, Kamal

soal Tuan Fahreen. Melihatkan wajah Tuan Fahreen ketika itu, Kamal dapat membaca yang Tuan Fahreen tidak sekelumit pun punya perasaan kasih pada Che Ros. Namun, dia saja-saja mahu menyakat lagi,

Okey apa, Che Ros tu. Orangnya baik, rajin dan cantik pulak tu. Padan juga korang berdua ni.

Jangan nak mengarutlah, Kamal. Jangan nak tambah gossip baru dekat office ni pula. Kalau aku nak, tak perlu tunggu engkau recommend, aku dah sambar dulu. Kalau setakat perempuan macam Che Ros tu, berlambaklah, aku boleh cari di luar tu,

ujar Tuan Fahreen pula, cuba mematikan topik yang diutarakan oleh Kamal itu.

Huissshh...tak baik engkau cakap macam tu. Kalau didengar oleh Che Ros tu nanti, kecil hati dia. Well, your own life, it you to decide, my friend,

kata Kamal. Dia tahu, kawan baiknya itu sudah mula rimas membicarakan soal tersebut.

Tahu tak apa. Its my life,

jawab Tuan Fahreen pula, selamba

Okeylah Fahreen, I think I should make a move now,

Kamal meminta diri untuk pulang ke pejabatnya.

Eh, cepatnya engkau nak balik, Kamal. I thought of having a lunch together, today,

pelawa Tuan Fahreen pula.

Sorry, maybe next time. I need to catch up my meeting this afternoon. Fasal dokumen ini, engkau jangan bimbang. Aku akan uruskan secepat mungkin supaya projek ini tak tertangguh lagi. Il send you the copy of it within couple of weeks,

ujar Kamal pula. Dia mencapai begnya dan terus meminta izin untuk keluar selepas berjabat tangan dengan Tuan Fahreen. Di luar bilik Tuan Fahreen, dia sempat terserempak dengan Che Ros. Che Ros hanya tersenyum sahaja memerhatikan aksi Kamal itu kerana dia tahu pasti Kamal punya cerita untuknya. Paling tidak pun, Kamal ingin bergurau atau mengusiknya. Dengan muka yang sedikit monyok, Kamal berkata,

Sorry, Che Ros. Im lost.

What Youve lost. Mengapa Encik Kamal, Tuan Fahreen tak puas hati dengan kerja-kerja Encik Kamal ke

tanya Che Ros pula, terkejut. Dia tahu sejauh mana hubungan Tuan Fahreen dengan Kamal. Selama ini, kedua-dua mereka sering mencapai kata persetujuan bersama untuk setiap projek yang dinaungi oleh Tajul Holdings. Tetapi, mengapa pula kini Kamal hanya tersenyum melihat muka cemas Che Ros,

I gagal jual saham you pada Tuan Fahreen. I dah bagi baik punya ayat pada dia, tapi dia cakap, hubungannya dengan you, tak lebih dari sekadar hubungan kerja. Maknanya, you berdua telah ditakdirkan tidak berjodohanlah, nampak gayanya. One more time, sorry.

Che Ros hanya tersenyum tawar sahaja apabila mendengar penjelasan dari Kamal itu tadi. Namun, dihatinya terpalit seribu kekecewaan dengan kenyataan Kamal itu. Alangkah bahagianya dia, andai kata Tuan Fahreen dapat membuka sedikit pintu hati untuknya. Che Ros sudah lama memendam perasaan terhadap bosnya itu. Berbagai cara telah dilakukannya bagi menarik perhatian Tuan Fahreen. Tetapi, Tuan Fahreen masih gagal mengungkap maksud hati Che Ros itu. Ada satu perkara yang paling ditakuti oleh Che Ros. Andai kata, suatu hari nanti, Tuan Fahreen sudah punya pilihannya sendiri, dia pasti akan jadi terlalu kecewa.

Tidak mungkin, aku tak boleh terima sekiranya Tuan Fahreen terpaut hati dengan perempuan lain, suatu hari nanti. Bagaimana aku nak menghadapinya

resah Che Ros di dalam hati. Namun, hanya Tuan Fahreen punya jawapan akan ciri-ciri gadis idamannya. Suatu hari nanti, pastinya Che Ros dan wanita-wanita yang meminatinya akan kecewa apabila Tuan Fahreen sudah membuat pilihan hatinya. Ciri-ciri gadis pilihan hanya Tuan Fahreen yang punya jawapan untuk itu. Pasti perempuan yang bakal mendampinginya nanti, adalah wanita hebat yang terselit di antara jutaan wanita. Tuan Fahreen telah meletakkan segalanya dalam pertimbangan Yang Maha Esa. Yang pastinya, Che Ros tidak punya ciri-ciri itu. Wajah Che Ros memang cantik dan gayanya tetap menawan, namun tidak mampu menewaskan kekentalan hati Tuan Fahreen yang begitu memilih ciri-ciri gadis pilihan hatinya.