Absolutely yes. Im not just difficult but also argumentative, kata Hasya serentak dengan ibu jari kanannya ditegakkan, Confrontational, diikuti dengan menegakkan jari telunjuknya pula, A rule bender, jari hantu Suspicious because I want to know everything dan belum sempat Hasya mengungkapkan ayat seterusnya, Bahrain pantas mencelah dengan meminta kepastian akan kebenaran dakwaannya itu yang suka melanggar undangundang.
Memandang ke atas sambil mengelip-ngelipkan matanya dalam mencari jawapan yang sesuai sambil mengetap bibir, Hasya menjawab, I bend the rules only because I have rules of my own.
Bahrain menarik nafas panjang sebelum bersandar ke kerusinya perlahan. Anak siapakah ini Bagaimana latar belakangnya Pengalaman apakah yang ditempuhnya sehingga menjadikannya setegar ini Siapa yang membesarkannya Kerana bagi Bahrain, siapapun orang itu, pujian harus diberikan kerana telah berjaya menzahirkan seorang individu yang tersendiri; yang terkeluar dari kepompong normaliti.
Kembali ke realiti: Bahrain meneguk lagi wiski yang masih di tangan.