HELGA: Kau tak bagitau aku pun yang kau akan balik lewat.
GALLIMARD: Tak sengaja. Tiba-tiba ada hal tadi.
HELGA: Oh ya Hal apa
GALLIMARD: Aku ke Kedutaan Belanda.
HELGA: Lagi sekali
GALLIMARD: Ada penulis dari mana entah. Dia ditugaskan untuk menulis 6 buah buku pasal Revolusi China. Jadi kedutaan belanda buat majlis untuk meraikan dia. Bukannya meraikan apa pun. Sebagai tanda sokongan pada dia. Kesian dia kena duduk di sini lama. Bukan senang nak menyiapkan buku. enam buah pulak tu.
HELGA: Okei. Aku pun tadi balik agak lewat jugak. Aku pergi tengok persembahan seni mempertahankan
diri. Dahsyat .. lelaki-lelaki yang pecahkan batu bata tu (Helga mengipas dirinya) wuhuu.. (Helga keluar. Lampu samar)
GALLIMARD: Aku tipu bini aku. Kenapa Sebelum ni aku tak pernah ada sebab pun untuk tipu dia. jadi apa alasannya untuk aku tipu dia malam tu Aku rasa aku tak buat salah apa pun. Tapi malam tu aku mimpi. Pelik mimpi aku tu.Orang lain mimpi bidadari, atau naga, atau mimpi Sophia Loren datang pakai tuala je. Tapi aku mimpi Marc. (Marc muncul berpakaian tidur dan topi di atas kepala)
MARC: Rene! Kau dah jumpa perempuan idaman kau kan! (Gallimard dan marc berjalan di sekitar Beijing. Bunyi latar pecan berkumandang) GALLIMARD: Bukannya hebat sangat pun.
MARC: Tak hebat kau kata Dalam tidur pun aku boleh tau.
GALLIMARD: Bukannya aku tak pernah jumpa perempuan pun sebelum ni.
MARC: Memang tak pernah pun! Hei, aku datang dari jauh ni tau semata-mata nak meraikan kejayaan kau ni. ( Marc menghulurkan sebotol wain kepada gallimard)
GALLIMARD: Marc, mahal ni!
MARC: Dalam mimpi, tak payah beli. Curi je. (marc membuka botol wain dan berkongsi dengan gallimard)
GALLIMARD: Dah lah. Tak payah lah nak malukan aku. Aku tak rasa pun dia suka kan aku. Tak ada sebab pun untuk dia suka kan aku.
MARC: mungkin juga tidak, kalau suka sama suka
GALLIMARD: Oh.
MARC: suka sama suka suka sama suka! kau faham tak apa maksudnya tu
GALLIMARD: Macamana kau boleh tau
MARC: Maksudnya, ikan dah ada depan mata, tak payah pancing pun.
GALLIMARD: Aku dah kahwin lah.
MARC: Aku pun. Dan lagi, dan lagi, dan lagi. Sampai sekarang dah 300 perempuan dalam masa 12 tahun.
GALLIMARD: Aku tak rasa itu contoh yang baik. Tak layak jadi contoh pun.
MARC: Memang pun. Aku niteruk. Bukan macam kau.. suami mithali!
GALLIMARD: Ah. Kalau ya pun, tak ada apa yang boleh aku buat. Aku ni orang asing.
MARC: Betul. Haram untuk dia cintakan kau. Tapi itu luaran saja. Dalam hati dia, dia tak ada pilihan lain melainkan ikut rasa hati dia. Dia tak ada kuasa pun untuk melawan sebab dia tau, itu lah takdir hidup dia.
GALLIMARD: Pandai sangat kau berfirasat ni, macamana kau tau
MARC: Sama macamana kau tau lah. Sama macamana orang-orang lain tau. Bukannya pelik pun. Semua orang akan tau kalau perkara macam ni berlaku. Diaorang tu takut dengan kita, Rene. Perempuanperempuan tu takut dengan kita. Dan lelaki-lelaki nya pulak benci dengan kita. Dan yang paling penting, semua yang diaorang rasa tu, semuanya betul. ( mereka ternampak cahaya dari sebuah tingkap) tengok tu rene! Nampak
GALLIMARD: Tingkap rumah dia.
MARC: Dah tengah malam macam ni, dia masih tak tidur lagi, Rene. Dia menunggu kau. Percaya cakap aku.
GALLIMARD: Aku takkan tengok. Kalau aku tengok, itu bermakna aku tak menghormati dia.
MARC: Perlu ke Kita ni orang asing, Rene. Kita boleh buat apa saja.(Song masuk dengan memakai jubah mandi. Muzik the one fine day berkumandang. Song membelakangkan audiens. Dia sedang bersiap-siap untuk mandi. Dia membuka jubah mandinya, menampakkan bahunya yang putih) Ini yang kau tunggu selama ni, Rene. Perempuan yang menyerahkan segala-galanya untuk kau. Selama ni kau hanya tengok orang lain. Kau tengok dalam majalah, dalam drama, dalam wayang. Dan kau tertanya-tanya, teruk sangat ke aku ni sampai tak ada satu perempuan pun yang nakkan aku Dan kau biarkan benda ni bersarang dalam hati kau sampai kau sedar-sedar je, kau dah tua. Harapan makin tipis tapi kau masih lagi berharap. Rene, cukup lah tu. Yang kau tunggu-tunggu, yang kau harap-harap, dah ada di depan mata. (marc keluar)
GALLIMARD: Marc Marc (Song yang masih membelakangkan audiens, membuka jubbah mandi memperlihatkan tubuhnya yang telanjang. Tiba-tiba bunyi deringan telefon berkumandang dengan kuat. Lampu padam. Lampu terang di bahagian lain pentas di mana terletaknya set bilik tidur Gallimard. Gallimard bangun dari tidur terhuyung hayang menuju ke arah telefon.) Hello (Lampu makin
terang menunjukkan pagi) SONG: (suara) Awal sangat ke
GALLIMARD: Haah. Kenapa Ada hal
SONG: (Suara) pukul berapa ya sekarang ni
GALLIMARD: 5.30 pagi. Kenapa cik puan..
SONG: (suara) tapi kat sini dah terang..
GALLIMARD: Haah ya.. mungkin matahari tersilap tengok jam agaknya.. (lampu terang. Kelihatan song duduk di kerusi, di dalam jubah mandi, telefon di telinganya)
SONG: Sepanjang malam saya tak dapat tidur. Tuan maafkan saya
GALLIMARD: Mesti lah. Tapi untuk apa
SONG: Tuan tolong jawab soalan saya. Tuan masih berminat dengan opera
GALLIMARD: Dah tentu. Tapi kenapa
SONG: Boleh datang hari Khamis depan Ke pementasan saya The drunken beauty. Boleh tuan janji dengan saya yang tuan akan datang
GALLIMARD: Saya janji.
SONG: Terima kasih. Rasanya saya boleh tidur dengan lena sekarang. (song meletakkan telefon dan keluar pentas. Gallimard menukar kostum tidurnya kepada kostum kerja)