DIARI CINTA ROMEO - 9
Aku : Salam. Hi awak =)

CapitalM : Wslm. Hi hi hi =P

Aku : Hi hi bye bye. Haa.

CapitalM : Cubit nanti baru tahu

Aku : Amboi. Dah pandai ye cubit-cubit. Ganas betul

CapitalM : Haa, saya memang kasar wak. Dulu dekat sekolah memang saya saya macam tomboy sikit.

Aku : Haa, yeka Sekarang tak macam tomboy pun. Lemah gemalai je Fiz tengok.

CapitalM : Haa betul. Dulu dekat sekolah memang saya teruk. Kasar, ganas. Pakai tudung pun serupa tak pakai. Singkat. Hee

Aku : Dah tu sekarang dah berubah ke

CapitalM : Tu la, saya bersyukur sangat dapat masuk kolej ni. Sekurang-kurangnya saya berubah sikit. Saya dah sedar apa yang saya buat sebelum ni memang betul-betul tak matang. Nama pun budak-budak sekolahkan.

Aku : Baguslah tu awak. Perkara yang lepas, usah dikenang. Jadikan pengajaran okay =)

CapitalM : Haa, kelakar betul bila diingat balik. Saya pun memang tak matang. Saya ni anak sulong. Patutnya jadi contoh pada adik-adik. Tak patut betul.

Aku : Haa, baguslah tu. Sejuk hati dengar bila awak dah nak berubah. Harap-harap, kekallah ye perubahan tu

CapitalM : InsyaALLAH =)

Aku : Awak dekat mana ni Dah makan

CapitalM : Dekat bilik. Belum lagi. Macam kenyang lagi

Aku : Nanti lapar pulak. Jangan tak makan pulak ye.

CapitalM : Baik. Awak, bila awak nak amik sticky note ni

Aku : Awak dah ada jawapan ke

CapitalM : Sudah. Nanti awak baca, awak tahulah.

Aku : Amboi, macam kenal je ayat tu. Ayat semalam tu. Haa

CapitalM : Mestilah. Belajar melalui tauladan. Haa. Esoklah awak amik ye

Aku : Hm tengoklah esok macam mana. Nanti kalau ada apa-apa, Fiz mesejlah lagi. Takut tak sempat..

CapitalM : Hm baik. Awak dekat mana ni Buat apa

Aku : Dekat biliklah awak. Online. Takde benda nak buat.

CapitalM : Untunglah tak ada kerja. Huu

Aku : Hm awak, Fiz tanya sikit boleh

CapitalM : Tanya apa

Aku : Hm Fiz sebenarnya serba salah ni. Sebab tu Fiz tanya. Rasa macam tak sedap hati je

CapitalM : Awak ni buat saya takutlah. Nak tanya apa ni

Aku : Sebenarnya awak dah ada orang lainkan

CapitalM : Ermmmmm

Aku : Hm takpelah. Fiz dapat dah jawapannya. Awak jangan risau okay. =)

CapitalM : Betul. Saya ada orang lain. Nama dia Rizman

Aku : Hm dia belajar lagi ke Umur dia berapa

CapitalM : Aah. Dia belajar lagi. Umur dia sama dengan awak. UTM Skudai. Course engineering.

Aku : Oh. Sebaya dengan Fiz la ye

CapitalM : Aah.

Aku : Macam mana boleh kenal dia

CapitalM : Dulu dia senior dekat sekolah menengah. Masa dekat sekolah dulu, tak rapat pun. Kenal-kenal macam tu jela. Dia senior, saya junior.

Aku : Oh macam tu. Dah tu macam mana boleh bercouple pulak

CapitalM : Awak ni macam polislah. Haa. Habis saya kena soal siasat malam ni.

Aku : Haa, awak rasa macam tu ke Sorry2. Fiz rasa nak tahu je. Kalau awak tak nak cerita, Fiz tak paksa =)

CapitalM : Hm takpelah awak. Saya gurau je tadi. Kami rapat sebab dia jadi fasilitator. Masa tu ada program untuk pelajar form 5. Kiranya dia jadi tutor saya.

Aku : Oh patutlah. Kiranya dia mengurat awaklah ni Haa

CapitalM : Haa. Lebih kurang macam tu lah. Lepas program tu, kami jadi rapat. Terus masing-masing jatuh hati. Lagipun rumah kami dekat. Saya rapat dengan kakak dia. Kakak dia selalu datang rumah saya.

Aku : Oh macam tu. Hm kiranya saya salah waktulah ni. Rasa bersalah pulak sebab ganggu hubungan awak dengan dia..

CapitalM : Ermmmm

Aku : Awak, Fiz minta maaf

CapitalM : Tapi kami tak macam orang lain pun wak. Tak macam pasangan lain. Saya tak bahagia.

Aku : Kenapa awak cakap macam tu

CapitalM : Kami jarang berhubung. Jarang sangat. Telefon pun sebulan sekali. Mesej apatah lagi.

Aku : Hm dia mungkin sibuk. Dia kan amik engineering. Bukan macam course kita ni. Course dia susahkan. Awak kenalah faham

CapitalM : Hm tak awak. Setiap kali kami berhubung, pasti dia akan buat hati saya sakit. Saya dah banyak kali kecewa. Sampai saya dah tak kisah dia nak buat apa.

Aku : Hm awak sabar okay. Dia stress tu. Banyak study. Course dia susah

CapitalM : Entahlah awak. Saya dah malas. Ada dia pun rasa macam saya tak ada apa-apa.

Aku : Awak tak telefon dia Tak mesej dia

CapitalM : Malaslah. Kalau mesej pun, bukan reply. Tapi kalau saya tak reply mesej dia, mengamuk tak sudah.

Aku : Hm awak sabarlah.

CapitalM : Kawan-kawan saya ada cakap. Mungkin awak datang ni tepat pada masanya.

Aku : Diorang dah tahu ke

CapitalM : Tak semua tahu. Kawan-kawan yang rapat dengan saya je

Aku : Oh. Hm kenapa diorang cakap macam tu

CapitalM : Saya dah banyak berduka awak. Saya dah banyak kali kecewa kalau dengan dia. Dia tak hiraukan saya. Saya ni macam takde apa-apa makna bagi dia

Aku : Apa kena mengena

CapitalM : Saya tak nafikan saya bahagia dengan awak. Semalam bila saya dapat sticky note tu, saya terharu sangat. Tak pernah lagi ada orang buat dekat saya macam tu.

Aku : Fiz cuma buat apa yang Fiz rasa Fiz patut buat.

CapitalM : Kawan-kawan saya cakap, mungkin saya patut pilih awak. Mungkin ni ganjaran yang saya patut dapat setelah lama saya berduka. Awak datang tepat pada masanya. Pada waktu saya memang perlukan seseorang dalam hidup saya

Aku : Awak jangan ikut cakap kawan-kawan awak. Awak kena tanya diri awak sendiri. Sebab saya nak bersama dengan awak, bukan dengan kawan-kawan awak.

CapitalM : Awak bukan yang pertama untuk melamar saya. Sebelum ni ada lagi dua tiga orang yang pernah buat perkara yang sama. Tapi entah, hati saya sikit pun tak terusik. Saya tak mengendahkan

Aku : Jadi bila dengan Fiz

CapitalM : Hati saya terusik. Saya terharu. Saya bahagia. Saya menangis bukan sebab saya sedih, tapi saya gembira sangat. Saya tak pernah rasa apa yang saya rasa sekarang. Saya rasa ini permulaan untuk kebahagiaan saya.

Aku : Alhamdulillah. Fiz bersyukur kalau itu yang awak rasa. Fiz cuma mahukan yang halal dengan awak.

CapitalM : InsyaALLAH awak.

Aku : Tapi tentang awak dengan Rizman, Fiz tak nak masuk campur. Apa pun keputusan awak, Fiz terima. Fiz tak nak pengaruh awak, sebab itu tak adil buat Rizman.

CapitalM : Tipulah kalau saya tak sayang dia. Dah dua tahun kami bersama. Saya tak boleh nak buang dia macam tu sahaja. Dan kini awak pula hadir. Saya buntu. Saya perlukan masa.

Aku : Awak fikirlah masak-masak. Awak buatlah keputusan yang terbaik. Amiklah masa seberapa banyak yang awak mahu.

CapitalM : Terima kasih wak sebab memahami

Aku : Istikharah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya

CapitalM : InsyaALLAH

Ah, masa ni lah kredit nak habis. Takde back up top up pulak tu. Nak buat SOS top up, nanti kena charge RM0.50 pulak. Haish.

Aku letak handset. Aku tumpukan pada skrin laptop. Otak aku sibuk memikirkan tentang hal tadi. Aku bahagia, walaupun CapitalM belum lagi beri jawapnnya. Aku gembira. Tapi aku tak dapat nak simpan rasa bersalah aku terhadap Rizman. Aku menjadi orang ketiga dalam hubungan ini. Aku perosak hubungan kau. Maafkan aku Rizman. Cinta ini datang tanpa diundang. Ia datang tanpa dipaksa.

Semuanya baru bermula. Aku tahu jalan yang bakal aku lalui tak mudah. Jalan yang berliku. Antara aku, CapitalM dan Rizman. Semoga aku tabah dan kuat untuk hari yang mendatang. Kalau dah tertulis dia memang jodoh aku, aku terima. Tapi kalau dia sekadar persinggahan, aku redha. Itu tandanya Allah mahu aku belajar lagi tentang erti kehidupan ini.

Alhamdulillah