CINTAI AKU DENGAN RESTU-NYA - 9
SELESAI makan malam, Idlan memerhati ayahnya bersiap dengan pakaian lawa. Sekali tengok dah macam YB. Kalau dia menegur, apakah ayahnya memberi tindakbalas positif Masih adakah kemarahan yang berbaki

Dia beranikan diri bertanya, Ayah nak ke mana

Che Long sedang melipat lengan kemeja batik, mengerling ke arah Idlan. Suara Idlan seakan meraih kemesraan sebagai anak. Jauh di sudut hati, tak tergamak hendak membiarkan pertanyaan Idlan tak dibalas. Marah-marah dia pun, itulah satu-satu anak yang dia ada.

Dengan siapa lagi hendak berbual mesra kalau tak dengan Idlan. Pada siapa dia akan minta bantuan apabila diperlukan, kalau bukan dengan Idlan.

Ayah nak ke balai raya. Ada YB turun malam ni, berucap. Pagi esok ada program pecah tanah di hujung kampung.

Saya ikut, boleh Idlan menawarkan diri.

Bosan duduk di rumah dan tak tahu nak buat apa. Keesokannya, dia mahu turun ke laut membantu ayahnya menangkap ikan dan hasrat itu disuarakan ketika menonton televisyen. Tapi, ayahnya menegah. Kata Che Long dia tak ada kemahiran. Aduh... mentangmentanglah kerjayanya hanya di pejabat. Ayahnya pandang rendah pula.

Tak payah. Kamu rehat saja di rumah. Lagipun, boleh temankan mak kamu. Mungkin ayah balik lambat malam ni, balas Che Long dengan wajah serba salah.

Risau Idlan mahu turut serta. Bimbang kalau Ayah Wan ternampak Idlan. Mahunya jadi kes tak puas hati, tak ke naya

Alah abang ni. Selama Lan tak ada di rumah, elok aje abang tak pernah risaukan saya. Malam ni, kenapa terlebih risau pula Biarlah dah budak tu nak ikut. Apa salahnya, tempelak Che Jah.

Macam dia tak tahu apa yang ada dalam fikiran Che Long. Tentu suaminya risau Ayah Wan akan bertembung dengan Idlan. Bimbang kalau Ayah Wan memarahi Idlan depan orang ramai. Ish... Ayah Wan bukan orang begitu. Ketua kampung itu sangat berbudi bahasa dan baik orangnya.

Che Long merengus perlahan. Sekali lagi dia mengerling Idlan yang sedang tersenyum. Seperti menyindirnya pun ada.

Erm, yalah. Kalau kamu nak ikut, cepat sikit. Kita dah lambat.

Saya tukar pakaian kejap.

Tak payah tukarlah, Lan. Pergi macam tu aje dah cukup kacak anak mak. Che Jah mencelah sambil tersengih. Hatinya senang apabila Che Long tak berkeras lagi ketika berhadapan dengan Idlan.

Idlan tersenyum sebaris sambil memerhati pakaian melekat di tubuh. Berseluar jeans hitam dipadankan t-shirt berkolar putih tanpa corak, kira luluslah!

IDLAN duduk di sebelah kiri ayahnya. Di sebelah kanan Che Long pula duduknya Ayah Wan. Che

Long yang duduk di tengah-tengah nampak kurang selesa.

Di pentas kecil sedang berlangsung satu persembahan. Ayah Wan terangguk-angguk. Bunyi paluan gong, gendang, canang, kesi, serunai dan rebab yang bersatu, memberi hiburan pada halwa telinga. Ditambah lagi dengan tarian dipersembahkan anak gadisnya, Ika.

Idlan kecilkan mata apabila memandang ke depan. Gadis sedang menari itu macam pernah dilihatnya sebelum ini. Dagu digosok-gosok perlahan. Dia mengimbau sesuatu. Ya, baru dia ingat. Itulah gadis yang berjalan dalam keadaan gopoh hingga tersangkut kain pada pagar berduri tak jauh dari rumahnya tadi.

Che Long berdeham apabila melihat Idlan kusyuk memberi perhatian di hadapan pentas. Takkah Idlan tahu gadis sedang menari tarian MakYung itu adalah Ika Alia Tak payah tengok lama sangat bekas tunang tu. Dulu kau juga yang tak nak. Sekarang, terlopong pula bila tengok Ika.

Che Long tak senang duduk. Di sebelah kanan Ayah Wan leka menonton persembahan. Di kiri pula Idlan tak berkelip memerhatikan Ika. Aduh... Che Long usap dada. Rasa sesak nafas tiba-tiba. Menyesal dia ajak Idlan datang ke majlis ini.

Kalau sekarang Idlan bersuara memanggilnya ayah, takkah Ayah Wan akan perasan Risau dia kalau Ayah Wan amukkan Idlan di tengah-tengah orang ramai ini. Lebih-lebih lagi, YB ada sama. Harap-harap perkara itu tak berlaku. Che Long berharap Ayah Wan tak perasan dengan wajah Idlan.

Dah lama kamu sampai, Long Soal Ayah Wan tiba-tiba. Dari tadi dia perasan, Che Long duduk di sebelah, tapi hairan kenapa Che Long tak menegur

Adakah Che Long masih malu muka dengannya Kalau perkara putus tunang masih dirunsingkan, Che Long tersilap besar. Dia tak mahu bermasam muka dengan Che Long. Jauh sekali menyimpan dendam. Tinggal satu kampung, tak bagus kalau terjadi perkara begitu. Dia tak suka bermusuh. Apatah lagi dia ketua kampung yang harus menunjuk sikap positif pada semua orang.

Che Long menoleh memandang Ayah Wan.

Riaknya serba salah. Ooh... Ayah Wan. Maaf. Baru aje sampai, dia buat-buat terkejut apabila Ayah Wan terlebih dulu menegur.

Ayah Wan terangguk-angguk sebelum perhatian beralih pada pemuda yang duduk di sebelah Che Long. Macam pernah dilihat pemuda itu sebelum ini, tapi dia tak dapat mengagak siapa orangnya.

Siapa kat sebelah kamu tu, Long

Che Long makin tak senang duduk. Sesekali dia berdeham, sesekali dia membetul posisi. Parah kali ini. Bagaimana mahu menjawab dan waktu yang sama perlu kenalkan Idlan pada Ayah Wan Ish, Ayah Wan ni pun satu. Takkan tak kenal Idlan Macam sengaja buat dia serba salah.

Tu Idlan, akhirnya Che Long terpaksa menjawab. Janganlah Ayah Wan marahkan Idlan di majlis ini. Kalau benar berlaku, buat malu pada orang saja.

Ayah Wan melopong sedikit. Idlan Patutlah Che Long takut-takut nak menegurnya. Rupanya ada perkara yang dirunsingkan. Ayah Wan tergelenggeleng. Senyum lebar sampai ke telinga apabila mendapat thu kenapa Che Long tak senang duduk.

Patutlah kamu nampak susah hati, bidas Ayah Wan. Belakang Che Long ditepuk-tepuk perlahan.

Che Long tersenyum sumbing. Teragak-agak dia menoleh ke arah Ayah Wan, Apa maksud kamu ni, Ayah Wan

Kamu ingat aku tak tahu apa ada dalam fikiran kamu tu

Che Long nampak cuak.

Kamu jangan risau. Aku sekeluarga tak marah dengan perkara yang berlaku. Soal anak-anak kita putus tunang, aku boleh lupakan. Kamu dan Che Jah, tak payah segan dan malu dengan perkara tu. Kami terima kenyataan. Hajat kita tak kesampaian, apa boleh kita buat, jelas Ayah Wan.

Che Long usap dada. Lega dengan penjelasan Ayah Wan. Selepas ini, bolehlah dia tidur lena.

Idlan yang kusyuk menonton tarian MakYung, masih tak memberi tumpuan pada perbualan di sebelah. Apabila disapa lelaki yang duduk di sebelah Che Long, barulah perhatiannya beralih.

Tangan yang dihulur, lambat-lambat disambut. Fokus berpindah pada si ayah. Che Long buat isyarat mata, tapi Idlan tak faham. Walaupun begitu, dia tetap bersalam dengan lelaki yang hampir sebaya ayahnya.

Kamu tak kenal pakcik Soal Ayah Wan.

Mungkin Idlan tak cam. Kali terakhir melihat Idlan, ketika anak muda itu mahu berangkat ke luar negara. Pernah dia terdengar Idlan pulang ke kampung berhari raya, tapi sekali pun mereka tak bertembung.

Idlan garu-garu kepala dengan hujung jari. Dahinya berlapis. Dia cuba mengingati sesuatu.

Ayah Wan ke Soalnya, ragu-ragu. Kalau betul Ayah Wan, aduh... malunya dia. Segan dengan perkara yang pernah berlaku sebelum ini.

Ayah Wan tersenyum sebaris sambil teranggukangguk. Tak sangka, Idlan masih ingat.

Kamu balik bercuti ke

Err... ya.. jawab Idlan. Dia kekok apabila berhadapan dengan Ayah Wan. Cara menjawab pum tergagap-gagap. Entah apa anggapan Ayah Wan padanya.

Lama ke kamu cuti Soal Ayah Wan lagi. Sebenarnya, dia mahu cipta kemesraan dengan keluarga Che Long yang dirasakan makin pudar. Lebihlebih lagi dengan Idlan yang lama tak bersua.

Idlan tersenyum. Perasaan segan dengan Ayah Wan, cuba disingkir jauh-jauh.

Lama, Ayah Wan. Dua bulan.

Oh, lama tu. Kenapa ambil cuti lama sangat Soal Ayah Wan lagi.

Idlan tak tahu bagaimana hendak menjawab. Perlu ke dia terus-terang Pada ibu dan ayahnya dia masih berahsia. Inikan pula dengan Ayah Wan Tak mungkinlah. Lebih baik dia menipu saja.

Saya dah lama tak balik. Rindu sangat pada kampung sebab itulah saya sengaja ambil cuti panjang, jawabnya senafas. Cuba menyembunyikan alasan sebenar.

Ooh... baguslah tu.. balas Ayah Wan sekaligus menutup perbualan. Tumpuan diberi semula ke pentas.

Idlan mengangguk perlahan. Dia turut beralih perhatian pada persembahan tarian di hadapan. Sesekali bibirnya mengukir senyum. Sesekali mata melekat lama pada liuk lentok jari jemari si gadis yang berada di pentas itu. Leka sungguh dia.

IKA tergesa-gesa keluar dari balai raya. Kiri kanan dia mencari Ayah Wan untuk pulang bersama.

Tapi, dia hampa apabila Kak Mek menitip pesan ayahnya menyuruh dia pulang sendiri. Ayah Wan terpaksa mengiringi YB ke majlis makan malam yang berlangsung di hotel berdekatan. Ika mengeluh sesaat sebelum melangkah pulang.

Sedar malam kian larut, Ika berlari anak. Dia mahu cepat-cepat sampai ke rumah. Tak disangka-sangka, dia terlanggar seseorang.

Aduh! Ika jatuh terduduk. Pinggul digosok perlahan. Sakit! Makhluk mana pula berdiri tengahtengah jalan Tak fasal-fasal dia terlanggar.

Idlan berpaling. Seorang gadis jatuh tergolek di belakang, cuba dibantu dengan menghulur tangan.

Awak lagi Soal Idlan apabila melihat wajah si gadis yang dibantunya sebelum ini. Gadis yang sama menari MakYung atas pentas.

Ika mendongak. Dipandang lelaki itu tak berkelip,

Encik yang tolong saya tadi, kan

Idlan mengangguk sambil memberi senyum.

Kenapa encik berdiri tengah-tengah jalan ni Rungut Ika.

Awak nak ke mana Selalu kelam kabut. Jalan tu perlahanlah sikit, balas Idlan. Masih tak lekang senyum di bibir. Geli hati dengan gadis seorang ini. Tadi tersangkut kain, sekarang terlanggar dia pula.

Saya nak cepat. Nak balik rumah. Kalau lambat, nanti mak marah, jawab Ika dan perlahan-lahan cuba berdiri. Tangan Idlan langsung tak disambut.

Rumah kat mana

Kat sana, bibir Ika memuncung ke satu arah.

Idlan melihat jam, Dah nak pukul 11. Awak tak takut jalan sorang

Mana ada takut Saya dah biasa. Inikan kampung saya. Encik tu yang sepatutnya takut. Tak pernah saya tengok muka encik kat sini. Nampak macam orang kaya aje. Nanti kena rompak, baru padan muka.

Amboi mulut dia laju bukan main. Macam dah kenal lama pula dengan lelaki itu. Ika tak cam ke dia bercakap dengan siapa

Idlan tersengih. Boleh tahan mulut budak perempuan ni. Macam bertih jagung!

Saya lelaki. Tahu macam mana nak pertahankan diri. Awak perempuan. Kalau ada lelaki ganggu, nak pertahankan diri macam mana Tengok badan awak. Penuh perhiasan berat. Kalau kena kejar, nak lari pun tak larat, kata Idlan, separuh mengusik. Dia tergelenggeleng.

Ika diam tak berkutik. Dia tunduk tersipu. Malu. Wajah tampan lelaki itu, buat dia tambah segan memandang lebih lama. Siapa dia ni, ya. Macam pernah nampak, tapi tak tahu di mana.

Mari saya hantar awak, pelawa Idlan. Ikhlas. Langsung tak sedar dia berbual dengan bekas tunang sendiri.

Ika mengangkat muka. Cepat-cepat dia menggeleng. Tak setuju dihantar pulang orang tak dikenali, Tak mahulah. Mak dan ayah saya pesan, jangan mudah percaya orang yang kita tak kenal.

Idlan menghambur tawa. Sungguh naif budak perempuan ni. Tangan dihulur untuk bersalam. Niat mahu perkenalkan diri.

Nama saya, Idlan. Siapa pula nama awak

Ika tunduk semula. Segan mahu menyambut

tangan Idlan. Saya, Ika Alia.

Wajah Idlan berkerut, Ika Alia Nama itu pernah dia dengar. Otaknya ligat berfikir.

Ika mengangguk. Kening bertaut. Idlan Satu nama yang sangat sinonim di telinga sebelum ini. Ah, mustahil. Dia menafikan persamaan. Ika menggeleng berulang kali. Tak mahu percaya mainan perasaan sendiri. Tak mungkin dia lelaki itu. Nama Idlan tu tak mustahil orang lain turut memiliki.

Idlan garu kening. Perasaan tak enak cuba dihambat jauh-jauh.

Okey. Sekarang kita dah kenal. Mari saya temankan awak balik rumah. Kereta saya ada kat sana, jari telunjuk Idlan lurus ke arah Nissan Murano berwarna putih yang diparkir depan balai raya.

Ika mengangguk setuju. Gerak hati mengatakan lelaki ini adalah orang baik-baik. Dia rasa, dia kenal lelaki itu. Namun, hati masih ragu-ragu.

Dalam perjalanan, masing-masing membisu. Dalam kepala Idlan dan Ika bermain persoalan serupa. Apabila mendengar nama masing-masing, bibir mereka terkunci.

Ika menoleh sekilas. Memandang Idlan kemas memegang stereng. Sesekali tubuh Ika terhenjut apabila tayar kereta menerjah lubang.

Idlan turut menoleh sesaat dua pada Ika yang baru dikenali. Kadang-kadang mata menyinggah ke arah jari jemari Ika yang bermain-main cincin di jari manis. Hairan dengan tingkah Ika, dia bertanya, Kenapa dari tadi Ika main dengan cincin tu Err.. boleh ya, kalau saya panggil Ika

Ika senyum sebaris. Dia tunduk memerhati jari sendiri. Sebenarnya, saya cuba nak tanggalkan. Tapi, susah. Ketat sangat.

Idlan membalas senyum Ika sambil fokus pada pemanduan semula.

Cantik cincin tu. Kenapa nak tanggalkan Biar ajelah kat situ. Hati mula rasa tak sedap. Terasa diri bersangkut paut dengan cincin di jari Ika.

Encik tak faham, balas Ika mendatar. Dia berasa lain macam.

Tak payah panggil encik. Panggil Abang Idlan.

Segan saya nak panggil macam tu.

Saya yakin, Ika jauh lebih muda dari saya. Tengok muka Ika saya tahu dalam lingkungan usia remaja. Mana ada remaja lagi Saya dah 22 tahun la...

Idlan sengih kecil dan menoleh semula. Ika tertunduk. Pasti Ika malu-malu hendak berbual.

Baru 22 tahun. Saya dah 29. Kenalah panggil Abang Idlan.

Kalau diikutkan umur, sama usia Ika dengan anak perempuan Ayah Wan. Idlan mula mencongak-congak.

Encik Idlan baru pindah sini ke Sebelum ni, saya tak pernah nampak pun Sengaja Ika menyoal begitu sedang dalam hati mula mengesyaki sesuatu.

Panggil saya Abang Idlan. Nak lebih ringkas, panggil abang, Idlan sengaja menukar topik.

Pertanyaan Ika, tak berminat nak dijawab. Tak ada maknanya dia baru berpindah. Dia sebenarnya sedang lari dari masalah.

Tujuan sebenar dia pulang kali ini, malas nak diterangkan kalau ada yang bertanya. Masalah rumahtangga, tak mungkin nak dicerita pada orang. Ibu dan ayahnya juga masih belum diceritakan apaapa. Ini kan pula pada Ika.

Ika mencebik. Nak jual minyak ke lelaki ni Macam nak mengurat pun ada. Orang tanya tak jawab. Sibuk nak suruh panggil dia abang. Mengada-ada betul.

Eh, dah dekat nak sampai. Nanti Encik Idlan berhenti bawah pokok mangga besar tu, ya

Okey, balas Idlan sepatah. Dekat sangat rumahnya. Patutlah Ika jalan kaki pergi balai raya.

Mak Wan terdengar bunyi enjin kereta, terus menjenguk ke luar melalui jendela. Dia nampak Ika turun dari kereta yang tak pernah dilihat. Dengan siapa pula budak ni balik Mana pergi ayahnya Tak balik sekali ke

Ketika Ika memijak tangga pertama, Mak Wan menyoal, Siapa hantar Ika

Ika jongket bahu. Tak tahu nak beritahu Idlan itu siapa.

Eh, budak ni. Kita tanya dengan siapa dia balik, boleh pula dia buat tak tahu. Mak Wan mengekori Ika hingga ke ruang tamu.

Entahlah, mak. Nak kata kenal, Ika tak kenal. Nak kata tak kenal, Ika rasa macam pernah dengar nama dia, macam pernah tengok muka dia, jawab Ika ragu-ragu.

Wajah Mak Wan berkerut. Tak faham jawapan Ika.

Ika cakap betul-betul dengan mak. Ika balik dengan siapa Jangan tumpang kereta orang kalau Ika tak kenal dia. Dah berapa kali mak pesan Kenapa degil Mak cakap dekat ayah nanti, baru tahu, bebel Mak Wan.

Ika pun tak berani tumpang kereta orang kalau Ika tak yakin orang tu baik atau jahat. Tapi, Ika tahu dia baik. Sebab tu Ika berani. Lagipun, dia dah tolong Ika. Tadi kain Ika tersangkut kat pagar berduri dekat rumah Che Jah, dialah yang tolong, Ika menjelaskan. Tak mahu mendengar ibunya terus membebel.

Mulut Mak Wan membulat. Emmm, yalah. Tak ucap terima kasih ke kat orang tu

Ika senyum nipis. Rasa lega apabila ibunya tak berprasangka buruk. Dia kemudian meminta diri masuk ke bilik.

IDLAN nampak tak senang duduk. Sesekali dia menompang dagu. Sesekali pula dahi dipicit-picit. Masih terbayang-bayang wajah Ika di ruang mata. Bukan dia angau. Tapi, sedang menimbang-nimbang kalau benar itu Ika Alia, anak pada Ayah Wan.

Bertuah punya budak. Ada ke patut dia tinggalkan saya kat balai raya Suara Che Long memetir tiba-tiba.

Kurang asam sungguh Idlan.

Idlan memberi tumpuan pada ayahnya. Dahi ditepuk perlahan. Dia terlupa ayahnya mahu pulang bersama. Che Jah yang menonton tv, beralih perhatian pada suaminya yang baru melabuh duduk di kerusi.

Kenapa, bang Soalnya ingin tahu. Entah apa orang tua ini membebel agaknya.

Tanyalah anak lelaki awak tu. Che Long menepuk meja kecil di sebelah.

Idlan tersengih-sengih. Maaflah, ayah. Saya ingatkan ayah dengan Ayah Wan ikut YB pergi makan kat hotel sebab tu saya balik sorang-sorang. Idlan mencipta alasan sedangkan sebenarnya dia terlupa sejurus berkenalan dengan Ika.

Huh... lain kali ayah tak mahu ikut kamu lagi. Tak padan orang muda, tapi nyanyuk, marah Che Long.

Mana ada saya lupa. Kan, saya dah terangkan tadi Idlan masih tak mahu mengaku khilaf sendiri.

Tak perlu buat alasan. Kamu ingat ayah tak tahu apa yang buat kamu lupa

Apa yang ayah tahu Soal Idlan mahu menduga isi hati ayahnya.

Che Long mencebik. Budak perempuan mana naik kereta kamu tadi Jangan tumpangkan anak dara orang sembarangan. Ingat, kamu dah kahwin, Che Long ingatkan Idlan. Budak perempuan tadi, tak pula dia tahu siapa kerana keadaan agak gelap. Dia hanya nampak dari jauh saja.

Niat saya baik. Cuma nak tolong hantar dia balik. Lagipun dah jauh malam. Dia pula jalan sorang-sorang. Bahaya, ayah.. Idlan menjelaskan.

Yelah abang ni. Betul cakap Lan. Apa salahnya kalau dia tolong hantar Che Jah membela Idlan.

Erm, yalah. Che Long kehabisan modal nak membalas. Kalau berlawan dengan Idlan, tentu isterinya akan jadi tukang bela. Dia pula tiada sokongan dari sesiapa.

Che Long angkat punggung. Meminta diri masuk ke bilik. Che Jah dan Idlan masih di ruang tamu. Che Jah sambung menonton, tapi Idlan hanya memberi pandangan kosong ke arah skrin televisyen. Fikiran masih melekat pada Ika.

Apa yang Lan fikirkan Soal Che Jah. Memecah lamunan Idlan serta-merta.

Mak...

Ada perkara ke Lan nak tanya

Idlan garu kening. Dalam hati, ada syak bertandang. Ika Alia dihantar pulang tadi, adakah gadis itu bekas tunangnya

Siapa nama penuh bekas tunang saya dulu

Che Jah laju berpaling, Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba tanya fasal bekas tunang Lan tu

Idlan mengangguk dengan wajah serba salah.

Tak payah kamu nak tahu, Lan. Benda dah berlalu, tempelak Che Jah. Mimpi apa anak lelaki dia ni

Idlan mengeluh. Nampaknya, ibu masih berkecil hati dengan tindakannya sebelum ini. Saya cuma nak tahu nama penuh dia aje. Takkan itu tak boleh Rungut Idlan.

Ika Alia. Kenapa

Idlan melopong. Gadis dihantarnya tadi juga bernama Ika Alia. Memang tak syak lagi. Gadis itu orang yang sama. Kenapa dia tak cam Hesy... macam mana nak perasan kalau dalam kepala hanya ada wajah Irdiana Wajah Ika Alia, langsung tak sudi nak difikirkan.

Rumah dia kat mana Dia menyoal lagi untuk lebih pasti.

Che Jah garu kepala. Tak faham dengan soalan pelik-pelik.

Tadi tanya nama penuh. Sekarang tanya rumah pula. Kamu ni kenapa Hah Gila talak nak merujuk dengan tunang pula ke Seloroh Che Jah sambil tersenyum. Mustahil Idlan tak kenal rumah Ayah Wan Dah rabun ke anak tunggal dia ni.

Idlan tarik muka ketat. Ke situ pula ibunya mengarut. Gila talak nak merujuk dengan tunang Ada saja yang direka ibunya.

Saya cuma nak tahu. Tak salah, kan.

Rumah dia tak jauh dari sini. Kat hujung sana tu aje. Depan rumah dia ada pokok mangga besar, jawab Che Jah secara terang. Kasihan melihat Idlan yang bersungguh ingin tahu. Apa mimpi pun tak tahulah.

Idlan usap dahi. Menyapu peluh dingin. Jadi, itulah bekas tunangnya Aduhai... memang dia tak cam langsung. Maklumlah, dah jadi anak dara. Dulu masa kecil mana dia peduli dengan budak-budak sekampung. Ketika anak-anak jiran sibuk bermain, dia hanya di rumah jadi ulat buku.