CARTA HATI - 9
MEREKA berdua mula beransur pulang apabila waktu sudah hampir senja. Zairis memerhatikan tingkah Syakila yang seperti bergegas mahu ke jalan utama.

Kau nak ke mana soal Zairis ketika keluar dari Taman Botani tersebut.

Cari teksi.

Teksi ada ke senja-senja ni

Jangan nak buat lawaklah

Bila masa aku buat lawak Dahi Zairis sedikit berkerut.

Yalah, kawasan bandar macam ni. Mustahil tak ada teksi.

Bahayalah

Ura-ura nak tumpangkan aku ke apa Terlebih caringlah pula!

Kau pula terlebih over. Tak cakap pun nak tumpangkan kau, perasan tak habis-habis. Huh!

Tiba-tiba

Suasana riuh! Langkah Zairis dan Syakila sertamerta terhenti apabila ada berpuluh orang berdiri betul-betul di hadapan kereta lelaki itu. Tidak ketinggalan beberapa orang wartawan, yang sudah siap dengan kamera masing-masing.

Alamakk! Wajah Zairis berubah warna. Cuak. Ini yang dia risau ni.

Pijak perempuan tu!! arah salah seorang gadis, yang turut tergolong di kalangan orang ramai. Kesemuanya mempamerkan riak wajah yang serius.

Syakila terpinga-pinga. Apahal ni Kenapa boleh jadi macam ni

Zairis menarik lengan baju Syakila. Langkah dipercepatkan. Suasana yang semakin riuh buat dia tidak betah.

Perempuan tak guna! Ada hati nak rampas Zairis dari aku. Nah ambik ni! Dia memukul tubuh Syakila dengan tangannya. Namun, Zairis pantas saja melindungi gadis itu.

Ditolaknya tubuh Syakila agar masuk ke dalam, apabila pintu kereta sudah dibuka. Zairis menuju ke tempat pemandu, biarpun lengannya berkali-kali ditarik dari arah belakang tapi dia meleraikannya dengan sedaya upaya.

Apabila sudah berada di dalam kereta, keretanya terus dipandu laju meninggalkan kawasan itu.

Kau nak bawa aku pergi mana ni Syakila menyoal. Sesekali dia menoleh, ada sebuah kereta yang mengikuti dari belakang. Ini mesti pihak media ni! Cepat saja nak dapat berita sensasi. Tak guna betul!

Hantar kau baliklah!

Habis, pihak media yang ikut dari belakang tu macam mana Habislah aku. Tak ingin aku nak digosipkan dengan kau!

Cuba kau bawa bertenang. Aku dah biasa dengan perkara tu. Nanti diamlah tu.

Kau selebriti, bolehlah cakap. Aku ni, orang biasa.

Kalau satu office tahu, macam mana

Hesy, diamlah. Asyik bercakap aje! Giliran Zairis pula marah. Menganggu dia saja yang sedang memandu.

Cepatlah sikit bawa kereta tu! Lembablah, macam kura-kura. Kura-kura lagi laju!

Kau tak nampak ke tengah jammed ni

Yang kau pergi tarik-tarik aku kenapa Kalau tadi, aku lari dan kau terus masuk kereta takkan jadi macam ni!

Kalau aku buat macam tu, tak sempat kau nak larikan diri dah kena cekup dengan pihak media! Kau nak ke

Alah, dia orang nak cekup kau aje. Aku ni, dia orang tak kisah pun

Dah, boleh tak berhenti bercakap tegur Zairis. Buat serabut kepala aje!

Macam mana aku nak berhenti Ni semua idea gila kau! Heii, aku rasa macam nak ketuk aje kepala kau sekarang ni! Syakila tunjuk wajah garang sambil dekatkan wajah ke arah Zairis.

Diamlah monyet! Dush! Tak pasal-pasal disikunya wajah Syakila.

Berani kau siku aku! Soal Syakila garang. Sakit pula kena siku. Memang sengaja mamat ni!

Tak sengajalah! Janganlah marah.

Nasib baik waktu kecemasan sekarang, kalau takk

Kalau tak apa

Siap kau!

Kedengaran bunyi hon dari belakang. Tidak sedar, lampu hijau sudah menyala beberapa saat.

Cepatlah jalan! arah Syakila. Suara bagaikan halilintar.

Zairis segera menurunkan brek tangan, lalu memandu semula.

Pihak media ada ikut lagi tak Syakila menoleh lagi.

Tak adalah pulak, tiba-tiba lesap.

Hmm, pelik.

Hilang dari radar kut

Punchline kau tak sampailah!

Kau ingat aku buat lawak ke Eh, singgah stesen minyak kejap.

Apahal pulak

Alah

Nak buat apa

Errmm

Nak buat apa Cakap ajelah, tiba-tiba malu ni kenapa

Singgah ajelah!

Cakap dulu!

Hal peribadi.

Ohhh Zairis memandang Syakila sekilas, sambil mengukir senyum nakal.

Kongsi sikit hal peribadi tu

Bongok!

Dah tahu hal peribadi, lagi nak tahu Jaga kau! Kau banyak hutang dengan aku. Nahas kau nanti! Sampai saja di stesen minyak, sempat Syakila merenung wajah Zairis.

Kau tinggalkan aku, memang aku bakar kereta kau ni!

Kalau kau lambat, aku tinggalkan!

Kalau berani, buatlah

Okey, kita tengok nanti.

Syakila terus keluar, menuju ke tandas perempuan. Susahlah kalau keluar dengan orang popular ni! Semua nak kena sembunyi-sembunyi.