CINTA SEJATI SEORANG PLAYBOY - 9
QAIREEN tak menentu. Sekejap menongkat tangan kanannya pada pintu sambil memicit pelipis. Sekejap bersandar tenang. Sekejap tubuhnya dibawa dekat dengan stereng. Pendek kata serba-serbi yang dia buat semua tidak kena.

Reen!

What

Cool, babe. Along aku tak makan oranglah. Sama aje macam orang lain. Amanda ketawa. Geli hati melihat aksi Qaireen. Gelabah macamlah tak pernah jumpa Adwan.

Sebab dia Along kaulah aku risau. Dua tahun dah, babe. Qaireen mengeluh.

Debar di dadanya usah dicerita. Kalau boleh pecah memang dah pecah dada dia ni. Entah mimpi apalah lelaki itu selepas 2 tahun baru muncul dan mencari dia.

Dia dah berubah. Amanda tersenyum. Dia nampak perubahan besar pada abangnya.

Adwan kini lebih bertanggunggjawab. Tidak lagi main-main. Dan perubahan paling ketara yang Amanda nampak abangnya dah tak ada perempuan keliling pinggang macam dulu-dulu.

Playboy. Boleh ke berubah Entah-entah dia nak main-main aje ni. Sama macam dua tahun lepas. Qaireen mengutuk.

Sebenarnya Qaireen masih ragu-ragu untuk kembali berkawan dengan Adwan. Sejarah pergaulan Adwan membuatkan dia takut. Kalau tidak kerana Adwan adalah abang Amanda, dia tak akan setuju untuk berjumpa.

Insya-Allah. Hes single now and ready to mingle. Amanda kenyit mata bila Qaireen menoleh pandang dia.

Itu kata kau, babe. Qairen menggeleng.

Trust me on this, Reen, pergelangan tangan Qaireen yang masih menggenggam stereng, Amanda pegang, cuba memberi keyakinan.

Qaireen menoleh. Hanya senyuman nipis yang mampu dia ukirkan.

ADWAN melangkah tenang turun ke lobi hotel. Tidak lagi mengenakan sut pejabat. Segak bergaya dengan gaya kasual. Nasib hati dia tergerak untuk membawa bersama pakaian ganti. Mesyuarat dengan Amiraz Holding yang sepatutnya habis jam 5:00 petang terbabas hingga jam 6:30 petang. Kalau tidak, manalah sempat nak berpatah balik dari rumah ke sini dengan keadaan jalan raya yang sesak.

Selamat malam, Encik Adwan. Tak balik lagi Tegur penyambut tetamu yang bertugas.

Selamat malam. Saya ada janji temu, Carol. Adwan kenyit mata. Tersenyum.

Siapalah yang bertuah tu Usik Carol.

Pembetulan. Bukan siapa yang bertuah tapi saya yang beruntung, seloroh Adwan sambil tangannya tak berhenti merapi baju dan seluarnya.

Patutlah nampak macam nervous aje, giat Carol.

Adwan hanya tersenyum. Tak menafikan katakata Carol.

Assalammualaikum. Hi, handsome!

Laju Adwan berpaling bila mendengar suara perempuan yang menegurnya. Suara yang amat dia kenali. Tekaan dia tepat. Terbuntang matanya melihat Amanda tersenyum simpul berjalan ke arah dia.

Wa waalaikumussalam tergagap-gagap dia menjawab. Tubuhnya kaku. Mata tak nak percaya dengan apa yang dilihat. Tangan dihulurkan juga bila Amanda sibuk sangat hendak bersalam.

Assalammualaikum. Maaf, lambat. Tunggu cik adik ni bersiap tadi. Qaireen yang berjalan di belakang Amanda melempar senyuman pada Adwan.

Santai sahaja gaya gadis itu mengenakan palazzo hijau, blaus lengan panjang hijau muda dan dipadankan dengan shawl bercorak warna senada.

Adwan memandang Qaireen tanpa kerlipan. Subhanallah, indahnya ciptaan tuhan. Kenapalah dari dulu lagi dia tidak pernah perasan akan kewujudan gadis ini. Stop it! Bukan tak perasan, tapi tak dipandang sebab gadis itu menutup aurat.

Anak orang tu, Along. Amanda menyiku lengan abangnya.

Qaireen menunduk. Malu. Debaran yang sudah reda tadi kembali menerjah dadanya. Renungan Adwan sama seperti dua tahun yang lalu. Tak berubah, tapi dia tak tahu apa maksud renungan Adwan kali ini. Serius atau hanya mahu mempermainkan perasaannya

Hesy, memanglah anak orang. Ingat Along tak reti bezakan ke Adwan kalih pandang pada Amanda.

Sengaja besarkan matanya pada si adik.

Dia sedar renungannya pada Qaireen tadi agak keterlaluan. Tipulah kalau kata hatinya tak rasa apa-apa. Menyesalnya tak manfaatkan peluang yang pernah diperoleh dulu. Kalau tidak mungkin dia dan Qaireen sekarang sedang menyulam bahagia bersamasama zuriat dipandang sebab gadis itu menutup aurat.

Kita nak berdiri dekat sini aje ke Qaireen memandang dua beradik di depannya.

Adwan berdehem. Anganannya tadi terbang melayang. Sempat menjeling si adik yang sudah ketawa-ketawa.

Errr kita masuk Ocean Caf, dia menuding jari ke sebelah kanan.

Qaireen angguk. Langkah diatur menuju ke tempat yang ditunjuk. Tak sabar nak melabuhkan punggung. Nak tenangkan dada yang masih lagi terasa debarannya.

Adwan dan Amanda berjalan seiring. Jauh sedikit ke belakang dari Qaireen.

Kenapa ikut Adwan berbisik keras. Tak mahu Qaireen dengar pertanyaannya.

She is my bestfriend, Along. Dia ajak, orang ikut aje. Amanda kenyit mata. Senyum walau dia tahu hati abangnya tak senang dengan kehadiran dia di sini.

Youre spoilling my day, little sister, bisik Adwan lagi sambil memerhati Qaireen di depan.

Macam manalah dia nak luahkan isi hati kalau Amanda ada dengan mereka Malulah dia kalau terpaksa juga meneruskan misi hatinya. Sudahlah peluang bukan datang berkali-kali. Yang dulu tu dah rugi. Takkanlah sekarang pun nak lepaskan juga. Hesy, tak boleh jadi ni! Kena cari idea ni suruh Amanda tinggalkan dia dan Qaireen berdua sahaja.

Mana boleh tinggalkan kawan baik sendirian dating dengan Playboy Malaya, gurau Amanda. Lengan Adwan disauk. Jemarinya melurut lembut lengan kekar si abang.

Adwan menumbuk manja bahu Amanda. Suka hati si adik aje nak mengenakan dia. Tak sedar agaknya buah hati si adik tu pun perangai serupa dia.

Pandai mengata orang. Ingat sikit pakwe awak tu pun playboy juga, dia mencebik.

Eh! Dia dah lama tinggalkan kerjaya yang tak menguntungkan itulah, balas Amanda tidak mahu mengalah dengan riak muka berlagak.

Yalah tu. Adwan leraikan pautan Amanda sebelum sempat si adik membalas ejekannya.

Dia mengejar Qaireen. Cuba menyaingi langkah si gadis.

EKOR mata Qaireen menangkap susuk Adwan berjalan di sisinya. Dia tersenyum. Sungguh dia memang tidak pernah mengimpikan untuk berjalan seiring lagi dengan lelaki hebat seperti Zulfan Adwan Dato Zayd. Lelaki yang semakin bergaya dan penuh karisma. Macam bermimpi pula.

Nak tanya sikit boleh tak Qaireen menoleh pandang Adwan.

Banyak pun saya tak kisah. Adwan membalas. Turut memandang Qaireen.

Malam-malam pun kena pakai macam ni ke Mata Qaireen jatuh pada susuk tubuh Adwan. Melirik dari atas ke bawah. Senyuman tak lekang dari bibirnya.

Adwan yang tidak menyangka Qaireen akan bertanyakan soalan macam tu, terus sahaja memandang tubuh sendiri. Mencari apa yang tidak kena dengan pakaian yang tersarung pada badannya. Salah ke Dia bertanya semula.

Nampak sangat Playboy Malaya! Qaireen mengusik.

Huh Langkah Adwan mati. Jemari naik memicit pelipis.

Aduh! Nak suruh dia pakai gaya macam mana pula kalau dia dah terbiasa bergaya macam ni. Dia memang tak reti nak selekeh. Dia memang sangat menjaga penampilan diri.

Qaireen ketawa. Lucu pula melihat Adwan terpinga-pinga macam tu. Matanya mencari Amanda. Manalah tahu temannya itu nak tumpang sekaki mengusik Adwan. Rupa-rupanya si teman sibuk dengan telefon bimbit. Berbalas mesej dengan buah hatilah tu.

Langkah mereka bersambung kembali.

Sini. Adwan menunjukkan meja yang sudah ditempahnya sebaik sahaja mereka masuk ke dalam Ocean Caf. Kedudukan meja itu agak terlindung daripada pandangan orang ramai. Sengaja dia pilih di sini. Tak ada gangguan.

Qaireen menurut. Lengan si teman yang masih leka dengan telefon bimbit ditarik sama. Dia mengambil tempat pada kerusi yang ditarik Adwan bila Adwan memberi isyarat menyuruh dia duduk di situ.

Dah tersedia semuanya Im impressed. Tapi kenapa dua set aje Matanya mengitari sekeliling meja.

Mana saya tahu ada orang lain nak menyibuk sama. Adwan membalas sambil melabuh duduk bertentangan dengan Qaireen. Matanya dijegilkan pada Amanda sebagai tanda kata-kata itu ditujukan kepada si adik.

Amanda mengajuk kata-kata yang dilemparkan Adwan tanpa suara.

Janganlah marah. Saya yang ajak dia. Lagipun Amanda pun belum makan malam lagi. Qaireen membela Amanda. Tidak senang bila Adwan asyik mahu menyalahkan temannya itu.

Dia yang beria-ia mengajak Amanda menemani dia walau seribu kali Amanda menolak. Siap dia ugut Amanda yang dia nak berhenti kerja dekat Lovely Bakery kalau si teman enggan menurut.

Betul cakap Reen tu. Orang memang lapar gila ni. Amanda tersengih. Tiada tanda nak rasa bersalah bila dia ada di antara Adwan dan Qaireen.

Macamlah dekat Lovely Bakery tak ada makanan, geram betul Adwan dengan Amanda.

Bukannya Amanda tak boleh nak menolak ajakan Qaireen kalau memang betullah Qaireen yang mengajak. Itu pun nak kena ajar ke Atau Amanda memang tak boleh nak tengok dia senang. Kacau daun betul!

Chef Lovely Bakery tak sama dengan chef dekat sini. Along order yang lain, eh. Ini orang punya. Amanda tertawa kecil. Laju saja tangan dia mencapai Seafood Pasta di depan Adwan. Tak hairan dengan riak tegang pada wajah Adwan.

Qaireen menggumam perkataan maaf bila matanya bertembung dengan mata Adwan.

Adwan balas dengan senyuman kelat. Dah tak boleh nak buat apa dengan aksi Amanda. Adik dia juga. Nak tak nak dia terpaksa memesan makanan lain.

Sepanjang setengah jam menikmati makan malam, mereka hanya berbual berkisar hal kerja masingmasing. Tiada langsung menyentuh hal peribadi.

Adwan dah tayang muka bosan bila Qaireen lebih banyak berbual dengan Amanda berbanding dia. Bukannya mereka berlainan tempat kerja. Hari-hari berjumpa pun masih tak puas-puas lagi ke berbualnya

Bengang melihatkan situasi itu, idea spontan datang. Kaki Amanda ditendang hingga membuatkan mata si adik terbuntang. Dia beri isyarat.

Reen, aku pergi ladies sekejap. Dan-dan Amanda minta diri. Kalau tak buat macam tu, takut tulang keting dia pula menjadi sasaran tendangan abangnya.

Qaireen yang tak perasan apa-apa hanya mengangguk.

Adwan tersenyum simpul. Siap angkat ibu jari tangan kanan pada Amanda. Amanda memang adik yang mendengar kata. Sebelum sambung berbual dengan Qaireen dia menitipkan pesanan ringkas buat si adik. Berharap sangat Amanda setuju dengan cadangannya.

Susahlah nak berbual macam ni, muka Adwan serius memandang Qaireen.

Apa yang susahnya Berkerut dahi Qaireen.

Tak ada privasi.

Laaa Amanda aje pun.

Memang dia adik saya tapi saya tetap tak selesa.

Saya takut, akhirnya Qaireen membuat pengakuan. Tak mahu berteka-teki lagi kenapa dia mengajak Amanda menemaninya.

Nak takut apanya. Bukan awak tak kenal siapa saya bingkas Adwan. Teruk sangatkah dia sampai buat Qaireen berperasaan begitu.

Sebab kenal siapa awaklah yang buat saya takut. Qaireen gigit bibir. Takut-takut membalas renungan Adwan.

Maksud awak Adwan angkat kedua-dua keningnya.

Manalah tahu elok-elok kita tengah makan, ada pula perempuan datang menyerang. Maklumlah awakkan Playboy Malaya. Sekurang-kurangnya dengan adanya Amanda, saya berani sikit. Qaireen tersengih.

Dua kali. Another one, Im dead. Adwan menggeleng.

Dua kali Tak faham polos Qaireen menyoal semula.

Pasal baju yang saya pakai dan perempuan.

Qaireen terdiam. Cuba mencerna kata-kata Adwan. Akhirnya terletus tawa dari mulutnya. Adwan terasa bila dia menggelarkan lelaki itu Playboy Malaya.

Qaireen, Im single now.

So Qaireen pura-pura tak faham.

Itu maksudnya playboy pencen ni nakkan kau, sampuk Amanda yang muncul semula di depan Qaireen dan Adwan. Dia terus melabuh duduk.

Adwan menghadiahkan jelingan maut pada Amanda. Takkanlah Amanda tak faham apa yang dia mesej tadi.

Qaireen dah tersipu-sipu. Malu bila Amanda terangkan duduk perkara. Rasa macam nak duduk bawah meja. Menyorok dari Adwan.

Reen, aku ingat nak baliklah. Amanda pegang tangan teman baiknya. Mata melirik pada Adwan yang sudah tersenyum lebar.

Kenapa pula

Aku aku Amanda tidak tahu nak beri alasan apa. Dia mana pandai berbohong.

Papa dah WhatsApp tadi, kan adik Adwan membantu.

Aah. Papa aku suruh balik awal. Ada hal sikit dekat rumah. Amanda berdiri semula. Clutch dan telefon bimbitnya dicapai sekali.

Qaireen turut sama berdiri.

Eh! Awak nak pergi mana Cuak muka Adwan bila melihat Qaireen turut berdiri. Habis punahlah rancangan dia nak mengenali Qaireen dengan lebih dekat lagi.

Amanda datang dengan saya tadi. Saya kenalah hantar dia balik, beritahu Qaireen.

Tak payah! Serentak Adwan dan Amanda menjawab.

Huh Qaireen pandang muka kedua-duanya.

Bersilih ganti.

Driver Papa dah sampai. Aku balik dulu. Malam masih muda ni. Kau sambunglah berbual dengan Along. Bye. Amanda cepat-cepat berlalu dari situ. Tak boleh tahan nak gelak melihat reaksi abangnya. Playboy Malaya yang sudah hilang sengat. Cuak habis bila Qaireen nak ikut balik sama.

Perlahan-lahan Qaireen melabuhkan punggungnya semula. Muka ditundukkan. Tangan bermain-main dengan garfu dan sudu di pinggan.

Tak suka berbual dengan saya ke Risau pula Adwan melihat tingkah Qaireen.

Qaireen pandang wajah Adwan. Kedua-dua kening terangkat. Tak faham.

Im sorry. Adwan tersenyum. Ralit memandang wajah putih bersih di depannya.

Sorry for what Muka Qaireen berkerut.

Merah dan renda. Adwan kulum senyum.

Eee, cut the crap. Benda tu memang derhaka dengan tuan, bingkas Qaireen.

Dia kalih pandang. Tak sanggup rasanya nak merenung wajah kacak di depannya. Peristiwa dua tahun lepas mula bermain-main di minda.

Awak tak berubah. Sama macam dulu. Memang padan dengan seluar kecik tu, usik Adwan lagi.

Adwan! Spontan Qaireen membaling tisu yang bergumpal di atas meja ke muka Adwan.

Adwan ketawa mengekek. Sedikit pun dia tidak mengelak tika tisu itu terkena mukanya. Bermakna Qaireen dah selesa untuk berbual dengan dia.