Roti tisu...
Hani angkat muka. Tersengih dia pada si mamak yang senyum padanya sambil meletakkan roti tisu yang dipesannya. Hakikatnya, dia tersengih sebab kecut tengok pandangan Ryan pada hidangan yang baru muncul.
Ni ke KFC kau Tanya Ryan bila pelayan tadi mula pergi.
Berani kau tipu aku, kan Keras suara Ryan menampar telinga Hani buat sekian kalinya.
Kalau saya tak tipu awak, nak ke awak ikut saya ke sini Entah-entah baru nak sebut kedai mamak, awak dah peluk almari tak nak bawa saya keluar. Jawab Hani juga akhirnya.
Menyesal! Menyesal aku bagi kau pandu kereta tadi! Merah muka Ryan.
Hani mencebik seronok. Padan muka, siapa suruh kau bagi aku bawa kereta kau. Sebelum pergi tadi, beria-ria dia mohon nak jadi pemandu Ryan. Alasannya, dah lama tak bawa kereta padahal dia nak melencong ke arah lain. Apa barang makan KFC pagi-pagi Roti tisu lagi sedap, enak dan lazat!
Rileks la dude! Cuba awak makan roti tisu ni, sedap gila. Sekali awak rasa, beribu kali awak rasa nak terbang.
Ryan rasa badannya hampir menggeletar. Nak promote pun tak perlu lah hiperbola sampai macam tu. Minah ni duta roti tisu ni agaknya. Dia nak makan dekat tempat macam ni Memang tak lah!
Tak payah nak hasut aku. Kau nak suruh aku makan benda-benda macam ni Ryan menguis roti tisu dengan hujung jarinya dengan muka tak lalu.
Hani sekadar memerhati.
Apa benda nama dia tadi Tisu Kau nak suruh aku makan tisu ni Aku belum cukup miskin nak makan tisu.
Geram pula Hani dengan suara sombong Ryan. Huh! Berlagak! Aku sumbatkan roti tisu ni dalam tekak kau baru tahu! Biar tercekik sampai terpaksa berkampung dekat hospital.
Amboi, berlagaknya! Awak tahu tak, tak baik mencaci makanan. Tak kan pengetahuan am macam tu pun tak tahu Hello, andai kata suatu hari awak hampir mati kelaparan dan depan awak hanya ada roti tisu ni, awak rasa awak makan ke tak Sanggup ke mati daripada makan benda ni Hani mula emosional.
Kau tengah bagi syarahan dekat aku ke Yang kau nak emo sangat ni kenapa Patutnya aku yang marah. Dah la penipu, ada hati nak syarahkan orang lain. Caci makanan tu tak baik, habis menipu tu baik sangat ke
Nah ambil kau Hani, sebiji kau kena. Kau dengan dia, dua kali lima juga.
Ryan ketap bibir. Dia pandang Hani dan roti tisu bersilih ganti sebelum tangannya laju mencubit sedikit roti tisu itu.
Tak payah banyak cakap! Telan benda ni puas-puas. Telan..telan..telan! Ditujah-tujahnya ke dalam mulut Hani hingga terdongak kepala gadis itu ke belakang.
Hei! galak tangan Hani menepis!
Ryan menjeling sebelum meletakkan kembali cubitan roti itu ke dalam pinggan. Masam mukanya saat ni.
Kenapa awak ni suka tujah-tujah mulut saya hah Ni masuk kali kedua tahu! Awak ingat mulut saya ni diperbuat dari bahan recycle Tangan awak tu memang jahat. Sama macam tuan dia!
Sebab mulut kau tu suka bising! Bising... Bising... bising!
Macam la mulut awak tu tak bising Asyik ketawa macam pontianak nak beranak. Terkinjakinja atas katil macam budak tadika lima tahun.
Lagi teruk!
Kau!!! Ryan mula bengang. Ada je minah ni nak lawan.
Apa Hani balas berani.
Kau makan cepat makanan kau tu sebelum aku hilang sabar.
Kisah pula saya... ejek Hani.
Berdenyut kepala Ryan dibuatnya. Rasa seperti urat kepalanya menegang. Semua darah seakan berlumba-lumba memenuhi ruang kepalanya.
Migrain!
SEKEJAP Hani menjeling, sekejap Hani mencebik. Tahap meluatnya tak tahu sampai tahap ke berapa. Tengok gaya Ryan makan, memang menyakitkan hati. Begitu berselera lelaki itu makan, tapi gaya makan macam siput!
Jadi ni lah kedai yang sesuai untuk Ryan bersarapan Nak sarapan pun, nak makan dekat restoran. Kalau aku, dah lama sambar nasi lemak tepi jalan!
Rasanya awak ni elok campak je masuk kampung pendalaman. Dekat sana baru awak boleh belajar erti hidup yang sebenar. Tak nak makan dekat kedai mamak konon! Macam lah kotor! Habis makanan dekat sini bersih sangat lah Dah lah mahal! Membazir! Bebel Hani tak puas hati.
Memang lah tak puas hati! Dia pun nak order makanan juga, tapi Ryan halang. Siap lelaki tu kata jangan jadi buruk lantak sangat. Dah makan dekat kedai mamak, jangan berangan nak makan dekat situ lagi. Akhirnya, tercongok lah dia tengok Ryan menikmati hidangan.
Sakit hati kita!
Awak makan cepat sikit boleh tak. Terkedekkedek! Penat la nak tunggu! Kali ni Hani merungut.
Tapi, Ryan tetap dengan muka tak beriak. Tadi kau suruh aku tunggu kau habiskan roti tisu yang panjang tu, sekarang giliran kau pula hadap cara aku menikmati hidangan. Aku ni anak orang kaya, jadi tak ada masa aku nak masuk dalam hutan. Nak campak aku dalam kampung pendalaman konon! Perempuan ni bukan apa, dia dengki dengan hidup aku ni!
Makan pun nak kena jaga tertib. Tak penat ke hah Letak napkin dekat paha. Awak tak rasa
semua tu menyusahkan ke Prang!!!
Ryan angkat muka sejurus saja menghempas kuat sudu ke dalam pinggannya. Berdenting bunyi.
Mulut kau ni memang dilahirkan dah bising macam ni ke Kau jaga sikit mulut wisel kau tu boleh tak Bagi aku makan dengan tenang! Cara aku makan, kau tak payah nak bahas! Mahal ke murah ke, aku yang bayar bukan guna duit kau! Ryan naik angin.
Namun hanya seketika sebelum dia kembali menyentuh sudu yang dihempasnya tadi. Hani yang hampir rasa takut, julingkan mata ke atas. Memang lah takut bila lelaki tu selamba badak main hempas-hempas. Tapi, dengar suara berlagak tu, buat ketakutannya menghilang.
Eleh, tadi dekat kedai mamak tadi, boleh pula awak bising. Bukan setakat bising, malah tujahtujah mulut saya. Sekarang nak naik angin pula. Banyak cantik!
Ryan tahan rasa. Kenapa la perempuan ni ada saja jawapan untuk menjawab. Sabar je la! Melihat Ryan tak bersuara, Hani mendiamkan diri. Lelaki ni memang sabarnya ada, tapi jangan dicabar rasa sabar tu kalau tak nak Topeng Raksasa dia keluar. Agaknya kalau Topeng Raksasa tu keluar, lingkup tak segala perabot dalam restoran ni
Zara...
Hani terpanar. Laju kepalanya berpusing ke arah tepi.
Zara nak pergi mana tu Sini datang dekat ibu.
Dahi Hani berkerut sambil melihat seorang pelanggan yang cuba menggamit anaknya. Senyuman lincah budak kecil berpakaian dress merah itu buat hati Hani teringatkan sesuatu. Kepalanya terasa berpusing tiba-tiba. Tepi kepala pantas dicengkam.
Zara... Zara... Zara...
Hoi! Kau dah kenapa
Hani tersedar bila suara milik Ryan menyampuk. Nama Zara hilang dari ulas bibirnya. Rasa pening tadi menghilang tiba-tiba.
Kau kenapa Tak sihat ke Siapa Zara tanya Ryan sedikit aneh. Pelik tengok Hani yang tibatiba mengecilkan mata dengan mulut menyeru pemilik bernama Zara.
Tak da apa-apa. Saya sihat la. Tu hah, budak tu nama dia Zara. Tu yang saya sebut Zara... Zara... Zara.
Ye ke Tapi, aku tak rasa macam tu. Kau jangan nak tipu aku. Aku tengok kau lain bila dengar nama tu. Siapa Zara
Mana ada sesiapa!
Kau rasa aku percaya
Hani mengeluh. Lelaki ni degil betul la. Bukannya dia tak nak beritahu siapa Zara, tapi tak ada kepentingan pun lelaki tu untuk tahu.
Fine! Zara tu seseorang yang saya kenal. Saya cuma teringat sesuatu bila terdengar nama dia. Tak ada apa-apa la. mengaku juga Hani akhirnya.
See, dah agak mesti ada sesuatu dengan nama tu. So, who is she
Awak ni banyak tanyalah. Tadi bising sangat kata ganggu awak makanlah. Tak penting pun awak nak tahu siapa dia. Awak cepat la habiskan makan tu. Nanti-nanti la kita cakap pasal Zara tu. gesa Hani malas.
Dia tak ada mood nak bercerita lebih-lebih lagi bila fikirkan mulut jahat Ryan tu. Huh! Bikin perut wa lapar!
Ryan ingin membantah, tapi bila tengok wajah Hani seakan tak berminat nak bercerita, dia rasa geram. Cerita aku dia nak tahu, cerita dia simpan seorang diri. Adil sangat la tu!
Tak payah cerita la. Nanti penuh memori kepala aku je dengan cerita kau tu. Lagipun siapa Zara tu, bukan penting. Sekarang satu je aku minta, tolonglah diam sampai aku habis makan. Mulut wisel kau tu buat telinga aku kebas!
Hanya sabar saja yang mampu Hani bisikkan pada dirinya sendiri. Suka hati panggil aku mulut wisel. Hei Ryan, kau memang berlagak dari kecil erk