MY SWEET ARISSA - 9
JANGAN lupa petang ni. Hakimi mengingatkan Arissa dengan janji temu mereka.

Ya-ya, jawab Arissa seperti orang bosan sambil menuang air kopi ke dalam cawan Hakimi.

Awak boleh memandu kan sengaja Hakimi mengusik Arissa dengan berwajah serius.

Err... boleh. Encik nak suruh saya pandu apa

Kapal terbang Boleh soal Hakimi masih memandang Arissa namun tiada senyum di bibirnya. Badrul ketawa sedikit kuat.

Eee... kenapa dengan dia ni Datang bulan ke Nak marah-marah je. Menyampah sungguhlah dengan orang yang suka tarik muka pagi-pagi ni . Hilang semua rezeki, habis semua keberkatan awal pagi.

Harrier saya tulah! tekan Hakimi akhirnya lalu menyudu nasi goreng masuk ke mulutnya.

Yang Encik nak marah ni kenapa Datang bulan soal Arissa lalu melangkah meninggalkan keduanya di ruang makan menuju ke dapur.

Uiks, garangnya si Arissa ni! tegur Badrul kemudian ketawa. Rasa lucu pula melihat Bosnya dan Arissa bergaduh.

Hakimi tidak membalas. Dia terus menyambung makannya kembali. Entah mengapa hari itu terasa segalanya tidak sedap. Dia memandang dapur yang terletak hanya beberapa langkah dari tempat dia duduk. Kemudian beralih kepada Badrul yang sedang duduk di sebelahnya.

Siapa masak ni soalnya.

Mak Ciklah. Kenapa Bos tegak mata Badrul memandang Hakimi.

Err... tak ada apa-apa.

Tak sedap eh Badrul ketawa mengusik.

Cepat-cepat Hakimi meletak jari telunjuk di bibirnya.

Kenapa tak pedas

Karang pedas berapi, Bos bising. Badrul terus menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya dengan selamba berkata sebentar tadi.

Hakimi menjeling. Kemudian menoleh ke arah dapur yang agak sepi.

Kenapa Bos Badrul kembali memandang Hakimi.

Entahlah.

Nasi yang berlauk sedikit dipandangnya. Sudu diletaknya semula. Kopi berasap nipis dihirup sedikit. Namun masih rasa itu tidak dapat melegakan hatinya. Sepanjang malam dia tidak dapat melelapkan mata asyik memikirkan dirinya dan Arissa.

Betulkah apa yang dilakukan Hatinya kembali berbolak balik dengan rancangannya sendiri. Semakin dekat hari pernikahannya semakin tidak menentu hatinya. Arissa dilihat begitu tenang sahaja. Tenang pada wajah saja tetapi hati gadis itu dia tidak pasti.

Namun ada rasa lega bila ada yang menjaga makan, minum dan pakainya. Tidaklah penat dia terpaksa menggosok baju sendiri. Membasuh, masih dia yang melakukannya sendiri. Begitu pun dia tidak membenarkan Arissa naik ke biliknya ketika dia berada di rumah. Bimbang tingkahnya tidak dapat dikawal. Sebelum terlanjur lebih baik beringat. Apa yang dilakukan ini pun sudah salah dan berdosa tinggal serumah sebelum bernikah.

Kalaulah Uminya tahu. Kalaulah Walidnya tahu. Mati dia dibebel setahun.

Betul ke apa yang saya buat ni, Bad soalnya tanpa memandang lelaki yang sedang memandu di sebelahnya. Tangan kiri sudah menongkat kepalanya.

Saya tak pasti Bos. Bos yang buat rancangan dan keputusan kan

Dia sendiri tidak pasti. Hendak beri pendapat, dia hanyalah pemandu sahaja. Rasanya memang tak layak. Yang dia tahu, Arissa terpaksa menjadi kambing hitam Hakimi untuk mengaburi mata orang tuanya.

Memang tidak patut Hakimi memperlaku Arissa begitu. Kalau benar hendak menolong gadis itu biarlah tidak mengharapkan balasan. Ahh... dia pun pening dengan masalah Bosnya! Suka hatilah Bos... nama pun Bos. Boss always right! Hatinya mengomel sendiri.

Betul juga, kata Hakimi sendiri. Kenapalah yang bodoh sangat pergi bertanya kepada orang lain.

Bos tak jemput orang-orang kat office ke Badrul memandang Hakimi sekilas sebagai ingin tahu.

Tak, ini kira-kiranya pernikahan rahsia saya. Hmm... Rahsialah sangat, dengusnya sendiri.

Memang ia akan dirahsiakan. Harap-harap tiada siapa di pejabatnya tahu akan perkara itu. Pening betul memikirkan beban yang diciptanya sendiri. Bukan sikit-sikit punya beban yang direka tetapi ia melibatkan kehidupan seorang gadis. Dia sedang memperjudikan hidup Arissa. Kembali rasa bersalahnya terhadap Arissa.

Sampai bila nak rahsia, Bos. Lambat laun tentu orang tahu kan

Hakimi memandang Badrul dengan rasa amat bengang.

Kalau kau tak bagi tau, tak adalah orang tau! balas Hakimi keras. Hisy, Badrul ni pun satu. Dahlah kepala aku tengah pening dengan macam-macam masalah lepas tu sengaja nak bagi aku fikir bendabenda macam tu, dengusnya.

Badrul sengih. Tahu, Bosnya sedang marah.

Petang ni nak buat fitting baju nikah. Hakimi mengingatkan Badrul.

Arissa tak pergi soal Badrul ingin tahu.

Dia pergi sendiri. Tunggu saya kat butik, jelas Hakimi.

Dia yang akan memilih baju untuk Arissa. Aduh, muat ke tidak baju-baju di butik untuk si Arissa. Sudah la tubuh bakal isteri kecil molek. Mungkin Arissa bersaiz kanak-kanak lagi. Tak akan membesar kecuali kalau mengandung. Alahai, ke situ pula fikirannya. Hakimi tersenyum sendiri.

Ahh... apa-apa jelah, yang penting masalahnya dengan Umi dan Wafa selesai. Lain-lain perkara tidak penting. Arissa diupah sebagai untuk menolak Wafa, itu sahaja. Tak lebih dan tak kurang.

Bos telefon bunyi tu, tegur Badrul.

Err... banyak sangat yang difikir sehingga telefon sendiri berbunyi pun dia tak sedar walaupun telefon bimbit itu berada dalam genggamannya. Terkejut dia melihat nama Naim tertera di senarai panggilan tidak berjawab.

Lelaki ni nak apa Hatinya berbisik cemas. Dibiarkan telefon bimbitnya terus berbunyi.

Bos Badrul memandang Hakimi sejenak apabila telefon bimbit lelaki itu tidak dijawabnya.

Orang gila! keras intonasi Hakimi tanpa memandang Badrul.

Badrul senyap tidak bersuara bila Hakimi berkata begitu dengan nada agak keras. Dia terus memandu menuju ke Hotel Sweet Arena.

Tmasa hari nikah tu kan balas Hakimi AK semestinya kena pakai baju putih

memandang Arissa yang masih membelek baju nikah yang bergantungan di butik itu.

Ya, tapi ia nampak lebih meaningful, balas Arissa tanpa memandang Hakimi. Lelaki memang jenis suka main tangkap muat. Asal ada, getusnya. Eee... menyampahnya!

Saya suka hijau. Islamic sikit. Hakimi beralih ke bahagian baju Melayu pula.

Putih lagi nampak berseri, sampuk tauke butik.

Kan... balas Arissa sambil menjeling Hakimi yang memandangnya. Arissa sudah mengambil salah satu daripada baju-baju yang bergantungan. Saya nak cuba yang ni. Hakimi berpaling.

Tak besar sangat ke

Saya tahulah saya kecil, tapi takkan butik ni tak boleh nak buat fitting! keras suara Arissa dengan jelingan tajamnya.

Boleh sangat-sangat. Baju ni baru siap seminggu yang lepas, belum ada sesiapa yang pakai lagi, jelas Pak Andam berkaca mata yang berbingkai hitam.

Saya nak yang ni! pantas Arissa menyuarakan keinginannya.

Yang hijau ni Hakimi mengangkat sehelai baju nikah yang dipenuhi labuci.

Untuk Encik sesuailah, balas Arissa sedikit bengang.

Pak Andam tadi sudah ketawa.

Saya cuba. Arissa berlalu menuju ke bilik persalinan yang terletak tidak jauh dari mereka.

Hakimi mencebik. Disangkut baju nikah perempuan tadi dan terus membelek lagi mencari warna hijau. Hiasan baju warna lain agak berat dan sarat. Dia mahu Arissa memakai baju yang agak simple memandangkan majlis mereka dihadiri tetamu yang tidak sampai 20 orang termasuk tuan kadi dan dua saksi.

Tak ada baju warna hijau ke tanya Hakimi sudah separuh bersungut.

Semua baju nikah kat situ, kata Pak Andam sambil memegang baju Melayu hijau pilihan Hakimi. Ramai yang suka putih untuk akad nikah. Kan putih tu bersih. Hari pernikahan adalah sesuatu yang suci dan murni. Penuh dengan kesyahduan antara dua hati. Sungguh-sungguh si Pak Andam meluahkan apa yang difikirkan.

Banyaklah syahdu kau! kutuk Hakimi sendiri. Tangannya terus menyelak baju-baju nikah perempuan namun tiada yang berkenan di hatinya.

Macam mana Okey tak tanya Arissa sebaik keluar dari fitting room.

Hakimi menoleh. Turun naik matanya memandang Arissa di hadapannya. Gadis itu nampak cantik dalam baju kurung moden berwarna putih. Nampak lebih menyerlah walaupun baju yang dipakainya agak labuh tetapi itu tidak mencatatkan seri si pemakai.

Cantik, cuma saya kena ketatkan bahagian pinggang dan pendekkan sikit bahagian kaki. Kain dia macam mana soal Pak Andam yang menghampiri Arissa.

Haa... jangan pegang-pegang bakal isteri saya! Hakimi memberi amaran tanpa sedar.

Terkejut lelaki itu kemudian tersenyum.

Jangan risau Encik. Lembut tutur dan sabar Pak Andam itu melayani kerenah dan kata-kata Hakimi.

Kain dia memang tersangat longgar, tapi saya boleh lipat sikit atau pinkan nanti, jelas Arissa yang tidak mahu terlalu cerewet. Segalanya boleh dibetulkan mengikut kesesuaian.

Pak Andam itu mengangguk kemudian memandang Hakimi pula.

Encik macam mana Masih nak berbaju hijau untuk hari pernikahan Encik. Atau pilih baju sedondon bakal isteri Encik Sengih lelaki itu memandang Hakimi.

Rasa terpukul pula dengan soalan perli Pak Andam yang begitu sabar melayani cerewetnya. Dia beralih ke bahagian baju lelaki untuk mencari baju sedondon Arissa.

Saya nak baju Melayu yang terkini dan belum dipakai oleh sesiapa, tegas Hakimi.

Pak Andam tadi tersenyum lalu menyangkut kembali baju Melayu berwarna hijau dan mengambil sepasang baju Melayu putih yang lengkap bersamping berwarna merah jambu berlantar biru bersulam emas.

Saya ambil yang ni, kata Hakimi pantas. Baju itu benar-benar memikat hatinya sebaik Pak Andam tadi menunjukkan padanya.

Selesai melakukan fitting, kedua mereka beredar dari situ. Kali ini Hakimi yang memandu kenderaan pacuan empat roda yang dibawa oleh Arissa ke situ. Badrul sudah pun pulang ke rumah untuk mengambil Mak Cik Ruhaya dan menghantar wanita itu pulang ke rumah.

Nanti saya nak awak pakai inai. Hakimi terus memandu tanpa memandang Arissa.

Pula dah! Hisy... Arissa berdengus kasar. Nak cakap tak nak, kena marah pula nanti. Senyap je lah. Lagipun semua perbelanjaan ditanggung oleh Hakimi.

Saya nak kasut boleh tanya Arissa memandang Hakimi yang tidak memandangnya di sebelah. Seriusnya, gumamnya sendiri.

Kita nikah dalam rumah, bukan kat luar, balas Hakimi.

Dalam rumah pun, nanti kena keluar juga kan Takkan saya nak pakai selipar jepun, nanti Encik juga yang malu! balas Arissa bengang. Pandangannya diarah ke kiri. Herot-herot mulutnya menyata rasa geram.

Hakimi senyum memandang Arissa yang sedang memandang keluar.

Yalah, yalah, balasnya.

Kalau menjawab, nombor satu! Dia menggeleng beberapa kali.