MY DARLING ANGEL - 9
BAMMMM! Pranggg! Seraya dengan itu bunyi dulang terlepas dan terjatuh dari pegangan dan segalanya berkecai berselerakan di atas lantai.

Aduh! keluh Elzaara yang jatuh terduduk bagaikan nangka busuk jatuh ke tanah.

Oh my!

Lisa yang sedang makan terus saja kelam kabut bangun dan mendekati Elzaara untuk membantunya bangun. Manakala lelaki tersebut sedang sibuk memeriksa baju dan seluarnya yang sudah basah gara-gara kemalangan kecil sebentar tadi. Tangannya laju mengibas-ngibas baju t-shirtnya yang sudah bertompokan air kopi. Mujur jugalah air kopi yang ditatang tadi tidak panas.

Encik... Saya minta maaf. Saya tak sengaja, saya tak nampak tadi. Maafkan saya, pinta Elzaara.

Elzaara sudah serba salah apabila lelaki itu terus mengibas-ngibaskan seluarnya tanpa menghiraukan permohonan maafnya. Elzaara sudah agak gelabah apabila tompokan besar air kopi sudah menghiasi t-shirt putih lelaki itu. Rasa bersalah dihatinya kian memuncak.

Tak apa Miss. I am okay. No problem. Salah saya juga tak nampak Miss nak lalu tadi, balas lelaki itu segera dan mengangkat wajahnya yang sedari tadi dilindungkan.

Alangkah terkejutnya Elzaara melihat wajah lelaki yang berada dihadapannya. Dia amat mengenali lelaki ini kerana lelaki inilah yang menjumpai Haziq di taman permainan tempoh hari. Walaupun mereka tidak bertegur sapa waktu itu, tetapi wajah dan namanya masih utuh di fikiran dan masih diingati oleh Elzaara. Elzaara terus terpaku dan matanya tidak lepas dari menilik wajah Inggeris lelaki di hadapannya kini.

Err... If I am not mistaken, you are Mr. William, right You are the one who found my son at the playground. Elzaara menegur dengan nada yang teragak-agak kerana dia takut tersalah orang. Meskipun wajah dan namanya masih segar diingatan tetapi rasa berhati-hati tetap utuh di dalam dirinya. Dia takut untuk bersikap terlalu ramah dengan orang lebih-lebih lagi dengan insan yang bernama lelaki.

Belum sempat Brian menjawab pertanyaan

Elzaara, Lisa dengan segera menegur, Brian William

You ni Brian kan

Lisa! Nur Lisa Mardhihah, kan

Lisa mengangguk pantas, Yup, I la ni. Ya Allah, lamanya tak jumpa you.

Hi, how are you

Fine, fine... lets join us

Gadis disebelah dipandangnya. Jelas riak bersalah pada wajah gadis itu. Dia senyum, Sure, sure...

Menyedari akan kekecohan yang berlaku, pelayan kafe muncul dengan membawa mop dan baldi untuk mengelap lantai yang basah dan mengutip serpihan kaca cawan dan piring yang bertaburan di atas lantai. Oh, before your clean up the mess, can you please bring me a cup of black coffee and croissant Brian sempat memberikan arahan kepada pelayan yang muncul tadi.

Hey, bila you balik ke Malaysia ni Tak dengar berita pun, tau-tau dah balik Malaysia... MBA you dah habis ke

Elzaara yang berada di tengah-tengah antara mereka berdua hanya termangu-mangu. Dia merasa pelik apabila bagaimana Kak Lisa boleh mengenali lelaki itu. Pertanyaannya tadi juga turut diabaikan oleh lelaki itu.

Dah habislah sebab tu I balik. You tu, macam mana you nak dengar khabar berita kawan-kawan kalau semua social network you off. Handphone pun apatah lagi, langsung tak boleh nak contact. Number not in service, Lisa sudah mengukir senyuman. Dia dan Brian merupakan kawan baik sewaktu di London dan Brian juga merupakan senior kepada Lisa sewaktu mereka di London.

You ni, kan. Kalau you tak dapat contact I kenapa tak contact Mummy dengan Daddy I je tanya Sajalah tu nak buat alasan. You tu pula mentang-mentanglah Zahar ada depan mata mana you nak ingatkan I. Pandai je nak bagi alasan kata tak dapat contact I. Jawab Brian dengan selamba.

Lisa sudah mengekek-kekek ketawa kerana dia tahu bahawa Brian sedang memerlinya.

Eh, kenapa kita ni bersembang sambil berdiri je. Jomlah duduk dekat sana, boleh borak panjang. Apalah tuan rumah tak pelawa tetamu duduk, letih I berdiri nak bersembang dengan you ni, Lisa menunjukkan tempat duduk mereka tadi sambil membebel.

Brian hanya mengganguk sambil tersenyum manakala Elzaara yang tidak mengerti apa-apa hanya diam membisu. Penuh tanda tanya di dalam kepalanya yang membuatkannya terkaku dan termanggumanggu. Soalannya tadi hanya disapa angin lalu sahaja.

Kini yang bermain dalam kepala otaknya hanyalah pertanyaan berkenaan hubungan Lisa dengan Brian. Nampak mesra semacam. Mungkin ada hubungan hati. Tapi, siapa pula Zahar yang dimaksudkan Brian sebentar tadi

Mereka melangkah bersama ke tempat duduk dan Elzaara yang masih dalam keadaan kebingungan tidak mengetahui apa-apa lalu mengambil sudu dan menyuapkan kek ke mulutnya dan dia langsung tidak mengambil sebarang port tentang apa yang berlaku di hadapannya.

Lisa dan Brian duduk bersebelahan dan Brian yang duduk bertentangan dengan Elzaara merenung wajah Elzaara yang sedang menyuapkan kek ke mulutnya.

Brian melihat mata Elzaara yang sembab. Dia menangis Tapi kenapa Mungkin bergaduh dengan suami dia kot Tanda tanya mulai berkembang di benak Brian.

Oh ya Brian, lupa pula I nak kenalkan cik adik manis yang depan ni. Kenalkan, ini Elzaara. My cousin yang paling rapat dengan I. Senang cerita, dia ni duplicate I je sebab perangai kita orang sama.

Hi! ujar Brian dan menghulurkan tangan untuk bersalam, tetapi Elzaara hanya menganggukkan kepalanya sebagai tanda dia menyambut huluran tangan Brian. Brian yang termalu sendiri dek akibat aksinya dengan cepat menarik tangannya kembali.

El, kenalkan ini kawan Kak Lisa. Nama dia Brian William. Dia ni kawan universiti Kak Lisa masa dekat London dulu. Lisa memperkenalkan Brian kepada Elzaara pula.

Hello... ucap Elzaara ringkas.

Sebenarnya I dah kenal dengan Elzaara ni. Ada satu hari tu I terjumpa kanak-kanak cedera dekat taman. Masa tu, El dengan adik or Kakak dia. Cuma masa tu kami tak sempat berkenalan mungkin keadaan agak tak mengizinkan, balas Brian tersenyum.

Oh ye ke I tak tahu pula yang you all memang dah berkenalan sebelum ni. Ehh, kejap, kejap. Apa you kata tadi Brian Anak El Adik or Kakak El You ada jumpa Haziq ke Bila Lisa mula menyoal bertalu-talu seperti peluru das tembakan dilepaskan tepat pada sasarannya.

Lisa yang tidak memahami sepatah apa pun yang dituturkan sebentar tadi oleh Brian mula mengerutkan dahinya. Dia cuba untuk mencerakinkan maksud ayat Brian sebentar tadi mengenai frasa adik, Kakak El. Setahunya Elzaara tidak mempunyai adik kerana dia anak bongsu dan Kakaknya juga telah meninggal dunia enam tahun yang lalu. Jadi sejak bila El mempunyai Kakak mahupun adik.

Lisa cuba mencari jawapan di balik wajah Elzaara tetapi Elzaara hanya diam membisu. Reaksi wajah Elzaara yang selamba bagaikan tiada apa-apa dan dia hanya berbuat seperti tidak mendengar apa-apa membuatkan Lisa beralih pandangan ke arah Brian dan menagih jawapan daripadanya.

Brian pun mula membuka cerita tentang kemalangan kecil yang menimpa Haziq di taman permainan sehingga membuatkan dia boleh bertemu dengan Elzaara dan Lyn tempoh hari secara tidak sengaja.

Lisa yang sedang khusyuk mendengar cerita langsung tidak menyedari bahawa ekspresi wajahnya berubah-ubah. Lisa memandang muka Elzaara dengan gelengan tetapi Elzaara hanya buat tidak tahu sahaja.

Dia tidak mahu mencampuri akan perbualan di antara Lisa dan lelaki mat salih itu meski pun topik bicara mereka berkisahkan dirinya. Kalau diikutkan kata hatinya, mahu sahaja dia pergi dari situ daripada dia terpaksa menjadi tiang letrik di situ menyaksikan perjumpaan jejak kasih Kakak sepupunya bersama lelaki mat salih ini.

Cuma dia tidak sampai hati untuk meneruskan niatnya kerana dia memikirkan perasaan Lisa seandainya dia angkat kaki dari situ dan dia juga teringat bahawa mereka tiba di Kafe itu dengan menaiki kereta Lisa. Telinganya masih lagi dipasang mendengar suara mereka berdua yang masih lagi membahaskan soal kejadian yang menimpa Haziq tempoh hari.

Okey, Brian. Thats too much! Kelakar sangat okey... ada ke patut you kata El dengan Lyn merupakan ahli kumpulan sindiket penjualan kanak-kanak. Tak patut betul!

Habis tu mereka serbu I tiba-tiba aje dan mengaku ahli keluarga budak tu tanpa mengenalkan diri masing-masing. Nasiblah, seorang lagi gadis tu bercerita dan memperkenalkan dirinya. Kalau tak, I memang dah bawa lari budak tu ke balai polis dah...

Lisa cuba menahan tawanya dari pecah untuk menjaga hati Elzaara, tetapi malangnya dia tidak dapat menahan lalu tersembur tawanya berpadu dengan tawa Brian. Apa pun, terima kasih Brian. Alhamdulillahlah you yang jumpa anak saudara I tu, kalau tak habis!

Riuh seketika kafe dengan tawa Lisa dan Brian. Mujur juga pelanggan tidak begitu ramai dan mereka juga tidak mempedulikan keriuhan yang sedang berlaku.

Hanya Elzaara sahaja yang tidak memberikan sebarang respon gelak mahupun tersengih. Mukanya yang serius ditambah pula dengan muncung 14 belas inci ke depan hanya menyebabkan tawa Lisa dan Brian semakin galak. Elzaara mengerti bahawa Lisa sedang mentertawakan dirinya. Dalam hati dia sempat berdoa moga-moga Lisa tidak membocorkan rahsia bahawa Haziq itu sebenarnya bukanlah anak kandungnya kepada mat salih ini. Dia tidak mahu mat salih itu tahu apa hubungan dia dan Haziq yang sebenarnya.

Hesy, tak senonoh betul! Ada ke kata dia dan Lyn ni ahli sindiket penjual budak

Eh, kita ni bersembang dari tadi I lupa nak tanya. You ni daripada mana sebenarnya Daripada tadi I sampai tak nampak pun batang hidung you, tiba-tiba boleh pula muncul dengan dulang tu semua... Lisa baru tersedar bahawa kehadiran Brian yang muncul secara tiba-tiba mengundang rasa pelik di benak kepalanya.

I daripada rumahlah. Balik sekejap sebab nak ambil dokumen yang tertinggal. Malas nak mengadap kerja-kerja yang menimbun dalam bilik tu, I ingat nak lepak dekat sini kejap. Siapa sangka yang kita boleh berjodoh berjumpa dekat sini pula... Sebut sahaja perkataan jodoh, anak mata Brian terus saja menikam ke wajah Elzaara yang langsung tidak memandang ke arahnya.

Tak ada perasaan ke wanita dihadapannya ini Tapi, dia, kan isteri orang... Keluhan kecil dilepaskan. Bagi mengelakkan daripada dia terkantoi, dia terus mengalihkan matanya dan terus menukar topik.

You bila start kerja Kerja kat mana nanti

Erm, I I kerja dekat Gombak je. Minggu depan baru start masuk kerja.

I see... eh, Zahar apa cerita sekarang I dah tak ada nombor sesiapa pun sekarang. Email and all my social network I dah tukar. Itu yang I terus lost contact tu.

Zahar, biasalah. Lepas konvo, dia terus kena panggil join Bahar & Co. Dia balik Malaysia dulu baru I. Busy memanjang aje dia tu. Eh, you nak jumpa dia ke Nah ni nombor dia, Lisa menghulurkan handphone BlackBerrynya kepada Brian.

Dengan segera Brian menyalin nombor telefon sahabat baiknya ke dalam iPhone5nya. Sedang dia leka menyalin nombor telefon Zahar dengan selambanya dia menghirup black coffee tanpa menyedari bahawa sepasang mata sedang merenung tingkahnya.

Okey tak dekorasi kafe ni I need your opinion. Mana tau ada apa-apa yang I boleh touch up ke

Okay, nice! Simple, tapi penuh dengan unsur-unsur alam dan romantik. Pandai you choose decoration dalam ni. Idea mana you ambil ni

Well! Tersungging di bibir Brian apabila mendengarkan pujian Lisa tentang dekorasi kafenya.

El, lawakan deco kafe ni Matanya melirik ke arah Elzaara yang hanya diam membatu sejak kehadiran Brian di situ.

Cantik deko Kafe ni. Masuk-masuk tadi pun dah terasa nyaman. Rasa relaks je. Sahut Elzaara menjawab sekadar untuk mengambil hati Kakak sepupunya itu.

Senyuman Brian semakin melebar sebaik sahaja dia mendengar komen daripada Elzaara. Lisa juga mengangguk mengiakan pendapat Elzaara.

Eh, I nak tanya. Parents you ada kat sini juga ke Lama I tak jumpa your parents. Buah hati you si Jasmeen Kyla tak ikut you balik Malaysia sama ke Lisa terus menukar topik daripada Kafe kepada ibu bapa Brian. Dia yang amat rapat dengan ibu bapa Brian sering meluangkan masa bersama mereka sebelum Brian pulang ke Malaysia. Kepoh mulutnya menyoal pelbagai soalan kepada Brian.

Brian terus berubah wajah tatkala nama Jasmeen Kyla disebut. Dia merengus bagaikan wanita tersebut berada dihadapannya. Lisa terus menutup mulutnya dengan segera apabila terlihat reaksi di wajah Brian. Dia amat mengetahui bahawa Brian sangat tidak menyukai akan wanita yang perasan dirinya persis wanita Inggeris itu.

Sorry Brian, I lupa yang you tak suka dia. Sorry.

Its okay. Just forget it. You pun tak tau kisah sebenar kenapa I balik Malaysia kan. I balik Malaysia pun because of her.

Why

Dia datang jumpa my parents sebab nak suruh I kahwin dengan dia, kononnya nak suruh I bertanggungjawab dengan apa yang I dah buat dekat dia. Katanya she is pregnant with my baby. But, as usual, you knowlah my parents kan tak suka dia sangat walaupun dia tu perempuan Melayu Malaysia, tapi perangai dia mengalahkan orang putih. Macam tak ada identiti langsung!

Brian terus-menerus mengkritik wanita yang bernama Jasmeen Kyla dengan nada yang meluat. Tetapi, dalam masa yang sama matanya merenung wanita yang berada dihadapannya.

Elzaara hanya menadah telinga mendengar kritikan pedas yang terbit dari mulut Brian yang bagaikan sedang memarahinya. Elzaara tertanyatanya apakah hubungan di antara Jasmeen Kyla dan Brian sehingga dia sanggup mengaku yang dia sedang mengandungkan anak Brian.

Lisa hanya mengangguk dan mengerti akan keadaan Brian kerana dia amat rapat dengan Brian dan keluarganya. Meskipun waktu itu dia hanya mengetahui cerita secara tidak menyeluruh, tetapi dia tidak mahu memanjangkan kisah itu dulu dan merosakkan mood mereka pada waktu itu. Dia juga yang mengenali gadis yang bernama Jasmeen Kyla itu juga jelak dengan sikap perempuan yang terlalu gedik, murah harga diri, perasan bagus dan berkelakuan mengalahkan orang putih.

Keadaan menjadi senyap seketika.

Eh, Brian, you ada plan tak sekarang ni I rasa dah lama tak tengok wayanglah. Jom tengok wayang nak tak Lama kan kita tak hang out sama-sama, usul Lisa tiba-tiba memecahkan kesunyian tika itu.

Elzaara yang sedang mengelamun tiba-tiba terkejut mendengar rancangan Lisa. Ah, sudah. Tibatiba Kak Lisa nak tengok wayang pula. Kalau macam tu aku nak balik rumahlah. Biar jelah Kak Lisa dating dengan mamat ni berdua. Gumam Elzaara di dalam hati. Elzaara sudah mula berasa tidak sedap hati dan merancang untuk pulang ke rumah sendirian.

Tak apalah kalau...

Okey set! I pun tak banyak kerja sangat sekarang ni. Lagipun kafe ni assistant I ada boleh jaga. Actually, I pun sudah lama tak tengok movie ni. Biar I yang belanja tiket wayang, okey Tanpa sempat Elzaara meneruskan bicaranya, Brian sudah memotong kata-katanya dengan menyatakan hasratnya untuk menonton wayang bersama.

Kemudian sengaja dialihkan pandangannya ke arah muka Elzaara yang kelihatan sudah tidak keruan. Dalam hati menguntum senyum.

Ini yang buat I sayang dekat you ni. Ops! Over pula, gelak Lisa.

Brian sengih.

El, jomlah. Awal lagi kalau kita nak balik ni. Lagipun dah ada yang nak belanja kita ni. Jimat duit.

Jomlah... pujuk Lisa.

Elzaara yang terkebil-kebil memandang Lisa dan Brian silih berganti. Dia mengeluh perlahan sebelum memberikan kata putus.

Yalah Kak Lisa, El ikut sekali, perlahan dan lemah sekali nada Elzaaran memberikan kata putusnya. Dia terpaksa menyatakan kesudiannya untuk menonton bersama mereka hanya kerana Lisa dan bukannya dari hatinya yang tulus.

Lisa sudah kegirangan dan Brian pula sudah tersenyum lebar. Di dalam hati Brian, dia ingin mengenali dengan lebih rapat lagi dengan Elzaara. Biarpun Elzaara agak sombong dan dingin terhadapnya, tetapi itu tidak mematahkan niat di hatinya walau sedikit pun. Dia bagaikan terlupa seketika bahawa Elzaara sudah berkahwin.

Okey, kita jumpa dekat Sunway Pyramid kejap lagi. I need to change first, Brian memutuskan tempat dan memberi isyarat bahawa dia perlu bertukar baju terlebih dahulu gara-gara air kopi yang tertumpah di bajunya tadi.

Lisa hanya mengangkat ibu jarinya ke atas lalu beredar keluar dari kafe disusuli oleh Elzaara yang kelesuan kerana diheret menonton wayang bersama. Tiba-tiba, Lisa berpatah balik ke dalam Kafe.

Brian! Kenapa dekat Sunway Pyramid Jauh sangat tu. Lagipun I tak tau jalan nak pergi sana.

Brian tersengih, You pergi je sana dulu. Nanti I bagi tahu you sebab apa I suruh you pergi sana. GPS kan ada... Apa-apa just call me, Brian terus menghilangkan diri di balik pintu pejabatnya meninggalkan Lisa melongo sendirian.