Pagi ini Nadhirah sedikit sibuk. Dia baru sahaja menerima beberapa kotak barangan yang diposkannya dari Australia. Kotak-kotak ini selamat sampai pagi tadi dan kini tugasnya adalah untuk menyusun dan mengemas semua. Namun belum sempat dia mengoyak bungkusan kotak pertama, loceng rumahnya berbunyi nyaring. Ada tetamu mungkin yang datang menjenguk. Alana mungkin
La macam dah tak ada manusia lain lagi di dalam planet bumi ni selain dia yang nak menjadi tetamu pertama aku. Apasal pula minah ni ada dekat sini Nadhirah bermonolog di dalam hati. Dahinya berkerut sebaik sahaja pintu dibuka.
Mata Nadhirah terkebil-kebil memandang wajah tetamunya yang masih tercegat di depan pintu. Sungguh dia tidak sangka yang tetamu pertama yang datang bertandang ke rumah barunya ini adalah Adelia. Di pagi hari yang berbahagia ini Nadhirah jadi hairan benar dengan kehadiran kakak tirinya ini.
Aik takkan tak nak jemput aku masuk kot Adelia bertanya sambil mengangkat keningnya sebelah.
Hurm, masuklah. Jawab Nadhirah pendek.
Nadhirah tersedar dari lamunannya sebaik mendengar soalan dari Adelia sebentar tadi. Pelawaannya itu tidaklah seikhlas mana sebenarnya.
Macam mana Akak tahu saya tinggal dekat sini
Nak mencari orang macam kau bukannya susah. Buat apa Akak cari saya
Well, aku nak tengoklah juga macam mana keadaan kau. Hidup lagi ke atau dah mati ke balas Adelia memerli.
Alhamdulillah, saya masih hidup lagi dengan jayanya. Sihat walafiat. Nadhirah mula menyampah.
Hairan juga dia dengan perangai Adelia yang tak ada perubahan langsung walaupun masing-masing sudah boleh dikatakan terlalu tua untuk bergaduh macam anjing dengan kucing begini.
Tak sangka betul aku, akhirnya balik juga puteri kesayangan Tan Sri Malik. I ingatkan you dah nekad nak tinggal terus dekat sana. Sindiran sinis Adelia hinggap lagi di telinga Nadhirah.
Adelia sememangnya sengaja datang menjenguk Nadhirah. Mahu juga dia lihat bagaimanakah keadaan musuh ketatnya ini.
Walaupun Nadhirah sememangnya sedar yang dia mungkin akan bertemu ahli keluarganya setelah bertahun-tahun lamanya tidak bersua muka namun, untuk berbual dengan Adelia di pagi hari begini memang tidak digemari. Pastinya ada sahaja modal untuk mereka berdua bertikam lidah.
Duduklah Kak. Nadhirah terlepas cakap. Dia sebenarnya masih berusaha sedaya upaya menjaga tutur katanya. Pelik juga melihat Adelia yang sanggup datang dari jauh hanya kerana ingin bertemunya.
Excuse me. Tolong betulkan ayat kau tu. Kita tak pernah jadi adik beradik. Adelia dengan begitu bongkak mahu Nadhirah membetulkan ayatnya.
Untunglah, kerja pun belum ada, rumah sendiri dah tersedia. Papa belikan rumah ini untuk kau ke Adelia duduk sambil menyilangkan kakinya di atas sofa putih gading milik Nadhirah.
Itulah tujuan sebenar kedatangannya hari ini. Berita bahawa Nadhirah sudah berpindah ke rumah yang dibelinya sendiri kurang disenangi. Seumur hidup menumpang, masakan Nadhirah punya duit untuk membeli servis apartment yang boleh di anggap mewah. Adelia tidak dapat menerima kenyataan ini.
Tak. Saya guna duit sendiri. Saya tak pernah minta dan Papa tak pernah bagi apa-apa. Saya harap benda ni jelas pada Akak dengan abang Aidid. Nadhirah bosan.
Dia dan Adelia tak mungkin akan dapat bercakap tanpa menyakitkan hati sesiapa. Memang sejak dahulu lagi mereka tidak sebulu.
Kau jangan nak tipu aku. Kalau kau tipu aku nahaslah. Ugut Adelia.
Terpulanglah. Saya tak rugi apa pun kalau Akak tak nak percaya. Nadhirah mengjungkitkan bahunya.
Aku dengar Papa bagi kereta pada kau. Muka tembok betul kau ni kan Apa orang tua tu bagi semua kau rembat. Adelia terus-terusan mengungkit.
Eh, bukan sebelum ni Akak pun dapat kereta juga ke Maknanya bukan saya seorang ajalah yang muka temboknya, Akak pun sama juga. Mendengarkan telahan bodoh yang tak kunjung habis dari Adelia membuatkan Nadhirah naik angin.
Dia mahu turut menyahut seruan Adelia untuk saling menyakitkan hati. Jika dahulu dia akan telan sahaja apa yang dituturkan Adelia, kini tidak lagi. Dia sudah cukup dewasa untuk membela diri.
Sama ke kita Mana ada sama. Aku layaklah terima semua tu sebab aku berbintikan Tan Sri Malik, kau apa ada Soal Adelia. Nadhirah Johan. Owh, kau masih guna nama bapak tiri kau kan at the end of your name, kan Adelia membaca nama yang tertera pada kotak-kotak milik Nadhirah yang tersusun di tepi dinding dan soalan ini benar-benar menaikkan amarah Nadhirah.
Akak ada urusan apa datang sini sebenarnya
Aku datang ni nak mengingatkan kau, tolong sedar sikit dengan kedudukan kau tu. Dan satu lagi, tolong jangan nak ambil kesempatan pula pada Papa.
Saya tak pernah ambil kesempatan pun.
Habis tu yang kau cekau kereta tu, apa cerita
Itu urusan saya dengan Papa. Setahu saya, kita berdua tak ada sebarang urusan untuk dibincangkan. Nadhirah seakan-akan menghalau sahaja.
Hey, berlagak nak mampus kau ni. Baru je berapa hari jejak kaki dekat sini dah terus nak tunjuk perangai bongkak kau tu. Sindir Adelia.
Kalau saya nak tunjuk lagak pun Akak peduli apa Kalau Akak tak nak sakit hati dengan perangai bongkak saya ni, tolong keluar dari rumah saya. Kita tak ada apa-apa lagi nak dibincangkan. Tegas Nadhirah lagi.
Sejak bila kau dah pandai nak menjawab ni huh Adelia sedikit kaget mendengar intonasi yang digunakan Nadhirah padanya. Selama ini jarang sekali Nadhirah melawan cakapnya apatah lagi menghalaunya keluar.
Sejak saya dah bayar semula semua hutang saya pada keluarga Akak. Sejak saya dah tak ada kaitan dengan keluarga Akak dan sejak saya dah tak perlu lagi bergantung pada keluarga Akak. Nadhirah bangun.
Dia sedikit sudah pandai melawan sekarang.
Hey perempuan, hutang kau pada keluarga aku takkan pernah habis. Budi kami yang kau dah makan tak mungkin terbayar. Jadi kau jangan nak tunjuk belang dekat sini okey. Kau tak layak. Adelia mengerling tajam. Nadhirah sudah pandai menjawab sekarang.
Tak, saya tak pernah berhutang pada keluarga Akak. Hutang yang saya ada cuma pada Tan Sri Malik. Dan hutang tu dah lama langsai sebaik sahaja saya serahkan sebahagian hati untuk dia bila anakanak yang dia tatang macam minyak yang penuh tak sanggup nak gadaikan nyawa sendiri untuk selamatkan nyawa dia.
Adelia telan air liur melihat keberanian Nadhirah.
Saya dah jadi anak kesayangan Papa sejak saat itu. Akak dah kena tolak ke tepi. Sedar sikit. Akak ada di sini pun hanya kerana Akak darah daging dia. Kalau bukan sebab tu, Akak pun dah lama Tan Sri Malik tendang keluar dengan perangai yang entah apa-apa tu. Lancang Nadhirah berbicara.
Banyak yang berubah setelah dia memberikan hatinya kepada Tan Sri Malik. Tiada sesiapa lagi di dalam keluarga Tan Sri Malik yang boleh mempersoalkan apa-apa mengenai Nadhirah terutamanya di hadapan Tan Sri Malik.
Dia mula menjadi anak kesayangan dan
untouchtable person sejak itu. Nadhirah sedikit dilindungi berbanding dahulu. Kasih sayang yang diinginkan daripada Tan Sri Malik mula diperoleh sedikit demi sedikit. Ada banyak yang berubah dalam hidupnya selepas terjadinya pembedahan berkenaan 8 tahun dahulu.
Sebelum aku cilikan mulut kau tu, you better stop. Adelia mula meradang.
Kalau saya tak nak berhenti Akak nak buat apa Puan Sri Munirah tak ada di sini untuk bela Akak lagi. So, you better get lost sebelum saya heret Akak keluar Tahap kesabaran Nadhirah sudah pun lebur kini.
Puas hatinya. Setelah begitu lama memendam rasa, setelah selama ini dia cuma menerima sahaja caci maki dan cercaan. Hari ini dia mahu Adelia menerima semula apa yang pernah diterimanya dahulu.
Berani kau nak ugut-ugut aku. Kau tu kena sedar diri sikit tau. Aku anak kandung Tan Sri Malik tau, kau pula setakat menumpang aja, bitch! Adelia bangun dari duduknya. Dia bengang apabila segala cercaannya dibalas oleh Nadhirah.
Sebab saya cuma menumpang dan bukan sebahagian daripada keluarga Akak lah saya nak Akak keluar dari rumah saya ni. Banyak kerja lain lagi yang lebih berfaedah saya nak kena buat. Nadhirah mengetap bibirnya. By the way, bukan selama ni, Akak ke yang selalu maki hamun saya Nadhirah memandang tepat ke wajah Adelia. Dia sudah tidak lagi menunduk seperti dulu. Dia sudah semakin berani membela diri.
Adelia berundur setapak ke belakang.
Saya cuma nak Akak ingat satu benda, saya bukan lagi Nadhirah yang dulu. Akak tak payah nak datang buang air liur untuk sakitkan hati saya. Setakat perempuan macam Akak ni, sikit pun saya tak takut.
Kau jangan nak lancang sangat bila bercakap Nadhirah. Aku akan pastikan Papa dapat tahu tentang perangai kau yang sebenar. Ill let him know everything. Adelia mengugut Nadhirah.
Akak ingat Papa akan percaya ke dengan apa yang Akak cakap. Memang perangai saya teruk. Memang saya ni tak bagus sangat. Tapi, perangai saya ni, saya cuma tunjuk pada orang yang macam Akak je. Lagipun saya dah suruh Akak keluar kan tadi, Akak yang tak nak. Orang degil macam Akak memang layak kena maki je. Nadhirah masih merendahkan suara. Biarlah Adelia seorang sahaja yang memekik umpama orang gila.
Disuruh keluar enggan jadi dia biarkan sahaja Adelia mendengar sumpah seranahnya. Adelia perlu diingatkan selalu agar dia tidak lupa yang Nadhirah kini sudah dewasa. Sudah tahu melawan dan sudah tahu apa haknya.
Kau memang perempuan tak guna. Adelia terusterusan memaki hamun Nadhirah namun apa yang dibebelnya hanya masuk di telinga kanan dan keluar ke telinga kiri.
Ya, saya memang perempuan tak guna, tapi kita sama. Perempuan terhormat macam Akak pun berhati busuk juga. Nadhirah menarik nafas dalam-dalam. Kalau Akak tak nak turun taraf jadi jalang macam saya, lebih baik Akak keluar sekarang. Dengan nada tenang Nadhirah memulangkan paku buah keras.
Pintu rumahnya segera dibuka bagi memberi jalan buat Adelia melenyapkan diri. Tetamu tidak diundang ini sepatutnya tidak dibenarkan masuk sejak awal lagi. Tak guna melayan orang begini lebih-lebih.
Sebaik sahaja kelibat Adelia menghilang dan pintu rumahnya kembali tertutup, Nadhirah ketawa sendirian. Dia merasa lucu sebenarnya. Adelia langsung tidak pernah berubah sejak dari kecil lagi.
Perangainya masih lagi begitu jijik seperti selalu. Biarlah. Bukannya selalu dia akan bertemu Adelia kerana mereka sudah tinggal berasingan. Takkanlah Adelia sanggup datang mencarinya hari-hari hanya untuk bertengkar dan membuang masa.
T
ELEFON, telefon. Manalah kau sembunyikan diri. Dah penat aku cari merata ni. Rungut Faliq apabila telefon bimbit lesap entah ke mana di saat dia benar-benar perlu menghubungi seseorang. Hari-hari yang dilalui dirasa semakin lambat berlalu buat Faliq terutamanya apabila dia mula sakit dan bersendirian di rumahnya ini. Tubuhnya terasa kurang sihat sekembalinya dia dari Johor Bharu beberapa hari lepas.
Mengenangkan betapa dia rindukan meja kerusi di pejabatnya, Faliq merasa kesal pula membuatkan Abang Longnya naik hantu. Sudahnya dia digantung tugasan selama dua minggu. Bukan setakat kerja sahaja tertangguh malah kesihatannya juga turut terganggu. PARAH!!!
Faliq, Faliq lain kali jangan suka sangat menyibuk urusan orang, kan dah kena gam dengan Abang Long. Heran juga aku, takkanlah aku boleh sakit hanya sebab aku bosan duduk rumah ni lama-lama. Faliq merungut sendirian dalam kesakitan.
Lima hari cutinya dihabiskan di Johor Bharu bersama kedua ibu bapanya dan hari-hari yang selebihnya terpaksa diluangkan di Kuala Lumpur kerana abangnya meminta tolong untuk menguruskan anak-anak saudaranya ke sekolah kerana pemandu abangnya bercuti.
Banyak sudah profession baru yang diceburinya dalam masa seminggu ini. Setelah dia berjaya menjadi penganggur kerana digantung kerja, Faliq terpaksa menjadi tukang kebun ketika balik ke Johor Bharu dan kini dia terpaksa pula menjadi pemandu tidak bergaji buat anak-anak saudaranya.
Sambil meneruskan operasi pencarian yang masih gagal tanpa sebarang hasil, Faliq sempat meneguk segelas susu coklat suam yang dibancuhnya dengan susah payah sebentar tadi sebagai alas perut. Sudahlah demam sejak petang tadi, dia kini diserang gastric pula. Setelah dia memuntahkan ke semua makanan yang ditelannya sebelum itu, minuman ini diharap dapat membekalkan sedikit tenaga kepadanya.
Dekat dapur dah cari, dekat kabinet pun dah. Dalam peti ais pun dah. Mana la benda alah ni Faliq merungut sendiri. Dengan kepala yang masih berpusing-pusing dan tubuh yang lemah, Faliq terbongkok-bongkok meneruskan pencarian. Waktuwaktu macam ni la kau boleh salah letak telefon tu. Sengal betul. Faliq mengutuk dirinya sendiri. Dia yang terdesak mahu menghubungi Taufik ataupun abangnya gagal menjumpai telefon berkenaan.
Nak pergi hospital ke tak Boleh ke aku nak drive sendiri dengan tangan dan kaki yang menggigil ni. Faliq bersandar pada dinding rumah sambil mencongak sendiri. Dia cuba menarik nafas dalam-dalam.
Ahh lantak lah takkanlah aku nak mati keras dalam rumah ni sorang-sorang dah lah tingkat sepuluh ni aku seorang je yang huni pun. Sedih betul! Dalam kepayahan, akhirnya Faliq berputus asa.
Wajahnya dibasahi rintik-rintik peluh, dahinya berkerut menahan sakit manakala badannya yang terasa seram sejuk benar-benar menunjukkan yang dia memerlukan rawatan sekarang. Seingatnya selama ini, dia tidak pernah pula mengalami demam dan gastric yang sebegini teruk. APALAH NASIB!!!
Kepalanya terasa semakin pusing pula akibat terlalu lama mencari telefon bimbitnya. Dalam keadaan terpaksa, dia menyarungkan sweaternya dan mahu berlalu keluar. Disebabkan ketiadaan telefon, Faliq tidak dapat menghubungi sesiapa, dia perlu berusaha sendiri untuk ke hospital.
Dek kerana terlalu sakit, Faliq merasakan bahawa perjalanan dari ruang biliknya ke muka pintu terasa begitu jauh sekali. Setelah sampai ke muka pintu dia mencapai kunci kereta yang tergantung dan dompetnya sekali diletakkan di dalam kocek sweater yang dipakainya.
Sikit aja lagi Faliq. Lif ada dekat depan tu aja. At least kalau pengsan dalam lif nanti ada la juga orang jumpa. Faliq berusaha untuk focus.
Takut benar jika dia mati sendirian di tingkat sepuluh itu. Kakinya digagahkan untuk berjalan perlahan manakala tangannya mula menggapai apa sahaja yang boleh dipegang. Dengan langkah yang terhuyung hayang, wajahnya pula semakin pucat lesi, Faliq kelihatan begitu lemah dan memerlukan pertolongan.
Faliq cuba sedaya upaya untuk menggagahkan diri menuju ke dalam lif namun tubuhnya enggan menurut arahan. Pandangannya mula berbalam-balam dan kakinya juga enggan bergerak lagi. Lututnya terasa lembut dan tidak dapat menampung berat badannya lagi. Faliq akhirnya terjelepok umpama kain buruk di hadapan unit 39A. Dia sudah tidak mahu lagi bertahan apatah lagi mahu meneruskan perjalanan ke hospital.
Matanya yang kuyu mula terpejam rapat.