SEOUL LOVE STORY - 9
Kalau aku hantar kau sampai depan pintu pagar je tak apa, kan soal Hyeon saat mereka menghampiri kawasan apartmen Abriel.

Eh, tak apa. Terima kasih sebab dah hantar aku. Sorry sebab menyusahkan kau, ujar Abriel.

Kereta itu berhenti di depan pintu pagar. Penjaga pagar membukakan pintu untuk kereta Hyeon masuk namun Abriel memberi isyarat tidak perlu. Dia keluar dari kereta selepas mengucapkan terima kasih kepada Hyeon.

Sama-sama. Hati-hati ya Jangan lupa kunci pintu.

Abriel tersenyum dan mengangguk, menunggu kereta Hyeon hilang daripada pandangan sebelum melangkah masuk ke dalam kawasan apartmen. Dia terfikir sesuatu. Kenapa wanita seperti aku, Yoonmi dan Haegyo tidak mampu melihat yang lelaki seperti Hyeon lah yang paling baik untuk kami Dia baik hati, prihatin, bijak dan boleh tahan kacak. Dia juga berasal dari keluarga yang baikbaik dam memiliki masa depan yang cerah. Sesiapa yang menjadi isterinya akan dijaga rapi dan tidak akan kelaparan bersamanya. Peduli apa dengan sex appeal dan pergaulannya Apa yang menarik tentang bercinta dengan seorang lelaki kacak yang dipuja begitu banyak wanita, dan wanita-wanita yang sama mengutuk kita kerana kononnya kita tidak sepadan dengan lelaki itu

Telinga Abriel menangkap suara seorang lelaki menyanyinyanyi kecil. Suara itu sangat dikenalinya. Segera dia menoleh. Tidak jauh dari lif, ada seorang lelaki berpakaian serba hitam dengan kepalanya ditutup dengan hud baju sejuk yang dipakainya sedang bersandar di tiang. Ada kabel fon telinga warna kuning yang menjalar keluar dari poket baju sejuk terus ke telinganya yang terlindung. Abriel hanya melihatnya sekilas tetapi hidung mancung dan rambut perang itu sangat dikenalinya. Dia menghampiri lelaki itu.

Dah lama tunggu soalnya.

Lelaki itu tersentak kaget, lagu tertawa. Tawa Jaejoong itu membuat senyuman Abriel mengembang lebih lebar. Boleh tahan. Adalah dalam dua jam sahutnya dengan riak lucu sambil memandang jam.

Kenapa tak call dulu Ingatkan dah lupa.

I want to surprise you, ujar Jaejoong dalam bahasa Inggeris yang pekat dengan dialek Korea. Tak mungkin saya akan lupakan awak, ujarnya lembut tetapi dengan penuh pengertian. Jantung Abriel hampir terhenti mendengarnya.

Ah! Lupa pulak. Tunggu kejap, ujarnya lalu tergesagesa meninggalkan Abriel. Dia berlari ke keretanya yang terletak lima puluh meter dari situ sebelum Abriel sempat bertanya apa-apa. Beberapa saat kemudian, dia kembali dengan sejambak mawar merah yang dihulurkan kepada Abriel. Tak ada orang jual bunga malam-malam begini di Seoul. Saya kena kejutkan kawan yang ada kedai bunga, ujarnya sambil tertawa.

Abriel menerimanya dengan senyuman sebelum mengucapkan terima kasih. Dia mendekatkan jambangan itu ke hidungnya dan menghidu keharuman mawar merah itu, sekaligus menyembunyikan wajahnya yang memerah. Untuk sesaat, mereka terdiam dan merasa canggung. Akhirnya Abriel mengakhiri kesunyian itu. Dah makan soalnya perlahan.

Apa soal Jaejoong, dia kurang dengar suara Abriel tadi.

Dah makan soal Abriel sekali lagi.

Jaejoong tersenyum. Rasa seperti diambil berat oleh seseorang. Belum. Tadi rakaman habis lambat.

Rakaman Tapi tadi Yoohwan kata Semua sekali ke

Tak. Cuma aku dengan Kibum. Yang lain sibuk.

Ya.. sibuk di kelab dan mengancam perempuan, getus Abriel dalam hati. Tetapi dia cuma mengangguk. Nak masuk Nanti aku masak.

Jaejoong tertawa pula. Nasi goreng soalnya dengan renungan penuh harapan. Abriel mengangguk, juga dengan senyuman di bibir.

Mereka beriringan naik ke atas menuju ke rumah Abriel sambil berbual-buat mengenai perkembangan masingmasing dan gossip-gosip terkini. Abriel mempersilakan Jaejoong masuk dan duduk sementara dia bertukar pakaian dan mencuci mekap. Kemudian dia ke dapur, mengeluarkan barang-barang untuk memasak nasi goreng. Saat itu, Jaejoong melangkah ke dapur dan duduk di salah satu kerusi di meja makan, memerhatikan gadis itu bekerja. Nak saya tolong Saya boleh masak, ujarnya menawarkan diri.

Tak payah. Duduk aje, ujar Abriel sambil tersenyum. Tumpuannya masih pada sayur-sayuran yang sedang dipotongnya.

Tadi awak keluar dengan kawan-kawan ke soal Jaejoong. Abriel yang sedang menghiris bawang merah mengangguk. Boleh saya tahu awak ke mana

Abriel mengangkat muka. Kerjanya terhenti. Matanya merenung tepat ke arah Jaejoong. DIa tahu lelaki ini mahu pastikan dia jujur.

Kami ke kelab di Shinsam, sahutnya dengan wajah selamba saja.

Jaejoong mengangguk-angguk. Siapa yang pergi dengan awak

Saya, Yoonmi, Haegyo, Yongwung, Hyeon dan Jongmin, jelas Abriel.

Berpasangan kening Jaejoong terangkat.

Nah. Ini sebenarnya. Dia pasti ingin tahu. Abriel cuba menahan senyum. Apa yang harus aku jawab Taklah. Kami cuma rakan sekelas.

Jaejong menghela nafas lega. Sekarang Abriel sudah benarbenar tersenyum. Tolong ambilkan telur dalam peti sejuk, boleh pintanya.

Jaejoong bangun dan melangkah ke peti sejuk. Dia mengambil tiga biji telur dan meletakkannya ke dalam mangkuk kosong di hadapan Abriel sebelum duduk semula. Kenapa awak tak panggil saya oppa Yoonmi panggil saya oppa.

Umur saya 21 tahun, sahut Abriel selamba.

Umur saya 23, balas Jaejoong sambil tersengih.

Awak nak saya panggil awak oppa

Kalau boleh.

Gadis itu mengukir senyuman lebar yang ketara dibuatbuat. Baiklah! Terima kasih Jaejoong oppa! ujarnya dengan suara manja yang juga dibuat-buat. Pasti dia tak suka sebenarnya, detik hati Jaejoong.

Okay, tak payahlah. Lagipun kawan-kawan awak pun tak panggil awak unni atau noona, kan Akhirnya Jaejoong beralah.

Abriel menggeleng. Untuk apa Walaupun saya tua sikit dari mereka, saya tak nak jadi berbeza.

Tapi hierarki umur sangat penting untuk orang Korea, sanggah Jaejoong, cuba menguji gadis itu.

Ya, saya tahu, hormat dan sayangkan budaya Korea. Cuma saya tak berapa selesa. Dan mereka faham dan hormat pendirian saya. Lagipun ada yang lebih tua dari saya. Yongwung sama umur dengan awak.

Jaejoong mengangguk. Awak tak minum banyak di kelab kan katanya menukar topik.

Tak. Saya cuma minum teh ais dan air mineral je, sahut Abriel.

Jaejoong tersenyum puas mendengar kata-kata itu. Pandai! Jangan minum, kecuali kalau awak dengan saya. Eh, kalau boleh jangan minum terus!

Abriel tertawa kecil. Sebentar kemudian, nasi goreng itu siap terhidang di depan Jaejoong yang memang benarbenar kelaparan. Mereka makan sambil berbual-bual kecil. Kemudian disudahi dengan acara menonton drama komedi di televisyen sambil makan aiskrim. Tahu-tahu suara ketawa Jaejoong sudah diganti dengkuran halus. Lelaki itu tertidur di sofa keletihan. Abriel mengambilkan bantal dan selimut untuk lelaki itu sebelum mengunci pintu, mematikan peti televisyen dan memadamkan lampu. Kemudian dia melangkah ke bilik tidur sambil berfikir.

Hubungan mereka benar-benar aneh.

jjj

Pagi itu, Abriel berusaha membangunkan Jaejoong yang enggan bangun. Semakin kuat Abriel menggoyang tubuhnya, makin kuat dia mengerekot di bawah selimut.

Awak takde hal apa-apa ke hari ni soal Abriel yang sudah mula gelisah. Dia tidak mahu dipersalahkan seandainya lelaki itu terlambat.

Tak ada, keluh lelaki itu perlahan sebelum meneruskan tidur. Abriel lega. Dia sendiri pun sebenarnya masih mengantuk. Tadi dia terkejut saat terjaga dan melihat jam sudah pukul sembilan pagi. Segera dia membangunkan Jaejoong tanpa membasuh muka terlebih dahulu.

Tiba-tiba Jaejoong mengucup bibirnya lembut. Spontan Abriel menekup mulutnya dengan tangan. Benar-benar terkejut. Kenapa tiba-tiba cium

Dah lama saya nak buat itu untuk wanita yang saya cintai, sahut Jaejoong yang sudah kembali terbaring. Tidak lama kemudian matanya terpejam lagi.

Abriel terpaku di sisi Jaejoong untuk beberapa ketika. Dia tidak dapat menghadam kata-kata Jaejoong itu. Wanita yang dicintai Aku Ah, apa dah jadi Macam mana kalau Jaejoong tahu kisah silamnya Masihkah dia akan berfikiran begini. Bagaimana tanggapan keluarganya di Kuala Lumpur Adakah mereka juga akan suka, atau mereka akan melabelnya pengkhianat kerana dengan mudahnya menemui pengganti Ruben

Abriel kembali ke biliknya. Dia berusaha untuk tidur kembali. Namun tidur sudah terlalu jauh dari dirinya saat ini. Dia bingung.

jjj

Empat jam kemudian, Jaejoong membuka matanya perlahan-lahan. Entah sudah berapa lama dia tidak tidur senyenyak ini. Mungkin sudah lapan tahun Saat dia masih belum terlibat dalam dunia hiburan. Sejak itu masanya habis dengan latihan menari dan menyanyi, sehingga larut malam atau lewat pagi, sehingga kakinya berdarah dan tidak boleh berdiri lagi. Siapa kata jadi artis itu mudah

Kini perkara itu sudah menjadi kebiasaan untuknya. Namun sekarang waktunya banyak dihabiskan untuk menulis lagu. Kadang-kadang dia sampai tidak keluar dari studio mininya berhari-hari. Bilik yang dilengkapi dengan alat-alat muzik paling canggih itu adalah syurganya, yang akan membuatkannya lupa makan, minum malah mandi sekalipun. Bertemankan rokok dan bir, dia akan lupa benda lain selain daripada muzik yang merupakan segalanya untuk Jaejoong.

Lelaki itu menggosok-gosok matanya. Dia melihat keadaan sekeliling sebelum mengukir senyuman manis lagi. Bahagia menyusup ke rongga dada saat melihat Abriel yang sedang tekun mencuci pinggan mangkuk di dapur. Mungkin apartmen kecil itu akan menjadi syurga terbarunya.

Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke dapur. Bukan sengaja, tetapi memang kawan-kawannya selalu mengatakan langkahnya senyap seperti kucing sehingga dia layak menjadi ninja. Dia meraih bahu Abriel sehingga gadis itu tersentak kaget. Lebih-lebih lagi saat bibir Jaejoong menyentuh bibirnya. Kucupan itu lembut, sekitar sepuluh saat sahaja. Terlalu lama untuk Abriel, terlalu singkat buat Jaejoong.

Tangan Jaejoong masih di pipi Abriel saat dia melepaskan bibirnya dari bibir gadis itu. Gadis itu masih tergamam, terlalu terkejut untuk berkata apa-apa. Jaejoong tertawa melihat wajahnya.

Kenapa pandang saya macam tu Sebab saya masih belum gosok gigi ke Okay, saya mandi sekarang. Teruskan cuci pinggan! ujarnya penuh ceria sebelum beredar ke bilik mandi. Berus gigi yang pernah dipakainya beberapa minggu lalu masih ada di dalam cawan kecil di atas rak di dalam bilik mandi.

Dengan hati berbunga-bunga Jaejoong mandi dan kembali ke ruang dapur dengan cuma bertuala. Saat dia muncul, Abriel terjerit kecil. Nyaris-nyaris saja gelas di tangannya terlepas. Sebaliknya air panas di dalam gelas terpercik ke tangannya.

Jaejoong meluru ke arah Abriel dan menarik tangannya ke sinki. Air paip dingin dilalukan ke tangan itu. Nasib baik tangan awak tak melecur. Sakit tak

Abriel menggeleng. Sekali lagi dia kehilangan kata. Melihat seorang lelaki separuh telanjang di dalam apartmennya bukan suatu perkara yang biasa dilihatnya. Lebih-lebih lagi dengan rambut yang basah dan dadanya yang putih dan bidang sehingga

No! Tak boleh tengok! Abriel mengutuk dirinya sendiri. Dia menunduk dan pandangannya tertancap pada perut Jaejoong yang rata dan berotot. Eh, jantung aku ni dah kenapa

Saya nak tanya

Abriel mengangkat muka, menatap mata coklat Jaejoong. Dia pasti sekarang mukanya sudah semerah tomato. Namun dia berusaha mengawal dirinya sebaik mungkin agar tidak kelihatan bodoh di mata lelaki itu. Nak apa soalnya dengan suara bergetar.

Ada tak baju yang boleh saya pinjam T-shirt ke.

Baju Of course. Hari tu saya beli tiga helai. Seluar dalam pun ada! bebelnya. Menyebut perkataan seluar dalam pun membuatnya rasa lebih bodoh. Sekejap saya ambilkan.

Abriel berjalan laju ke biliknya dan menutup pintu. Tangannya ditekapkan ke dada. Dia bersandar pada pintu sambil memejamkan mata. Bunyi jantungnya yang kencang mengisi telinga. Tak bolehtak bolehtak boleh ujarnya berulang-ulang kali seperti mantera.

Selepas merasa jauh lebih tenang, dia keluar dari bilik tidur dengan riak wajah selamba. Dia langsung tidak menoleh ke arah lelaki yang sedang bersandar di sebelah peti sejuk sambil berpeluk tubuh. Dia menghulurkan kemeja-T dan seluar dalam kepada lelaki itu yang menerimanya tanpa banyak soal.

Di bilik mandi, saat menyarung pakaian, Jaejoong tidak henti-henti tersenyum. Ternyata gadis itu juga tidak dapat menolak pesonanya. Bagus! Ada perkembangan nampaknya dalam perhubungan ini.

Saat dia keluar dari bilik mandi, Abriel sudah duduk di kerusi meja makan. Wajahnya masam. Lain kali jangan keluar dari bilik mandi tak pakai baju macam tu! ujarnya tegas dan agak keras. Dan jangan cium saya sesuka hati macam saya ini barang permainan awak!

Awak bukan permainan saya. Orang tak boleh dijadikan permainan, ujar Jaejoong selamba.

Syukurlah awak tahu.

Tapi mencium kekasih itu satu kebiasaan, kan soal Jaejoong lagi, kali ini lebih lembut.

Saya bukan kekasih awak! ujar Abriel tinggi.

Terpulang pada awak. Itu pendapat awak. Pada pendapat saya, awak kekasih saya, bidas Jaejoong, masih dengan suara lembut.

Lelaki itu benar-benar menguji kesabarannya. Percintaan sepatutnya hubungan dua arah, sahut Abriel dingin.

Siapa cakap Diam.

Awak tak suka ciuman saya

Thats not the point

Jadi apa masalahnya Dua orang dewasa melakukan apa yang mereka sama-sama suka, kan Sejak kali pertama saya datang ke rumah awak ni lagi saya dah teringin nak mencium awak. Tapi sebagai orang Timur, saya faham yang perempuan memerlukan masa untuk hubungan fizikal. Jadi saya tunggu. Selepas tiga bulan bercinta baru kita berciuman, jadi dikira sopan kan

Abriel menjeling marah. Lebih dari tiga bulan Hubungan apa

Saya sudah menganggap awak kekasih saya sejak kali pertama saya hantar awak pulang ke rumah dulu. Jadi kita nak bersoal jawab macam ni sampai bila soal Jaejoong kembali.

Abriel benar-benar marah, namun tidak mampu mengatakan apa-apa. Yang dia mampu hanya merenung tajam lelaki itu yang dibalas dengan tatapan paling selamba. Menyedari yang dia tidak akan menang, dia mula menyuap nasi ke mulutnya. Jaejoong tersenyum menang.

Jadi hari ni kita nak buat apa Nak jalan-jalan soal Jaejoong sambil menyuap nasi ke mulutnya.

Nak kemas rumah, jawab Abriel malas.

Betul Tak nak keluar Cuaca elok tu. Boleh kita keluar jalan-jalan berpegangan tangan kat taman. Makan aiskrim. Nak

Abriel mencebik. Pegang tangan Awak nak saya kena bunuh dengan peminat awak

Ala.. kita janganlan buat sampai orang perasan.

Hello Peminat awak semuanya gila. Awak sarung kepala dengan guni sekalipun mereka akan kenal. Mereka ada naluri pengesan yang dahsyat. Tak nak lah!

Jaejoong mengeluh. Kata-kata Abriel memang ada benarnya. Entah kenapa dia selalu gagal menyembunyikan diri daripada peminat-peminat yang menggilainya padahal dia sudah sedaya-upaya cuba menyamar. Jadi nak duduk rumah hari ni

Abriel mengangguk. Nak cuci pinggan, cuci baju, mop lantai, lap tingkap. Grand cleaning! ujarnya dengan penuh semangat. Tapi awak tak suka buat kerja macam tu kan Jadi lepas makan ni awak bolehlah balik.

Jaejoong tersenyum pahit mendengarnya. Memang dia tidak suka mengemas rumah, tetapi demi gadis ini, dia sanggup lakukan apa saja asalkan dapat melihat wajahnya.

Ternyata mereka boleh menjadi satu pasukan yang baik walaupun sesekali terdengar jeritan protes dari Jaejoong yang tidak suka melihat Abriel memanjat kerusi untuk membersihkan debu di atas almari, atau bebelan Abriel yang merasakan Jaejoong tidak menggosok lantai bilik mandi dengan bersih. Mereka saling berteriak dan bekerja sehinggalah kelelahan. Hari sudah hampir petang saat mereka berdua selesai melakukan kerja dan duduk di hadapan televisyen melunjurkan kaki sambil makan aiskrim.

Esok parti hari jadi Kibum, ujar Jaejoong sambil memandang wajah Abriel.

Abriel sudah boleh meneka apa yang mahu dikatakan oleh

Jaejoong. Saya tak nak datang.

Nanti saya jemput awak pukul tujuh.

Eh, saya cakap saya tak nak datang Awak dah pekak ke Jaejoong masih meneruskan. Pakai apa-apa pun tak kisah. Parti ni tak formal. Kawan-kawan rapat je. Awak pakai guni dan tak mandi pun saya tak kisah. Nada suaranya langsung tidak berubah.

Saya akan keluar dari rumah masa tu.

Jangan cuba-cuba! Saya akan cari awak ke mana pun awak bersembunyi. Jangan keras kepala! tukas lelaki itu agak tajam. Tetapi riak wajahnya sedikit pun tidak berubah. Tenang bagaikan air yang tidak beriak.

Telefon bimbit Jaejoong di atas meja berdetar. Dia mengambilnya dan menekan-nekan layarnya sebelum bingkas berdiri. Saya kena pergi sekarang. Jangan lupa kunci pintu lepas saya keluar, ujarnya. Dia mengucup kepala dan bibir Abriel dengan cepat sebelum Abriel sempat menghalangnya. Kemudian dia beredar. Terdengar bunyi pintu dibuka dan ditutup. Sunyi.

Abriel masih duduk di tempatnya. Otaknya cuba mencerna. Cuba menyusun kisah itu dari awal. Jadi sekarang dia kekasih Jaejoong Betulkah

Dia menghela nafas berat. Lihat saja nanti. Lelaki itu pun jenis yang sukar difahami. Abriel memutuskan untuk terus makan aiskrim dan menonton Running Man di televisyen.

Dia perlu ketawa sekarang.