Skymed 12 terletak betul-betul di tengah Kem Pertahanan Tentera Wilayah Timur. Hanya orang-orang tertentu yang akan dipanggil ke bilik tersebut. Hakimi adalah salah seorang daripadanya. Dia dikurniakan jawatan leftenan tidak sampai dua bulan. Misi yang diberikan cukup mencabar kerana terpaksa menentang musuh seorang diri. Namun, dia berjaya melaksanakannya. Kemungkinan dia dipanggil atas kejayaan tersebut. Begitu fikirnya.
Dia sampai di muka pintu Skymed 12. Setelah meletakkan ibu jari di papan pengimbas, pintu bilik itu terbuka. Kehadirannya disambut oleh 10 pasang mata yang berada di meja bujur ala parlimen. Duduk betulbetul bertentangan dengannya adalah Jeneral Zainal , Ketua Komander Kem Pertahanan Tentera Wilayah Timur. Mejar Karim, Ketua Unit Helang Merah berada di sebelah kanannya.
Hakimi memberi tabik hormat. Jeneral itu membalasnya.
Leftenan Hakimi Hassan dari Unit Helang Merah melaporkan diri, tuan! Hakimi berkata dengan lantang dan kuat. Kedua-dua pembesar di kem itu mengangguk-angguk tanda faham. Jeneral Zainal memandang tepat ke arah wajah Hakimi. Hakimi diam.
Leftenan Hakimi! Sila lihat skrin ini! kata Jeneral Zainal memberi arahan. Kelihatan sebuah skrin magnetik muncul di tengah-tengah meja bujur itu. Daripada skrin itu, kelihatan beberapa ahli pasukan tentera sedang bertungkus-lumus menembak ke arah kawasan yang hanya dikelilingi hutan dan pokok-pokok tinggi. Kemudian, barulah dapat dilihat beberapa orang musuh terbaring di atas tanah. Tidak lama kemudian, skrin itu hilang. Mata Hakimi terkebil-kebil memerhatikan sedutan pada skrin itu tadi.
Apa pendapat awak tanya Jeneral Zainal.
Musuh menggunakan Invisible System, tuan! jawab Hakimi merujuk kepada teknologi baru yang dihasilkan saintis Wilayah Barat untuk menghilangkan diri ketika di medan pertempuran. Namun begitu, sistem baru berjaya dikesan oleh pihak tentera Wilayah Timur dan berjaya menghasilkan satu teknologi baru untuk menentangnya.
Jeneral Zainal diam seketika.
Cuba lihat ini pula!
Hakimi memandang kembali ke skrin tadi. Sedutan tadi disambung semula. Kali ini, sesuatu yang pelik telah berlaku. Tentera musuh yang telah menjadi mayat tiba-tiba bangun dan menyerang kembali anggota tentera Wilayah Timur. Mereka berkelakuan seperti manusia hidup tetapi hanya wajah mereka berubah kepada warna biru pucat. Mereka tidak tumbang walaupun telah ditembak bertalu-talu. Kemudian, mayat-mayat itu berhenti dan merenung mata anggota tentera Wilayah Timur. Dengan tidak semena-mena, mereka berbunuhan sesama sendiri. Sudahnya, semua mati.
Skrin itu hilang. Hakimi terkebil-kebil.
Sedutan telah dirakam oleh kamera pintar yang dipasang pada sebuah pokok di kawasan hutan seksyen 4A untuk mengesan kehadiran musuh. Malangnya kamera itu telah rosak setelah semua tentera kita mati. Nasib baik, rakaman tadi berjaya diterima oleh pihak kita dan telah dianalisis! ujar Sarjan Zainal memulakan bicara.
Kita semua maklum bahawa pihak Wilayah Barat telah menghasilkan Invisible System sejak perang mula meletus pada tahun 2045 iaitu lima tahun yang lalu. Sistem itu dikatakan berkesan dan sering memerangkap ahli tentera kita ketika pertempuran. Namun, kita berjaya membangunkan satu sistem baru yang dinamakan Magnetic Shield untuk menahan serangan musuh dan ia berjaya! Jeneral Zainal menerangkan sedikit sejarah perang yang melanda mereka. Seisi bilik diam.
Namun, sejak akhir-akhir ini, kita merasakan pihak musuh telah menggunakan satu senjata biologi yang baru! tiba-tiba suara Jeneral Zainal meninggi.
Seisi bilik bising seketika. Masing-masing berbisik. Hakimi masih lagi diam dan berdiri di hadapan Jeneral Zainal. Dia keliru.
Mereka mungkin telah menghasilkan satu senjata biologi baru berdasarkan manusia yang telah mati. Seperti yang berlaku kepada ahli tentera kita di kawasan hutan Seksyen 4A, zombie ini mempunyai satu kuasa telepati yang mampu mengawal otak manusia lain untuk melakukan apa yang diingini oleh mereka. Kuasa merupakan satu gelombang yang terhasil untuk mengganggu sistem saraf otak manusia yang masih hidup sehingga mampu mengawal pergerakan mereka. Manusia mati ini sukar untuk ditewaskan. Penggunaan laser tidak mencukupi untuk memusnahkan benda ini! terang Jeneral Zainal, panjang.
Jadi, tuan! Apa kaitan dengan saya tanya Hakimi setelah sekian lama membisu. Jeneral itu diam. Dia melepaskan batuk seketika.
Awak dipilih untuk memusnahkan manusia-manusia itu! ujarnya perlahan.
Tapi, bagaimana tanya Hakimi lagi yang masih belum mengerti. Jeneral itu mengeluh. Kemudian, skrin sebentar tadi muncul semula di tengah meja. Hakimi sedikit terkejut. Begitu juga hadirin yang hadir di bilik itu. Terpapar biodata Hakimi pada skrin itu.
Ini adalah biodata kamu! ujar Mejar Karim mengambil alih tugas Jeneral Zainal. Maklumat pada skrin itu berubah kepada maklumat lain. Terpapar pula maklumat kesihatan Hakimi.
Ini pula adalah maklumat kesihatan kamu!
Fikiran Hakimi semakin kusut. Dia semakin tidak mengerti. Dia tidak berapa faham apakah maksud sebenar yang cuba disampaikan oleh Jeneral Zainal dan Mejar Karim.
Saya masih tidak faham lagi, tuan!
Berapa umur awak sekarang, Hakimi tiba-tiba Jeneral Zainal mencelah. Hakimi kaget.
25 tahun! balas Hakimi perlahan.
Salah! Sepatutnya umur awak adalah 50 tahun! ujar Jeneral Zainal. Kata-kata itu membuatkan Hakimi tersentak. Dia tidak percaya umurnya sudah tua.
Tapi, bagaimana Kulit saya masih lagi tegang, tidak berkedut. Tenaga saya masih banyak seperti orang muda betul. Tulang saya masih kuat! Memori otak saya pun hanya berkisar dalam lingkungan 20 tahun! Hakimi masih tidak berpuas hati. Dia mahu mendapatkan jawapan kepada persoalan yang timbul.
Jeneral Zainal diam seketika. Dia berbisik-bisik dengan Mejar Karim. Kemudian, Mejar Karim menggangguk-angguk perlahan seperti faham.
Begini, Hakimi Ini adalah struktur badan awak, ujar Mejar Karim sambil mengubah maklumat baru pada skrin itu. Kali ini, kelihatan pula imej struktur badan pada skrin.
Pada tahun 2020 ketika awak mendaftar masuk ke Angkatan Tentera, kami telah mengesan sesuatu yang luar biasa dalam badan awak. Setelah dikenal pasti, kami mengesan suatu tenaga yang memberikan kepada awak satu sistem pertahanan diri untuk menghalang badan awak dijangkiti mana-mana virus yang berbahaya. Badan awak juga berupaya untuk menangkis sebarang serangan senjata biologi yang dihasilkan sama ada dalam bentuk gelombang mahupun bentuk-bentuk lain.
Biasalah, benda yang berharga agak sukar diperoleh. Atas persetujuan awak, kami telah menidurkan awak di dalam satu bilik khas dengan harapan apabila awak dibangunkan semula kelak, awak masih diperlukan! terang Mejar Karim panjang lebar. Hakimi diam sahaja. Dia mula mengerti.
Mengikut kata doktor 30 tahun yang lalu, tenaga baru yang awak miliki itu akan hilang sedikit demi sedikit apabila usia awak meningkat. Jadi, untuk mengelakkan hal begini terjadi, awak telah ditidurkan bagi menghentikan tumbesaran awak serta aktiviti otak awak. Maka, usia awak tidak akan meningkat dan usia itu kekal sehingga tahun 2045, di mana awak diperlukan kali ini untuk menghalang musuh yang mempunyai teknologi baru untuk menyerang negara kita, sambung Mejar Karim sambil tersenyum.
Dalam erti kata lain, awak menjadi senjata rahsia bagi menghalang zombie ciptaan tentera Wilayah Barat. Sistem pertahanan yang awak miliki amat berguna. Ia mampu melawan sistem kawalan otak yang dikeluarkan oleh zombie itu, celah Jeneral Zainal. Hakimi terpaku seketika. Mulutnya tidak berdaya untuk bersuara.
Sebentar tadi, awak telah dihantar ke kawasan hutan Seksyen 3A dan awak telah berjaya menumpaskan musuh. Tapi, pada anggapan kami, musuh itu mungkin adalah salah seorang manusia eksperimen pihak musuh dan berkemungkinan dia akan bangun semula. Kami akan menghantar awak semula ke sana tapi bukan sekarang! Awak diarahkan untuk berada di dalam bilik dan tidak dibenarkan keluar daripada kawasan kem sehingga diberitahu!
Kata-kata Jeneral Zainal itu membuatkan Hakimi tersentak. Dia tidak menyangka lawan yang telah ditumpaskan tadi mungkin akan hidup kembali. Dia beredar setelah dibenarkan. Dalam perjalanan, fikiran menjadi serabut. Pelbagai anggapan hadir dan melingkari fikirannya. Dia menghampiri biliknya. Apabila pintu bilik terbuka, dia terus merebahkan diri di atas katil. Dia memandang ke luar tingkap. Malam cukup cantik. Bulan mengambang penuh. Bintang-bintang berkelipan indah. Dia menjadi asyik.
Kemudian, pintu bilik terbuka. Rakannya, Akram berada di muka pintu. Dia memandang ke arah Hakimi. Hakimi membalasnya. Dia mengharapkan pertolongan Akram.