Misalnya masih ada pepokok utu hidup di bumi jajahan kita inen, mengkema sekaliannya akan dihukum bunuh!
Kesemua 18 orang ketua panglima terpilih itu menggeletar lutut apabila mendengar arahan keras Maharaja Sutan Lembayung. Mereka faham bahawa dengan titah itu, mereka mesti hapuskan keladi gajah di Pulau Nabui. Jika masih ada pokok itu, hukuman yang menunggu mereka lebih menakutkan.
Tanpa membuang masa, pada petang itu juga sebarisan panglima berkuda dari Istana Binjinga menuju ke rumah Karkuma. Waktu itu Karkuma di halaman rumah berbual dengan pokok-pokok bunga peliharaannya. Sebatang pokok keroi telah berbisik padanya akan kedatangan kumpulan panglima istana itu, dan berpesan di mana harus Karkuma sembunyikan Al-Qufli.
Kethak-kethak...kethakk-kethuk...khetak-khetak, Bunga-bunga kecil bulat berwarna merah menyala pokok itu berlagu-lagu bunyinya, seolah-olah menegur Karkuma.
Hal apa yang mau dikau sampaikan Tanya karkum pada pokok keroi itu. Disorok akanlah guru Qufli di dalam kawah yang bertiarap. Pokok keroi itu mengakhiri bisikannya pada Karkuma.
Segera Karkuma menyuruh Al-Qufli bersembunyi di bawah kuali besar yang ditelangkupkan.Panglima istana akan datang lagi, idak bertujuan menangkap orang dagang tapi mau dipunah akannya segenap pokok keladi gajah yang ada, kata Karkuma.
Al-Qufli menurut sahaja apa yang disuruh. Dia menyusup bersembunyi di bawah kuali besar yang ditelangkupkan bersama selonggok kayu api, di belakang rumah. Kemudian, Karkuma kembali ke halaman rumah menyambung kerja, berpura-berpura tenang untuk mengelak daripada disyaki.
Bergegar halaman rumah Karkuma apabila 18 ekor kuda ditunggangi panglima Istana Binjinga lengkap berpakaian seragam menyusul tiba. Biadap sungguh panglima-panglima itu, langsung tidak menghormatinya. Beberapa pokok bunga mawar, melur, keroi, keruntum, kemboja, melati, orkid dan berbagai-bagai jenis bunga yang terdapat di halaman rumah Karkuma habis diredah kuda-kuda hingga lunyai.
Malah rumput yang umpama permaidani hijau menyelimuti halaman itu, habis mengelupas. Terdengar di telinga Karkuma pokok-pokok bunga melalak-lalak menahan sakit terjahan kuda-kuda. Rumput-rumput pula mememkik melolong menahan azab terjahan ladam kuda.
Karkuma tidak daya hendak melawan 18 orang panglima istana itu, atau menghalang 18 ekor kuda dari menyerbu masuk halaman rumahnya, kecuali memerhatikan sahaja gelagat mereka. 18 orang panglima istana laju turun dari kuda masing-masing dan kemudian melibas kuda-kuda mereka itu supaya pergi menerjah ke kawasan belakang rumah Karkuma.
Ketika itu tibalah giliran pokok keladi gajah pula habis hancur dipijak-pijak oleh 18 ekor kuda, sambil panglima-panglima itu memerhatikan dari halaman rumah. Mereka takut pergi bersama kuda-kuda itu untuk menerjah pohon keladi gajah. Mereka sangat takutkan pohon keladi gajah yang boleh menelan azimat sihir yang ada pada mereka.
Pokok-pokok kunyit di sekeliling kawasan itu juga hancur dipijak dan dilenyek menjadi padang jarak padang tekukur.
Panglima-panglima istana itu langsung tidak menjengah atau meredah ke dalam rumah dan di keliling kawasan rumah Karkuma mencari kalau-kalau ada orang dagang. Benarlah apa yang dibisikkan oleh pokok keroi kepada Karkuma, tujuan mereka hanya menghapuskan keladi gajah di belakang rumah Karkuma.
Tuk Pagai sekeluarga yang datang pada malam itu untuk sambung mendalami ilmu ajaran Arshi, terkejut melihat keadaan di belakang rumah Karkuma.
Gebah jadinya daku, lalu di mana pula nanti akan kami sorok guru Qufli Tanya Tuk Pagai.
Mentara nen dak bagak dema mau datang sini, jawab Karkuma.
Namun, kami kena lekas-lekas mengaji serba serbi hal ajaran Arshi, agar guru Qufli lekas-lekas dapat tinggal akan Pulau Nabui, kata Teggal.
Mereka bersetuju dengan cadangan Teggal. Bersungguh-sungguh mereka menelaah kitab Arshi sepanjang malam itu. Ketika waktu mencecah tengah malam, tiba-tiba hujan lebat mencurah-curah, diikuti guruh dan petir sabung-menyabung.
Sekian lama Pulau Nabui tidak ditimpa hujan. Enam bulan penduduk di Pulau Nabui kekeringan dan mereka hampir berdepan dengan kemarau. Tanaman padi di Pulau Nabui kurang menjadi. Sayur-sayuran juga tidak lagi sesegar seperti sebelumnya. Buah-buahan makin kekurangan zat. Binatang ternakan makin kurus. Tetapi bermula malam ini segalanya berubah. Hujan tidak henti-henti mencurah. Telaga di setiap rumah kembali penuh. Tasik mula menakung air, manakala sungai juga kembali bergelodak menyuruh ikan kembali berenang di permukaan air.
Hujan semakin lebat. Malam semakin lewat. Tuk Pagai sekeluarga harus pulang. Disebabkan sangat rindukan hujan, mereka pulang tanpa menunggu hujan teduh. Dan, hujan sememangnya tidak reda sehingga pagi.
Pagi itu, semasa hujan renyai-renyai. Seperti biasa Karkuma ke halaman rumah melihat pokok bunga. Kemudian dia ke belakang rumah untuk melihat-lihat kawasan semak yang menjadi lapang dilenyek panglima berkuda.
Sedang bersiul-siul sambil berjalan tiba-tiba Karkuma terhenti. Kakinya menjadi keras dan kaku, tidak berganjak walau seinci pun. Matanya terbeliak luas dan tidak berkerdip memandang ke arah kawasan semak. Terkejutnya tidak terhingga, dia rebah melutut di tanah. Renyai hujan masih membasahi bumi. Sirehpani menjenguk di muka pintu dapur dan terus mendapatkan Karkuma.
Terlopong mulut mereka. Masing-masing tidak terkata dengan apa yang dilihat. Kawasan semak yang dipenuhi keladi gajah dan kunyit, yang kelmarin dimusnahkan oleh panglima istana, kini kembali seperti sedia kala. Kawasan semak dipenuhi semula dengan pohon keladi gajah dan kunyit. Malah lebih banyak dan lebat dari semalam.
Karkuma dan Sirehpani hanya mampu mengangkat kedua tangan menadah ke langit, berterima kasih pada Tuhan. Al-Qufli terpegun melihat kejadian itu dari dalam rumah Karkuma. Tidak diduga oleh dia keajaiban yang sebegitu rupa terjadi di tanah Pulau Nabui. Tuk Pagai dan keluarga dipanggil melihat keajaiban itu.
Inen penaka bingkisan dari Dianya kepada kami. Mangaseh ya Dewa Arshi. Kata Tuk Pagai. Kalu orang maharaja dapat tau, apa mesti kami buat Tanya Teggal.
Adanya mengkema berserahlah kepada Dianya yang lebih tau. Jawab Al-Qufli.
Pembelajaran tentang ajaran Arshi semakin meresap dalam jiwa Karkuma dan keluarga Tuk Pagai. Pada masa sama, dengan secara sembunyi dan perlahan-lahan Karkuma dan Tuk Pagai mula menziarah jiran-jiran, menyebar dan mempengaruhi mereka mengenai agama Arshi, kecuali keluarga Nanang.
Berita bahawa hampir semua jiran di sekeliling kawasan rumah Karkuma dan Tuk Pagai menganut ajaran Arshi membahagiakan Al-Qufli. Beliau sendiri sebenarnya tidak dapat melaksanakan tugas itu kerana terpaksa berkurung di rumah Karkuma. Namun beliau banyak memberi bimbingan kepada Karkuma dan Tuk Pagai untuk menyebarkannya.
Selain itu, pengaruh Karkuma yang pernah bekerja di Bangkir Ghadabi membuatkan dia mudah dikenali dan dikasihi masyarakat setempat menyenangkan dia mempengaruhi orang ramai menganut agama Arshi.
Selain keluarga Tuk Pagai, antara orang terawal yang menganut ajaran Arshi ialah Balungga, bekas tukang kebun Bangkir Ghadabi yang juga pembantu Karkuma. Turut menerima ajaran Arshi ialah seorang lagi pembantu Karkuma ketika sama-sama bekerja di Bangkir Ghadabi iaitu Hakap. Malah hampir semua pekerja dan kuli-kuli Bangkir Ghadabi menganut ajaran Arshi. Kuli pertama menganut Arshi ialah Jianok.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, selang dua bulan kemudian, tamatlah pengajian Karkuma dan Sirehpani mengenai ajaran Arshi. Dan hingga ke hari itu, pohon keladi gajah dan kunyit terus hidup subur di belukar belakang rumah Karkuma. Tiada siapa yang mengganggu. Dan tibalah masanya Al-Qufli berangkat meninggalkan Pulau Nabui.
Udah masanya daku harus pergi dari Pulau Nabui. Kalian harus mengharungi kehidupan baru bersama ajaran Arshi. Jadikannya bekalan selagi bernyawa, demi kehidupan. Setialah kepada ujian hidup. Tanpa ujian, maka idak ada yang perlu diselesaikan. Kalu manusia hidup tanpa ada yang perlu diselesaikan, maka hiduplah manusia umpama mati, demikian pesan dan hujah Al-Qufli di hadapan 20 orang Kampung Seruntum yang memeluk agama Arshi.
Selepas itu, mereka yang berkumpul di rumah Karkuma, berunding menyusun strategi hendak menyeludup Al-Qufli keluar dari Pulau Nabui pada malam itu juga.
Beberapa orang kampung yang ada diberi tanggungjawab membantu Al-Qufli keluar. Menyediakan bekal makanan, perahu dan sebagainya.
Pada lewat malamnya, ketika seluruh pulau Nabui diselubungi senyap dan sunyi, Al-Qufli pun sudah bersedia untuk berangkat. Hanya kemuraman menemani cahaya bulan . Bintang-bintang pun seakan-akan menangis. Kehibaan hati mereka yang berada di rumah Karkuma untuk menghantar Al-Qufli meninggalkan Pulau Nabui, tidak dapat digambarkan.
Hiba dihati ku merelakan guru Qufli berangkat. Moga perjalanan guru diiringi oleh Dianya, kata Karkuma seraya menerima kitab Arshi dari tangan Al-Qufli.
Usah berduka wahai Karkuma. Ada bahagia sedang mendekati dikau, Al-Qufli tersenyum memeluk Karkuma, Tuk Pagai, Teggal dan yang lain-lain.
Dua orang saja ditugaskan berada di pelabuhan untuk mengelak dari diketahui orang ramai. Mereka mengiringi Al-Qufli menaiki perahu.
Tali perahu yang dinaiki Al-Qufli dilepaskan ke laut, perahu bergerak ke tengah makin lama makin jauh menghilang ditelan dek kegelapan Subuh yang masih muda.
Demikian halnya bak kata Al-Qufli, dalam kehidupan manusia harus sedia menerima perubahan pada setiap masa. Itulah nasihat terakhir Al-Qufli kepada pengikut ajaran Arshi sebelum orang dagang itu berangkat meninggalkan mereka.
Ada bahagia sedang mendekati... Ini pula kata-kata akhir Al-Qufli kepada Karkuma. Terngiang-ngiang telinga Karkuma, Ada bahagia sedang mendekati...bahagia apa gamaknya Bisik hatinya sambil menjamah ubi gadung rebus, hidangan buat sarapan di pagi yang hening. Di pagi genapnya tiga bulan Al-Qufli tinggalkan Pulau Nabui. Pagi itu mata Karkuma galak berlegar memerhati setiap sudut tubuh isterinya.
Wahai kekasih ku, tembam elok paras yayi awok tengok. Badannya nen tokok putih gebunya pula. kata Karkuma sambil menggenggam erat tangan Sirehpani yang hanya tersenyum dan terus tersenyum.
Ehkanyor senyumnya Tanya Karkuma. Sirehpani tersipu-sipu senyum tanpa sebarang jawapan dari pertanyaan itu.
Awok, ada sepekara yang mau yayi cakap, bersinar-sinar wajah Sirehpani ketika memandang suaminya. Kejelitaannya selama ini yang hampir terabai kini terpancar kembali memikat hati Karkuma.
Awok tengok nen, Sirehpani menyelak baju menunjukkan perutnya pada Karkuma. Tengok apa
Hnnntambunnya, Karkuma tersengih melihat perut isterinya yang agak membuncit sedikit tetapi dia masih hairan lalu bertanya, Ada apa, yayi Sirehpani capai telapak tangan Karkuma dan diletakkan di atas perutnya.
Rasarasa, ada apa Sirehpani berkata lagi sambil menggapai tangan Karkuma untuk menyentuh perutnya.
Ada buah! Jawab Karkuma tersenyum dan ketawa sedikit, menyangka isterinya ajak bergurau. Sirehpani dengan penuh manja muncungkan muka berkata, Aduhai...
Ada buah hati yayibuah hati awok. Pujuk Karkuma memandang wajah isterinya dengan penuh rasa cinta yang sangat mendalam, dan dia masih tidak faham apa sebenarnya Sirehpani cuba sampaikan padanya.
Yayi kekasih ku, cakapkanlah ada apa dengan perut yayi nen Pujuk Karkuma lagi.
Ada anak...anak kami, awok. Kata Sirehpani sambil tersenyum, memandang tepat pada wajah Karkuma yang kelihatan terpinga-terpinga buat seketika sebelum dia meluahkan kata-katanya, Yayi mengandung
Karkuma seolah-olah baharu tersedar dari lamunan tetapi perasaan keliru tetap ada sehingga membuatkan dia berpeluh. Maklumlah mereka sudah 20 tahun berkahwin. Usia Karkuma pula sudah menjangkau 40 tahun dan Sirehpani 36 tahun. Dia tidak terfikir langsung isterinya akan hamil. Ditambah pula dengan peristiwa Nanang pernah meracuninya selama ini, semakin mustahil Sirehpani mengandung. Itulah yang sempat terfikir di dalam benak Karkuma.
Hnn... Sirehpani mengangguk, Udah tiga kali bulan purnama. Jelasnya lagi sambil mengusap-ngusap perutnya. Karkuma gembiranya tidak terkira.
Daku bakal punya anak! Dikucup dahi isterinya berkali-kali turun ke hidung, ke bibir, dan habis seluruh muka Sirehpani dicium-cium dengan penuh mesra kasih sayang. Kemudiannya dalam sekelip mata, dia hilang dari pandangan mata Sirehpani.
Karkuma mendongak ke langit menadah dua tangannya. Mangaseh daku panjatkan kepada Dianya yang mendengar.
Karkuma berlari menuju kawasan semak di belakang rumah memberikan khabar gembira tentang kehamilan Sirehpani kepada pokok-pokok yang ada di situ termasuk pokok keladi gajah dan pokok kunyit.
Karkuma berambat pula di kawasan halaman rumah, menyampaikan khabar gembira kepada pokok-pokok bunga. Khabar itu disambut girang oleh pokok-pokok bunga apabila semua dedaunnya bergerak-gerak, bunga-bunganya pula mengembang mekar memberikan sinar pada warnanya, lalu berbunyilah suara-suara pokok bunga yang banyak itu kedengaran di telinga Karkuma: Kami pepokok turut rasa girang dan bahagia, wahai Karkuma.
Karkuma mengangguk girang. Kemudian dia berlari pergi menyampaikan berita itu pada Tuk Pagai sekeluarga. Bertambah kegembiraan mereka yang kebetulan dalam masa tiga bulan lagi pula, Saruni isteri Teggal bakal melahirkan anak sulung mereka.
Dalam pada itu Karkuma tidak pernah berhenti berusaha mengembangkan ajaran Arshi kepada orang ramai. Oleh kerana reputasinya yang baik, dia berjaya mengundang sedikit demi sedikit para sahabatnya dari golongan Nabui Hakir menerima ajaran Arshi sebagai agama mereka.
Karkuma bukan sahaja merubah kepercayaan mereka terhadap Tuhan, tetapi juga memperbaiki kehidupan orang Nabui Hakir. Bagaimanapun mereka terus berpura-pura menghadirkan diri ke bangkir, kerana hendak mengelakkan dari pengetahuan pihak kerajaan, yang mengharamkan agama lain selain Huku di seluruh negeri Tanah Nabui dan Pulau Nabui.
Orang Nabui Hakir yang menganut ajaran Arshi diberi tunjuk ajar cara berdagang. Selama ini barang dagangan mereka tiada pembelinya dari golongan Nabui biasa kerana orang Nabui biasa enggan berurus niaga dengan mereka, kecuali Karkuma dan Tuk Pagai serta sedikit sangat orang Nabui biasa yang lain.
Orang Nabui Hakir yang menganut ajaran Arshi diajar cara berdagang dengan baik, iaitu mempastikan mutu barang dagangan mereka mestilah bermutu tinggi dan canggih. Mereka disuruh menghormati pelangan, tidak kira miskin atau kaya, cantik atau hodoh.
Satu sistem perdagangan dalam kelompok penganut Arshi telah disusun. Orang Nabui biasa terpaksa akui barangan perniagaan orang-orang Nabui Hakir sangat bermutu dan menarik perhatian ramai. Yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem itu ialah Karkuma dan Teggal. Ini menjadikan kerja rutin Karkuma dan Teggal semakin sibuk.
Segala-galanya berjalan dengan cukup pantas. Sehinggalah tanpa disedari Saruni, isteri Tenggal hendak melahirkan anak. Seluruh keluarga sangat gembira termasuk Karkuma dan Sirehpani yang menunggu tiga bulan lagi untuk gilirannya pula bersalin. Teggal dikurniakan anak perempuan diberi nama Bini.
Bini...elok nama tu, daku suka. Kata Teggal mengenai alasannya memilih nama itu.
Nama dak usah berjela, asal ada memberi azimat kepada yang ampunya badan, sambungnya. Tuk Pagai dan Mak Mandeh sedikit pun tidak membantah, mereka bersetuju dengan nama cucu sulung mereka itu. Yang penting bayi itu dilahirkan selamat dan tiada cacat celanya.
Ramailah penganut Arshi tidak kira orang Nabui biasa atau Nabui Hakir menziarahi kelahiran Bini. Dan sejak itulah baharu Karkuma dan Tuk Pagai lebih sedar rupa-rupanya jumlah penganut agama Arshi sudah makin bertambah ramai, diluar jangkaan mereka. Dan memang itulah antara ajaran yang terdapat dalam agama Arshi yang tiada dalam agama Huku.
Setiap kali ada kelahiran, mereka digalak menziarahi bayi baharu lahir hingga berusia 14 hari, kerana dipercayai akan dapat ganjaran dari Tuhan langit. Bini diisytiharkan bayi beragama Arshi pertama bangsa Nabui.
Hampir setiap hari ada sahaja orang datang melawat Bini di rumah Tuk Pagai dan pada masa sama ramai datang untuk memeluk agama Arshi. Sejak ada Bini, kehidupan Tuk Pagai, Mak Mandeh, Teggal dan Saruni bertambah ceria dan tidak kering gusi dihiburkan oleh keletah Bini yang mencuit hati serta wajahnya yang comel berseri.
Hampir seluruh penduduk Kampung Seruntum memeluk agama Arshi, kini cerita mengenai agama baharu itu tersebar di beberapa kampung lain, seterusnya ke bangkir-bangkir kecil setiap daerah.
Bagaimana pula dengan bangkir-bangkir yang lebih besar Apa akan jadi apabila berita ini tersebar hingga ke bangkir negara iaitu Bangkir Ghadabi