Jejawi Tua - 9
Bab 9

RUPA-RUPANYA Salmiah tidak balik bersendirian. Walaupun sewaktu Pak Syuaib menjemput anak daranya di pekan, dia bersendirian, pagi-pagi kemudian muncul sebuah kereta yang cukup dikenali oleh Pak Syuaib dan Mak Limah. Kereta yang dipandu sendiri oleh Rosman merayap masuk dan kemudian diparkir di sudut halaman. Bersama-sama Rosman adalah seorang jejaka yang cukup kacak dan kelihatan seperti orang bandar. Kamil ialah kawan baik Rosman. Pada masa yang sama, Kamil juga sebenarnya ialah teman lelaki Salmiah. Rosman yang menyarankan agar Kamil pulang ke Kampung Sungai Teja bersama-samanya. Tujuannya adalah untuk diperkenalkan kepada Mak Limah dan Pak Syuaib.

Pukul berapa bertolak dari sana

Pak Syuaib membuka bicara tatkala mereka semua berada di meja makan untuk bersarapan.

Tengah malam tadi,

jawab Rosman bagi pihak Kamil. Kamil mengangguk-angguk, bersetuju dengan katakata Rosman. Salmiah menuangkan air kopi panas ke dalam cawan-cawan. Kemudian memberikan cawan-cawan yang sudah berisi air kopi panas dan berlapik piring kecil kepada Rosman, Kamil, Pak Syuaib dan Mak Limah. Manakala Mak Limah pula menyendukkan nasi lemak yang dimasaknya sendiri.

Awak dah bekalkan nasi lemak ini untuk budakbudak dua orang tu

tanya Pak Syuaib.

Sudah... ada di dapur tu. Ada dua botol kopi. Nanti tengah hari, awak jemput si Sahak dan Budin tu untuk makan tengah hari di rumah.

Apa kata kalau kita pergi makan di ladang tu satu keluarga

Salmiah cuba memberikan cadangan. Pak Syuaib tersengih.

Kamu ni sudah gila barangkali. Kamu sanggup makan nasi dengan bau taik ayam dan taik kambing tu

Pak Syuaib bertanya kembali.

Tu belum kira lalat lagi.

Apa salahnya... bukannya taik ayam atau taik kambing tu melompat masuk ke dalam makanan kita. Lagipun kita kan makan di dalam kelambu.

Kata-kata Salmiah disambut gelak tawa Rosman. Sedangkan Kamil pula cuba berlagak tenang, sekalipun mimik mukanya menunjukkan dia sebenarnya tidak begitu selesa dengan cerita tentang najis ayam dan najis kambing. Apatah lagi untuk makan tengah hari di kawasan ladang ayam Pak Syuaib. Riak wajahnya dapat dilihat oleh Pak Syuaib dan Mak Limah. Mak Limah segera menyigung lengan Salmiah sambil mengisyaratkan kepada Kamil yang kelihatan tunduk. Salmiah ketawa mengekek.

Kalau nak jadi ahli keluarga ni, kenalah biasabiasakan diri dengan tahi ayam dan tahi kambing,

Salmiah bersuara selamba.

Kena juga berkawan dengan lalat dan ulat berenga.

Isy, engkau ni, Salmiah... cakap tu biarlah bertapis sedikit.

Mak Limah memarahi anak gadisnya. Namun teguran Mak Limah tidak sedikit pun membungkamkan mulut Salmiah, sebaliknya tawanya semakin mengekek. Nada tawanya membuatkan Mak Limah merenung Salmiah dengan kerut tebal di dahinya. Nada itu mengingatkan Mak Limah kepada seseorang. Ingatan itu mendorongnya untuk menghentikan tawa Salmiah.

Kenapa dengan kau ni, Salmiah Cubalah bersopan sedikit. Ni depan makanan, depan tetamu lagi, kau buat perangai!

marah Mak Limah. Pak Syuaib tidak campur tangan. Dia lebih sibuk menggulung rokok daunnya. Sedangkan Rosman pula masih asyik dengan akhbar yang baru dibelinya ketika sampai di pekan subuh tadi. Mungkin ada berita menarik yang terpapar di akhbar tersebut, membuatkan Rosman terlupa tentang masakan kegemarannya, nasi lemak yang telah disediakan oleh Mak Limah sebaikbaik sahaja kepulangannya.

Kalau nak ke ladang, kenalah cepat sedikit. Budakbudak tu barangkali dah sampai,

Pak Syuaib bersuara perlahan. Rosman panggung kepala.

Ayah tak payahlah pergi ke ladang dulu pagi ni. Ada perkara yang nak dibincangkan,

katanya.

Nak bincang apa Kenapa tak boleh dibincangkan sekarang

Pak Syuaib menggentel-gentel tembakau jawa yang bakal dihisap asapnya sebentar nanti.

Ni perkara besar.

an a

Perkara besar

Pak Syuaib kerutkan dahinya.

Perkara apa

Kamil mengangkat muka. Dia kelihatan serba-salah. Lebih tepat lagi, kelihatan malu-malu. Sedangkan Pak Syuaib kelihatan cukup selamba seolah-olah sudah dapat membaca apa sebenarnya yang diinginkan oleh anak muda yang baru kali pertama datang ke rumahnya itu.

Si Kamil ni hah....

Rosman tidak meneruskan kata-katanya tetapi memberikan isyarat agar Kamil menyuarakan sendiri tujuan sebenar kedatangan ke kampung itu. Kamil mengisar-ngisar buntutnya seolah-olah ada duri dan api di atas kerusi yang didudukinya. Sedangkan pada masa yang sama, Salmiah tersenyumsenyum bagaikan terhibur dengan gelagat Kamil.

Cakaplah... sebelum ni bukan main garang lagi. Takkan sekarang dah jadi pendiam pula

Rosman menyindir Kamil. Kamil menyapu-nyapu belakang tengkuknya. Kegelisahannya terlalu ketara.

Apa benda yang nak dicakapkan Cakaplah,

Pak Syuaib bersuara lembut.

Saya... saya sebenarnya sukakan Salmiah....

Kamil tergagap-gagap.

Habis tu

Saya bercadang nak meminang Salmiah.

Bila

Mak Limah pantas bertanya.

Kalau pak cik dan mak cik bersetuju, ibu bapa saya akan datang dalam dua minggu lagi.

Kamil bersuara lancar. Kegugupannya tadi, hilang apabila reaksi yang diberikan oleh Pak Syuaib dan Mak Limah jelas berpihak kepadanya.

Ibu bapanya duduk di mana

Mak Limah bagaikan mata-mata gelap sedang menyoal si pesalah.

Di Kuala Lumpur. Kami memang orang Kuala Lumpur.

Apa kerja ibu bapa Kamil

Pak Syuaib mencelah.

Berniaga.

Mereka pernah berjumpa Salmiah

Pernah. Dah banyak kali.

Emak dan ayah Kamil bersetuju dengan pilihan Kamil

Setuju. Emak dan ayah saya tidak ada halangan.

Mereka tidak kisah ke dengan bakal menantu mereka yang berasal dari kampung

Pak Syuaib seolah-olah enggan melepaskan Salmiah untuk dijadikan isteri Kamil.

Mereka tidak kisah. Asalkan saya suka dan bahagia, mereka menurut sahaja.

Kami bukan orang kaya.

Pak Syuaib menggulung rokok daunnya yang entah ke berapa.

Semua manusia sama sahaja. Yang membezakan hanyalah iman dan takwa.

Pak Syuaib tersenyum dan mengangguk-angguk.

Baiklah kalau dah macam tu.

Pak Syuaib merenung muka Kamil.

Dua minggu ya

Kamil mengangguk deras.

Mak cik dan pak cik akan kumpulkan kaum keluarga. Kamil tetapkan tarikh dengan emak ayah Kamil.

Wajah Salmiah berseri-seri. Senyuman tidak putusputus meniti di bibirnya. Sedangkan Rosman pula tersengih-sengih mengusik Kamil dan Salmiah.

Kalau tak ada apa-apa lagi, ayah nak ke ladang ayam,

beritahu Pak Syuaib kepada Rosman.

Kasihan pula dengan Sudin dan Sahak. Banyak kerja yang perlu dibuat hari ini.

Saya nak ikut.

Kamu cuti berapa hari

Tiga hari.

Pak Syuaib menghela nafas panjang.

Terpulanglah.

Kalau ya pun, bapanya habiskan dulu makanan tu. Sayang dibuang begitu sahaja,

tegur Mak Limah apabila nasi lemak yang disendukkan ke dalam pinggan Pak Syuaib langsung tidak terusik. Pak Syuaib bagaikan baru sedar dia belum lagi menjamah makanan yang telah dimasak oleh isterinya itu. Rokok daunnya yang masih belum dinyalakan, diletakkan di tepi pinggan. Dia mencapai sudu dan garfu. Sarapan pagi itu sungguh menyelerakan. Orang yang paling berselera, sudah tentulah Rosman. Manakala Kamil pula masih lagi malu-malu, apatah lagi dengan usikan Salmiah yang begitu gembira kerana Kamil telah melafazkan perjanjian dengan ibu bapanya. Sedangkan Pak Syuaib dan Mak Limah pula tidak bersuara walau sepatah pun. Mereka juga tidak menunjukkan sebarang reaksi tentang keizinan yang dipinta oleh Kamil sebentar tadi. Sebaik-baik sahaja nasi lemaknya sudah habis, begitu juga dengan air kopi di dalam cawannya habis diteguk, Pak Syuaib terus bangun dan mengambil rokok daunnya yang terletak di tepi pinggan. Tanpa sebarang kata, dia terus melangkah ke arah pintu.

Ayah pergi dulu. Kamu susul nanti,

beritahu Pak Syuaib kepada Rosman.

Baiklah, ayah.

Mak Limah bangun dan berjalan ke meja tempat dia meletakkan bekal nasi lemak serta dua botol air kopi. Selepas mengambil bekal tersebut, dia tergesagesa mendapatkan Pak Syuaib yang sedang menunggu di luar.

Abang nak pergi ke ladang ayam

Salmiah bertanya kepada Kamil.

Yalah, teringin juga nak tengok apa yang ada di sana.

Apa yang ada Tahi ayam, reban ayam, ayam, kambing, kandang kambing, pokok pisang....

Rosman ketawa mengekek.

Aku tak pernah tinggal di kampung. Mungkin aku boleh belajar sesuatu di sana.

Kamil ternyata tidak senang dengan giat Rosman.

Kalau nak pergi, lekas makan,

gesa Mak Limah.

Sal pun nak pergi sekali.

Kamu tolong emak di rumah.

Wajah Salmiah terus berubah. Mungkin dia tidak menyangka, ibunya akan menghalang keinginannya itu.

Ada banyak kerja yang hendak dibuat. Lagipun, biarlah orang lelaki yang pergi ke ladang. Orang perempuan tinggal di rumah... selesaikan kerja-kerja di rumah,

Mak Limah seperti cuba menerangkan tujuan dia menghalang keinginan Salmiah. Salmiah tidak membantah tetapi mukanya masam mencuka.

Lepas habis tolong emak nanti, Sal datanglah ke ladang,

Rosman cuba memujuk adiknya. Rosman dan Kamil menghabiskan sarapan masingmasing. Kemudian tergesa-gesa keluar dari rumah. Pak Syuaib sudah pun berada jauh daripada mereka. Pun begitu deruman enjin motosikalnya masih kedengaran dengan jelas. Rosman dan Kamil terpaksa mengatur langkah. Jalan ke ladang ayam Pak Syuaib tidak sesuai untuk perjalanan menggunakan kereta. Pun begitu jaraknya tidaklah terlalu jauh untuk memenatkan mereka.

Boleh ke si Kamil tu pergi ke ladang ayam

Mak Limah bagaikan tidak yakin dengan bakal menantunya.

Kenapa pula tak boleh

Dia bukannya biasa dengan keadaan macam ni. Kena gigit nyamuk, berkudis pula kulitnya nanti.

Salmiah terus ketawa.

Mak, kat bandar tu lagi dahsyat. Bukan setakat nyamuk biasa, nyamuk aedes, nyamuk tiruk, nyamuk J.E pun ada, mak.

Tu nyamuk pekan. Tak sama macam nyamuk kampung. Nyamuk pekan bawa penyakit. Nyamuk kampung bawa masalah.

Samalah tu.

Kedua-dua beranak itu ketawa. Pun begitu, tawa Salmiah hanya sebentar. Wajahnya kembali masam tatkala menolong ibunya mengemaskan meja makan. Perubahan itu disedari oleh Mak Limah. Pun begitu Mak Limah sekadar tersenyum dan memahami apa sebenarnya yang sedang bermain-main di dalam fikiran Salmiah. Pastinya Salmiah tidak mahu berpisah dengan Kamil dan ingin bersama-samanya walaupun ke ladang ayam. Mak Limah ada hak berbuat begitu. Sekalipun dia dan Pak Syuaib mungkin berfikiran sedikit terbuka, namun orang kampung dan jiran tetangga pasti akan banyak mulut dan mempunyai fikiran yang songsang. Tentu sekali, orang kampung akan menggunakan kesempatan itu untuk mereka-reka dan memanjang-manjangkan cerita tentang Salmiah dan Kamil sekalipun anak daranya itu bersama bakal menantunya tidak melakukan sebarang kesalahan, biarpun hanya berpegangan tangan seperti di bandar. Sekalipun ada Rosman bersama-sama, orang kampung akan menjadikan cerita tersebut sebagai alasan untuk mengutuk dan mencela keluarganya. Saat Mak Limah membawa pinggan dan cawan yang sudah digunakan ke singki, secara tiba-tiba dia teringatkan seseorang. Sudah agak lama dia tidak menemui Ma Pah. Kehadiran Tok Tom malam tadi, pastinya turut mempunyai kaitan dengan Ma Pah.

Mak cadang nak melawat Ma Pah sekejap lagi. Selepas tu, barulah mak nak ke ladang ayam,

Mak Limah memberitahu Salmiah yang berada di sisinya.

Ma Pah Ma Pah mana

Mak si Rohani.

Oh, dia masih di kampung ni

Kalau dia tak duduk di kampung ni, ke mana pula dia nak pergi

Salmiah ketawa kecil. Barangkali geli hati menJejawi Tua5 dengar soalan yang keluar dari mulutnya dan jawapan yang diterimanya.

Dulu Rohani kata, dia hendak bekerja di bandar. Dah bosan tinggal di kampung dan bekerja kilang. Tentulah Ma Pah akan ikut sekali. Ma Pah kan tak boleh berpisah dengan Rohani,

balas Salmiah.

Eleh, takkan dibawanya Rohani tu.

Kenapa mak cakap macam tu. Tak baik, tahu!

Mak Limah mencebik.

Rohani tu tak mahu lagi duduk dengan Ma Pah kamu,

Mak Limah bersuara selamba.

Mana emak tahu Kan Ma Pah dengan Rohani tu, rapat sangat. Lebih rapat berbanding kita.

Rohani tu budak muda. Dia nak bebas. Dia tak mahu terkongkong.

Habis tu, takkan dia nak biarkan Ma Pah tinggal di kampung dan dia pula tinggal di bandar

Ma Pah kamu dah cuba jodohkan dia dengan anak saudara arwah suaminya dulu... si Fendi yang jadi cikgu tu. Tapi Rohani tak mahu. Katanya, dia dah ada teman lelaki tapi mak tak pernah tengok pun teman lelaki si Rohani tu. Cuma satu perkara yang mak perasanlah... Rohani tu tak pernah lekang dengan telefon tangannya. Setiap masa, melekap saja telefon tu di cuping telinganya.

Rohani tu cantik. Kalau dia di bandar, ramai orang kaya yang tertarik untuk jadikan dia sebagai isteri. Kalau tak isteri pertama, isteri kedua, ketiga atau keempat.

Ataupun gundik

Mak Limah jegilkan mata. Salmiah sekadar tersengih bagaikan kerang busuk dicurah air sungai.

Tak baik emak buruk sangka macam tu. Tak semua orang kaya di bandar tu yang berperangai buruk. Ada ramai yang berhati mulia dan banyak membantu orang miskin.

Lelaki, Salmiah... kebanyakan mereka, selagi boleh bernafas, selagi itulah hasrat nak tambah bini tidak pernah surut. Kalau tak disebabkan bini masingmasing merungut, boleh jadi dah berkongsi katil dan selimut.

Emak ni ada-ada sajalah.

Sal nak ikut mak tak

Pergi rumah Ma Pah

Salmiah cuba mendapatkan kepastian.

Yalah, lepas tengok Ma Pah, mak nak terus ke ladang ayam.

Mak kata, hari ni mak tak jadi pergi. Ada banyak kerja yang nak dibuat di rumah.

Mak Limah tersengih.

Mak dah masak nasi lemak. Mak dah bawa bekal untuk Sudin dan Sahak. Lauk untuk tengah hari pun mak dah masak. Cuma tinggal panaskan saja. Tengah hari nanti, kita balik makan di rumah. Mak nak ajak Sudin dan Sahak sekali.

Baik sungguh mak dengan Sudin dan Sahak, kan

Budak-budak tu baik.

Kan kedua-dua tu kacang hantu dalam kampung ni

Tanggapan orang kampung saja. Orang kampung mana boleh tengok orang lain bersenang-senang. Buruk sangka sajalah mereka. Mak perhatikan budak berdua tu memang baik dan rajin.

Mereka tak buat perangai

Sesekali tu adalah juga. Tapi cepat surutnya.

Ayah kata, mereka selalu curi tulang.

Budak-budak muda... biasalah. Tapi daripada diupah pendatang asing bekerja di ladang ayam tu, baiklah ada kedua-dua budak yang digelar kacang hantu tu. Setidak-tidaknya, duit kita masih beredar dalam negara. Taklah mengalir ke luar negara.

Salmiah pandang emaknya sambil mengerutkan dahinya.

Pandai mak cakap fasal ekonomi.

Mak dengar berita kat televisyen. Mak baca berita kat surat khabar. Tentulah mak tahu.

Baguslah kalau macam tu, mak.

Salmiah menyudahkan kerjanya. Tangannya dikeringkan dengan menggunakan tuala kecil yang sudah tidak lagi berwarna putih.

Tolong tanakkan nasi. Pakai periuk elektrik tu. Jadi, bila kita balik makan nanti, nasinya tetap panas.

Salmiah segera mengerjakan suruhan emaknya tanpa sebarang bangkangan. Hampir lima belas minit kemudian, kedua-dua beranak itu sudah pun berada di halaman. Sebelum melangkah, Mak Limah sempat berpaling ke arah pintu rumah.

Kamu nak kunci pintu rumah tu

tanya Mak Limah sambil membetulkan selendangnya.

Sudah... ini kuncinya.

Zaman sekarang ni, duduk dalam hutan pun, ada pencuri yang sanggup datang. Zaman dulu, pergi ke mana-mana nak tinggal rumah pun tak bimbang. Zaman akan datang, tak tahulah macam mana. Silapsilap rumah pun kena dibawa sekali. Kalau tidak, pencuri angkut rumah tu.

Salmiah tergelak. Kedua-dua beranak itu mengatur langkah. Pintu pagar dikunci semula oleh Mak Limah. Tatkala mengunci pintu pagar, dia menyorot pandang ke sisi rumah. Salmiah tidak perasankan perbuatan Mak Limah. Dia sedang asyik memerhatikan jalan tar kampung yang terbentang itu.

Huh, kenapa sekarang

bisik Mak Limah. Bisikannya agak keras, sekali gus membuatkan Salmiah berpaling ke arahnya.

Mak cakap apa tu

Err... tak ada apa-apa.

Mak Limah cuba bertenang dan berjalan menghampiri Salmiah. Pun begitu, Salmiah tidak berpuas hati. Dia cuba merapati pintu pagar tetapi lengannya segera ditarik oleh Mak Limah.

Tak payah tengoklah. Jom kita ke rumah Ma Pah.

Salmiah tetap tidak berpuas hati. Gelagat dan air muka emaknya sudah cukup untuk membuatkan dia tertanya-tanya apa sebenarnya yang cuba disembunyikan oleh Mak Limah.

Tak payah tengok!

Mak Limah terpaksa mengeraskan suaranya apabila Salmiah tetap ingin melihat apa yang dilihatnya di sisi rumah sebentar tadi. Suara keras Mak Limah, membuatkan Salmiah terpaksa akur. Pun begitu, kerut di dahinya jelas menunjukkan dia tetap ingin tahu apa sebenarnya yang telah berlaku. Dalam keadaan begitu, Salmiah tahu, dia tidak perlu bertanya kepada emaknya kerana Mak Limah pastinya tidak akan bercerita dengan tenang. Bahkan dia mungkin akan dimarahi.

Mak ada nampak Angah Soyah

Salmiah cuba mengumpan Mak Limah untuk bersuara dan bercerita.

Angah Soyah Tiba-tiba sahaja teringatkan dia, kenapa

Apa yang paling menarik di Kampung Sungai Teja ini selain daripada Angah Soyah. Anak yatim piatu yang terbiar dan tidak dijaga oleh sesiapa pun selepas kematian neneknya. Dari usianya lapan tahun sampailah sekarang, dia hidup dengan dirinya sendiri... tanpa kasih sayang, tanpa perhatian dan tanpa pelajaran.

Dah memang nasibnya.

Mak Limah bersuara selamba tanpa perasaan bersalah sedikit pun.

Memanglah nasibnya... cuma masalahnya, orang kampung ni pakat berkongsi dosa.

Benda dah lepas, Sal... Angah pun dah dua puluh tahun lebih sekarang ni.

Dosa mana boleh lepas mak. Ini dosa dengan manusia. Dosa dengan Tuhan, berdoa, minta ampun, bertaubat... insya-Allah, Allah ampunkan. Dosa dengan manusia, selagi manusia tu tak maafkan, tersangkutlah kita nanti.

Mak Limah tidak menjawab sebaliknya menelan liur dengan sedikit kepayahan.

Dia masih lagi menggetah burung

Itu sajalah kerja yang dia boleh buat. Kalau ada musim buah-buahan hutan, berguni-guni keranji, sentul dan setui yang dikeluarkannya.

Ayah tak pelawa dia kerja di ladang ayam kita

Kalau dia bekerja sekali, jawabnya jadi lauk si Sudin dan si Sahak la.

Kenapa tak dinasihati Sudin dan Sahak supaya tak membuli Angah Soyah

Mak Limah tidak mempunyai jawapan kepada pertanyaan Salmiah. Kedua-dua beranak itu sudah pun melewati beberapa buah rumah penduduk kampung. Tiada seorang pun yang menegur Mak Limah dan Salmiah. Sebaliknya masing-masing sekadar melemparkan pandangan dan cuba mengelak daripada bertembung pandang dengan Mak Limah mahupun Salmiah.

Ramai orang kampung ni dah bekerja di bandar. Ramai juga yang bekerja di kilang. Masing-masing dah sibuk dan mula berharta. Tak macam zaman tahun 70-an dulu. Semua orang susah. Kenderaan yang paling canggih pun cumalah basikal. Gaji pula tak pernah lebih daripada dua ratus ringgit sebulan,

Mak Limah mencetuskan perbualan dengan Salmiah.

Zaman dulu mak, mana nak sama dengan zaman sekarang. Kalau sekarang masih lagi hidup dengan gaji dua ratus ringgit, alamatnya kebanyakan rakyat negara ini, berbadan kurus kering macam pelarian Habsyah yang kebuluran tu la. Apa yang dua ratus ringgit boleh buat sekarang... jangankan nak bayar sewa rumah, nak beli makan pun belum tentu cukup.

Kadang-kadang mak rasa, hidup pada zaman dulu lebih baik daripada zaman sekarang. Zaman sekarang, bergerak sedikit, duit. Nak kencing pun kena bayar. Masa mak remaja dulu, kalau ada sepuluh ringgit, dah rasa macam orang kaya. Zaman sekarang, sepuluh ringgit Pergi ke kedai, beli sayur, beli ikan dah cecah tiga puluh ringgit sehari.

Ada kekurangan dan ada kelebihannya, mak.

Betullah cakap kamu tu, Salmiah. Sekarang negara dah maju. Semua orang sudah boleh pakai kereta. Tak ada lagi orang yang mandi di sungai atau hidup pada waktu malam dengan pelita ayan. Tak ada lagi orang yang terpaksa korek telaga untuk mendapatkan bekalan air minuman. Zaman sekarang, surat-menyurat pun dah tak penting. Mudah sangat... tekan nombor, dah dapat bercakap. Lebih mudah daripada menunggu surat yang datang beberapa hari kemudian,

kata Mak Limah lagi.

Zaman makin maju. Manusia makin sibuk dan tak cukup masa. Tetapi tuntutan agama tidak pernah berubah.

Air muka Mak Limah berubah. Kata-kata Salmiah jelas menyindirnya. Tentunya yang dimaksudkan oleh Salmiah ialah Angah Soyah.

Kamu ni, Sal... asyik benar nak bercerita tentang Angah Soyah. Ada apa-apa ke

Mak Limah menyoal dengan nada tidak senang. Salmiah tidak membalas. Senyuman berbunga di bibirnya. Rumah Ma Pah sudah tidak jauh lagi. Beberapa orang pemuda kampung yang berselisih dengan mereka, sempat berpaling ke arah Salmiah. Ada yang tersenyum-senyum. Ada yang mengangkat tangan. Malah ada yang menyapa dan menegur sopan. Salmiah membalas teguran dengan ramah. Sedangkan Mak Limah pula berwajah selamba seolah-olah tidak menyedari apa yang sedang berlaku.

Masih ramai budak-budak kampung ni yang tidak ke bandar,

Salmiah bersuara tatkala perjalanan diteruskan ke ladang ayam.

Kilang-kilang dah banyak. Yang berhijrah ke bandar pun, dah balik ke kampung.

Hidup di bandar, susah mak. Kalau gaji empat lima ratus, lebih baik balik ke kampung.

Mak Limah berpaling ke arah anak daranya itu.

Anehnya kamu dan abang kamu tak pula balik ke kampung, kan

Salmiah tersenyum lebar. Pertanyaan emaknya itu, lebih banyak menyindir. Antara golongan muda di Kampung Sungai Teja, Salmiah dan Rosman adalah antara yang berjaya dalam bidang pelajaran. Mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading. Selepas menamatkan pelajaran, mereka berjaya pula mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan masing-masing. Secara tidak langsung, membuatkan Mak Limah bersendirian dengan Pak Syuaib di kampung. Pun begitu, Pak Syuaib telah menetapkan keputusan. Walau apa pun yang berlaku, walau sesibuk mana pun Rosman dan Salmiah dengan pekerjaan mereka, kedua-duanya wajib pulang ke kampung pada hujung minggu. Kalau tidak, mereka tidak perlu lagi bekerja di bandar. Mak Limah sentiasa bersyukur kerana kedua-dua orang anaknya itu mendengar cakap. Setakat ini, mereka tidak pernah memungkiri janji untuk pulang ke kampung walau sesibuk mana pun. Kecuali mereka dihantar bekerja di luar daerah dan jauh dari Kampung Sungai Teja, baik Rosman mahupun Salmiah tidak pernah ingkar dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Pak Syuaib. Namun kini sudah wujud kebimbangan yang sukar hendak diterangkan kepada sesiapa pun, termasuklah kepada Pak Syuaib. Kehadiran Tok Tom memberikan petanda buruk. Biarpun mungkin Tok Tom tidak akan mengganggu Salmiah, Rosman apatah lagi Pak Syuaib, namun Tok Tom pasti akan menuntut janji.

Setidaktidaknya mereka sekeluarga akan terlibat dengan janji tersebut. Perjalanan sudah kian hampir dengan rumah Ma Pah. Setengah perjalanan memberi peluang kepada Salmiah untuk melihat suasana kampungnya yang masih tidak banyak berubah. Namun sesuatu yang agak aneh kepadanya ialah sikap emaknya yang tidak banyak bercakap. Mak Limah lebih banyak mendiamkan diri, malah lebih tepat lagi seolah-olah ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya. Sememangnya ada pertanyaan yang bermain-main di fikirannya. Namun Salmiah memilih untuk tidak bertanya. Mungkin emak dan ayahnya ada masalah. Disebabkan masalah itulah, emaknya lebih banyak mendiamkan diri biarpun sewaktu di rumah, dia banyak bercakap. Mungkin perjalanan itu memberikan kesempatan kepadanya untuk berfikir dan mencari jalan menyelesaikan masalah antara mereka berdua. Salmiah sebenarnya tidak pernah melihat emak dan ayahnya bergaduh. Sekalipun kedua-dua ibu bapanya bermasam muka, dia tidak pernah mendengar suara ayahnya meninggi ataupun emaknya membaling periuk atau pinggan kerana amarah. Mereka bijak mengawal emosi masing-masing daripada diketahui oleh anak-anak. Di hadapan anak-anak, emak dan ayahnya bermanis muka sekalipun mereka sebenarnya sedang bertegang leher dan berkonfrontasi. Rumah Ma Pah sudah pun kelihatan. Rumah itu kelihatan sunyi dan agak tersisih daripada rumah penduduk kampung yang lain. Sejarah hidup Ma Pah pada zaman mudanya, mendorong dia menyisihkan diri dan kurang bergaul dengan orang kampung. Walaupun sebahagian besar daripada penduduk kampung terpaksa menelan tuduhan mereka sendiri apabila Ma Pah membuktikan, dia tidak seperti yang mereka fikirkan, namun Ma Pah tetap kekal dengan sikapnya yang gemar menyendiri.

Tak ada sesiapa pun nampaknya,

kata Salmiah sebaik-baik sahaja mereka berada di halaman rumah Ma Pah yang kelihatan bersih daripada sampah sarap dan rumput rampai. Beberapa ekor ayam kelihatan berlarian di atas halaman berpasir. Sesekali ayam-ayam itu mengais tanah dan memagut makanan yang terlindung di balik pasir halaman. Kehadiran Mak Limah dan Salmiah tidak dihiraukan oleh haiwan-haiwan tersebut.

Ada tu... tengok tingkapnya terbuka,

Mak Limah membalas. Tiada sebarang suara yang kedengaran dari dalam rumah Ma Pah, biarpun tingkap dan pintunya ternganga. Jangankan suara Ma Pah atau Rohani, suara radio dan televisyen juga tidak kedengaran. Hanya kewujudan selipar di kaki tangga mengesahkan, rumah itu berpenghuni.

Assalamualaikum,

Mak Limah memberi salam sebaik-baik sahaja dia berada di kaki tangga. Salam yang diberikan oleh Mak Limah tidak dijawab sekali gus menyebabkan Mak Limah terpaksa mengulanginya.

Waalaikum salam!

Terpacul di muka pintu ialah Ma Pah. Ma Pah yang sangat berserabut dan selekeh.6