Kristal Berdarah - 9
BAB 8

Dia masih menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjanya. Temanteman yang lain juga begitu. Mereka mes ti mengejar masa. Mereka mesti mempercepatkan tugas yang diberikan biarpun mereka terpaksa mengor bankan tidur.

Ruang itu cukup lebar. cukup luas untuk menempat kan enam belas orang penghuni bangunan yang terpinggir daripada masyarakat di sekeliling. Malah terlalu luas un tuk menem patkan segala kerja yang telah dihasilkan.

bangunan itu memang terletak jauh dari kedudukan kampung atau bandar. Di sisi tapak bangunan tersebut, ter dapat sebatang sungai yang berjurang dalam. alirannya deras, tetapi airnya begitu jernih. batubatu tajam yang menj ulang, bagaikan ranjau yang menanti mangsa untuk membuktikan bahawa kehadirannya mampu membunuh sesiapa sahaja yang terjatuh ke dalamnya.

Seluruh kawasan itu dipagari oleh banjaran gunung. Malahan bangunan itu sendiri terletak di kaki Gunung Kemuning. Di hadapan bangunan itu, merentangi sungai yang dalam dan berarus deras adalah sebuah jambatan gantung yang hanya menggunakan tali sebesar lengan orang dewasa. Sesekali jambatan itu terbuai seolaholah disapa angin yang bertiup.

Di seberang, dataran hijau yang hanya ditumbuhi rump ut subur kehijauan, seakanakan menyembunyikan se gala yang berlaku dalam bangunan terasing itu.

cahaya rembulan berwarna kuning keperakan menghapuskan kegelapan yang berusaha untuk menyerkup alam. Rimbunan cahaya yang berbaur dengan cahaya yang datang dari bangunan itu sendiri, begitu menarik. namun pencernaan cahaya tidak mampu menarik per hatian penghuni di dalam bangunan tersebut. Mereka ma sih ber mi nat untuk menyelesaikan tugas yang tersedia di hada pan mata.

Kesemua penghuni bangunan itu adalah wan ita. Me re ka adalah antara manusia yang mempunyai visi ter sendiri. Mereka merintis jalan menghapuskan institusi perkahwinan walaupun sebahagian daripada mereka per nah hidup di bawah pengaruh ikatan kasih sayang antara lelaki dan wanita.

Mereka adalah golongan yang membuang perasaan sen diri. Mereka hidup bersendikan seni. Mereka meng ham ba kan diri di dalam satu pencarian yang tidak ber noktah. Matlamat mereka ialah kepuasan diri. Mereka melukis, mengukir dan membentuk objek lain daripada sumber alam. Mereka tidak memerlukan lelaki walaupun para pengedar dan pembeli barangan seni mereka adalah lelaki.

Khadijah masih akur dengan kerjanya. Wajahnya mem bayangkan satu kepuasan yang tidak terhingga. Dia tidak menghiraukan keadaan fizikalnya yang semakin lemah. Sesekali dia berpaling, memerhatikan anak serta anak buahnya yang masih setia untuk menyudahkan kerja mereka.

Khadijah!

Dia berpaling sedikit. aku tengah sibuk, Fatimah!

Dia meneruskan kerjanya; tidak mahu terganggu oleh pang gilan Fatimah sebentar tadi. Lorekan dan lakaran sebuah lukisan terus dilakukan di atas sekeping kertas tebal berwarna putih.

Khadijah... berhentilah sebentar... ada perkara yang perlu aku cakapkan dengan kau.

cakaplah... aku dengar.

Fatimah melirik ke arah lukisan yang dilakar oleh Khadijah. Dia menoleh. Terpandang tubuhtubuh yang se se kali menggeliat, menghilangkan lenguh di pinggang dan sendi. Sesekali menekup mulut yang ternganga lebar.

Dia tersenyum sebelum berpaling ke arah Khadijah sekali lagi.

Sepatutnya kau dengar apa yang aku nak cakap atau sekurangkurangnya memberi perhatian.

aku perlu menghabiskan kerja ni. Mungkin apa yang kau nak cakapkan itu sesuatu yang penting, tapi bagi aku, kerja aku adalah yang terpenting. Fatimah berkerut.

aku minta maaf. aku tak bermaksud nak suruh kau te rus berhenti daripada kerja kau. aku tak pernah me larang. bahkan aku mengkagumi kerjakerja yang kau dah buat. Kau dah membuatkan seluruh penghuni di bangunan ini bangga dengan kerjakerja yang telah kau ha silkan. Fatimah menelan air liur sejenak.

Wanita itu tidak menunjukkan sebarang reaksi pada wajahnya. Dia kelihatan begitu selamba.

Tapi ada kalanya kita perlukan elemen lain dalam hi dup kita. Kita tak boleh menjadikan tugas dan kerja sebagai pokok. Kita memerlukan lebih daripada sekadar mencipta sebuah karya seni yang kaku dan tidak bernya wa, sambung Fatimah lagi.

bunyinya macam bagus.

Kau menyindir aku

Jangan salah sangka, Fatimah! Khadijah menghen tikan lakarannya.

Fatimah tersenyum senang. Ternyata dia telah mem bang kitkan sesuatu yang membuatkan Khadijah mem berhentikan kerja dan memandangnya.

Tak ada perkara lain yang lebih menyenangkan aku selain bekerja. Mungkin ini sajalah kemahiran yang aku ada. Dan satu lagi, inilah tujuan utama mengapa kita se mua berada di sini.

Fatimah tersenyum lagi. Khadijah sememangnya akan melenting jikalau ada orang yang menegur tentang prinsip hidupnya. baginya, soal kerja adalah perkara utama. apa sahaja yang dilakukan harus disudahi dengan kerja. Sama ada hasilnya nanti terjual atau tidak, itu bukanlah sesuatu yang penting. Yang penting, kepuasan akan dialirkan bersama penghasilan karya.

apa bendanya yang kau nak cakapkan Khadijah menukar topik perbualan.

Masa untuk makan.

itu saja

Kau dah lantik aku sebagai ketua dapur. aku jalankan tugas aku. Sama juga macam kau. Khadijah menarik nafas panjang.

aku nak habiskan kerja aku dulu.

Jangan bersikap macam tu, Khadijah. Perut kita juga perlukan makanan.

Sebuah nafas panjang dihela. Mahu tidak mahu, Khadijah terpaksa akur. berus luki sannya diletakkan di atas meja. Dia bangun. Tetapi sebelum melangkah, dia sempat meneliti lukisan yang hampir disiapkannya.

ada sikit lagi, dia bersuara perlahan. Terlalu perla han untuk didengar oleh Fatimah yang berada di sisinya.

Subuh sudah terlalu hampir. Suasana di sekitar sema kin sunyi. Yang terdengar hanyalah unggas dan aliran sungai. Sesekali terdengar ngauman harimau dan burung hantu menyapa bulan.

Khadijah dan seluruh penghuni bangunan tersebut su dah berada di meja makan. Seperti biasa, mereka tidak akan bersuara walaupun sepatah ketika menjamah maka nan. Dan seperti biasa juga, mereka akan menghabiskan sisasisa makanan dengan secepat mungkin sebelum kembali ke bilik kerja.

Semenjak tadi, semenjak mereka selesai menjamah makanan, Khadijah berada di biliknya, tidak lagi bersama penghuni lain di bilik kerja. Dia melupakan tentang kerja nya yang hampir siap.

Kini dia menghabiskan masa terluangnya bersama bu ku tulisannya yang besar terbuka di atas meja tulis. Dia mencoret sesuatu di atas lembaran kertas yang bergaris luntur. Kemudian menjenguk ke arah baitbait ayat tertera di dalam sebuah buku tua berkulit hijau tua. Kemudian dia kembali menulis. Kumatkamit mulutnya menghafal baitbait ayat itu.

Masa terus berlalu. Khadijah masih tekun menulis. Sesekali dia menjengah melalui jendela yang terbuka di hadapannya, melihat ke arah jendela bilik kerja yang kini telah gelap.

nampaknya mereka dah ke bilik tidur masingmasing, dia bersuara sendirian.

Khadijah tersenyum sebentar. Kemudian kembali men eruskan tulisannya. Satu jeritan nyaring membelah kesu nyian tempat itu. Jeritan itu mengejutkannya sekali gus mematikan langsung kerjanya.

Khadijah meletakkan penanya. Menutup buku yang berkulit lusuh. Dia berjalan ke pintu, membuka dan keluar. Tiada seorang penghuni bangunan itu pun yang dia nam pak di sepanjang kaki lima.

Dia berdiri sebentar. Matanya merenung persekitaran. Terpandang tumbuhan renek yang ada, juga batubatu gondol yang berwarna coklat kehitaman teguh tanpa ter usik. arus sungai yang deras terdengar jelas.

Sakitnya datang lagi ke Khadijah bertanya kepada dirinya sendiri.

Dia cuba memusatkan seluruh pendengarannya. Jeri tan itu sudah tidak kedengaran lagi. Yang ada hanyalah bunyi arus dan angin subuh yang mengelus tumbuhan bersimbahkan cahaya bulan dan kalimantang.

Khadijah melangkah. Dia tahu tempat yang harus ditu junya. Malah dia juga tahu siapa yang menjerit sebentar tadi. Dia tidak mahu masanya terbuang begitu sahaja.

Khadijah!

Khadijah berpaling. Fatimah berdiri di hadapan pintu bilik yang terbuka luas.

Khadijah cuba tersenyum. cuba menghidupkan sua sana kaku dan sepi. namun wajah Fatimah tetap berkerut. Fatimah tidak terpengaruh dengan senyuman itu.

Kenapa

Mira buat hal lagi. Lagi teruk. aku risau tengok dia.

Dia ada kat mana sekarang

ada dalam biliknya. Dia kata orang itu akan datang. Masa untuk mereka berjumpa dah semakin hampir.

Wajah Khadijah berubah. Dia tidak jadi meneruskan langkah. berpusing dan terus menghadap Fatimah yang sebaya dengannya.

Jom kita tengok dia.

Semua penghuni bangunan putih di kaki Gunung Kemuning, berkerumun. Mereka berbisik sesama sendiri sambil memerhatikan seseorang yang terlindung di balik kaki mereka.

Keadaan Mira semakin teruk. buih yang keluar dari mu lutnya berwarna merah darah pekat. buih merah itu berbaur dengan buih putih kuning, juga pekat. cecaircecair yang sudah bersatu itu, meleleh di tepi pi pi Mira, kemudian jatuh ke lantai simen yang berlapik marmar putih berkilat. nafasnya kencang seperti nafas kuda yang baru selesai berlumba.

Khadijah dan Fatimah mendekati Mira dan kelompok wanita yang ada di situ. Mencelah sambil menyuak bahu me reka yang tunduk memerhati Mira yang terlentang di atas lantai simen bermarmar. Wanita yang disuak bahu nya, menoleh sejenak dan mengelak.

Mira terbeliak. Yang kelihatan hanyalah mata putih. Tiada mata hitam yang membulat di tengah mata putih itu. Terlalu luar biasa bagi seorang manusia biasa seperti Mira.

Fatimah merenung Mira. Mungkin kerana tidak sang gup, dia berpaling. aku dah cuba masukkan sesuatu dal am mulutnya. aku tak mahu dia putuskan lidahnya sendiri.

Diam seketika.

Tapi nampaknya tak berhasil. Wajah Khadijah berkerut.

Fatimah menghulur tangan kanannya. Tengok, dia gigit tangan aku.

Darah masih mengalir di tangan Fatimah. Luka ter nga nga dan darah menitis mengikut tarikan graviti ke bumi.

Kenapa kau tak balut luka kau tu tanya Khadijah. Dahinya terus berkerut. Mungkin ngeri melihat kulit yang ternganga dan titisan darah merah ke bumi.

aku tak sempat.

Khadijah memandang ke arah seorang wanita yang turut berkerumun.

Tolong balutkan lukanya, perintah Khadijah kepada wanita itu.

Fatimah dan wanita muda itu menyelitkan tubuh me reka di celah keriuhan. Khadijah terus merenung wanitawanita yang sedang mengelilingi Mira, anaknya.

Dah lama penyakitnya datang balik

entahlah. Saya pun tak tahu. Mungkin lepas kita ma kan tadi. Tapi mujurlah saya lekas nampak. Saya beritahu Kak Fatimah dan dia yang cakapkan kat Kak

Khadijah.

ada dia sebutkan apaapa sebelum dia jatuh tadi

Tak ada pula! Dia hanya mengeluh, lepas tu terus jatuh.

Khadijah mendengus.

Lebih banyak buih putih dan kuning berlenjar keluar dari mulut Mira. Sebahagian perut bajunya kelihatan ko tor. Kotor dengan percikan muntah dan sisa makanan. Lengannya terdampar ke lantai. Sebelah lagi tergalang di dahi.

Khadijah berteleku dan perlahanlahan menyentuh kepala Mira. Matanya terpejam dan bibirnya terkumatkamit membacakan sesuatu yang tidak didengari oleh sesiapa pun.

Mira! Mira! Mira! ibu di sini, lembut Khadijah bersuara.

nafas Mira tertahantahan. ibu...

Matanya masih tidak bergerak. Terbeliak berwarna putih.

ibu! dia mendengus.

ibu di sini Mira. Di sebelah kau!

Kepala Mira panas. ada bahang dalam kepala Mira. Katakatanya bersembur bersama buih bercampur darah.

Sini Sini Khadijah memicit kepala Mira.

ada cahaya putih. cahaya putih tu membakar kepala Mira. Mira nampak satu benda yang cantik tapi mena kutkan. Kaki dan tangannya menggigil.

apa lagi yang kau nampak

cahaya yang besar. cahaya yang membuatkan selu ruh tubuh Mira bercahaya. cahaya itu panas tapi tidak mem bakar. Macam matahari yang bersinar.

Mira mendengus lagi. Kesakitan. Dia meliangliuk di lantai yang dingin.

angin subuh menerpa masuk. Rambut Khadijah yang tidak bersanggul, terbuai. baju kurung kedah yang men jadi pakaian harian, melekap dengan kulit tubuhnya. Kes e jukan mengitari setiap inci kulit, namun Khadijah ti dak mengendahkan keadaan tersebut.

Masalah ini harus diselesaikan secepat mungkin. Dia tidak boleh berdiam diri atau melihat sahaja Mira men derita kesakitan. Sekurangkurangnya sebagai seorang ibu, Khadijah tidak akan membiarkan anak gadisnya men derita sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.

Semenjak dia datang ke sini, dia sudah tahu perkara itu akan berlaku. Sama ada kepada dirinya atau anaknya. Dia memang sudah mengetahui, tetapi dia tidak pernah tahu bagaimana hendak menyelesaikannya.

apa yang kau nampak cahaya apa Khadijah ber suara perlahan, berbisik. Dia cuba mencungkil rahsia.

Seorang pemuda... ya, dia begitu tampan. Tapi mata dan tenggoroknya rosak. ada darah yang mengalir. Lidah nya... begitu panjang dan menjijikkan.

Otaknya seperti hendak keluar. nafas Mira semakin kencang. Seluruh tubuhnya keras seperti batu. Dia cuba bangun, tetapi Khadijah dan be be rapa orang wanita yang menjadi penghuni bangunan ter sebut ber tindak pantas. Mereka menamparnya kemudian menekannya ke lantai dengan kuat.

Khadijah mengeluh. Hatinya rusuh. Dia tidak tahu ba gaimana lagi harus dia selesaikan perkara tersebut. Kejadian seperti itu sudah kerap menyerang Mira. Sebagai ibu, dia tidak mahu melihat anaknya sakit. Malahan jika lau boleh, dia mahu penyakit itu berpindah kepadanya.

Suatu perkara yang menjadi kepastiannya ialah, segala kejadian itu berpunca darinya. Dia yang memulak an dan sekarang, dia berusaha untuk mengakhirinya. cuma yang menghairankan, mengapa pula kedatangan mereka ke Gunung Kemuning harus mendatangkan penderitaan kepada dia dan Mira. apakah semua itu ada kaitan dengan Kristal berdarah Terlalu saktikah Kristal berdarah Mengapa Kris tal berdarah memerlukan penderitaan dan kesukaran seperti itu

bayangan Kristal berdarah kembali bermainmain da lam kotak fikirannya. Khadijah sedar, sebahagian besar daripada wanita yang terasing dari masyarakat sekeliling itu tidak pernah tahu tentang Kristal berdarah. Kalaupun mereka tahu, mereka sekadar mendengar cerita tetapi be lum pernah melihat sendiri keindahan kristal tersebut. Me reka tidak pernah menyentuh Kristal berdarah yang berdenyutdenyut dan menyedutnyedut setiap inci kulit yang disentuhinya.

Mira tidak setegang tadi lagi. beberapa orang wanita penghuni bangunan putih itu terus mengelap dan mem bersihkan buih darah dan muntah daripada pipi dan pakaian Mira.

Khadijah mencium ubunubun Mira. Lengannya me lingkari tengkuk Mira yang masih terlentang. Dia tunduk, meriba kepala Mira. Sedikit lelehan muntah dan sisa ma kanan, melekat pada kain batik yang dipakainya. bau ma sam dan hanyir menyumbat hidungnya. Khadijah tidak mengendahkannya.

Mata Mira tidak lagi terbeliak tanpa mata hitam. Mira ter tidur di pangkuan Khadijah. nafasnya tenang dan teratur.

Sebagai seorang ibu, Khadijah berasa lega. anak ga dis nya itu tidak lagi menderita kesakitan seperti sebe lumnya. Perlahanlahan, Khadijah mengucup ubunubun Mira.

Tangan Fatimah masih lagi berdarah ketika Khadijah mendekati wanita tersebut. Walaupun luka itu itu telah ber balut tetapi darah yang mengalir, meresap ke kain pembebat.

Kenapa kau tak balut dengan cermat aku tak mahu kau dijangkiti kuman. Kalau tangan kau dijangkiti kuman, kau akan membuatkan semua penghuni bangunan ini kera cunan, Khadijah bersuara dengan agak keras.

ini pun dah cukup cermat. Tapi darah macam tak ma hu berhenti. aku dah sapu dengan antiseptik. Tadi pun aku dah ambil suntikan anti tetanus. aku tak fikir luka ini akan membuatkan semua penghuni bangunan mati. Ternyata Fatimah tersinggung dengan katakata Khadijah.

Mereka yang ada di situ, mula menjauhkan diri. Mung kin kerana mengantuk. Mungkin juga ingin mengelak daripada menjadi mangsa kemarahan Khadijah dan Fatimah. Tambahan pula Mira telah tertidur dan tidak me nunjukkan tandatanda akan menjerit seperti tadi.

Pandangan Khadijah tertumpu pada wajah Fatimah. ada kelainan pada diri Fatimah. Fatimah memperlihatkan ciriciri luar biasa pada perlakuan dan pandangannya.

Khadijah mendengar dengusan kasar Fatimah. Mata nya terbeliak dan bola mata hitamnya menghilang. Kese luru hannya berwarna putih. ada lenjarlenjar putih yang mula keluar dari bibirnya yang rekah. Ketika Fatimah hampir rebah, Khadijah segera menyambutnya.

Tubuh Fatimah menggeletar sedikit, kemudian senyap. Matanya terpejam rapat seperti asal.

entah dari mana, suara jeritan dan lolongan terdengar jelas. Khadijah tidak mengendahkan itu semua. Dia sudah ter lalu biasa dengan keadaan itu.

Seketika ianya senyap bagaikan dibawa angin subuh yang semakin cerah.

Masa terus berlalu. Seperti biasa, mereka semua akan ber samasama untuk bersarapan. Rutinnya, mereka ter pak sa berada di meja makan, walaupun mata mereka ter paksa ditongkat dengan batang mancis.

Kau tahu tak, apa yang kau katakan semalam Khadijah merenung wajah Fatimah di sisinya ketika keba nyakan penghuni bangunan itu menumpukan perhatian kepada makanan di hadapan mereka.

Fatimah membalas pandangannya.

aku tahu. ada orang yang beritahu aku.

Khadijah mengerutkan keningnya. Setahu dia, hanya dia sahaja bersama Fatimah ketika wanita itu meracau.

Siapa yang beritahu kau tanya Khadijah dengan hairan.

Fatimah tersenyum. Tak payahlah kau tahu. Tapi apa yang Mira alami dan nampak, aku juga mengalaminya.

Khadijah menghelakan nafas panjang.

aku harap, aku boleh tolong kau, Fatimah. Suara Khadijah lembut. aku harap kau tak akan mengalami la gi kejadian macam ni. aku sayangkan kau. Kalaulah aku ada kuasa untuk menghalang perkara ini daripada berlaku....

Mereka terdiam. begitu juga dengan yang lainlain. Dan dari bibir Fatimah terdengar keluhan berat.

Kalaulah aku... aku... ah! Pergilah siapkan kerja kau selepas sarapan nanti.

apa maksud kau, Fatimah

Fatimah merenung wajah Khadijah dengan tajam. Perlukah aku beritahu kau

Terpulanglah. Tapi kalau kau rasakan tindakan yang kau ambil itu boleh menenangkan kau, aku rasa tak ada salahnya.

Fatimah menghela nafas panjang. Seperti ada sesuatu yang berat sedang menyengkang dadanya. aku nampak sesuatu. Sesuatu yang benarbenar berlainan. Sesuatu yang bakal mengubah nasib kita semua.

Fatimah bangun dan berjalan keluar dari dewan ma kan. Khadijah terpingapinga namun sesuatu segera sing gah di hatinya. Fatimah mungkin memberikan isyarat ke padanya untuk berbual tanpa pengetahuan wanitawanita lain.

Mereka yang ada di meja makan, memandang Fatimah kemudian Khadijah yang turut bangun untuk mengekori Fatimah. Mira masih menumpukan perhatian kepada ma ka nan di hadapannya. Seolaholah tiada apa yang berlaku di dewan makan itu.

aku nampak sesuatu. Lebih tepat lagi seseorang. Me reka dah datang ke sini. Dan salah seorang daripada me reka pasti akan membawa petaka kepada kita semua, kat a Fatimah sambil berdiri di koridor belakang bangunan putih yang menghadap jurang dan hamparan luas di se berang.

ada orang tahu ke yang kita sedang menjaga sesuatu Khadijah bersuara perlahan.

aku tak tahu. aku yakin, mereka datang dengan satu tujuan.

Kau yakin mereka bukan penghantar barang makanan atau pengedar kita Khadijah cuba melindungi se suatu yang bermainmain dalam fikirannya.

aku yakin seratus peratus! Salah seorang daripada mereka ialah wanita.

Oh! Macam tu.... Khadijah bagaikan sudah dapat mem bayangkan bagaimana gambaran mimpi Fatimah dan Mira.

aku hairan, mengapa kau dan Mira yang mengalaminya. Mengapa bukan aku kalau ia melibatkan hidup aku

entahlah! aku benarbenar tak faham.

Tak apalah. Kau masuklah dulu, Fatimah.

barangkali mereka masih menunggu kehadiran kita.

Fatimah mula melangkah, tetapi kemudian berhenti dan berpaling. Satu lagi, mereka akan membuatkan sega la rahsia silam kau terdedah.

Sebelum sempat Khadijah berkata apaapa, Fatimah telah berlalu dan menghilang.