Sebab itulah selepas seketika, Elmira seolah pasrah. Dia sudah berhenti bertanya. Namun tak pernah berhenti berHarap. Tak pernah berhenti berharap agar Azim kembali kepadanya. Bukan dalam bentuk makhluk yang menakutkan. Tapi dalam bentuk Azim yang sebenar.
"Mira! Kucing kau duk cakar-cakar kau punya iPad tu. Baik kau ambil cepat. Takut calar screen dia nanti..." laung Nisa tiba-tiba.
Elmira cepat-cepat bangun dan mendukung Azim.
"Eh Nisa.... Azim type something on my iPad la!" luah Elmira dengan teruja.
"Really So funny kalau dia actually type something yang betul kan Like an actual word or something. Sah sah kucing kau genius."
"Nisa...." Air muka Elmira berubah. Matanya masih menumpu pada permukaan iPad yang terbaring di atas lantai.
"Apa"
"You have to go..."
"Tetibe jek...!"
"I'm serious. I'll explain later. Kita jumpa esok kat kolej kay. Bye!" kata Elmira sambil menolak Nisa keluar pintu.
Elmira mengangkat iPadnya dan memerhatikan betul-betul perkataan yang ditaip oleh Azim secara tidak sengaja itu...
HAN
Seperti nama lelaki yang baru menghubunginya sebentar tadi. Elmira menoleh ke kiri, dan melihat Azim sedang duduk memerhatikannya. Mata hijaunya bulat dan bersinar. Sinar yang cukup Elmira kenal. Kali terakhir dia lihat pada malam itu.... Tiga tahun yang lepas.
Azim tiba-tiba bangun. Menyondol kaki Elmira dengan manja. Kemudian Azim pergi ke bahagian pintu gelangsar untuk keluar ke beranda. Dia mencakar-cakar pintu kaca tersebut sebagai isyarat untuk Elmira membukanya.
"Azim nak keluar ke... Jom!" kata Elmira sambil menyorong pintu itu sehingga terbuka luas.
Azim melompat ke atas pagar penghadang di beranda. Kemudian kaki hadapan sebelah kanannya menggamit Elmira untuk datang dekat padanya.
Elmira pun menghampiri Azim. Lalu dia melihat ke bawah. Ke kawasan laman belakang rumahnya yang berpinggiran dengan sebuah hutan. Hanya ada pagar cetek yang memisahkan. Dan di sebalik sebelah sana pagar itu....
"Ya Allah..." Elmira menekup mulutnya. Tidak percaya.
Ada sekumpulan makhluk sedang berkumpul di situ. Terdiri dari pelbagai jenis haiwan. Rusa, arnab, burung, ular, monyet, dan yang paling membuatkan Elmira tak percaya, ada seekor harimau juga di antara binatang-binatang itu. Kesemua haiwan tersebut, sedang memerhatikan Elmira dengan renungan yang tajam dan garang. Seolah... mereka mahu menerkam.
"Azim, kenapa binatang-binatang tu...."
Elmira tak dapat menghabiskan kata-katanya. Dia kaku. Nafasnya tersekat. Memerangkap suaranya sekali sehingga tak mampu untuk menjerit. Seluruh tubuh Elmira menggigil ketakutan.
Azim sudah berubah rupa. Tubuhnya besar dan tinggi. Dia juga berdiri di atas dua kaki. Dan bersosok bukan seperti kucing lagi tapi lebih seperti manusia. Pun begitu, seluruh badannya masih ditutupi bulu hitam yang lebat. Mulutnya yang ternganga masih dihiasi taring yang bersinar.
Elmira mengumpulkan kekuatan untuk bersuara.
"Azim..." seru Elmira sambil mendekati Azim yang seakan-akan takut dengannya. Azim memeluk tubuh dan mengerekot di sudut beranda itu apabila Elmira cuba menghampirinya.
"Azim... jangan takut. Ni Elmira.... Azim ingat tak"
Elmira menyentuh lengan Azim. Memegang bahunya. Dan mengusap pipinya. Dada Azim yang tadinya berombak beransur tenang. Elmira mengangkat wajah Azim dengan kedua belah tapak tangannya. Elmira ingin tatap mata hijau Azim.
Azim membuka mulut. Dia cuba hendak mengatakan sesuatu...
"El... Elmira...." luahnya dalam suara yang tersekat-sekat. Barangkali kerana inilah kali pertama dia bercakap semula setelah tiga tahun.
"Iya.... Ni Elmira Azim..." Elmira tidak dapat menahan tangisnya. Dia terlalu gembira. Akhirnya Tuhan telah membalas doanya. Elmira terus membelai pipi Azim yang berbulu lebat. Mengusap bibirnya yang hitam. Dan menguis telinga Azim yang runcing.
"Azim janji dengan Elmira, jangan tinggalkan Elmira lagi okey..." pinta Elmira sayu.
"Mm... maafkan Azim. Azim terpaksa per...pergi."
"Azim nak pergi mana lagi Azim duduk la dengan Elmira. Elmira akan tolong Azim. Kita boleh sama-sama cari jalan macam mana nak pulihkan Azim semula. Supaya Azim boleh jadi macam biasa balik..."
"Tak boleh.... Elmira tak boleh.... Hanya ada seorang saja yang boleh... pulihkan Azim."
"Siapa"
"Dia yang tahu segalanya."
"Siapa dia"
"Yang tahu segalanya. Hanya dia yang tahu macam mana nak tolong Azim. Dan kami kena cari dia sekarang."
"Kami"
Azim mengusap pipi merah Elmira. Begitu berhati-hati kali ini. Azim tak mahu mencalari Elmira lagi macam dulu....
Azim bangun lalu melompat ke bawah dari beranda yang terletak di tingkat dua banglo itu.
"Azim tunggu...!"
Azim mendongak pada Elmira. Sebagai tatapan untuk kali terakhir. Airmata Elmira gugur tak terkawal. Melencuni bebola matanya yang mengekor rangkak Azim menuju ke arah 'mereka' yang sedang menantinya dari tadi. Mereka yang seperti Azim, telah berubah rupa.
bersambung
Bab akan datang:
Ke manakah Azim ingin pergi Siapakah yang tahu segalanya yang dimaksudkan oleh Azim