A.I.D.S. - 9
Norman masuk terburu-buru ke dalam kamar pejabat Encik Wan Adlin. Perasaannya berbagai-bagai. Padat dengan resah, kacau, kecewa dan geram. Kini diganti pula dengan amarah yang membuak-buak.

Kau jangan cabar aku!

Wan Adlin, pengurus syarikat rakaman Setia Record mencacak tegak secara spontan. Matanya berisi amarah juga. Dia menggetap bibir dan misai halusnya bergerak-gerak.

Siapa yang mulakan dulu

Norman menghampiri meja Wan Adlin dan mencapai fail yang tersusun di sudut kiri, melemparkannya ke muka pengurus muda itu. Darah Wan Adlin naik menyirap. Dia membendung geram.

Kau fikir kau siapa Mahu saman aku Hahhh, lawak! Norman menengking keras. Wan Adlin tersenyum dan mencebik.

Kau langgar perjanjian, kau langgar kontrak. Kau sepatutnya merakamkan sebuah album lagi. Ini tidak, kau bersara pula dari dunia hiburan. Siapa yang berlawak

Norman menghentak meja dengan tangannya. Matanya merah ketagihan. Dia menggigil kala itu. Gigil dan ketar lantaran geram dan sakit hati. Tindakan biadab daripada kau, daripada kalian. Kau tak boleh saman aku! Hahhh, harta aku berjuta, aku akan diwakili peguam terhandal. Lebih baik kalian undur....

Ya. Kau ada wang berjuta-juta, kau ada nama menjulang, tapi kau ingat aku bodoh ya Wan Adlin tersenyum mengejek, lebar, dia segera duduk semula.

Norman membeliakkan matanya. Hatinya panas kini tambah lagi. Apa maksud kau Mahu permainkan aku ya!

Wan Adlin ketawa panjang. Aku tahu semuanya Norman.

Kau tahu apa Norman merenung wajah pengurus itu. Sejak dahulu lagi, dia tidak menyenangi cara Wan Adlin mengendalikan artis-artis rakaman. Dia lebih banyak mengugut dan mengancam. Dia mementingkan untung semata-mata.

Tahu semuanya.

Semua Norman kaget.

Wan Adlin angguk. Ya, soal Melissa.

Norman kelegaan. Hahhh, peduli apa aku!

Wan Adlin kini ketawa. Aku tahu lagi.

Lagi

Wan Adlin terus ketawa. Tawanya itu mencucuk pedih gegendang telinga Norman. Ya, kau dan J.C!

Norman terkejut besar. Dia lemah tidak berupaya. Radangnya serta-merta merosot. Aku dan J.C

Ya, emm, kau perlu bayar ganti rugi Norman. Kau mahu aku buat sidang akhbar dan beritahu semua orang

Apa bukti kau Binatanggg! Amarah kembali menguasai Norman.

Bukti Sealbum gambar-gambar kau dan J.C di atas ranjang. Penuh dan sarat dengan sensasi. Dan unik, pelbagai posisi kalian lakukan...

Kau bedebah! Norman mencekak kolar leher Wan Adlin dan tanpa tangguh menghayunkan satu tumbukan di muka. Wan Adlin jatuh terlentang dengan darah meleleh dari mulutnya. Giginya patah. Norman hampir terus ingin membalun lagi. Wan Adlin sedar itu, dia menjerit, Sekuriti, bawa orang gila ini keluar!

Norman mencekik leher Wan Adlin. Mereka bergelut, berguling di atas lantai. Wan Adlin menekan muka Norman sementara Norman sempat melepaskan dua tiga tumbukan. Tolong....

Setiausaha Wan Adlin, Rafidah menerjah masuk, secepat kilat dalam paniknya dia menjerit. Beberapa orang kakitangan di luar menceroboh masuk. Sekadar menonton. Norman masih mencekau dan Wan Adlin masih bertahan. Sekuriti, cepat, apa yang kalian perhatikaaann. Dan satu lagi tumbukan di mata kirinya hinggap. Padu daripada Norman.

Tiga orang pengawal keselamatan tiba. Mereka dalam kepayahan meleraikan pergaduhan tersebut. Norman diseret dalam rontanya. Wan Adlin, kusut-masai, bibir luka dan giginya patah. Dia memerhati Norman. Dia bangun seraya berkata, Aku akan ajar kau Norman. Ajar kau hingga matiiii!

Norman diheret keluar.

***

Baizura mengendap pada lubang peti suratnya. Ada sesuatu. Jari kecilnya mengorek, tangannya mencapai surat. Segera dia membaca. Baizura tersenyum, surat bersetemkan United States. Tanpa sabar lagi, dia mengoyakkan mulut sampul surat. Cepatcepat dikeluarkan isinya. Sah, daripada J.C.

Baizura membaca. Setiap baris, ayat demi ayat. Senyumnya memanjang, tidak pernah putus.

Baizura,

Aku selamat tiba di New York. Kota kita Bai! Kota raya yang indah dan penuh nostalgia. Bukan begitu Oh, ya, kota kita ini sudah mula dibajui keputihan salji. Aku tahu kau tidak suka, aku juga begitu. Gerimis salji memang menyusahkan. Kedinginan yang dibawanya bersama menyeksa!

Bai,

Aku di sini, bahagia di sisi keluarga yang tercinta. Kami mesra sekali. Malahan Krismas yang disambut tempoh hari sungguh meriah. Pak cikku berkirim salam kepadamu. Begitu juga Mak Cik Jill, dia masih mengenali gadis cilik berbangsa Melayu yang mengajarnya cara-cara menumis. Lucu benar jika kuingati semula.

Bai, barangkali aku tidak akan pulang ke Malaysia lagi. Aku bercadang untuk menetap sahaja di sini. Soal kerja tidak timbul. Orang berkemahiran, katakan. Ya, tentu sahaja.

Baru-baru ini aku sempat berkunjung ke Institut Kewartawanan. Masih seperti dulu. Masih buruk seperti itu juga. Dan aku juga ke Rumah Malaysia. Sayang, blok E sudah tiada, khabarnya hangus terbakar. Kata orang arson. Bai, sepanjang persahabatan ini, aku dapat merasakan sesuatu yang sejati. Benar-benar mulus dari padamu. Hanya saat ini, aku tergambarkan semula wajah kalian. Sahabat-sahabatku yang sebenar-benarnya. Teringat aku pantun Melayu yang pernah kau bacakan dulu:

Sulaman kebaya cantik menawan

Disulam seni indah berseri

Teman ketawa kiri dan kanan

Teman menangis seorang diri

Bai, aku tidak miliki banyak masa lagi. Maafku pinta, aku terlalu banyak menyakitimu. Cuma kusisipkan puisi Khalil Gibran yang sungguh ku cintai bahasa dan maksud yang terkandung di dalamnya. Ia khas untukmu. Moga kau hayati bersungguhsungguh,

Jika kau berpisah dari sahabatmu,

Janganlah bersedih hati,

Sebab apa yang paling kau cintai pada dirinyakan lebih jelas pada saat-saat dia tiada,

Laksana bukit

Bagi si pendaki kian jelas dari dataran.

Sekian, terima kasih tidak terhingga kerana memahami diri ini sepanjang persahabatan. Maaf sekali lagi Bai, aku cuma manusia. Ya, manusia biasa.

Jesse Steven

Fifth Avenue, New York.

Baizura melipat semula lampiran surat itu semula. Dia bergegas masuk ke dalam rumah. Dan dia menuju ke kamar tidur, menanggalkan pakaian untuk mandi dan membersihkan diri. Dia menghidupkan radio, Sheila Majid mendendangkan laku Aku Cinta Padamu. Baizura mengikut bersama-sama Sheila. Namun hanya mulut itu kumat-kamit, di dalam kepalanya masih berfikir-fikir. Dia masih tertanya tanpa jawaban, kenapa J.C semacam memberi isyarat selamat tinggal. Kenapa berulang kali diungkit soal persahabatan Oh, J.C sesungguhnya aku mencintaimu sepenuh hati.

Baizura sudah berada di kamar mandi sambil terus kehairanan. Apa ertinya sajak Khalil Gibran itu Ah, J.C ada isyarat dan alamat malang pada warkahmu itu. Aku telah mengenalimu sekian lama. Mustahil kau benar-benar riang di sana. Jiwamu di sini, aku tahu benar itu.

Baizura sedang menyabunkan badannya ketika telinganya menangkap butir-butir berita yang dibacakan di radio. Dia tersenyum mengejek mendengarnya,

Pergaduhan penyanyi terkenal, Norman dan pengurus syarikat rakamannya kini menjadi kes polis setelah Wan Adlin membuat pengakuan.

Rasakan, kata Baizura. Bukan peminat tiada tahu. Gay! Siapalah agaknya pasangan maksiat itu Baizura ketawa dan dia terus bersabun sambil menyanyi lagu Come And Go With Me.

***

Tim mengeluh panjang. Orang semakin ramai, masingmasing dengan ragam. Dia tahu benar Greenwich Avenue dan Christopher Street bertemu di Sixth Avenue. Di Village Square, pihak polis telah mengepung kawasan itu, kenderaan terkandas di bahagian barat Sixth Avenue lagi.

Tim bergerak laju, menjelang jam sepuluh pagi dua Januari yang dingin ini Greenwich Avenue sudah tebal dengan pejalan kaki yang bergegas ke muara Christopher Street. Tim mendapati Bleecker Street sangat sarat. Tidak jauh dari Sungai Hudson kelihatan semacam pesta sedang berlangsung.

Jerit pekik, orang ramai yang riang, sepanduk pelbagai warna, beribu-ribu belon, manusia dengan pakaian beragam dan tukang bising berhimpun di situ. Mereka berarak perlahan dan damai.

Tim merasakan roh pesta-pestaan, namun dia juga menyedari yang semua hadirin sedang menunjukkan protes. Sepanduk dan poster yang dijulang tinggi tertera: Gay Liberation! Orang ramai mengenakan butang yang disemat di baju dengan katakata: Gay Is Good dan Equality For Homosexuals. Mereka turut menonjolkan symbol Orange Lambda dengan latar biru tua, lambing rasmi GAA atau New Yorks Gay Activist Alliance.

Tim mencelah dalam kepadatan itu, tersenyum kepada rakanrakan seperjuangannya yang walaupun tidak saling mengenali sempat jua bersalaman, bercium dan berdakapan. Ya, mereka sedang berjuang. Mereka satu matlamat.

Penunjuk perasaan di bahagian hadapan sudah bersorak-sorak, bertepuk tangan gemuruh. Tim tahu yang ucapan telah bermula. Ucapan Lorice Washington pastinya. Tim terus mara, dia ingin berada jauh di hadapan. Dia ingin melihat sendiri medan perang itu dengan mata kepalanya sendiri.

Tim bangga di dalam hatinya, kekasihnya Bill, salah seorang aktivis homo akan turut berucap. Dia mahu memberikan semangat, dan di dalam hatinya, dia kesal kerana terlewat, kalau tidak tentu dia dapat berada di hadapan di samping Bill.

Orang ramai yang membanjiri New York ini datang dari berbagai-bagai negeri. Terdapat sekelompok dari Kanada, juga Washington. Dia juga arif yang rakan baik GAA, beberapa petubuhan gay dari Albany, Buffalo, Syracuse dan Rochester turut menghantar perwakilan mereka. Delegasi terbesar datangnya dari Boston, Connecticut dan Bridgeport serta Hartford. Kelompok homoseks dari university-universiti seluruh Amerika turut hadir memberikan sokongan. Paling ramai dari Penn dan Harvard.

Tim menoleh ke kiri, sejumlah wanita mara sambil melaung berkali-kali I Enjoy Being A Dyke. Beberapa orang individu turut memekik-mekik. Dyke Power. Dua orang wanita yang menyorong bayi, seraya ketawa-ketawa menjerit Two four six eight, Gay is twice as good as straight diikuti lagi, Three five seven nine, Lesbians are mighty fine!

Slogan Gay Power berkumandang lagi dan lagi. Sebahagian penunjuk perasaan sudah mulai menghalang kenderaan di jalan supaya pemandu turut menyertai. Tim menoleh ke kanan. Ah, jahanam, dari mana datangnya! Seorang wanita berbaju serba hitam menjulang Bible dan menjerit-jerit sesuatu, tetapi tenggelam dalam pekik dan sorak golongan gay. Tim kini maklum yang terdapat juga rombongan dari gereja menunjuk perasaan.

Salji turun mencurah-curah. Secara mendadak suhu turun. Tim menyumpah-nyumpah. Cuaca buruk tiba-tiba begini mengganggu segala-galanya. Namun Tim sempat bersyukur. Cuaca dingin dengan slogan hangat cukup untuk memanaskan situasi.

Hari makin tinggi, lembap dan dingin tidak mengusik langsung penunjuk perasaan dan hadirin. Penunjuk perasaan mulai mengedar Coke dan bir sepanjang perbarisan di Christopher Street. Tim mendongak ke atas, sekumpulan lelaki di beranda, menunjukkan tanda V. Pelajar-pelajar ballet di tingkat enam bangunan seberang jalan melambai-lambai. Barangkali seronok melihat situasi yang berbeza ini.

Ketika Tim hampir di 45th Street, khabar angin merebak yang perbarisan hadapan telah tiba di Central Park. Tim terus bersungguh-sungguh. Dia berlari anak apabila perlu. Dan berjalan semula lambat-lambat di belakang ribuan manusia. Dia melewati lima belas blok dan di hulu 66th Street sahaja ada sepuluh ribu orang. Ribuan lagi sedang menanti di Sheep Meadow. Tim tersenyum bangga. Perarakan menuntut hak terbesar dalam sejarah.

Tim tiba di Central Park. Dia dapat melihat ribuan manusia membenteng dalam bulatan supaya pemidato tidak diganggu polis. Lorice sedang berucap menggunakan hailer. Kelihatan polis-polis anti rusuhan yang segak dengan uniform masingmasing cuba menceroboh masuk dalam benteng yang dibina. Mereka tetap gagal. Tidak jauh dari situ, sejumlah lima ratus pihak berkuasa anti rusuhan dengan kedok dan belantan serta cota sedang mengawal perhimpunan anjuran gereja. Tim juga terkejut lantaran ramainya bilangan penunjuk perasaan anti gay. Dia memaki hamun di dalam hatinya.

Tim berpusing-pusing di sekitar Central Park itu. Lebih ramai yang duduk melepaskan lelah.

Tim mara ke arah pemidato. Ada sesuatu yang tidak menyenangkan sedang berlaku. Dia dapati hailer telah dirampas. Tarik menarik berlaku. Percekcokan tercetus antara Lorice dan tokoh-tokoh gay dengan pihak berkuasa. Dan golongan anti-gay entah bagaimana tiba-tiba mara menghampiri kumpulan homo. Mereka saling memaki. Tim turut serta.

Gereja hipokrit! Laung Tim berulang-ulang.

Dia dihimpit orang ramai yang semakin hadapan. Sudah ada perang mulut. Dan tiba-tiba sepanduk dan kain rentang melayang. Kayu-kayu bertukar jadi senjata. Dua kelompok besar yang bertentangan kini saling menyerang. Suasana ribut dan kacau. Tim terus terdorong ke hadapan. Seorang lelaki tua berjanggut pendek membalun Bill, kekasihnya dengan sebatang kayu. Tim menjerit kemarahan dan keadaan makin ribut. Manusia dari belakang menolak, penunjuk perasaan di hadapan juga menolak ke belakang. Kacau-bilau sekelip mata. Tim terjatuh, dan dia dipijak dan dipijak dan dipijak.

***

Pihak polis New York sudah pun memenuhi Stonewall Inn. Rusuhan merebak pantas lalu menjalar ke seluruh kota. Sejam yang lepas, sebuah bar masyarakat gay dibakar orang. Pendobrakan pintu kedai di merata tempat menjadi-jadi. Pencuri mengambil kesempatan. Kebakaran di sana-sini. Asap menguasai ruang udara. Cuaca dingin kini tidak terasa. Siren berbunyi sentiasa. Ambulan terutamanya sibuk. Mayat berjelapakan di sepanjang Christopher Street. Demonstran yang cedera menjelempah merata-rata. Kebanyakannya cedera lantaran di pangkung orang. Ada juga yang cedera kerana dipijak.

Tim terselamat. Dia berjaya juga untuk bangun dari terus dipijak oleh beribu-ribu manusia. Dan dalam keadaan cedera begitu, rambut kerusut dan pakaian koyak rabak dia kembali ke apartment. Bill tiada. Hatinya diganggu risau. Dia segera merawat dirinya sendiri, mandi, menukar pakaian dan di dalam belenggu letih dan keuzuran, dipaksanya diri untuk keluar sekali lagi. Dia tahu keadaan masih berbahaya, namun dia tekad. Bill mesti dicari.

Di luar, Tim diberitahu orang yang lalu lalang bahawa sebuah lagi bar masyarakat gay dibakar sementara sebuah lagi diserang dengan botol dan batu. Khabarnya berpuluh-puluh maut. Dalam ketakutan dan berlagak sebagai normal, dia menyusuri Fifth Avenue. Tangkapan dibuat di sana sini. Kereta yang sudah rosak tumpas langis merata-rata. Pemandunya terbaring di sisi menanti pertolongan.

Heiii, kenapa merayau. Sekarang perintah berkurung... Seorang polis anti rusuhan dan seorang yang dipercayai tentera dari pasukan tambahan khas tiba-tiba terdiri di hadapannya. Tanpa lengah Tim melarikan diri. Mereka ingin mengejarnya tetapi ada suara yang menegah. Heh, biarkan sahaja, banyak lagi yang perlu kita lakukan. Nun, di sana rusuhan masih belum selesai sepenuhnya.

Tim berjalan semula setelah berlari agak jauh. Dia sempat melihat ke kiri dan kanan jalan. Banyak yang hancur. Kedaikedai dirompak masuk. Masih ada bara api di beberapa kedai yang sudah rentung terbakar. Tim teringatkan kedai Cruise. Bagaimana nasibnya Dia berjalan segera membelok ke arah Jalan Twist dan setelah dua puluh minit dia kecewa dan hampa kerana mendapati kedai barangan porno itu telah hangus terbakar. Dia dengan perasaan takut dan sedih meninggalkan tapak kedai itu. Dia bergerak hati-hati. Salji tidak turun lagi tetapi pihak keselamatan tidak membiarkan sahaja mangsa-mangsa rusuhan berglimpangan. Ambulan dan kereta polis bersimpangsiur. Setiap kali trak tentera melintasi, Tim akan bersembunyi di sebalik runtuhan dan bangunan yang ditinggalkan dalam keadaan terceroboh.

Tim berjalan perlahan-lahan. Dia melihat sekelompok pemuda di hadapan sana. Dia membelok ke simpang kanan. Dia ingin mengelak. Nahas jangan dicari dan diusahakan sendiri. Tambahan pula kaki mulai lenguh, pegal.

Ketika dia membelok, dia tergamam melihat lelaki yang dikenalinya seminggu lepas di hadapan kedai Cruise sedang melepaskan lelah terduduk di atas jalan yang tebal salji. Disedarinya dari jauh di sana, sekelompok pemuda sedang berlari ke arah itu. Segera dengan pantas, dia menarik lelaki itu.

Ikut aku kiranya mahu selamat! Cepat...

Lelaki itu mengekorinya, mereka berlari laju sebelum bersembunyi di sebalik tong besar berisi sampah di belakang sebuah blok flat usang. Bau busuk menyesakkan nafas.

Diam. Kita akan selamat di sini.

Tim mengawasi kehadiran pemuda-pemuda anti-gay itu. Mereka terlepas jauh ke hadapan. Dia menoleh ke arah lelaki yang diselamatkannya. Lelaki itu mencungap-cungap dan memejamkan matanya. Dia terengah-engah benar. Tim agak kaget. Lelaki itu menggenggam erat tangannya dan terkulai, terbaring tidak sedarkan diri. Tim terkejut metah. Dia cuba bertenang supaya tidak panik.

Heiiii, jangan takutkan aku seperti ini. Kau...

Tim bergegas keluar dari tempat persembunyian. Dia dapat melihat sebuah kereta peronda polis di seberang jalan. Dia berlari ke arah kereta tersebut.

Heiii, awak tahu tak sekarang perintah berkurung! Tengking seorang pegawai polis wanita.

Saya tahu.... tapi kawan saya perlukan bantuan, dia tidak sedarkan diri. Dia cedera

Barangkali. Cepatlah.... Tim membawa pegawai polis itu kepada J.C yang masih pengsan.

Saya hubungi ambulan. Tunggu di sini. Perintah polis itu penuh ketegasan.

Setelah ambulan tiba, J.C dimasukkan ke dalam ambulan tersebut. Tim ikut sama.

Awak tak perlu. Kata seorang ahli paramedik yang ada di situ.

Tidakkk. Saya ikut dia! Kawan saya ini bukan orang sini. Tim mengeraskan suaranya. Dia bertegas.

Maksud awak Soal pegawai polis tadi.

Dia bukan orang Amerika. Dia dari luar, Malaysian. Tim enggan berganjak. Pegawai polis itu berfikir seketika. Kalau begitu, biarkan dia ikut sekali.

Mereka dibawa ke hospital milik kerajaan. St. Elsewhere. J.C diusung masuk ke unit kecemasan. Empat puluh minit kemudian, seorang doktor menemui Tim.

Teruk.

Teruk

Ya, teruk. Dia dapat pneumonia. Saya juga kesan glomerulonefritis, emm KS tu tak usah cakaplah. Teruk di bahagian dada dan perutnya.

Aaaa Tim bingung diberi keterangan sedemikian.

Saya beri AZT. 150 miligram setiap empat jam. Juga Bactrim bagi membersihkan paru-parunya.

AZT dan Bactrim Tim buntu.

Emmm, saya fikir dia tinggalkan IV drip sekian lama. Emmm, lebih baik kalau gunakan catheter implant.

Oppps nanti dulu. Saya tak faham. Apa maksudnya ni

Awak kekasihnya

Bukan cuma kawan yang baru saya kenali.

Doktor itu memerhatikan wajah Tim penuh keraguan. Emmm, dia pesakit AIDS.

Aaaa Tim seperti tidak percaya. Matanya terkebil-kebil.

Buat masa ini biar di sini saja. Apabila keadaan sudah terkawal, kita boleh pindahkan ke Pusat AIDS di Brooklyn.

Tim mengangguk sahaja. Dia masih terperanjat. Dalam keadaan terperanjat itu jugalah dia melangkah keluar dari ruang menanti, dari kejauhan dia dapat mengenali seorang lelaki pertengahan umur, kurus, kepala hampir botak dan disorong dengan kerusi roda. Dia berkejar, itu Bill kekasihnya.

Bill... Ah mujur benar kau terselamat!