OrtOPeDIK DI tAhUN 4
Aku bersumpah demi hari kiamat; Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri); Apakah manusia mengira bahwa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna [Quran 75:1-4]
Rotasi terakhir sewaktu saya berada dalam tahun 4 adalah Ortopedik. Saya dan 2 orang rakan lagi bertugas di bawah Team Sport yang kurang sibuk berbanding tim lain. Selain itu, saya diletakkan dibawah seliaan seorang ortopedik surgeon yang aktif dengan misi kemanusiaan. Ada sesuatu yang saya banggakan dengan beliau walaupun saya tidak pernah berkenalan dengannya.
Saya mengenalinya melalui Youtube di mana ada video dari MERCY Malaysia yang mempromosikan aktiviti mereka sewaktu gempa bumi Yogyakarta berlaku. Sememangnya saya amat menghormati dan kagum dengan kesungguhan doktordoktor yang komited dengan misi kemanusiaan.
Bagi saya, doktor yang sanggup meninggalkan zon selesa mereka di hospital semata-mata kerana ingin berkhidmat kepada pesakit yang memerlukan mereka tanpa dibayar telah mencapai tahap tertinggi dalam dunia kedoktoran. Mereka ialah true doctors!
Mereka inilah sumber inspirasi saya dan saya juga menaruh harapan yang tinggi untuk menjadi seperti mereka.
Mengimbas pertemuan pertama saya dengan beliau, sekalung nasihat diberikan kepada saya dan rakan sebagai bekal untuk menjalani rotasi ortopedik ini.
Doctors are not officer who have specific time of when to come to the office and when to go back. There are no such things in the life of doctors. Even though you are now a medical student and are expected to come on call from 7 pm to 12 am, but if there are many patients, dont go home with the excuse that your time is up. You have to stay even until 4 am and with the fact that you have to come to rounds next morning at 8 am. Thats how you prepare yourself for the true moment of becoming a doctor.
Kami begitu bersemangat mendengar nasihat tersebut. Namun beberapa hari kemudiannya, perasaan malas mula menyelubungi diri kerana sangka kami para specialist tidak kisah sama ada kami melakukan kerja ataupun tidak. Sangkaan itu meleset apabila kami diberikan teguran yang agak keras oleh seorang lagi specialist tim tersebut.
Youre trained to be a doctor not an attendant. This is absolutely a fail assessment.
Ia berpunca daripada kesilapan kami juga kerana datang on call tanpa cover new admission. Akibatnya, kami tidak dapat present history pesakit sewaktu on call round berlangsung.
Tambahan pula, kami hanya mengikut MO on call untuk melakukan prosedur seperti wound dressing dan memasang skin traction (untuk menegangkan kaki dalam pesakit yang patah kaki) semata-mata tanpa berperanan aktif dalam management pesakit.
Malah, ramai juga specialist meluahkan kekecewaan mereka apabila graduan USM tidak dapat menguruskan kes-kes ortopedik dengan baik. Kata mereka, MO baru USM seolaholah tidak pernah mendapat pendedahan tentang ortopedik.
Kata-kata sebegini benar-benar menakutkan saya. Sedikit sebanyak, ia agak memberikan tekanan kepada kami.
Sukarnya untuk menjadi seorang doktor!
Setelah diberi teguran oleh specialist team, saya dan dua lagi rakan mula keluar dari kepompong keselesaan. Maklumlah, sejak berzaman, Team Sport cukup dikenali sebagai tim yang paling tidak sibuk di antara tim-tim ortopedik lain terutamanya Orthopedic Oncology and Reconstructive Unit (OORU) atau Spine and Hand. Maka kini, kami kena menyibukkan diri dengan bermacam-macam hal.
Kami mula cover pesakit-pesakit yang ada di Wad 2 Zamrud, 4 Selatan dan 4 Utara. Agak bersemangat juga. Mungkin ini yang dikatakan sebagai sindrom selepas kena marah.
Saya juga terpaksa turun awal ke wad andai ada pesakit yang tidak sempat saya clerk pada sebelah malamnya. Pernah sewaktu saya selesai clerk seorang pesakit dan berlalu pergi, terdengar perbualan antara pesakit. Mungkin mereka sekadar bergurau ataupun meluahkan rasa kurang senang mereka akibat diganggu pelajar perubatan.
Awal pagi lagi dah kena hari ni.
Ni baru sorang, lepas ni ramai lagi ni.
Malas saya hendak melayan ngomelan mereka. Mereka tidak bersalah kerana itu adalah hak mereka untuk meluahkan ketidakpuasan hati mereka. Dan sebagai pelajar perubatan pula, saya tidak sepatutnya berkecil hati dan menganggap ini semua sebagai cabaran dan asam garam dalam belajar. Walaupun ada juga perasaan kasihan pada mereka, namun ada masanya perasaan itu perlu dibuang jauh-jauh.
Tidak berapa lama kemudian, doktor pakar pun tiba untuk memulakan round. Tiada lagi bebelan dari mereka kerana kami berjaya melakukan tugasan yang diamanahkan. Habis round, saya turun pula ke casualty untuk memenuhkan prosedur ortopedik yang wajib kami laksanakan. Saya lemah dan tidak bermaya sewaktu berjalan ke sana.
Di casualty, segala penat hilang dan diri terasa begitu cergas apabila ada beberapa kes ortopedik di sana. Yang paling menarik ialah kes Open Fracture Type IIIC. Pesakit yang malang itu ditimpa konkrit piling bangunan sewaktu menurunkannya dari lori di tempat pembinaan.
Tulangnya hancur berkecai. Sewaktu kami mencuci luka tersebut, saya ditugaskan untuk memegang kakinya. Lembut sangat-sangat! Seolah-olah ia bukan lagi kaki.
Tulang yang patah berkecai terbonjol di sebalik luka tersebut. Struktur lain seperti tendon, ligamen dan juga pembuluh darah turut kelihatan. Dari keputusan pemeriksaan, bekalan darah sudah tidak sampai lagi ke bahagian bawah kaki beliau. Kemungkinan untuk kaki beliau dipotong cukup-cukup besar. Bahkan, saya sendiri juga berpandangan bahawa amputation adalah jalan penyelesaian terbaik.
Specialist yang datang untuk review case juga bersetuju bahawa prognosis kaki pesakit cukup teruk. Namun, mereka masih tetap ingin mencuba sedaya-upaya menyelamatkannya. Jika gagal, maka terpaksalah ia dipotong.
Saya cukup bersemangat sekali apabila beberapa orang MO Ortopedik mengajak saya untuk scrub dalam emergency OT pesakit ini bagi membantu mereka. Tambahan pula, ada sesuatu perasaan yang mendorong diri saya untuk turut serta menemani pesakit malang ini di dewan bedah. Mungkin kerana simpati ataupun kerana saya ingin tahu kesudahan drama sedih ini.
Namun, saya kecewa dan sedikit kehampaan apabila terpaksa mengikut teaching untuk post graduate student kerana ia dikira sebagai sebahagian daripada aktiviti Team Sport. Saya meminta kebenaran dari specialist untuk mendapatkan pengecualian. Teringin benar saya ke OT. Namun, hajat saya tidak kesampaian.
Mungkin jiwa saya yang selalu memberontak ini agak tertekan kerana gagal mendapatkan apa yang dihajati. Kecewa bersarang di sanubari ini.
Saya menenangkan diri saya dan mula berfikir secara rasional. Jika diikutkan jiwa remaja, memang rasa hampa. Namun bila difikirkan kembali, saya sudah dewasa dah perlu berfikir seperti orang dewasa.
Saya sudah ditempatkan dalam tim ini, jadi mengapa harus saya menyibuk untuk mengambil tahu urusan tim lain. Tanggungjawab saya ialah untuk terus berada bersama Team Sport.
Alhamdulillah, hati saya kembali tenang dan terus saya mengikuti tim untuk review pesakit yang akan menjalani pembedahan esok. Selepas round untuk pre op assessment, ada sedikit teaching untuk pelajar master iaitu teknik-teknik untuk memeriksa sendi lutut. Alhamdulillah, banyak juga yang dapat dipelajari petang itu.
Selesai sesi teaching, saya melakukan tugas-tugas biasa wad seperti set IV Line. Selesai tugas, saya pulang dari wad pada pukul 6 petang dan singgah di sebuah kedai makan untuk mengisi perut yang kosong sejak dari pagi lagi.
Itulah rutin yang terpaksa saya lalui hampir saban hari selama lima minggu posting ini.
MeleWAtI hArI
BerlAlU, MeNGINtAI hArI eSOK
Posting ortopedik yang merupakan posting terakhir di tahun 4 bakal hampir tiba ke penamatnya. Masing-masing mempunyai debaran tersendiri. Yang sudah gagall satu posting major, pastinya mereka mengharapkan agar tidak gagal posting kedua agar dapat fokus sepenuhnya remedial untuk satu posting sahaja.
Untuk yang sudah gagal dua posting, saya yakin mereka sedang berdoa dengan bersungguh-sungguh agar mereka lulus posting terakhir ini. Andai mereka gagal tiga posting, bererti mereka akan langsung mengulang kembali tahun 4.
Bagi rakan-rakan yang sudah lulus kesemua posting major, setidak-tidaknya mereka sudah boleh menarik nafas lega kerana laluan ke tahun akhir sudah terbentang luas. Mereka sudah boleh bergembira melakukan elektif di hospital-hospital pilihan hati.
Nasib saya ketika ini masih kelam. Saya yang sudah pun gagal posting O&G sedang gusar menantikan keputusan posting surgery yang masih belum keluar. Minggu depannya pula saya akan menjalani peperiksaan akhir posting ortopedik. Jiwa saya meronta, batin saya menjerit. Paling menyerabutkan jiwa adalah kerana pada saat yang getir ini, saya masih membiarkan diri terperangkap di dalam permainan yang melibatkan hati dan perasaan. Sekali tertangkap, pastinya sukar untuk memboloskan diri.
Aku tidak ingin mengulang tahun 4, aku ingin masuk ke tahun akhir dan grad mengikut masa yang dijangka. Aku mesti dapatkan MD pada April 2011 nanti, InsyaALLAH
Saya cuba sedaya upaya untuk melupakan segala yang berlaku. Melupakan kerisauan akademik yang membelenggu jiwa dan juga kerisauan masalah peribadi yang membelit hati. Saya cuba merenungkan kembali apa yang telah dapat saya pelajari di sepanjang minggu ini baik di wad, casualty mahupun dewan bedah.
Dengan mengingati saat jerih perih sebegitulah saya akan bisa kembali bangkit dan terus fokus dengan matlamat saya. Pastinya saya tidak mahu mengorbankannya demi sesuatu yang tidak pasti. MD 2011 adalah matlamat tertinggi saya buat masa ini.
Beberapa hari lepas, saya sempat menyaksikan seorang pelajar master neurosurgeri menjalankan prosedur burr hole and insertion of EVDke atas seorang pesakit berusia 3 tahun di casualty. Melakukan burr hole adalah prosedur biasa yang dilakukan oleh neurosurgeon. Yang menjadikannya istimewa ialah apabila ia dilakukan di casualty. Seorang staf MA ada berkata bahawa sepanjang dia bekerja, tidak pernah beliau melihat mana-mana doktor melakukan burr hole di casualty.
Untuk makluman sahabat yang tidak mengambil perubatan, burr hole merupakan prosedur di mana pakar bedah menebuk tempurung kepala dengan menggunakan gerudi bagi tujuan menurunkan tekanan dalam kepala.
Sayangnya, adik tersebut kembali menemui Ilahi. Beliau menghidap ketumbuhan dalam kepala dan sebelum ini hanya di diagnos sebagai epilepsi.
Seterusnya saya juga berpeluang untuk mengadakan clinical teaching dengan konsultan senior ortopedik. Beliau merupakan pensyarah yang amat saya hormati disebabkan keghairahan beliau dalam mengajar dan kesungguhannya dalam merawat pesakit. Hubungannya dengan orang bawahannya juga baik dan mereka bagaikan satu keluarga yang bahagia.
Ketika sesi teaching tersebut dijalankan, saya begitu terkesan sekali apabila kami membincangkan tentang seorang pesakit osteosarcoma yang sudah lama berada di dalam wad tetapi masih belum ada laporan histology penyakitnya. Tanpa laporan histology, rawatan lanjut kepada pesakit tersebut tidak dapat dijalankan.
Kenapa kamu tidak push pihak berwajib untuk keluarkan formal report patient. Sudah sebulan patient berada dalam wad dan tidak menjalani rawatan semata-mata menunggu keputusan ujian. Walaupun kamu medical student, tetap kena mengambil peranan aktif dalam management pesakit
Wadah berbisa beliau pada hari itu ialah sewaktu beliau berkata;
Do not wait for the fate to come down, hunt for it! [Profesor Zulmi]
Benar kata beliau. Tidak kisahlah walau dalam keadaan apa sekalipun, tidak sepatutnya kita hanya menunggu takdir bersuara.
Kerana apabila tiba masanya, semua itu sudah terlambat. Selagi ada kesempatan dan ruang, maka kita hendaklah bertarung habis-habisan dalam mengejar impian dan harapan kita.
Saya benar-benar berterima kasih dengan beliau di atas nasihatnya itu. Ia merupakan sesuatu yang akan saya hargai dan kenang di sepanjang karier saya nanti. Seolah ada getaran dalam diri saya sewaktu beliau mengucapkannya. Mungkin kerana keadaan diri saya sekarang ini yang berada dalam dilema. Antara menanti atau berjuang. Alhamdulillah, saya menganggapnya sebagai petunjuk dari Allah dalam proses saya membuat keputusan dan tindakan terhadap perkara yang bermain di minda saya.
Minggu itu juga saya diberi peluang untuk scrub sebagai assistant surgeon kedua untuk pembedahan IM Nailing iaitu memasukkan besi ke dalam tulang peha yang patah. Mungkin peranan saya tidaklah penting. Hanya sekadar menjadi tukang angkat kaki, tukang dressing dan suture. Tapi walau bagaimanapun, saya tetap gembira kerana surgeon tersebut merupakan idola saya. Mungkin sebagai pengubat kekecewaan saya, beliau berkata;
Before you become a good surgeon, you must be a good assistant
first
InsyaALLAH, walaupun saya tidak berminat dengan Orthopedic Surgery, kata-kata ini akan saya ingat dan sampaikan pada rakan-rakan yang berminat untuk menjadi surgeon.
Sememangnya, lima minggu di Jabatan Ortopedik benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal. Rasanya, saya selalu tertewas apabila kerap kali tertidur dalam seminar.
Antara kesemua posting, rasanya inilah posting yang paling mencabar sekali pernah saya tempuhi. Maklumlah ada masanya saya turun dari bilik pada jam 8 pagi dan pulang ke bilik pada jam 7 petang.
Itu pun masih belum mencukupi kerana masih terlampau banyak yang belum saya pelajari. Menulis dan merungut dalam penulisan ini tidak akan menyelesaikan masalah tersebut. Ilmu ini perlu digarap dan bukannya dapat dimasukkan kedalam otak seperti mana memasang perisian komputer.
InsyaALLAH, akan saya gunakan masa berbaki ini untuk belajar sebanyak mungkin bagi persediaan exam dan juga kerjaya sewaktu menjadi doktor nanti. Masih saya ingat juga kata-kata Dr Eskandar yang merupakan pakar bedah ortopedik di bawah Team Spine sewaktu kami mengadakan sesi teaching untuk kes spine bersamanya.
Our aim is to produce a SAFE DOCTOR. Its okay if you cannot establish a diagnosis and refer your patient to us. Like this patient, honestly I also do not know what her diagnosis is. We will do MRI again tomorrow, hoping to see the findings. But, make sure that you have done all the necessary things to be carried out.
InsyaALLAH! Semua pesanan doktor akan saya ingat dan semat dalam minda saya. Sesungguhnya saya bersyukur kerana dapat belajar di USM ini. Terlampau banyak kenangan suka duka yang dapat saya garap.
Moga semua ini akan mematangkan saya dalam proses untuk menjadi seorang doktor yang safe dan outstanding.
InsyaALLAH!
COretAN
OrtOPeDIK
DI tAhUN 5
Sewaktu di tahun 5, saya ditukarkan pula ke Team OORU iaitu Orthopedic Oncology and Reconstructive Unit iaitu bidang yang melibatkan kanser tulang dan daging. Tim ini agak sibuk memandangkan HUSM merupakan pusat rujukan untuk keskes kanser tulang dari Pantai Timur dan Utara tanah air.
Walaupun jadual aktiviti tim ini sangat-sangat sibuk, saya bersyukur kerana ditempatkan di sini. Ketegasan pensyarah menyebabkan kami lebih rajin untuk belajar.
Rutin harian kami bermula seawal jam 7.30 pagi di mana kami terpaksa menandatangan borang kehadiran di Jabatan Ortopedik. Selepas itu, kami akan mengadakan sesi wad round sehingga jam 10 pagi. Bergantung kepada jadual aktiviti kumpulan, ada masanya kami akan turun ke klinik untuk bertemu pesakit baru atau yang menjalani susulan. Sekiranya pada hari tersebut merupakan hari untuk pembedahan, kami akan terus ke bilik pembedahan tanpa mengikuti morning round.
Sesi tengah hari pula diisi dengan tutorial, short case ataupun long case. Jarang kami ada masa terluang sepanjang posting ini kerana ia begitu padat sekali. Hanya waktu malam digunakan untuk belajar. Itu pun andai tidak ada on-call dan selepas selesai cover pesakit.
Sewaktu di rotasi ini, tidak banyak kenangan yang dapat saya catat walaupun bertemu dengan banyak sekali penyakit. Kesibukan kehidupan seharian ditambah pula dengan stres untuk menduduki peperiksaan akhir membantutkan semangat saya untuk menulis.
Namun, apa yang boleh saya katakan adalah ilmu dalam bidang ini sudah banyak berubah. Jika dulu, andai seseorang disahkan menghidap kanser tulang, maka anggota tersebut akan terus dipotong. Tetapi pada hari ini, sel kanser tersebut boleh dibuang dan tulang yang hilang itu akan diganti dengan tulang yang diperolehi daripada penderma atau dari tulang pesakit itu sendiri. Ditambah pula dengan rawatan kemoterapi, peluang pesakit untuk hidup semakin cerah.
Oleh itu, kemalangan jalan raya dan komplikasi penyakit kencing manis yang lebih menjadi penyebab utama yang membawa kepada amputasi anggota badan.
Itulah saat yang paling menyukarkan saya sewaktu berada dalam tim ini yakni ketika terpaksa berhadapan dengan pesakit yang bakal dipotong anggota kaki atau tangan. Tidak ramai yang boleh menerima kenyataan terhadap apa yang bakal dilakukan ke atas mereka ini.
Semoga Allah memberikan kesabaran yang tinggi buat mereka.
BAGAIMANA
MeMBAIKI
KerUSI YANG PAtAh
Kelebihan utama sarjana Cina di zaman lampau adalah kemampuan mereka untuk meluahkan rasa hati melalui syair dan puisi dan menggambarkan sesuatu menggunakan perumpamaan yang mengandungi ayat-ayat menarik.
Mungkin kelebihan yang sama juga tumpah ke dalam acuan yang menghasilkan ramai pakar-pakar bidang ortopedik kerana mereka juga menggunakan kaedah yang sama dalam menjelaskan sesuatu penyakit berkenaan tulang.
Satu contoh yang boleh saya kongsikan disini adalah melalui petikan dari buku Essential Orthopaedics and Trauma 5th Edition yang ditulis oleh David J. Dandy dan Dennis J. Edwards.
Grass grows without gardeners and bone unite without orthopaedic surgeons. Like gardener, the orthopaedic surgeon tries to make natures task easier, but nothing will make a bone unite if the circumstances are not right
Suatu hari, study group kami mengadakan sesi extra clinical teaching bersama seorang pakar ortopedik. Kelas beliau memang menarik dan menyaksikan adrenalin mengalir di setiap salur darah kerana beliau memang terkenal dengan doktor yang tegas. Namun, kesungguhan beliau mengajar anak-anak didik memang sangat-sangat dikagumi.
Salah satu topik yang kami bincangkan adalah berkaitan dengan fracture union (penyambungan tulang yang patah). Beliau memberikan satu perumpamaan yang cukup menarik sekali yang ingin saya kongsikan.
Tanya beliau kepada kami;
How do you repair a broken wooden chair
Use a nail to unite them doctor
What else can you do
Terdiam sambil dalam hati tertanya-tanya. Apa dah buang tebiat ke doktor ni tanya macam mana nak baiki kerusi patah
Sambil menggeleng kepala, Hish kamu ni, apa yang kamu tahu ni
If you want to repair the broken wooden chair, you can use the glue. Put it to each end of the broken part and bring them together. Hold it and immobilise it and let it to glue themself together. Later on, they will unite. But it will not be ready if there is no glue or if you keep moving the broken chair and not immobilise it.
Sambil kami cuba untuk menghadam maksud di sebaliknya, beliau menyambung lagi.
The same thing with your fracture. How to treat them is similar. To ensure that non union did not occur, you have to apply the same concept. In order for the bone to unite, you need a glue and your glue now is callus. For bone to unite, you have to adequately reduce the fracture and make sure each broken parts in contact. Then you immobilise the fracture to ensure the glue will works. And of course if in condition like severe bone loss whereby you can not bring the bone edge together, union wont occur. The same thing occurs if callus can not be formed, even though the reduction and immobilisation are adequate.
Dan masing-masing mengangguk faham dan tersengih dengan penjelasan beliau tadi. Dalam hati memang respect betul dengan orthopaedic surgeon ini. Mereka yang sebelum ini cukup simbolik dengan trademark macho, manly, Mr Leather ataupun Mr Gadget ternyata juga cukup puitis dan hebat berbicara.