Kes #1:
Perempuan berumur 40 tahun. Dia kahwin agak lewat iaitu kirakira 4 tahun yang lalu. Suaminya muda dua tahun daripadanya. Setahun setengah lepas berkahwin, mereka dikurniakan anak lelaki. Dan masalah bermula selepas itu di mana beliau mengalami keguguran 3 kali berturut-turut dalam tempoh 2 tahun. Kegugurannya disebut dalam istilah perubatan sebagai Missed Abortion ataupun Blighted Ovum di mana telur isteri dapat disenyawakan dan dapat mendarat di dalam rahim tetapi selepas itu ianya tak mahu membesar dan terpaksa digugurkan. Dalam perubatan, Missed Abortion ini masih menjadi misteri kerana dikatakan janin itu yang tak sihat. Rasanya takda dalam buku menyatakan bahawa suami atau isteri yang patut dipersalahkan tetapi mereka dah buat ujian yang menyatakan bahawa sperma suaminya banyak yang tak sihat atau cacat. Jadi, ada alasanlah untuk menyalahkan suaminya.
Setiap kali isterinya termengandung, mereka saling bergaduh. Tiga kali isterinya terpaksa menjalani D+C iaitu pembedahan untuk membersihkan rahim. Walaupun ini prosedur kecil tetapi kesakitannya macam orang beranak juga. Setiap kali lepas D+C suami berjanji tak nak anak lagi tetapi selang beberapa bulan, isterinya hamil juga.
Semalam mereka datang lagi. Isterinya mengadu keluar darah sikit-sikit semenjak 2 minggu yang lepas. Bila aku scan, memang sah dia mengandung dan kandungannya pun nampak tak sihat. Masalah lama berulang kembali dan di depan aku juga mereka bergaduh. Pening kepala aku. Nak salahkan siapa Sebagai lelaki, aku tahu perasaan suami. Dia masih nak anak lagi untuk membuktikan kejantanannya. Dan sebagai isteri, dialah yang terpaksa menanggung azabnya.
Kes #2:
Perempuan ini berumur 19 tahun. Dia datang dari jauh sambil ditemani oleh makciknya. Makciknya kata dia nak buat Kad Merah iaitu rawatan ibu mengandung. Bila aku tengok alamatnya, aku dah agak dah ini mesti kes ibu tunggal. Memang betul. Dia mengadu dirogol oleh kawan sekerjanya bulan sebelas tahun lepas. Ibunya tak nak buat laporan polis kerana tak mahu orang-orang kampungnya tahu. Maka lelaki keparat tu bebas begitu sahaja dan perempuan ini yang menanggung akibatnya. Ibunya mengeposkan anaknya ke rumah makciknya untuk menyelamatkan masa depannya.
Bila aku scan, bayinya dah berusia 7 bulan setengah. Bayi lelaki. Untuk kes-kes macam ini, biasanya bayi-bayinya semua sihat walafiat dan tidak menyusahkan ibu yang mengandungkannya. Aku jarang jumpa kes-kes ibu tunggal yang mabuk teruk, kena darah tinggi atau kencing manis yang menyusahkan kehidupan ibunya. Aku malas nak tanya siapa lelaki keparat itu. Yang paling penting, di mana bayi tu akan dilahirkan dan siapa yang akan menjaganya selepas itu. Aku cakap aku boleh tolong carikan keluarga angkat kalau mereka takda tempat nak letak bayi itu.
Dalam kes-kes ibu tunggal, yang merana dan sengsara tentunya perempuan. Kenapa ya lelaki senang betul hidupnya Kalau kena tangkap atau penjara, perempuanlah yang kena dulu. Yang lelaki lepas bebas begitu sahaja.
Kes #3:
Perempuan ini berumur 32 tahun. Dah ada dua anak lelaki berumur 5 dan 2 tahun. Beliau seorang suri rumah manakala suaminya kerja kilang. Pada aku, mereka takda masalah apa-apa untuk membesarkan anak seorang lagi. Tetapi bila isteri beritahu suami bahawa period dia dah lewat, suaminya mula naik angin. Dia suruh isterinya makan itu ini supaya tak mengandung dan mati-mati dia tak nak anak lagi. Dah seminggu mereka tak bertegur sapa dan tidur berasingan.
Semalam isterinya datang klinik aku ditemani bapanya. Scan menunjukkan isterinya sah mengandung 2 bulan. Mati hidup balik aku takkan beri ubat apa-apa untuk gugurkan kandungannya. Aku pesan pada kakak tu, Kalau bayi tu takda siapa nak jaga dan suami tak nak tanggungjawab saya boleh tolong jagakan. Juga, manalah tahu bayi perempuan kali ini.
Senyum je kakak tu bila aku cakap macam tu. Semoga ada penyelesaian untuk masalahnya.
Kepada doktor-doktor muda yang bercita-cita nak jadi doktor cabuk macam aku, korang rajin-rajinlah belajar buat scan masa kerja di hospital. Semuanya kena belajar daripada pengalaman. Semakin banyak korang buat scan, semakin cekaplah korang. Kalau nak harap lecturer je, memang tak cukup. Korang kena cari inisiatif sendiri untuk praktis dan praktis.
Masa aku di hospital dulu, hampir semua ibu-ibu mengandung bawah jagaan aku, aku scan setiap hari. Nurse semua naik hairan. Malah ada nurse yang sanggup tunggu aku habis buat ward round sebab nak tumpang buat scan. Tapi Its worth it. Bila aku buka klinik dan beli mesin scan sendiri, macam-macam benda aku boleh diagnosed. Banyak klinik member-member aku yang rujuk patient mereka kepada aku untuk scan. Nurse di klinik kerajaan pun ada hantar pesakit kepada aku untuk scan. Aku bukanlah pandai sangat tapi setakat nak tengok jantina tu, 90% aku boleh confirmkan. Masalah-masalah placenta praevia, twin pregnancies, polyhydramnios, anencephaly malah ectopic pregnancy pun aku pernah diagnosed.