Kakak kau nak beranak kat rumah. Home birth ke gentle birth, abang tak tahu la. Pening kepala abang.
Nuha memandang wajah abang iparnya, Abang Rahim yang sugul.
Dia kata serik dengan pengalaman beranak kat hospital masa lahirkan Auni. Abang ajak dia beranak kat hospital swasta pun dia tak mahu.
Berasap telinga Nuha mendengarnya. Apa yang Kak Azie fikirkan
Abang Rahim seorang yang sangat lembut, penyayang. Dia sangat kasihkan isterinya, sebab itu dia tidak tahu lagi bagaimana mahu memujuk isterinya supaya mengikut nasihatnya.
Abang risau Nuha. Cuba Nuha pujuk dia. Mana tahu bila Nuha yang cakap, lembut sikit hati dia. Abang Rahim penuh berharap. Biar Nuha cakap dengan kakak.
Abang Rahim lega mendengar janji Nuha. Dia berdoa moga isteri kesayangannya berubah fikiran selepas berbincang dengan adik kandungnya sendiri.
Kenapa kakak nak bersalin kat rumah Nuha tidak
berselindung lagi apalagi dia berkunjung ke pejabat kakaknya.
Hari ini merupakan hari cuti. Maklumlah, bekerja di jabatan kecemasan bermakna bekerja hujung minggu dan bercuti hari biasa disebabkan dia bekerja mengikut syif. Keinginannya untuk menghabiskan cuti dengan berjalan-jalan bersama temanteman dibatalkan kerana mahu berjumpa kakaknya. Dia sudah memaklumkan lebih awal kedatangannya kepada kakaknya.
Kakak ada sebab sendiri. Nuha jangan risau, Insya Allah tak ada apa-apa. Tenang Kak Azie menjawab.
Tapi kenapa Nuha tidak berpuas hati.
Pendatang asing berebut-rebut nak bersalin kat hospital kerajaan tapi orang Malaysia sendiri sibuk nak bersalin kat rumah. Rungut Nuha.
Eh, bukan ke pendatang asing kena bayar kalau nak bersalin kat hospital kerajaan
Ya la, dulu kerajaan tak strict sangat pasal bayaran, jadi ramai la yang bersalin kat hospital kerajaan. Sekarang kurang sikit, jelas Nuha.
Kakak tak jawab lagi soalan Nuha. Kenapa akak nak bersalin kat rumah Kan lebih elok akak bersalin kat hospital.
Akak nak bersalin dalam keadaan tenang dan selesa. Nuha tak ingat ke kan doktor dan misi marah-marah akak masa akak bersalin Auni dulu. Akak dah serik.
Nuha mengeluh. Mana mungkin dia lupa cerita kakaknya. Semasa kakaknya bersalinkan Auni, dia tiada di sisi kakaknya kerana masih belajar dalam tahun akhir fakulti perubatan. Kak Azie bercerita pengalaman pahitnya di labour room, dimarahi misi dan doktor kerana dia tidak pandai meneran untuk mengeluarkan anak. Katanya lagi, Abang Rahim tidak dibenarkan untuk menemaninya. Ternyata peristiwa itu meninggalkan titik hitam di hati kakaknya hingga membuatkan dia nekad mengambil keputusan untuk bersalin di rumah.
Abang Rahim kata dia boleh keluarkan duit untuk akak bersalin kat hospital swasta. Kenapa akak tak nak juga
Kak Azie tersenyum. Nuha, orang dulu bersalin di rumah pun selamat je. Hidup je anak-anak dia orang.
Itu yang kita tahu selamat kak, yang tak selamat mana kita tahu. Nuha mula panas hati. Mudah saja menggunakan hujah orang zaman Tuk Kaduk dahulu.
Akak ada kawan dalam group Facebook. Elok je dia orang bersalin kat rumah. Ada tu, dah pernah caesar lagi. Boleh juga bersalin kat rumah.
Setiap orang tak sama kak. Mungkin dia orang tak ada masalah dan alhamdulillah selamat bersalin. Tapi kita tak tahu apa yang akan terjadi masa bersalin nanti. Nuha menyuarakan kerisauannya.
Kat luar negara pun dah ramai orang lahirkan anak di rumah. Tak ada masalah pun, kenapa doktor kat Malaysia ni susah nak terima perubahan.
Mana akak tahu tak ada masalah.
Akak dah buat kajian kat Internet, bincang dengan kawankawan kat group facebook.
Orang akan letak yang indah-indah saja kak, yang ada masalah, orang tak letak dalam tu.
Akak tak ada masalah apa-apa masa mengandung. Akak rasa tak ada masalah untuk akak bersalin kat rumah. Lagipun ada kawan akak nanti temankan akak masa bersalin.
Nuha semakin bengang mendengarnya. Nampaknya apa saja yang diutarakan olehnya dibalas dengan hujah-hujah daripada kakaknya untuk mewajarkan tindakannya bersalin di rumah.
Siapa kawan akak tu Dia ada tauliah sebagai bidan atau pengalaman untuk menyambut kelahiran bayi ke
Dia cuma peneman, birth companion. Bukannya bidan. Tapi dia ada banyak pengalaman temankan orang bersalin di rumah.
Pengalaman temankan orang bersalin Bukannya pengalaman sambut baby. Tukas Nuha.
Akak percayakan dia Nuha. Dia baik orangnya.
Nuha tak kata dia tak baik kak. Ya, mungkin dia orang yang baik. Tetapi adakah dia tahu apa yang nak dilakukan kalau apaapa terjadi
Dah ramai orang bersalin dapatkan khidmat dia. Dia cuma nak tunaikan hasrat akak bersalin kat rumah.
Tunaikan hasrat akak Macam mana kalau itu hasrat terakhir akak, sesuatu berlaku dan akak pergi meninggalkan kami selama-lamanya. Nurul tidak tergamak untuk mengucapkannya.
Nuha tidak menyangka begitu tegar kakaknya dengan group facebook gentle birth atau home birth atau yang sewaktu dengannya. Begitu juga betapa tingginya kepercayaan kakaknya pada birth companion.
Lagipun doktor di hospital suka bagi ubat dan benda yang tak perlu masa nak bersalin. Akak tak mahu lagi semua tu.
Mana ada macam tu. Semua benda yang kami buat kat hospital tu bersebab kak. Cubit paha kanan, paha kiri turut terasa.
Rupanya itu tanggapan awam termasuk kakaknya. Bahawa doktor hospital suka-suka melakukan satu perkara atau senangsenang bagi ubat begitu saja. Sedangkan hakikatnya amat jauh berbeza. Memang meleset sekali pemahaman mereka. Tetapi mengapa tidak bertanya kalau tidak tahu Mengapa buat anggapan sendiri
Inilah masalah orang sekarang. Lebih suka berguru dengan pakcik Google tapi salah pemahaman kerana membuat rumusan sendiri. Tidak mahu bertanya pada yang pakar atau mereka yang ahli dengan ilmunya.
Habis, kalau jadi apa-apa macam mana Sekurang-kurangnya kalau bersalin di hospital, ada doktor dan jururawat. Ada kelengkapan, ada bekalan darah kalau tiba-tiba akak tumpah darah. Boleh pergi bilik bedah kalau tiba-tiba ada masalah bayi tak boleh keluar.
Itulah doktor, tahu nak bedah orang saja. Kak Azie menyalahkan hospital.
Kak, doktor bukan suka-suka nak bedah orang. Kami pun kalau boleh tak mahu bedah-bedah, lebih senang kalau bersalin cara biasa. Nuha panas hati.
Kenapa orang awam selalu fikir doktor suka membuat keputusan melulu apabila membedah orang. Kalau bedah, dikatakan asyik bedah orang. Kalau lambat bedah dan bayi bermasalah, dikatakan doktor cuai dan tidak cekap kerana lambat membuat keputusan untuk melakukan pembedahan.
Huh, serba tidak kena.
Nuha tahu, bukan mudah untuk membuat satu-satu pembedahan. Bersalin secara biasa, hanya perlu jahit tempat luka sekiranya perlu. Ibu sembuh dengan cepat.
Nuha sendiri tak suka kalau pembedahan dilakukan. Ingat seronok ke berdiri dalam bilik OT yang sejuk, ada masanya hingga pukul empat atau lima pagi. Berjam-jam berdiri hingga sakit kaki, belum dikira lenguh badan kerana ada kalanya bersilih ganti pembedahan yang dilakukan akibat kes-kes kecemasan.
Pengalaman sewaktu menjalani housemanship di jabatan sakit puan (obstetrik dan ginekologi) menyedarkan dia bahawa ianya tidak mudah. Dua nyawa perlu diselamatkan dalam satu masa. Pembedahan tidak akan dibuat melainkan itu ialah jalan untuk menyelamatkan kedua-dua nyawa. Oleh sebab itu dia kagum dengan mereka yang bekerja di jabatan sakit puan. Cabarannya sukar.
Nuha, kalau dah ajal kat mana-mana pun boleh mati. Nuha kerja kat jabatan kecemasan, mesti macam-macam kes Nuha dah nampak. Kak Azie cuba mempertahankan hujahnya.
Memang la kalau dah ajal kat mana-mana pun boleh mati. Tapi
Tuhan suruh kita berusaha, bukannya berserah pada takdir saja.
Sekurang-kurangnya akak mati syahid kalau meninggal masa bersalin.
Akak, boleh tak akak serius. Semakin pening kepala Nuha. Patutlah Abang Rahim gagal memujuk isteri sendiri. Hati Kak Azie sudah seteguh karang. Pendiriannya untuk bersalin di rumah seakan-akan tidak boleh digugat.
Akak serius la ni. Orang lain jer tak faham. Suami akak sendiri tak faham, Nuha pun tak faham. Suara Kak Azie seperti orang berjauh hati.
Akak, cuba fikirkan Abang Rahim dan Auni. Kalau apa-apa jadi pada akak, kasihan mereka. Macam mana dengan Nuha, mak dan abah Ada akak fikir semua tu.
Kalau nak jadi apa-apa, kat hospital pun boleh jadi Nuha, tegas Kak Azie.
Memang la kak. Tapi sekurang-kurangnya pihak hospital boleh buat apa yang patut untuk tolong akak. Kalau kat rumah, takut tak sempat sampai ke hospital.
Kalau Nuha risau sangat, Nuha standby la untuk akak kat rumah.
Tak payah la Nuha buang air liur nasihatkan akak. Akak tak akan ubah keputusan akak.
Akak!
Ternyata Kak Azie tidak lut nasihat.
Nuha yang sakit hati dengan kedegilan kakaknya berlalu pergi dengan hati yang sebal. Ahli keluarga sendiri pun gagal dia nasihatkan, macam mana ini
Ish... penatnya. Nuha mengesat peluh yang membasahi muka. Peluh di badan usah dikira. Lencun baju scrub biru yang dipakainya.
Berturut-turut dia dan pasukan resus malam ini melakukan proses resusitasi.
Pesakit pertama mangsa kemalangan yang mengalami kecederaan di kepala, dada dan bahagian abdomen. CPR terpaksa dilakukan apabila pesakit tiba-tiba tidak bernafas dan denyutan jantung tidak dapat dikesan selepas pulang dari bahagian pengimejan untuk menjalani pemeriksaan imbasan otak, dada dan abdomen.
Sudah selamat menghantar pesakit ke bilik bedah, datang pula pesakit kedua. Seorang lelaki dalam lingkungan umur 30-an mengadu terjaga daripada tidur dalam keadaan sakit dada. Baru saja mahu mengambil tanda vital, kaki dan dan tangannya tersentak-sentak. Cardiac monitor menunjukkan ritma ventricular fibrillation. Pantas paddle diangkat dan defibrillation dilakukan. CPR hampir 20 minit sebelum mendapat denyut nadi semula.
Nuha, aku dengar telefon kau berdering-dering tadi. Razak yang muncul dari yellow zone menegurnya.
Ha
Aku guna telefon resus tadi nak refer case pada gynae. Dengar telefon kau asyik berbunyi. Razak memuncungkan mulut pada telefon Nuha yang sedang dicas berhampiran telefon hospital. Nuha mengambil telefon yang sudah penuh dicas.
Sebelas missed call Berkerut-kerut dahi Nuha. Tidak sedap hati dia dibuatnya. dia membuka bahagian panggilan untuk melihat daripada siapa semua missed call itu.
Missed call banyak kali pagi-pagi buta bukan petanda yang bagus.
Daripada Abang Rahim
Nuha menyentuh butang panggilan dengan hati yang berdebardebar. Apa yang telah berlaku
Assalamualaikum, abang....
Nuha, tolong abang! Abang tak tahu nak buat apa! Abang Rahim kedengaran begitu cemas di talian.
Bertenang bang, abang kat mana ni Nuha cuba menyabarkan Abang Rahim walaupun hatinya sendiri cemas.
Abang... abang kat Hospital Raja Idris. Kak Azie... kak Azie tadi.... Terputus-putus suara Abang Rahim. Nuha dapat mengesan betapa gementarnya abang iparnya detik itu.
Kak Azie bersalin di rumah. Lepas baby keluar, dia tumpah darah. Dia pengsan tak sedarkan diri.
Nuha seperti mahu pengsan mendengarnya. Perkara yang ditakutinya telah berlaku. Nuha memejamkan mata. Menahan air mata yang mahu mengalir.
Sekarang, kakak macam mana Nuha takut untuk mengetahui jawapannya tetapi dia harus bertanya. Dia berdoa semoga jawapan positif yang diterimanya.
Doktor kecemasan tengah rawat dia. Dia orang suruh abang tunggu di luar. Tapi kata doktor tadi, memang keadaan dia teruk.
Nuha datang la sini. Temankan abang. Mak dan abah dah on the way. Sayu suara Abang Rahim.
Okey, nanti Nuha sampai ke sana, Nuha cari abang.
Nuha melihat jam yang tergantung di dinding. Sudah pukul empat pagi!
Nuha meminta kebenaran dari ketua doktor malam ini untuk balik. Ada empat jam lagi sebelum syifnya habis tetapi dia tidak sanggup menunggu lagi. Dia tidak boleh meneruskan kerja. Hanya Kak Azie yang ada dalam fikirannya.
Mujur cukup doktor untuk menggantikannya di zon resus. Amin dari zon kuning menawarkan diri menggantikan Nuha di resus memandangkan ada tiga doktor di zon kuning.
Nuha memecut Hyundai Accent dengan hati yang berlubanglubang. Tidak banyak kenderaan di jalan.
Separuh berlari separuh berjalan Nuha ketika menuju ke jabatan kecemasan selepas memarkir keretanya.
Abang Rahim mundar-mandir di luar jabatan kecemasan dengan wajah yang sugul. Emak dan abahnya duduk di kerusi. Mata emak sudah bengkak. Auni terlentok dalam dukungan abah.
Nuha bersalaman dengan emak dan abah. Kau tengokkan kakak kau kat dalam tu Nuha. Lama sangat rasanya. Tak tahu khabar berita. Pinta abah dengan suara yang tersekat-sekat.
Emak sudah tidak mampu bercakap. Sesekali emak mengesat air mata yang tidak putus-putus mengalir.
Nuha tahu dia harus kuat. Kuat untuk keluarganya. Abang Rahim mengangguk apabila terpandang Nuha.
Nuha segera masuk ke dalam.
Nuha! Borhan serba-salah apabila ternampak Nuha. Dia yang sedang bertungkus-lumus mengendalikan resusitasi kakak Nuha tampak berpeluh-peluh.
Mata Nuha lekat pada sekujur tubuh kakaknya yang terbaring kaku di atas katil.
How is she Suara Nuha seperti berbisik. Dia takut untuk berhadapan dengan kenyataan.
Melihat berbotol-botol ampule adrenaline yang telah terbuka dan cardiac monitor menunjukkan garis lurus menguatkan perasaannya bahawa dia harus bersedia dengan realiti pahit.
Actually she was brought in with no sign of life, we tried to revive her. Its already 45 minutes now. Borhan mengerling jam di dinding.
Nuha mengetap bibir. Sebagai doktor kecemasan setiap hari dia berhadapan dengan kematian. Tetapi kali ini, yang terbaring di depannya ialah kakak yang disayanginya. Perasaannya sangat berbeza. Seperti ada pisau yang menikam dada. Sakitnya tak terperi. Nuha rasa tak berdaya. Dia seorang doktor tapi dia sendiri tak dapat menolong kakaknya.
Nuha melangkah keluar dengan longlai. Bagaimana dia hendak menyampaikan berita itu kepada keluarganya
Azie dapat menunaikan hasratnya yang terakhir iaitu bersalin di rumah. Rahim kena redha dengan apa yang berlaku. Ini semua takdir Allah. Ayat itu menangkap telinga Nuha ketika dia menghampiri Abang Rahim.
Seorang perempuan bertudung biru dan berbaju blaus biru gelap di samping Abang Rahim kelihatannya sedang memujuk Abang Rahim. Pandangan Abang Rahim kosong. Dia seperti tidak mendengar apa yang dikatakan perempuan itu.
Hasrat terakhir Redha
Kak Azie dah tak ada tau tak Ingin sahaja Nuha bertempik kepada perempuan itu.
Siapa ni Abang Rahim Nuha menjeling tajam.
Dia yang temankan Kak Azie bersalin di rumah tadi.
Oh, inilah peneman Kak Azie ketika bersalin. Orang yang disebut-sebut sebagai birth companion.
Perempuan itu meminta diri untuk ke bilik air tanpa sempat Nuha berkata apa-apa. Dia tidak muncul-muncul lagi selepas itu.
Abang Rahim nak bawa Kak Azie terus ke hospital lepas darah keluar sikit-sikit tapi Zila kata normal la keluar darah lepas bersalin. Lepas keluar banyak dan Kak Azie pengsan baru dia kelam-kabut telefon ambulans. Tapi abang tak mahu tunggu ambulans lagi, abang sendiri drive ke hospital.
Nuha tidak tahu sama ada dia mahu menangis atau marah sebaik saja mendengar apa yang keluar dari mulut Abang Rahim.
Zila. Perempuan itu yang menyebabkan Kak Azie meninggal dunia secara tidak langsung. Senangnya perempuan itu menyatakan semuanya ialah takdir Allah. Mudahnya berkata-kata. Langsung tidak bertanggungjawab. Muka tidak menunjukkan perasaan bersalah langsung. Sehingga bila-bila raut wajah perempuan itu terpahat dalam ingatannya.
Ya Allah, kuatkan hati aku. Nuha beristighfar. Dia tidak mahu terus-terusan hanyut dalam dendam.
Tempatkan roh Kak Azie di kalangan hamba-Mu yang beriman.
Nuha tahu dia ada misi penting selepas ini. Dia harus memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak ada orang lain menerima nasib seperti Kak Azie. Dia tidak mahu ada keluarga lain yang bersedih seperti keluarganya. Nuha tidak sampai hati memikirkan nasib anak-anak yang ditinggalkan.
Macam mana Kak Azie
Soalan Abang Rahim membuatkan mulut Nuha terkunci. Dalam masa yang sama, abah dan emak sedang menuju ke arahnya.
Auni erat dalam dakapan abah.