SURAT DARI SYURGA: Kisah Benar Teoh Beng Hock - 9
Aku amat tertarik dengan inisiatif yang dilakukan oleh sekumpulan penggerak teater moden tanahair, Rumah Anak Teater. Mereka tergerak dalam mementaskan kisah aku disoalsiasat pada malam kejadian aku dibunuh dalam bentuk teater. Apa yang aku lihat atas semangat mereka itu, mereka mengadakan pementasan atas sumbangan orang ramai. Sumbangan yang diterima pula benar-benar diaudit. Kagum aku.

Seperti yang aku jangkakan, teater ini cuba dihalang. Kesilapan besar yang dilakukan oleh kumpulan teater ini apabila mereka mahu adakan pementasan yang berjudul BENG HOCK di Kuala Lumpur. Kenapa mesti Kuala Lumpur Tak boleh buat di Selangor ke Selangor ni tak ada pentas teater ke Dalam kerajaan tempatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mereka mempunyai ketetapan bahawa setiap pementasan yang diadakan wajib untuk memohon lesen kebenaran daripada mereka.

Oh please.. cakap banyak DBKL ni. Berlambak pementasan teater yang dibuat di KL tak mohon permit pun. Lepas aje. DBKL tak datang pun. Polis tak datang pun. Poster terpampang di sana-sini. Pelakon-pelakon beraksi bagai rak dalam tabloid tempatan. DBKL kenapa tak serbu pementasan-pementasan ini

Penerbit teater ini, Faisal Mustaffa dipanggil oleh pihak berkuasa polis cawangan khas kerana mereka mendakwa tidak menerima sebarang permohonan untuk mementaskan Beng Hock. Menurut polis yang menemuduga, setiap pementasan yang diadakan wajib membuat permohonan bertulis daripada pihak polis. Apabila ditanya alasan, ia bertujuan untuk memastikan pihak penganjur bukannya seorang bekas tahanan ISA (sebut; Akta Keselamatan Dalam Negeri).

Aku gelak sendirian. Bagi aku, polis cawangan khas ini patut lebih professional dalam memberi alasan kepada kumpulan teater ini. Mereka adakan di tempat milik persendirian dan tidak membuat keuntungan atas pementasan yang dilakukan. Takkan ini pun perlukan permit DBKL

Sekali lagi, nama aku disebut-sebut. Menjelang ulangtahun kematian aku 16 Julai 2009, nama aku sering disebut-sebut. Tapi kali ini mereka bukan memanggil aku tetapi kerana pementasan ini meletakkan nama aku. Mujur keluarga aku tidak meminta royalti daripada kumpulan ini. Oh ya, mereka tidak membuat sebarang keuntungan. Aku benarkan mereka.

Seluruh kaum keluarga aku hadir ke pementasan ini. Aku lihat mereka sampai lewat pada pementasan Sabtu malam itu. Anak aku yang tak tahu apa-apa pun turut hadir. Ma masuk tak sampai lima minit. Dia keluar. Katanya nak ke tandas tapi terus tak masuk-masuk hingga ke akhir pementasan. Dia pangku anakku Teoh Er Jia. Memandangkan aku sudah pun tonton dua pementasan awal termasuk pementasan media yang menjemput ASP Naya dari IPD Sentul yang tidak hadir, aku temankan Ma di luar. Dia tidak banyak bercakap, dia tidak melihat pemandangan di Sentul East mahupun di dalam bangunan KLPac yang diubahsuai daripada sebuah kilang pemproses getah kepada panggung - siapa sangka

Aku tahu apa yang difikirkan. Dia fikirkan aku. Aku tenung ke arahnya. Sebagai ibu, aku pasti dia tahu kewujudan aku di situ. Mungkin dia tidak mahu bercakap. Dia dukung Er Jia pun tidak berkata apa-apa kepada budak kecil itu. Er Jia pun sememangnya selesa di pangkuan neneknya. Pada malam pertama diadakan, ianya khusus untuk para media. Memang ramai. Aku duduk di satu sudut terpencil di hujung dewan IndieCine. Seorang demi seorang datang bermula 7:45 malam. Mereka semuanya dihantar editor mereka. Aku pasti kehadiran teman-teman media ialah untuk mendapat keputusan sama ada pihak polis membenarkan atau tidak pementasan itu diadakan pada tiga pementasan berikutnya.

ASP Naya ialah nama pegawai yang memanggil penerbit dan sering menghubungi pihak pengurusan panggung berkenaan kebenaran untuk mementaskan teater berjudul nama aku ini. Aku tergelak bila ASP Naya dijemput. Memang dia takkan hadir. Daripada polis ini sibuk bertugas menonton teater, baik dia pulang ke rumah bersama keluarga. Ini mungkin lebih baik untuknya. Memang benar tekaan aku ASP Naya tak datang. Begitu juga anggota polis. Cuma ada dua anggota cawangan khas yang ditugaskan untuk melihat sahaja. Mereka bukannya pihak yang membuat keputusan tetapi datang dan pulang dengan laporan.

Sungguhpun aku duduk bersendirian di satu sudut terhibur dengan pementasan tersebut, ramai jurugambar yang hadir sedikit mengganggu konsentrasi orang ramai. Mereka tidak henti mengambil gambar para pelakon; Amerul Affendi, Azrul Azizi, Anne, Azzad Mahdzir, Alloy Paradoks dan Shufitri Sukardi. Sewaktu mereka leka mengambil gambar, pada malam yang sama, ada seorang jurugambar amatur telah meletakkan beberapa rakaman gambar ke dalam laman facebook.

Nah, foto aku timbul di gambar tersebut! Aku tidak sangka sama sekali.

Bagaimana aku boleh wujud dalam gambar tersebut Bukankah aku ghaib Bukankah manusia tidak boleh nampak aku

Mungkin gambar yang diambil itu tidak disengajakan. Ada kemungkinan orang yang mengambil gambar itu menggunakan kamera thermal. Kamera jenis ini boleh merakam bentuk tenaga dan haba yang wujud. Teknologi ini digunakan dalam wira-wira dalam filem Predator.

Atau orang yang terakam gambar aku itu menggunakan kamera visi malam (sebut night vision camera). Kamera ini aku faham mahal tetapi bila aku lihat jurugambar yang datang, mereka membawa kamera-kamera yang besar. Mungkin juga kamera mereka itu mempunya teknologi visi malam.

Atau orang yang merakam gambar aku menggunakan Handycam seperti Uncle Seeker. Dalam Handycam ada mod visi malam yang berupaya mengambil lembaga-lembaga.

Tidak hairan mata aku terpampang dalam gambar yang ditangkap itu. Dalam kamera-kamera biasa, sekiranya kita amatur, seringkali kita akan menangkap model kita bermata merah (sebut red eye). Kecuali kita memprogramkan kamera kita kepada anti red-eye, gambar kita tidak akan kelihatan bermata merah. Canggih sungguh.

Kekecohan yang berlaku tentang pementasan ini juga bukan hanya berlaku di antara pihak penerbit BENG HOCK dan pihak polis, tetapi juga pihak penerbit dengan pengurusan KLPac.

Sakit hati aku bila melihat bagaimana harassment dilakukan terhadap pekerja-pekerja KLPAC. Pengurusnya dihubungi beberapa kali, ditanya banyak soalan. Soal permit lah, soal funding lah, soal lesen DBKL lahmacam-macam songehnya.

Banyak show-show lain tak pula ditanya.

Ini berlaku ketika pementasan Beng Hock diadakan pada 6-8 Julai 2012.