Masa tu aku pakai WAJA Voltron modified. Aku pecut agak laju dalam keadaan kucar-kacir sebab lampu minyak tu dah bekerdip-kerdip. Risaulah aku kalau minyak habis. Kena pula berhenti tengah jalan, tercalarlah imej cool yang aku semai sekian lama ni.
Sampai Petronas Menglembu, aku dengan lajunya membelok sambil berhenti mengejut betul-betul sebelah pam nombor 3. Aku buka pintu lantas terus ke kaunter. Dengan muka bangga, aku hulur kad kredit ibu aku. Tu Waja bikin kat sana lima puluh! Aku bagi arahan sambil kawal nada suara kat makwe cun yang jaga kaunter tu. Nada suara aku pastikan seimbang supaya tak kedengaran menggelabah bila berdepan makwe. Aku perasan mamat sebelah yang nak isi minyak kapchai tu pun tengok aku agak respect dengan gaya percakapan aku tadi.
Aku disuruh isi minyak dulu. Nanti dah siap datang balik ambil resit dan kad kredit. Arahan mudah dan simple kata aku pada makwe tadi, dalam hati.
Aku angkat pam; buka penutup tangki minyak. Masuk pam dan zussszz pengisian bermula.
Aku hairan bila Mat Bangla cuci cermin kereta sebelah pandangpandang aku. Brader motor kapchai tadi pun tengok aku atas bawah tak lepas. Eh, penampilan bergaya aku tadi mendapat perhatian sangat ke Aku balas dengan senyum-senyum kambing. Control.. Control.. bisik hati aku.
Dari jauh aku nampak makwe kaunter tadi melambai-lambai kat aku macam nak beritahu sesuatu. Apa barang main lambailambai dengan aku pula ni Relaxrelax. Aku tak mahu tunjuk gelabah. Setakat lambai aku tak goyah beb! Aku buat-buat pandang tempat lain. Pandangan aku jatuh kepada Mat Bangla yang cuci cermin kereta sebelah yang memang dari tadi tengok kat aku. Tak habis lagi dia pandang-pandang aku rupanya. Kalau ikutkan sikap emosi mahu aku tempeleng si Bangla ni.
Dengan muka tersengih-sengih pulut ubi si Mat Bangla ni tanya
aku
Abang punya kereta pakai diesel ka Pelat Bangla dia ni aku tak reti nak gayakan.
Aku balas.
Ko nak kene tempeleng Ko ingat aku bawa lori balak
Mat Bangla terkedu kejap. Dengan muka takut-takut dia tanya lagi sambil tunjuk ke tangki aku yang dalam proses pengisian...
Ituapa pasal abang isi pam hitam
Fumble Paling Busuk
Aku sudah lupa apa jadi lepas-lepas tu. Malas aku nak ingat. Cilakak betul!