Saya dedikasikan bahagian ini buat ahli pasukan perubatan dan pembedahan kraniofasial serta anak-anak syurga bersama para ibu bapa mereka.
What would life be if we have no courage to attempt anything
*********************
Carilah Ilmu
Ilmu; mencari adalah jihad, menuntut adalah takwa, mengamal adalah wirid, menyampaikan adalah ibadah (Al Ghazali).
Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, saya banyak merantau dalam mencari ilmu perubatan terutamanya di dalam bidang kraniofasial yang telah saya ceburi. Bermula dari zaman pengajian bidang kepakaran, minat saya yang amat mendalam adalah berkaitan dengan punca-punca kecacatan struktur tulang muka sejak lahir, kaedah-kaedah rawatan dan rawatan-rawatan susulan yang diperlukan bagi anak-anak syurga ini.
Dalam mencari ilmu pengetahuan dan jalan-jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah yang rumit, adakalanya saya temui jalan buntu. Seperti pada ketika didatangi oleh kes-kes rujukan, yang bukan setakat saya, bahkan pertama kali dilihat oleh seluruh ahli pasukan perubatan kami.
Banyak perkara yang perlu dititik beratkan. Isu-isu perubatan yang berkaitan prosedur, kes pembedahan yang berisiko tinggi, kewajaran menjalankan pembedahan besar pada usia yang masih kecil, kos rawatan dan juga memperoleh kepercayaan daripada ayah dan ibu anak-anak syurga ini.
Perjalanan mencari ilmu tanpa sebarang cabaran mungkin tidak akan membawa kita ke destinasi yang benar-benar ingin kita tujui. Dan adakalanya kita perlu membuat keputusan yang besar dalam perjalanan hidup. Saya sendiri melalui pelbagai halangan dan cabaran seperti yang saya ceritakan sebelum ini. Saya pasti ramai lagi di luar sana yang mengharungi cabaran-cabaran tersendiri. Apa yang saya boleh katakan, saya sentiasa bersyukur kerana dikelilingi oleh orang-orang yang kuat semangatnya, dedikasi pada bidang kerjaya, ikhlas dalam perjalanan mencari dan mencurahkan ilmu. Setiap individu-individu yang saya temui dalam perjalanan hidup saya sememangnya sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa bersyukur dan sedar tentang pentingnya kita untuk adakalanya melihat ke belakang apabila kita berhadapan dengan cabaran.
Ada seorang bekas guru saya, seorang pakar bedah yang juga kini adalah sahabat saya pernah berkata, Jika saya hendak menganggap diri saya sebagai seorang guru yang berjaya, anak murid saya perlu menjadi lebih bagus daripada saya.
Akan ada waktu-waktu mencabar yang akan kita hadapi di mana kita berhadapan dengan jalan mati walau sekuat mana pun kita berusaha, dan perkara ini sememangnya mengecewakan. Sebagai seorang doktor, saya sendiri pernah berhadapan dengan kekecewaan dan kesedihan yang teramat dan hampir membuatkan saya membuat keputusan untuk berhenti daripada meneruskan karier. Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku pada hari esok. Bagi diri saya sendiri, kini lebih 20 tahun saya tempuhi perjalanan dalam mencari, mengajar dan mempraktikkan ilmu. Semoga diri ini terus istiqamah.
*********************
Teknik Distraction Osteogenesis
Distraction osteogenesis ataupun regangan tulang adalah satu teknik kejuruteraan biomedikal yang membolehkan struktur tulang baru dibentuk di antara 2 bahagian tulang asal yang diregangkan. Bahagian tulang baru ini boleh di manipulasi untuk dipanjangkan dan seterusnya berpotensi untuk menjadi struktur tulang baru justeru membantu dalam mengatasi masalah-masalah kecacatan struktur tulang pada muka.
Pengetahuan dalam bidang ini saya peroleh semasa saya mengambil jurusan kepakaran di Hong Kong di bawah seliaan seorang pakar bedah maksilofasial yang hebat iaitu, Prof. Lim Kwong Cheung.
Beliau seorang yang serius, mementingkan disiplin dan masa, bekerja keras dan sentiasa mahukan kesempurnaan dalam hasil kerja. Secara jujur, tidak ramai individu yang pernah saya jumpa sama seperti beliau.
Expectation yang beliau berikan terhadap saya juga tinggi. Jadi masa saya banyak dihabiskan di hospital sama ada membuat kerja-kerja persiapan sebelum sebarang pembedahan besar, kajian saintifik, menjalankan prosedur-prosedur pembedahan di dewan bedah mahupun penjagaan terhadap pesakit-pesakit.
Disebabkan saya mempunyai kelebihan untuk menulis artikelartikel saintifik dalam Bahasa Inggeris dengan baik, beliau banyak memberikan galakkan untuk saya terus berkecimpung dalam bidang kajian saintifik. Sepanjang 3 tahun saya bersama beliau, kami berjaya menghasilkan 6 artikel saintifik dalam bidang kraniofasial dan menyumbang kepada penghasilan sebuah buku yang kini digunakan sebagai buku teks dalam bidang kepakaran maksilofasial.
Apa yang beliau terapkan pada saya kini menjadi pegangan hidup saya dalam bidang akademik dan klinikal yang saya ceburi. Bagi saya, kemajuan dalam sesuatu bidang hanya boleh dicapai dengan menjalankan kajian-kajian yang mendalam. Success is the natural consequence of consistently applying the basic fundamentals.
Atas sebab itu, saya telah bertungkus lumus memastikan penubuhan Multidisiplinary Craniofacial Clinic menjadi realiti agar perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan kepada para pesakit yang memerlukan. Penubuhan Oral-Craniomaxillofacial Surgical and Research (OcRES) Group, yang adalah satu cabang khas bagi menumpukan kajian dalam bidang saintifik kraniofasial juga telah kami wujudkan. Alhamdulillah. Satu langkah kecil ke arah satu perubahan besar dalam bidang ini.
Sekali-sekala, saya menoleh ke belakang untuk mengimbas kembali tempoh lebih 10 tahun saya di dalam perkhidmatan. Perjalanan di mana saya diberikan kesempatan untuk berguru di bawah pakar-pakar perubatan yang berdedikasi sama ada dalam mahupun luar negara, membina jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak, bersama-sama pesakit-pesakit kecil dan pada masa yang sama melihat ketabahan ibu bapa mereka yang kebanyakannya kini menjadi sahabat saya. Perjalanan yang sememangnya sangat fulfilling dan seringkali menginsafkan. Mungkin bidang kraniofasial ini adalah bidang yang akan saya dedikasikan hidup saya sehingga akhir hayat. Mungkin. Insya Allah.
Saya pasti perjalanan ini juga akan dipenuhi cabaran-cabaran yang berbeza-beza. Teringat suatu ketika dahulu sahabat saya, Prof. Madya Dr. Khairul Azmi, seorang pakar radiologi pernah berkata kepada saya semasa saya sedang berhadapan dengan satu kes yang amat sukar.
Bro, sometimes we deal with cases that have no answer.
So here we are, getting back to the mysterious fundamentals and uncertainties. If we want to help other people, we need to change from being doubters to believers. Part of the team members in our craniofacial team in UMMC (gambar di bawah). Myself, with Professor Dr. Dharmendra (Neurosurgery), Professor Dr. Thong Meow Keong (Pediatric Genetics), Assoc. Professor Dr.
Choo May May (Opthalmology), Professor Dato Dr. Zainal Ariff (Maxillofacial) with Adam Faiq, a boy with Crouzon syndrome and his lovely parents. Others who are not in the picture are Associate Professor Dr. Nurliza (Opthalmology), Associate Prof. Dr. Anna Marie (Pediatric Respiratory), Associate Professor Dr. Anura Michelle (ENT), Professor Dr. Lucy Chan (Anaesthetist), Dr. Faizal (Neurosurgery) and Dr. Premala (Genetics).
We are here to add what we can in life.
*********************
Saya dan adik-adik istimewa
Bidang pembedahan kraniofasial adalah salah satu cabang pengkhususan dalam bidang baik pulih kecacatan struktur tulang muka dan tengkorak yang kompleks. Kecacatan ini selalunya disebabkan masalah genetik yang mengganggu pembentukan tulang muka dan struktur lain yang berkaitan dengan tulang muka. Ada jenis kecacatan tertumpu pada muka sahaja dan ada juga yang melibatkan bahagian badan yang lain.
Disebabkan ketiadaan pakar bedah kraniofasial di Malaysia pada suatu ketika dahulu, pesakit-pesakit kanak-kanak yang memerlukan rawatan hanya mempunyai beberapa pilihan yang terhad. Tidak membuat sebarang rawatan, menjalankan pembedahan di luar negara ataupun menunggu kehadiran pakar bedah daripada luar negara untuk ke Malaysia.
Apa yang penting untuk diketahui umum ialah kebanyakan kanak-kanak yang lahir dengan kecacatan sebegini juga berpeluang untuk membesar seperti kanak-kanak normal yang lain sekiranya penjagaan rapi dan rawatan yang sesuai dapat dilakukan. Justeru, kanak-kanak istimewa ini perlu mendapat perhatian daripada segenap sudut kesihatan bagi memastikan mereka dapat membesar secara normal dalam aspek fizikal dan mental.
Kecacatan struktur tulang muka boleh menyebabkan pelbagai masalah pada fungsi-fungsi asas seperti penglihatan, pernafasan dan kunyahan. Lebih serius ada yang boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak sekiranya rawatan tidak diberikan.
Ratusan pesakit kanak-kanak dengan kecacatan struktur muka telah saya lihat dengan mengambil kira daripada zaman pengajian saya di Hong Kong, penempatan klinikal di negaranegara barat, misi-misi pembedahan ke luar negara dan juga di Malaysia. Banyak memori saya bersama mereka terutama pesakit-pesakit kanak-kanak di Malaysia, daripada mereka kecil hinggalah ke peringkat remaja dan ada juga yang saya lihat sejak hari pertama lahir sehinggalah sekarang.
Semestinya ada kenangan manis dan juga kenangan yang sedih. Yang manis apabila pembedahan yang dilakukan memberikan impak yang besar kepada kehidupan mereka dan kegembiraan kepada ibu bapa mereka. Yang sedih pula apabila berhadapan dengan kes-kes yang terlalu rumit sehingga berdepan dengan komplikasi-komplikasi berat dan semestinya yang teramat sedih apabila mendapat perkhabaran yang pesakit telah meninggal dunia sebelum mendapatkan sebarang rawatan. Melihat semangat ibu bapa pesakit-pesakit ini sememangnya memberikan semangat bagi saya dan ahli pasukan saya. Ketabahan hati mereka berdepan dengan ujian hanya Tuhan yang tahu.
Banyak saat-saat menyentuh perasaan yang saya alami bersama pesakit-pesakit saya. Menerima jambangan bunga daripada pesakit saya seorang kanak-kanak perempuan dengan sindrom Crouzon, dilayan seperti hero oleh seorang kanak-kanak lelaki yang saya rawati akibat keadaan Hemifacial Microsomia semasa menerima jemputan rumah terbuka Aidilfitri keluarganya, dipeluk oleh datuk dan nenek pesakit, mendapat jemputan menghadiri persembahan sekolah oleh pesakit-pesakit yang pernah dirawat dan adakalanya mendapat berita yang menggembirakan daripada ibu bapa mereka melalui mesej-mesej atau panggilan-panggilan telefon mengenai perkembangan positif pada anak-anak istimewa ini seperti sudah mula berjalan, sudah mula bercakap, sudah masuk ke kelas muzik dan lain-lain lagi.
Penglibatan saya yang pertama dalam kes pembedahan kraniofasial ialah pada tahun 2009 bagi satu kes pelajar perempuan dengan sindrom Crouzon. Pembedahan yang diketuai guru saya Profesor Lim Kwong Cheung dari Hong Kong dan beberapa pakar bedah yang lain ini memakan masa hampir 16 jam. Kali terakhir saya berhubung dengan ibunya, saya diberitahu yang kini anaknya adalah seorang Pastry Chef di salah sebuah hotel terkemuka.
Pemberian-pemberian daripada pesakit-pesakit ini sesungguhnya tidak pernah kami harapkan. But sometimes, the
smallest of things can make your life a whole lot better. Hope our team has done the same to all of you and your family.