SEMBANG TEPI JALAN - 9
28 September 2005 Hidup ini satu hukuman. Aku tidak pasti kebenarannya tetapi yang pastinya aku menjalani hidup ini dalam keadaan bertelanjang dan berpakaian untuk semua muhrim yang sejalan. Sudah tidak ada rahsia lagi. Bagi mereka yang tidak memahami atau kurang faham tentang rahsia hidup akan mudah untuk menghukum dari memahami. Apa pun boleh. Dan aku tidak pemah menafikan semua jalan-jalan yang dipilih asal tidak berkepentingan. Sebab yang taliu itu Dia juga. Kebahagiaan yang nyata adalah bertemu dan bercerita dengan sahabat yang sejalan dan segelanggang, bercerita dan bermuzakarah. Ilmu bukan milik peribadi. Seeloknya dikongsi sama untuk kemantapan jiwa. Tidak elok disimpan sebab akan memungkinkan duduk dalam siri misterius yang tidak berkesudahan. Kita punya hukum sendiri yang akan memungkinkan keadaan murung yang menjurus kepada permasaalahan jiwa. Aku suka membincangkan perkara ini. la bercirikan keduniaan yang hanya bermotif untuk jadi kaya sahaja. "Ya. Tuhan, aku nak jadi kaya. Bukan untuk aku, untuk tubuh yang satu lagi, sebab dia masih menjalani hidup di dunia ni. Kasihanlah dia." Dia pun sudah mengakui tentang takdirnya. Dia sedang menjalani hukum. Kalau itulah yang dikatakan karmanya. Alahai hidup oh hidup, nak mati tak mati-mati lagi. Apa yang dia tidak pemah buat dalam hidup yang memungkinkan karmanya jadi sebegitu Memaki Tuhan, menderhaka, semuanya bolos dalam nafsu yang dinyahkan dari pemikiran sebab dia manusia yang tidak punya hukum. Maka sebegitulah ujian yang dihadapnya. Syurga dan neraka ditendangnya atas keegoan sebagai makhluk yang terlalu akrab dengan dirinya. Apa lagi yang tidak dilakukannya Peradaban kadang membosankan pada tahap maksimum. Manusia berpura atas ilmunya. Semua macam tahu. Kalau tahu usul itu bagus. Sekurang-kurangnya faham asal usul. Kalau setakat teori bersepah dalam kepala, baik dibuang dalam tong sampah. Aku tidak perlukan yang itu kawan. Ia terlalu asas untuk aku berfikir. Ianya sama sebelum dan selepas. Aku tidak dapat menerima apabila usia aku rnencecah 70 tahun dan keadaan sama. Duduk depan aku, mandi bunga untuk buang sial dan tanamkan semangat diri supaya boleh tegak seperti alif duduk seperti wau. Mungkin ini iblis yang sedang berbisik, "Jangan diikut, bukankah aku ini ujian untuk semua makhluk yang cuba berdamping denganmu Tuhan" Cumanya kamu ni baik. Tidak pernah simpan dalam had dan itu satu ciri yang bagus untuk seorang makhluk. Bila berjumpa kita tidak berdendam. Hanya ilmu dan kelahaman yang memenjarakan keakraban. Anggap ini iblis yang sedang menulis demi nafsunya yang sedang bermaharajalela di singgaJisana hati. Karam aku dalam laut yang kuciptakan. Semalam bercerita dengan sahabat dan diceritakannya perihal sikap dan ilmu Imam Shafie yang amat hebat. Pada usia seawal sepuluh tahun sudah boleh hafal 10,000 hadis. Imam segala imam ialah Imam Malik. Shafie pun berguru dengan Malik sebelum dibukanya Mazhab Shafie yang menjadi ikutan kebanyakan kita disini.