SUATU HARI NANTI MANUSIA AKAN MELUPAKAN TUHAN - 9
Dia itu digelar seorang nabi.

Buhaira berjalan perlahan-lahan. Kendatipun meramal perkara-perkara yang akan terjadi itu bukan kepakarannya (dan dia sungguh tidak berminat dalam meramal akan sesuatu) kaki tuanya masih lagi gigih melangkah dalam ketandusan padang pasir itu.

Bukan padang pasir sebenarnya; lebih kepada dataran kontang yang sengaja dibiarkan sebegitu rupa oleh Tuan Pemerintah kerana mengambil berat akan kebajikan proto-Human tidak pernah dianggap membuahkan kebaikan untuknya. Sepuluh ribu umat proto-Human pun tidak punya daya (mahupun sumber) untuk melawan apa sahaja jujukan surah yang datang daripada Tuan Pemerintah. Malah Tuan Pemerintah dibiar bebas mengenakan cukai udara yang sepatutnya percuma; ah, apakah Tuan Pemerintah sendiri yang mencipta udara

Dia itu digelar seorang nabi.

Jubah putihnya yang lencun dirajai peluh dibiar berkibar. Dia tahu ada sesuatu yang tersudut di sebalik pohon kurma yang subur tumbuh dengan izin Alif Lam Lam Ha. Dia tahu sesuatu itu juga mungkin kiriman daripada Tuhan untuk mengembalikan kalam-kalam Tuhan yang sudah hilang bila bumi terlalu lama berpaksi mengelilingi matahari.

Apakah ini kiriman Tinta Pujangga Ah, sukakah dia akan urusan-urusan keagamaan Aristokrat itu bahkan beriras jijik saat dia menjejakkan kaki ke rumahnya beberapa bulan yang lalu. Dalam hatinya, Buhaira sudah tahu bahawa hari itu semakin tiba dan di saat-saat menunggu kedatangan Nabi Isa, dia percaya akan utusan ini mampu untuk melawan hegemoni keji Tuan Pemerintah.

Berjalan disamping Buhaira adalah pemuda yang sedari tadi cuba mengumpul nafas untuk mengikut rentak seorang nabi itu - Isaiah, anak tunggal Buhaira hasil perkahwinannya dengan Maryam; seorang gadis protoHuman. Isaiah tahu bapanya tidak mungkin melakukan perbuatan sia-sia walau sejak dari bangun pagi tadi Buhaira kelihatan resah seperti menunggu sesuatu yang diahadiahkan untuknya. Isaiah akur; kerana Buhaira itu bukan manusia biasa.

Dia itu digelar seorang nabi.

***

Terletak di tengah-tengah pusat pentadbiran neo-Kuala Lumpur adalah Balai Raya Maha Negara yang menempatkan sebuah bilik persidangan maha besar untuk perjumpaan yang memerlukan penggubalan dasar-dasar kritikal mahupun isu-isu ketenteraan.

Tinta Pujangga dan Laksamana Jaafar masih saling berpandangan. Suasana tegang.

Kita ini punya daulat! Apa kalian tidak tahu!

Kami tahu, Pujangga. Tapi aku lihat kamu semakin angkuh! Jaafar mula hilang sabar saat melihat Pujangga tidak mahu menyerah. Juwita tidak mahu mencelah; walau kedua-duanya itu sabahat dia. Barisan komander dan jemaah menteri neo-Kuala Lumpur masih lagi tunduk dan tekun mendengar sesi debat tegang di antara mereka berdua. Malah tiada sesiapa pun yang berani mengangkat muka kerana takutnya mereka akan pemerintah-pemerintah yang menyinga kini. Pujangga sudah memegang cucuk sanggulnya. Jaafar menggenggam pedangnya.

Cucuk sanggul milik Tinta Pujangga tersamping dengan senjata berbisa Pseudomonas.

Kamu Jaafar, aku lihat semakin tunduk kepada Barat! Mahu menjadi seperti proto-Humankah yang bodoh menunduk pada Belanda, Portugis, Britain dan Amerika, lalu terjajah Apa kamu tidak belajar apa-apa dengan sejarah lama!

Pujangga! Hidup ini perlu memandang ke hadapan! Apa kamu fikir, kalau kita berpaksikan benda yang telah berlaku, kita akan maju seperti apa adanya hari ini!

Apa kamu sebegini dangkal, Laksamana! Sejarah itu sifatnya berulang-ulang!

Itu hanya menurut sangkaanmu. Aku inginkan kemajuan dan perlindungan!

Apa kamu rasa mundur memakai persalinan Baju Melayu seperti itu Apa aku yang berkebaya ini tidak sehebat bangsa Barat yang berbogel cuma Dengan segala macam dasar yang aku cipta ini, neo-Kuala Lumpur menurutmu masih belum maju!

Jaafar tunduk. Mahu sahaja dia menceraikan kepala wanita itu dari tubuhnya; tetapi pengaruh Tinta Pujangga itu semestinya lebih besar daripada dia. Dia berkira-kira untuk menghasut Tuan Pemerintah agar memecat Pujangga tetapi manakan bisa Srikandi yang sempurna itu dibuang sebegitu rupa

Aku yang menjaga setiap batang tengkuk umat kita, Pujangga. Apa kamu tidak risau akan ancaman

Nuklear MahaBoson itu!

Lalu demi menenangkan hati kamu, kita gadaikan dataran ini begitu sahaja!

Aku hanya mahu dasar kita lebih terbuka... itu sahaja.

Aku hairan bagaimana kamu ini menjadi pemimpin para tentera. Sudah! Aku ini berkuasa Jaafar, dan kamu harus menuruti aku! Aku tidak mahu negara ini menjadi hamba kepada ketakutan kamu, malah aku jadi bingung bagaimana rasa takut itu terbit daripada batang tubuh seorang Laksamana! Sudah! Mana tandu ku Arak aku keluar dari sini! Persidangan ini, aku suraikan!

Menjunjung perintah, Srikandi...

Jaafar masih menggenggam hulu pedangnya, sedari tadi.

***

Nak ...

Dia menyentuh pemuda sasa itu, cuba-cuba untuk membangunkannya.

Nak, rahmat Alif Lam Lam Ha buatmu.

Cip yang terimplan di dalam cakera cerebral Razief kembali teraktif saat terespon dengan rangsangan vokal dari luar. Badannya yang berbogel itu kini ditutup oleh sehelai serban lusuh berwarna putih. Ibu jarinya mula bergerak perlahan-lahan; dia sudah mampu membuka kelopak matanya yang terasa panas; membengkak.

Dihadapannya berdiri tegak seorang lelaki tua barangkali di penghujung umurnya, berjanggut putih panjang melurus. Lelaki tua itu menudukkan diri lalu menghadap wajah Razief yang lebam-lebam dan bengkakbengkak hasil dari tabrakan beberapa hari lalu. Mayat Lynn susah membusuk dan berulat di sebelahnya. Dia sudah tidak mampu untuk berasa jijik. Malah dia sudah tidak mampu untuk berasa apa-apapun. Tenaga yang tertanam di dalam cipnya mula lemah, dia mula bernafas perlahan-lahan dan kelopak matanya yang panas membengkak itu kembali tertutup.

Nak, ...akulah Buhaira. Denagan izin Alif Lam Lam Ha, kita bertemu.

Razief sudah tidak sedarkan diri.

Isaiah, tolong abah. Cepat Isa, papah pemuda ini. Ini kurnia Alif Lam Lam Ha!

Abah, apa ini, manusia seperti kita atau ...

Papah dahulu pemuda ini anakku, akan aku

khabarkan padamu...

Isa merangkul erat Razief, menanggung sebahagain berat pemuda itu; sebahagian lagi dikongsi bersama Buhaira. Tangannya teguh bertongkatkan kayu asli, menapak sedikit demi sedikit di atas dataran kontang yang panas membahang. Dia bukan sebarang manusia

Dia itu digelar seorang nabi.

***

Juwita, apa kamu lihat perangainya Jaafar Mungkin... dia tertekan.

Kita semua, bukankah Tinta Pujangga dan Mama Juwita berkongsi satu tandu, diarak keluar oleh sepuluh pemuda dari dewan persidangan yang hangat dengan jujukan bidasan di antara Tinta Pujangga dan Jaafar al-Hussein.

Kamu ini, sakit barangkali, Juwita

Juwita masih termenung. Seolah sedang berfikir sesuatu.

Juwita!

Ah, Pujangga. Maafkan aku. Razief...

Kenapa Apa masih bermimpi

Bukan... dia..

Khabarkan aku...

Aku masih gagal mengesannya. Sudah dua hari!

Bukankah kita ini dilengkapi dengan sistem pintar pengesan lokaliti

Benar, Pujangga. Tapi... tapi... tiada aktiviti terekod di dalam cakera cipnya!

Maksud kamu... Razief itu... hilang Begitu sahaja

Tuan Pemerintah! Ah, celakanya Jaafar! Mama

Juwita tiba-tiba berang. Hentikan arakan ini! Dengan kadar segera sepuluh pemuda yang mengangkat tandu mereka berhenti; Mama Juwita turun daripada perletakannya.

Pujangga, kamu pulang dahulu.

Ah Juwita, khabarkan aku. Kita ini, tiada rahsia, bukankah

Aku semakin hilang kepercayaan terhadap Jaafar!

Maksudmu, dia ingin menyerah jual dataran kita ini Tinta Pujangga mulai turun dari perletakannya, terus menghampiri Mama Juwita. Sepuluh pemuda tadi kesemuanya terduduk; patuh mereka saat membawa srikand-srikandi aset neo-Kuala Lumpur.

Juwita, kongsilah dengan aku.

Kamu tahu kan Pujangga, Jaafar masih belum mahu berhenti melobi Tuan Pemerintah untuk

menaik taraf status dia seperti kita.

Ah, bukankah itu peristiwa lima tahun sudah

Bukankah jerat itu selalu merindui pelanduk

Lalu apa maksudmu, Juwita

Aku mengesyaki Jaafar telah menceritakan segalagalanya mengenai Razief kepada Tuan Pemerintah untuk melobi jawatannya dan merendahkan taraf aku, Pujangga. Malah dia sudah berani berkira-kira dengan kamu. Kerana itu aku harus tampil juga sekarang! Aku harus tampil sekarang!

Maksudmu

Aku harus menghadap Tuan Pemerintah sekarang juga! Sialan Jaafar!

Juwita, sabar dahulu. Bukankah tiada kebaikan

dalam perbuatan yang tergesa-gesa

He is the only exception, Pujangga. My only exception.

Bersabarlah; aku ada satu rancangan untuk membantumu. Sementara itu, kita usahakan mencari Razief.

***

Isa, baringkan dia.

Mereka tiba di rumah Buhaira, berdedai-dedai proto-Human mengerumuni rumah ketua kampung itu. Sebaik sahaja mereka melihat Buhaira dan Isa memapah seorang pemuda yang tidak sedarkan diri itu, mereka tahu bahawa pemuda itu adalah seorang neo-Human berbadan sasa dengan pengimbas kod yang tertera pada dadanya.

Isa, baringkan dia.

Buhaira mengambil segelas air lalu membaca Kalam-Kalam Tuhan dan menghembus bacaannya kedalam gelas itu sebanyak tiga kali. Isaiah masih berada di bahagian kepala Razief, tangannya memegang ubun-ubun kepala sambil matanya terpejam rapat. Mulutnya terkumat-kamit mengulang baca Kalam-Kalam Tuhan.

Mama ... mama...

Kelopak matanya yang hangat membengkak dibuka perlahan-lahan; malah dia menggunakan seluruh riwayatnya yang tersisa hanya untuk melakukan itu. Tekaknya terasa bahang membakar; segala tulang-temulangnya terasa luluh bagai disaring rembang suria. Pandangannya masih kabur, cipnya masih belum teraktif sepenuhnya.

Mama... mama ...

Ibu jari tangannya mula bergerak tetapi mindanya masih lagi menjadi sebuah kepingan-kepingan memori yang berselerakan. Dihadapannya adalah seorang tua berbau kasturi, dan seorang pemuda seiras wajah pemuda-pemuda dari Timur Tengah. Mereka sama sekali bukanlah neoHuman, kerana mana mungkin tubuh-tubuh yang kurus itu adalah hasilan sains ciptaan mama. Ah, di mana mama

Mama ... mama ...

Nak... Kamu di Dataran Pembebasan.

Ah... saya .. saya... di mana Lynn Kami ...

kami... air-car ... radar... kemalangan ...

Nak, kamu selamat. Demi Alif Lam Lam Ha, kamu selamat di sini.

A... Alif... Alif Lam..Lam... Ha... Siapa... Lynn... ada kamu jumpa Lynn...

Razief cuba-cuba untuk bangkit dari tilam usang itu; nyata dia dikalahkan dengan sisa kudrat yang hanya membenarkannya untuk terus baring di situ. Isaiah masih merangkul Razief, neo-Human itu terasa sungguh berat dan berbau hangus seperti papan litar elektrik yang terbakar.

Nak... aku ini, Buhaira. Ini anakku, Isaiah...

Bu...Buhaira.. to..tolong hubungi mama ... mama ... tolong...

Kamu istirehat di sini dahulu. Anakku, Isa akan menjagamu.

Kamu... kamu semua ini... proto... protoHuman

Abang, kamu istirehat dulu. Kami sediakan susu dan madu untuk kamu, demi dataran yang bertuhan ini. Abang, kamu istirehat dulu.

Isa, baringkan dia.

Mama adalah perkataan terakhir yang terpacul dari mulut Razief yang terkoyak itu, sebelum dia kembali tidak sedarkan diri. Walaupun air-car milik Mama Juwita dikimpal dengan teknologi keselamatan yang unggul, impak kemalangan (atau takdir Alif Lam Lam Ha) tidak mampu dikalahkan dengan sains ciptaan neo-Human.

Isaiah membasahkan tuala sebelum mengelap batang tubuh Razief yang hanya dibalut dengan kain serban milik ayahnya sedari tadi. Dia menyentuh torehan parut di tengah dada Razief yang membentuk satu kod pengimbas. Di bawah kod itu tertulis Demi neo-Human Yang Tidak Bertuhan berserta jujukan tarikh yang dia sendiri tidak mampu fahami.

Badan tetamu asing itu dikeringkan; lukanya disapu dengan sebatian herba yang dibancuh oleh Aaron, jiran tetangganya. Razief masih lagi tidak sedarkan diri, akan tetapi dia kelihatan sedikit tenang selepas dahinya dihembus dengan bacaan Buhaira sebentar tadi.

Isa ... mereka, tidak pernah jahat kepada kita...

Abah, bukankah ini, ini ... peluang kita... untuk

Apa itu pesan Alif Lam Lam Ha padamu, anakku Tapi ...

Lalu bilakah kesumat bisa tamat, anakku

Abah, apakah dia ini, boleh dipercayai Mungkin

...

Isa, dia ini diutus Alif Lam Lam Ha untuk kita.

Tapi kenapa

Kerana pada suatu masa nanti, manusia akan melupakan tuhan.