ANEKDOT RABAK - 9
Petang ni aku cuba tulis perkara-perkara indah tentang kamu. Walaupun

setiap patah perkataan yang aku tulis ni tak dapat menandingi keindahan kamu.

Setiap huruf

yang aku tulis di sini telah disemaikan dengan penuh rasa cinta daripada jiwa aku yang hancur luluh. Hancur luluh kerana, aku tahu,

ini saja cara

yang mampu membuatkan aku rasa hampir dengan kamu

yang terlalu jauh untuk jadi milik aku.