BLACK WIDOW - 9
DARIPADA segi umur, dirinya baru mencecah ambang kedewasaan. Tetapi, sikapnya jauh di puncak, malah perlakuannya tampak begitu matang. Penampilan Ayu mempamerkan sikap kedewasaan. Nyata, Ayu lebih dewasa dari umumya. Walaupun baru melepasi 17 tahun, penampilan Ayu nyata menawan.

Semua ini diwarisi daripada gandingan keanggunan Aton dan ketampanan Agus. Penampilan Ayu pada umur ini nyata mirip Agus. Redup dan sayu matanya juga seperti redup sayu mata Agus. Rambutnya yang ikal menambah anggun penampilannya. Walaupun rambut dibentuk dengan pelbagai gaya, namun keayuan wajahnya tetap menyerlah.

Semasa dalam alam persekolahannya, dia sentiasa menjadi perhatian rakan sebayanya. Dia sering menambat hati gurunya. Kini alam persekolahan telah ditinggalkan. Dia mendapat pangkat dua dan sedang 65

menggapai tujuan untuk membentuk masa depan.

Doktor! Aku tak minat menghadapi kerenah pesakit.

Setiausaha! Ah, lagilah leceh. Nanti kena menaip, kena tu, kena ni.

Ayu memejam mata. Sebenamya dia terlontar ke dalam jurang dilema. Dia sedang mencipla cita-cita. Dia tidak mempunyai tujuan asas di dalam kerjaya tetapi selepas saja mendapat keputusan peperiksaan, dia telah menulis surat ke MAS. Di dalam diam dia telah memohon jawatan pramugari.

Dia rasa, dia gemar kerjaya itu. Sentiasa ramah, mesra melayan pelanggan. Bukan itu saja tetapi ber-peluang menjelajah ke serata dunia. Dia juga akan sentiasa berdandan dan segar di samping menerima gaji yang lumayan. Ya... aku rasa kerjaya ini paling cocok buat aku!

Ayu! Ayu!

Tumpuannya pecah. Kedengaran laungan ibunya yang masih lagi galak meneriak namanya.

Ya, mak!

Ni... Syidah datang

Syidah Apa hal dia datang Ayu bingkas, membetulkan rambut dan terus keluar.

Rasyidah terpaku di serambi. Ada duka pada wajahnya. Ayu pasti ada sesuatu yang buruk telah terjadi.

Kenapa Syidah

Soalan itu hanya mengundang air mata dan Ayu tidak mahu ibunya banyak soal lalu terus menarik temannya itu ke dalam bilik.

Mereka duduk di atas katil.

Kenapa Syidah

Rasyidah tunduk dan air mata semakin galak mengalir.66

Syidah... kalau kau terus-terusan menangis, macam mana aku nak tahu masalah kau! Come on... ceritakan pada aku. Mungkin aku boleh membantu!

Oh.... Rasyidah terus memeluk Ayu dan dia menangis semahu-mahunya. Aku... aku telah ber-dosa Ayu... aku...

Apa Mata Ayu tercegil. Dosa... apa yang telah dilakukannya Apa Syidah...

Aku mengandung!

Apa Ayu terus meleraikan pelukan Rasyidah. Faisal

Ya... Faisal yang bertanggungjawab!

Kau pasti kau mengandung

Rasyidah angguk. Ya... aku dah jumpa doktor... dan aku telah disahkan pregnant!"

Ayu tunduk. Nafasnya keluar satu persatu. Bagaimana boleh terlanjur sehingga mengandung

Kau benci aku! Aku tahu! Ada kesayuan di dalam suara Rasyidah.

Eh... aku tak maksud gitu! Ayu serba salah. Aku cuma kesal kau tak mencegahnya. Aku tak salah-kan kau, apa nak buat... dah terlanjur! Dipeluknya Rasyidah dengan sayu. Jadi... macam mana

Aku cadang nak cuci aje kandungan ini!

Syidah! Mata Ayu membulat. Jangan Syidah... perbuatan tu tak baik. Kau akan membunuh Syidah, dan membunuh itu adalah satu dosa besar.

Habis... apa aku nak buat

Faizal dah tahu hal ini

Rasyidah menggeleng.

Kenapa kau tak bagitau saja pada dia

Aku takut! Nanti aku kena kahwin sedangkan aku baru saja nak cari kerja. Faizal tu pun hanya kerja kilang saja!67

Mereka terpaku kebingungan.

Syidah... aku rasa... sebelum perut kau tu besar, dan sebelum orang kampung menyedarinya... lebih baik kau berterus-terang dengan Faizal dan suruh dia melamar kau!

Lamar aku

Ya... hanya dengan cara itu saja yang dapat menyelamatkan maruah kau dan mengelak kau daripada menjadi seorang pembunuh! Ayu tidak sanggup melihat teman karibnya menderita. Hanya itu jalan yang terbaik. Daripada berdosa kerana berzina ditambah pula dengan dosa membunuh, adalah lebih baik kan-dungan itu disimpan dan mereka segera bersatu. Kemudian pohon saja kepada Allah agar segala dosa di-ampunkan, fikir Ayu lagi.

Ya Syidah! Ini saja jalan yang terbaik. Aku tak mahu kau tambah lagi dosa kau. Setidak-tidaknya, kau dan Faizal sah menjadi suami isteri!

Baiklah Ayu... aku jumpa Faizal dan bincangkan hal ini!

Aku nak tau jawapannya hari ini juga! Kau pergi jumpa Faizal dan kemudian datang sini. Aku tunggu... okey!

Hari ini juga

Ya Syidah! Perkara ini penting, bukan perkara main-main!

Rasyidah angguk dan dengan wajah yang berbaki suram dia mula melangkah. Ayu menemaninya hingga ke serambi.

La... patutlah tak nampak... dalam bilik rupanya. Ah... minumlah air tu! Aton memuncung ke arah talam berisi teko dan cawan.

Ayu menyiku Rasyidah. Kau jamahlah sikit, nanti mak aku syak yang bukan-bukan!68

Rasyidah angguk dan terus mengukir senyum. Dan dia terpaksa meneguk minuman itu walaupun apa yang dirasanya hambar belaka.

Masalah teman adalah sebahagian daripada masalahnya juga. Begitulah pendapat Ayu. Matanya bening, masih terbayang wajah suram Rasyidah walaupun temannya itu sudah lama pergi.

Ya, Syidah telah berdosa, tetapi tidak bermakna aku tidak boleh menerima dia sebagai teman. Aku perlu membantu dirinya. Manalah tahu, satu ketika nanti, aku sendiri menjadi seperti dia Ayu sedar akan sejarah dirinya.

Ini menyebabkan hatinya tersentuh, kerana dia adalah sebahagian daripada apa yang bakal dialami oleh anak Rasyidah. Dia amat faham itu. Lagipun dia tidak tahu apa akan jadi pada hari mendatang. Pada fikirannya pula tidak salah kalau dia berbuat baik terhadap Rasyidah.

Sekurang-kurangnya dengan apa yang dilakukannya itu dia telah dapat menyelamatkan satu nyawa yang tidak berdosa. Ayu juga akur bahawa apa yang berlaku pada diri Rasyidah bukan semata salahnya, mungkin juga keadaan telah melorongnya untuk terjun ke arus itu.

Barangkali apa yang terjadi pada Rasyidah juga adalah pengajaran yang baik untuknya. Semua itu adalah satu kemungkinan.

Sedang Ayu melayan perasaan, setelah Rasyidah menghilang untuk menemui Faisal, deringan loceng posmen mengembalikannya ke alam realiti. Manakala Aton pula melaung memanggil nama Ayu.

Ya mak! Sekejap! Ayu bingkas dan terus membetulkan rambutnya. Dia melangkah ke serambi. Ada apa mak69

Aton tersenyum simpul. Cuba Ayu baca ni! Dihulurnya sekeping surat.

Surat apa mak Mata Ayu bercahaya. Pasti jawapan daripada MAS.

Surat itu segera ditarik tetapi kertasnya hanya kertas biasa dan Ayu terus mengeluh. Surat itu sudah tentu bukannya daripada MAS. Hendak tak hendak, dia baca juga barisan ayat yang tertera.

Murad Nama itulah yang pertama sekali keluar daripada rengkungnya sebaik saja selesai surat itu dibaca.

Hah... Murad! Aton mengangguk. Dialah sepupu Ayu yang mak selalu ceritakan tu!

Sepupu Ayu senyum. Kenapa baru sekarang nak tulis surat. Dah tu... baru sekarang nak jenguk kampung Sindiran itu melekap tepat ke dahi Aton.

Segera wajah adik iparnya terbayang. Memang betul kata Ayu. Sudah sekian lama berhijrah ke Kuala Lumpur, tidak sekalipun adik iparnya itu pulang ke kampung. Dia tahu, adik iparnya itu seakan malu untuk memijak tanah desa setelah sekian lama bergelumang debu kota. Ya, maklumlah, debu kota tidaklah sekotor selut desa. Debu kota pasti ghaib atau tidak pun melekap di cermin atau badan kereta mewah.

Murad; anak saudaranya yang dengar khabar begitu pintar dan bijak. Malah, surat yang ditulisnya tadi pun, setelah dia kembali untuk bercuti daripada menimba ilmu di London.

Pada mulanya, dia hairan setelah mendapat tahu melalui surat menyatakan anak saudaranya itu ingin berjumpa. Tetapi, secara lojik, apalah yang diinginkan sangat terhadap dirinya yang sudah tua. Aton menduga Murad ingin bertemu dengannya kerana mendapat tahu dia mempunyai anak yang cantik.70

Anaknya yang cantik itu adalah sepupu Murad sendiri. Dia berasa sedih, tetapi apabila difikirkan kembali, apa guna dia berhasad memandangkan Murad itu adalah anak saudaranya sendiri. Anak kepada adik Dollah, suaminya.

Jika Murad sudah berkenan, elok juga kerana dengan cara ini dia dapat merapatkan kembali hubun-gannya yang semakin putus dengan adik iparnya sendiri. Bukankah adik iparnya itu merupakan ibu kandung Murad

Mak! Kenapa mak tak jawab soalan Ayu

Er... Aton tersentuh lalu ditenungnya wajah Ayu dalam-dalam. Kau takkan mengerti Ayu dan biarlah rahsia ini mak simpan seorang. Biarlah derita ini mak telan sendiri. Mak tak mahu kau rasa peritnya walau-pun setitik. Jadi... biarlah kau tak tahu sejarah itu!

Aton masih ingat bagaimana ibu Murad menghinanya lantaran dirinya tidak mengandung setelah lima tahun mengahwini Dollah. Sebagai seorang wanita, dia amat terhina apabila dituduh dirinya tidak subur lalu tidak mampu menampung zuriat keturunannya.

Ibu Murad juga mengungkit, dia memang daripada baka yang tidak subur, dengan merujuk kepada dirinya yang merupakan satu-satunya anak Pak Dek dengan Neng Jenab. Sementelah, kebetulan pula bapa Murad adalah seorang usahawan berjaya. Ini menjadikan dia lebih angkuh dan sombong. Lantaran itulah Aton sentiasa berkecil hati. Tetapi setelah Aton mengandung, sindiran dan lirikan mata belalangnya tiada lagi. Namun, kepedihan itu masih terasa.

Mak... kenapa mak diam

Panjang ceritanya Ayu! Tak perlulah kau tahu, cuma... yang perlu kau tahu... Murad tu sepupu kau. Sedarah daging... sudahlah... jangan fikirkan sangat. 71

Nanti... kalau Murad datang... kau layanlah dia sebaik-baiknya!

Ayu hanya mengiyakan. Tetapi, memang da- sarnya begitu. Lagipun, selama ini Murad tidak pernah berdosa dengan dirinya dan dia rasa tidak wajar jika dia berkasar. Ya, kalau Murad datang, aku akan melayan dia sebagaimana aku melayan tetamuku yang lain!

Baiklah mak... Ayu akan layan Murad sebaik yang mampu!

Bibir Aton terus membunga senyum.

Ha... cari Ayu ke Dia di dalam, tadi berborak dengan emaknya! Suara Neng Jenab pecah di hala-man.

Kenapa kau pucat aje Syidah Suara Neng Jenab pecah lagi sambil matanya melekap ke wajah lesi Rasyidah.

Sakit nek! Syidah demand Rasyidah memberi alasan sambil mendaki anak tangga.

Ayu sudah pun tercegat di muka pintu. Dia terus menarik tangan temannya itu lalu menghilang ke dalam bilik.

Aton menggeleng dan hanya mampu mengeluh. Anak muda, beginilah. Sikit rahsia, sikit rahsia, hm... dia mengeluh lesu.

Aton berdiri di depan pintu yang sudah pun tertutup. Diintainya melalui pintu tetapi akhirnya dia berlalu ke dapur.

Dan, di belakang pintu itu, di dalam bilik Ayu, mereka sedang duduk di atas katil.

Aku dah beritahu Faisal dan dia setuju untuk melamar aku!

Hah... baguslah tu! Mata Ayu bersinar. Tapi... Ada kesah di dalam suara Rasyidah. Tapi apa72

Tapi... mana dia ada duit!

Ayu mengeluh. Itu bukan alasan. By hook or by crook... masalah duit perlu diatasi dan Faisal mesti bertanggungjawab!

Habis tu... bagaimana

Ayu bingkas. Dia tidak sampai hati membiarkan Rasyidah terkapai-kapai. Taufan itu akan memusnahkan hidup jika tidak segera diredakan. Dia perlu membantu Rasyidah. Dunia ini tidak bererti jika manusia tidak berteman.

Ayu mundar-mandir. Benaknya mengerah saraf dan jalan penyelesaian perlu dihuraikan. Dia berkira-kira dan dibayangkan wang simpanannya. Malah, dia membayangkan juga beberapa kerat barang-barang kemasnya.

Dan jika perlu, aku tak kisah jika aku menggadaikannya! Bisiknya.

Ayu mengira-ngira. Dicampurnya segala nilai kasar barang-barang kemas dan wang simpanannya. Dia menghitung dan dia rasa dia mampu menyediakan sejumlah wang!

Syidah... aku boleh bantu kau! Tapi... iyalah... bantuan aku ni mungkin tidak sepenuhnya. Tetapi... selepas aku berkira-kira... aku rasa aku dapat berikan kau sedikit wang-

Tapi Ayu-

Jangan ditanya di mana aku dapat dan bagaimana... cuma ambil dan manfaatkannya. Yang penting kau dan Faisal selamat disatukan!

Tapi Ayu

Besok... aku akan ke pekan dan tengah hari besok aku hanya berdaya memberi kau lapan ratus ringgit! Selebihnya kau suruh Faisal usahakan

Ayu-73

Tak payah banyak cerita... besok Faisal mesti datang melamar kau, dan minggu depan kau mesti kahwin juga!

Oh... Ayu... Rasyidah memeluk temannya itu dan air mata mengalir lesu.

Mak kau perlu tahu bahawa Faisal akan datang melamar!

Ya... aku dah beritahu mak aku! Mujur mak aku tak terkejut... Kau bukan tak tahu mak aku tu sakit!

Ya... kau mesti hati-hati Syidah... aku mahu mak kau fikir yang baik-baik. Aku tak mahu mak kau jatuh sakit lagi apabila mendengar perkara yang sebenar!

Tulah! Aku pun takut jugak!

Berdoalah Syidah... agar segala-galanya berjalan dengan lancar. Besok... kau datang dan ambil duit tu daripada aku. Aku doakan agar kau selamat diijabkabulkan dan menjalani hidup keluarga yang bahagia!

Oh... terima kasih Ayu! Rasyidah memeluk Ayu dengan erat...74