Sudah dingin.
Jazz dari stereo.
Di sudut kutu termangu.
Kafe ini jadi saksi aku kelu wa cakap lu.
Berlin, oh, Berlin!
Radikalmu membakar dadaku.
Tak mahu terkial-kial kaku.
Art riot sekarang atau beku!
14 Mei 2014
Caf Cinema, Mitte, Berlin
Sommet
So A.
Sangat A.
View dari puncak
Eiffel.
Magic menakjubkan; menawan tak terlawan.
If you ada di sini saat ini bersama di sisi keindahan ini confirm akan jadi
A++.
20 Mei 2014
Atas Eiffel Tower, Paris