Di sana aku kenal berbagai kerenah orang muda yang tidak di bendung kegiatan mereka. Dari aktiviti merokok , dadah ringan seperti shabu, gam serta ganja hinggalah kepada meminum arak dan perempuan.
Aku terpaksa menghadapi mereka kerana kami menyewa bersama untuk menjimatkan kos. Barang barang berharga terpaksa kami jaga sebab musang berbulu ayam turut menyewa bersama-sama kami . Aku terjebak dalam situasi ini kerana mengikut anak saudaraku dari Perak yang mengajak aku ke Kuala Lumpur. Kononnya ada peluang kerja disini.
Aku gembira dengan peluang tersebut dan mengangap peluang ini sebagai pendedahan sebelum aku mendapat kerja tetap. Satu perkara yang telah sebati dengan diriku iaitu solat tidak pernah aku abaikan . Syukur pada Tuhan kerana aku tidak terjebak dengan aktiviti aktiviti buruk di rumah itu.
Berhampiran dengan rumah sewa kami ada sebuah warung satay yang dikendalikan oleh 3 orang peniaga berbangsa Indonesia. Warung mereka sangat laris jualannya. Tapi tembelang mereka pecah juga apabila pihak berkuasa menangkap mereka dan mendapati satay yang dijual itu adalah satay anjing yang dibunuh secara haram. Aku istigfar banyak-banyak di atas perbuatan keji mereka. Nasib baik aku tidak pernah beli. Tak beli sebab tak ada duit la tu
Hampir sebulan aku mencari kerja sebagai jurujual atau apa sahaja kerja yang boleh menhasilkan wang. Duit aku yang pada asalnya aku bawa sebanyak RM70 tinggal hanya RM15 sahaja iaitu tambang balik ke kampung.
Suatu hari aku terlalu lapar dan tiada apa-apa yang hendak dimakan. Aku singgah di sebuah masjid. Ada rezekiku di sana. Ia di sumbangkan oleh yang bermurah hati. Banyak pisang yang di sedekahkan. Sungguh sedih aku rasakan kerana terpaksa merempat tanpa sebarang pekerjaan. Aku makan sepuasnya pisang yang di sedekahkan oleh entah siapa itu.
Terfikir akan aku tentang peminta sedekah yang menagih simpati di kuala Lumpur. Mungkin beginilah cara mereka mencari sesuap nasi melalui bantuan simpati orang lain. Besoknya aku kemas barangku dan balik ke kampung.
Pengalamanan ditipu oleh anak saudaraku dari Sitiawan itu amat menyakitkan. Walaupun dia merupakan anak saorang kaya namun hati budinya hanya tuhan sahaja yang tahu. Aku hampir- hampir sesat di atas pendedahan yang cuba di salurkan kepadaku.
Walaupun aku belajar apa sebenarnya kejahatan dan apa sebenarnya lumrah di kuala Lumpur, namun pendedahan yang amat drastik itu cukup merbahaya bagiku.
Matlamat asalku untuk mencari kerja menyimpang jauh dan aku setiap hari hanya meronda di Kuala Lumpur tanpa tujuan. Satu bulan masa terbuang begitu sahaja.
Apalagi tuduhan, ibu angkatnya yang menjaganya sejak kecil bahawa aku yang merosakannya merupakan satu tuduhan yang liar yang cukup menyakitkan hatiku. Tapi apakan daya kerana pada ketika itu aku tidak cukup bijak mencabar kenyataan mereka. Hanya jiwa yang meruntun mencari kebenaran.
Anak saudaraku itu sebenarnya di jaga oleh satu keluarga kaya yang tiada zuriat. Mereka merupakan keluarga yang baik dan banyak memberi perhatian kepada keluarga aku yang serba kekurangan pada masa kami bersekolah.
Begitulah dominasi tersembunyi yang dimiliki oleh sesiapa yang mempunyai kekuatan dan pengaruh metarialistik. Aku berharap satu hari nanti aku dapat menjelaskan kepada ibu angkatnya bahawa aku tidak pernah mempengaruhi anak angkatnya sehingga dia menjadi agak liar.
Kita tinggalkan kisah dan teladan tersebut dan berbalik pada masalah di Puduraya. Selepas kali pertama aku sampai di Puduraya, aku datang lagi beberapa kali untuk berniaga pakaianpakaian terpakai (bandel). Aku mendapat hasil yang baik dari perniagaan pakaian terpakai. Selama 2 tahun aku mengumpul sedikit wang untuk kerperluan di masa hadapan.
Semasa aku menjalani latihan Pegawai Kadet di Sg.Besi aku sering kali ke Pudu Raya. Begitu juga ketika aku bertugas di Sabah, tempat itu aku jadikan persinggahan atau temu janji dengan rakan-rakan ku.
Suatu hari aku berjalan jalan di siang hari di Chow Kit untuk melihat jualan murah di sana. Bila tekak terasa haus aku singgah di sebuah gerai yang terletak di sebuah lorong di kawasan tersebut.
Aku minta minuman sejuk tapi peniaga tersebut hanya tersenyum lalu berkata dalam pelat Jawa pekat Encik di sini tidak ada minuman sejuk , tapi jamu adalah.
Aku malu sendiri kerana tak usul periksa terlebih dahulu. Aku mengunakan sedikit kemahiran bahasa Jawa yang aku kuasai di kampung dulu untuk meminta jamu untuk hilangkan panas badan .
Sambil menghulurkan jamu tersebut dia berpesan agar aku tidak terkejut sebab bila aku buang air kecil nanti warnanya hijau sebagai tanda ubat tersebut bertindak balas.
Aku tidak memberi kisah sangat nasihat itu. Selepas membayar aku teruskan membeli-belah. Hampir 2 jam merayau-rayau di sekitar kotaraya, aku singgah di hotel Pudu Raya untuk tumpang buang air kecil di tandas lelaki. Aku terpaksa ke sana kerana tandas awam yang lain sesak dan kotor.
Aku tidak melengahkan masa lalu membuang air kecil di sana. Di sebelah kiriku ada seorang lelaki warga negara Jepun yang sedang turut membuang air kecil. Dia amat terperanjat apabila melihat cecair berwarna hijau yang keluar dari arahku. Segera beliau membetulkan zip seluar dan beredar.
Aku juga agak terperanjat dengan keadaan tersebut tetapi berjaya mengawal keadaan. Tidak pula aku terfikir bahawa cecair tersebut adalah hasil daripada hasil jamu yang aku makan sebelum itu.
Sambil tersenyum aku pun beredar dari situ sebelum banyak lagi kejadian mistik berlaku di sana. Kejadian ke dua pula berlaku apabila berjalan-jalan dengan teman wanita aku di kawasan Kuala Lumpur. Pada sebelah malam adalah penerbangan aku pulang ke Sabah. Sebelum ke lapangan terbang subang aku berhajat untuk mandi supaya bersih badan. Barang-barang yang aku beli di pegang oleh kawan aku.
Jam pada ketika itu ialah 1900. Bila ku naik ke atas, tandas lelaki telah dikunci. Aku tidak ada pilihan lain melainkan masuk ke tandas perempuan dan mandi dengan kadar segera.
Seorang ibu sedang memandikan anaknya. Sambil memohon maaf aku terus masuk ke tandas untuk mandi. Tukang cuci tandas perasan ada orang mandi, lalu dimarahinya. hah.. mandi ka.. Aku jawab dengan suara perempuan YEA. Dia pun merungut.
Tanpa memperdulikannya aku bersiap segera dan keluar. Tiba-tiba perempuan cina itu menjerit dan meminta tolong. Apa lagi aku di tangkap oleh 2 orang pengawal hotel tersebut. Aku diseret ke sebuah bilik gelap dengan kasar dan mereka cuba untuk memukul aku.
Sebelum sempat mereka berbuat apa-apa, aku memarahi mereka dan minta ruang untuk aku terangkan keadaan sebenarnya. Setelah mereka puas hati, barulah mereka minta maaf dan kami bersalaman sebelum aku beredar. Ayat mesti power beb..!
Aku ceritakan pengalaman tersebut kepada teman wanita aku dan apalagi ketawa terbahak-bahak la dia. Bagi aku itu merupakan satu pengalaman menarik. Tapi ia tidak baik untuk dicontohi. He..he..he!
Setibanya di kem Lok Kawi Sabah, aku terpaksa menjadi ketua terhadap penyelesaian masalah kemarau di dalam kem. Aku telah merancang untuk membina 8 buah telaga di kawasan penginapan lain-lain pangkat.
Dengan bantuan pasukan jurutera tentera semua telaga itu dapat disiapkan. Telaga tersebut benar-benar dapat membantu dan mengatasi masalah air di rumah keluar sepanjang tempoh musim kemarau.