Di atas hakikat inilah,maka Islam awal-awal lagi telah menekankan betapa pentingnya menjalankan hubungan erat di kalangan masyarakat. Suruhan tersebut tidak hanya terhad kepada sesama masyarakat Islam sahaja,malahan melepasi batas agama,bangsa,keturunan,warna kulit,bahasa dan sebagainya.
Begitulah juga yang dimaksudkan dengan hubungan dengan jiran. Namun dalam kehidupan kita sekarang,apakah semangat berjiran itu masih dihayati dan diutamakan sebagaimana yang diamalkan oleh baginda rasulullah dan para sahabat r.a Bukan itu sahaja, apakah kita kenal dengan siapa kita berjiran.
Sebagai seorang Muslim,kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga hubungan yang baik dengan jiran tetangga,ini termasuk dalam perkara pergaulan dengan cara yang paling baik, bertegur sapa dan bertanya khabar,menjaga perasaan,saling hormat-menghormati, berbaiksangka, membantunya ketika kesusahan,mengamalkan sikap saling tolong-menolong, bersefahaman dan sentiasa berusaha mengelakkan perselisihan faham, permusuhan dan sebagainya.
Bagi menjaga hati dan ketenteraman hidup berjiran,kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur seperti memberi laluan jalan kepada mereka,tidak membiarkan binatang peliharaan berkeliaran sehingga memasuki kawasan jiran dan membuat kotor atau merosakkan tanaman atau harta benda jiran,dan termasuklah juga berbuat bising yang boleh mengganggu ketenteraman jiran, lebih-lebih lagi sehingga waktu larut malam.
Tuntutan supaya menjalinkan hubungan baik sesama jiran dijelaskan oleh Allah s.w.t dengan firmannya:
Dan beribadatlah kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukannya dengan sesuatu pun,dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,kaum kerabat,anak-anak yatim,orang miskin, jiran tetangga yang dekat,jiran tetangga yang jauh ,ibnu sabil dan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang takbur dan membanggakan diri. (Surah An nisa: 36)
Bagi memantapkan hubungan kejiranan dalam masyarakat,kita hendaklah terlebih dahulu menyedari keperluan dan kelebihan hidup berjiran. Antaranya:
Jiran yang sepakat dan bersatu-padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman kecurian,rompakan,pecah rumah,najis dadah, penculikan, samseng dan sebagainya. Firman Allah s.w.t :
....Hendaklah kamu bantu-membantu dalam mengerjakan kebajikan dan bertakwa,janganlah pula kamu bantu-membantu pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan (melampaui batas-batas ajaran Allah) dan bertakwalah kepada Allah,sesungguhnya Allah amat berat azabnya. (Al-Maidah : 2)
Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama,prihatin dan kesatuan sesama jiran. Masalah-masalah sosial seperti berseke dudukan,berkhalwat,mendera anak dan lain-lain dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlaku perkaraperkara yang mungkar dan meragukan.
Jangan kita tunggu sehingga gejala tersebut menimpa ke atas ahli keluarga kita,barulah kita hendak memperkukuhkan hubungan sesama jiran.adalah lebih bijak sekiranya kita beringat sebelum terjadi sesuatu perkara Oleh itu, membina ikatan yang kuat sesama jiran adalah syarat utama bagi menjamin keharmonian masyarakat dan kawasan.
Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, percaya mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Sekiranya ini diabaikan,maka lambat-laun ia akan mencetuskan bibit-bibit permusuhan dan perkauman yang akhirnya membawa kepada huru-hara,perpecahan dan perbalahan.
Tuntutan supaya mengekalkan hubungan yang baik dengan jiran dinyatakan oleh rasulullah s.a.w:
Daripada Aisyah r.a, daripada nabi s.a.w bersabda ia:
Jibrail sentiasa mewasiatkan kepada ku agar berbuat baik kepada jiran sehingga aku menyangka,bahawa
Jibrail menganggap jiran itu sebagai orang yang boleh menerima warisnya. (Riwayat Al-Bukhari )
Sikap yang negatif seperti berburuk sangka, iri hati, dengki,fitnah dan sebagainya perlulah dikikis dan dijauhkan. Sememangnya diakui bahawa usaha memupuk semangat kejiranan perlu dilakukan dengan gigih dan berterusan. Pelbagai pendekatan dan amalan boleh dibuat bagi memenuhi hasrat tersebut. Antaranya, bertegursapa,kunjung- mengunjungi,menghulurkan bantuan,bergotongroyong dan bersama-sama menegakkan syiar Islam.
Justeru,jelaslah kepada kita,betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana, sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. Walau sebesar mana sekali pun gelombang perubahan yang melanda masyarakat kita,namun semangat kejiranan tetap menjadi keutamaan.
Kekuatan hubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni mengukuhkan ikatan ukhuwah islamiah dan kasih sayang yang kadangkala melebihi daripada keluarga sendiri. Kehidupan yang
mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan.
Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah antara dua saudara
kamu (yang bertelingkah) itu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujurat ayat 10)
Ya Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur ke hadrat mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju,sejahtera dan berkebajikan.
Justeru kami pohon ke hadrat mu ya Allah, tetapkanlah iman kami,tingkatkanlah amal kami,kukuhkanlah perpaduan kami,murahkanlah rezeki kami,kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat,suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia,kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redai,lindungilah kami daripada ujian mu yang berat seperti banjir besar,kemarau panjang,wabak penyakit,persengketaan,kemiskina n dan lain-lain supaya dengan demikian,negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.
Titipkan doa kepada jiran tetangga dan saudara mara terdekat agar mereka diberi keringanan dari musibah yang mungkin timbul. Semoga mereka diberi kesabaran dan keteguhan iman
Maka jiwa yang bersih itu seharusnya membersihkan hubungan baik antara kita dengan jiran. Ini akan menuju kita menjadi umat Muhammad yang berpegang kepada Al-Quran dan sunnah serta menjadi khairu Ummat. Allah telah menyatakan,
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, kerana kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (surah Ali Imran:139)
Sayidina Umar bin Al-Khatab r.a. berkata :
Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
Barang siapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.