PEREMPUAN ANGGERIK - 9
ARIW memilih Iceland untuk berbulan madu. Aku menurut sahaja.

Akhirnya pesawat Icelandair yang terbang dari Denmark mencecah roda di Lapangan Terbang Antarabangsa Keflavik. Aku memaut lengan Ariw dan merasa tubuh lelakinya yang hangat. Suhu 0.6 Celcius bulan Januari. Birch dan spruce jangan diharap, bisik Ariw.

Habis apa yang ada

Bilberries dan crowberries saja, buah-buahan kami dan angsa berbisik!

Husyangsa berbisik Aku ketawa.

Ariw mengusik puncak hidungku yang tinggi.

Kalau bernasib baik, boleh lihat lichenfungus cantik dan alga yang hidup meriah di bumi ini.

Aku merenung ke dalam mata Ariw. Bulu matanya lentik.

Mata itu-seperti kata rakan karibku Yatey-bersinar-sinar!

Mouna, kakak Ariw, sudah sedia menanti. Kereta Ford tersedak-sedak melepasi University of Iceland, Reykjavik Conservatory of Music, Lutheran Cathedral, dan patung Leif Ericson.

Kalau ada masa kita melawat Althing kemudian, kata Mouna, cuba-cuba mencari kemesraan.

Aku mengangguk, mengingatkan Althing ialah Parlimen pertama di dunia, terdiri sejak tahun 930.

Ariw bersuara halus, jangan ditanyakan yang bukanbukan pada kakaknya. Dia perempuan luluh lantak jiwa kerana cinta, membawa hati jauh ke dunia pulau 129 glasier dan 100 gunung berapi. Jangan ditanya soal lelaki, nanti Mouna menukar diri seperti Hekka, gunung berapi yang pernah meledak mengambus 9000 jiwa. Jangan juga mengharap banyak daripada Mouna, dia tinggi tidak tercapai ibarat puncak Hvannadalshnukur yang 2119 meter itu. Kalau politik, dia pendukung berat Independence Party (semacam Parti Konservatif). Kalau agama, penganut Evangelical Lutheran dan hati-hati, bijak memerhati dan meneliti kalau-kalau Moana halus menyerang Islam. Aku mengangguk faham, senyum kecil mengenangkan panjang nasihat abang tersayang. Memang kala Ariw memilih untuk menganut Islam, Moana mengamuk. Takut-taku radang belum reda. Bimbang marahnya seperti gunung berapi di dasar lautan, tiba-tiba meledak hingga membentuk Pulau Surtsey.

Mouna tiba-tiba berbahasa Icelandic. Suara Mouna keras seumpama granit. Inilah bahasa para Viking.

Apa katanya bisikku di telinga Ariw, hampir-hampir mencium pipi yang berbulu.

Tiada apa-apa.

Husyyy!

Syyhei, cuba bawa bicara tentang sasteradia suka. Ingat, dia Profesor Kesusasteraan Icelandic di University of Icelandic.

Aku mengangguk lagi. Faham benar. Dalam benak mengarang-ngarang soalan, kerana tahu serba sedikit. Latar pelajar sarjana penulisan kreatif di USM banyak menyediakan bahan untukku. Iceland ini jangan diperkecil sasteranya. Terkenal dengan saga.

Teringat cinta yang berputik dengan Ariw ketika lelaki itu menuntut di USM lima tahun lalu. Ketika itu, kami samasama tekun sebagai pelajar seni bina; tetapi aku sudah agak bertapak dalam dunia penulisan kreatif. Minat sejak menyertai Minggu Penulis Remaja; diasuh Dr.Othman Puteh dan Prof. Madya Rahman Shaari. Sudah ada empat novel fantasi dan puluhan cerpen lain. Setahun selepas berjaya beralih bidang, berdasarkan pengalaman kerdil dalam kesusasteraan, kami mulai bertemu dan berutus surat, lantas bercinta. Dia menganut Islam, dan kami bersatu secara sah.

Macam Laxdaelasaga, kata Ariw selalu. Ya, Laxdaelasaga itu kisah cinta tragik klasik di sini.

Aku menahan sejuk. Bibir terketar. Dalam cepu kepala ligat bergolak macam ombak, menghempas pantai kemudian terjah semula ke tengah. Aku tahu, untuk membuatkan Mouna suka padaku, boleh sahaja bertanya-tanyakan tentang Halldor Laxness, penulis Icelandic yang pernah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1955. Novel Salka Valka amat besar, The Fish Can Sing (1957), terjemahan yang mekar segar dalam rak buku kegemaran. Dua tiga orang novelis kontemporari seperti Olafur Johann Sigurdson atau penyair Snorri Hjartarson dan dramatis Agnar Thoordarson; aku pernah menonton drama pentas Atoms and Madams ketika mengembara ke New York.

Kalau ada soalan provokatif tentang Islam, jangan dilayan! Ariw memberi ingatan lagi. Aku telan air liur. Dan, kami tiba di Kopavogur, lebih ke bawah dari Reykjavik.

Sekitar enam belas ribu orang diam di sini, kata Mouna bernada tegas.

Malam, sebelum tidur, Mouna menyajikan roti, ikan kod dibakar ringkas, dan telur. Ada the pekat ala Viking. Mouna bercerita serba ringkas tentang Iceland. Aku melongo, tidak pasti antara terpukau atau menahan kantuk oleh durjana perubahan waktu. Mouna menyusuri sejarah disebut nama Viking Ingolfr Arnarson, peneroka pertama Iceland. Kuasa Denmark rupa-rupanya amat mencengkam di sini sehingga tahun 1944. Dan, dalam gelora perang dingin Iceland menjadi pangkalan strategi mengintip USSR. Inflasi rendah, taraf hidup tinggi, tambah Mouna. Pendidikan percuma santak ke universiti dan wajib untuk kanak-kanak enam tahun hingga 16 tahun. Aku terkenangkan pelajarpelajar institusi pengajian tinggi tanah air yang tertekan bahana pengkorporatan. Yuran di kolej swasta dengan kursus yang difrancaiskan dari universiti awam ada yang sampai RM10 000.00. Orang melarat mahu korek wang dari mana Mouna berkisah lagi, tentang industri menangkap ikan paus, tentang Iceland sebagai ahli NATO; dan sebelum lebih panjang, aku bertanyakan pertukaran mata wang. 67.8 kronur menyamai 1 dollar. Mouna mengangkat jari.

Ariw mengelus lembut tanganku dan bersuara perlahan, Duit di dalam kocek abang, lebih daripada cukup

Aku cuma angguk. Tiba-tiba terasa miang. Dan, Mouna nampak seperti faham dengan juih bibirku yang liar dan gerak mata Ariw yang menuntut-nuntut. Dia meminta diri dengan menguap yang dibuat-buat.

Malam pertama di Reykjavik sentosa. Letih gelora di dalam pesawat dan letih gelora dalam pelukan Ariw menghantar cungap ke subuh. Tanpa azan untuk mengejutkan, menahan gigil bingkas mandi yang mesti dan bersolat subuh berjemaah.

Kita ke mana nanti tanyaku bersandar pada dada Ariw yang berbulu. Ariw duduk mengangkang, aku tercelah di dalamnya. Tanganku sengaja memintal-mintal bulu ketiak suami yang menjulur.

Mahu berski di glasier Vatnajokull Atau boleh pilih ke lagun Jokulsarlon. Boleh belayar di sekelilingnya juga, pilihan ini menghala ke Breidamerkurjokull. Kalau mahu merasa kawasan pedalaman yang indah dan romantic, barangkali kita minta Mouna bawa ke Husavik, pekan kecil di celah pantai Skjalfandi. Harus banyak ilham di sini untuk puisi.

Lain Aku sengaja bernada manja.

Namaskard, ada tasik Myvatntapi agak bahaya, banyak sulfur di kawasan ini, bekas daerah perlombongan.

Tak mahulah.

Habis mahu apa Ariw menyisir rambutku.

Mahu berski, mahu belayar, mahu Ariw.

Dan pagi Reykjavik dibelai kabus ketika embun masih turun memberat.

Akhirnya, memilih untuk ke kawasan pergunungan di Fjallabaksleio. Mouna bersusah payah menyewa kereta. Dia akan mengekori bersama. Pelik, kakak si Ariw ini, tidakkah dia tahu aku sedang berbulan madu dengan adiknya! Nasib badan

Van lapang membawa barangan dan bekal makan tengah hari. Salad, ayam panggang yang disembelih Ariw, ikan kod bakar, roti ban, dan muffin. Mouna dan Ariw bergilir memandu. Destinasi ke Skaftafell, dan melampaui kawasan desa Lanssveit menuju ke utara Domadalur. Tiba-tiba Mouna membuka mulut, menunaikan kebimbangan Ariw.

Apa Islam itu segala penyelesaian seperti dakwa kau Mouna bersuara dengan hembus perli. Ariw menarik nafas panjang-panjang dan melepaskannya perlahan-lahan.

Mataku liar mengecap kejelitaan Gunung Hekka berbalambalam dalam silau cahaya matahari pagi. Tangan sesekali gatal mengetik kamera.

Kalau betul Islam itu penyelesaian, mengapa dunia Islam masih dirundung masalah Mouna berkeras lagi.

Ariw mulai memicit-micit kepala. Kakak seorang ini mendewasakannya setelah pemergian ibu bapa. Dia tidak mahu pula meluahkan hati seorang janda dikhianati suami dengan kematian dua orang anak akibat letupan pesawat Pan-Am di Lockerbie, Scotland. Masih ingat, Amerika Syarikat sehingga hari ini menuduh warga Libya dalang di belakangnya Nampaknya momok Amerika Syarikat itu berjaya benar. Mouna membenci Islam sungguhsungguhan. Mujur rasa kasih kakak kepada adik tidak sampai membuatkan dia membuang Ariw.

Bagaimana Islam akan menghadapi kebangkitan tuntutan homoseksual, kehendak liberalisasi ekonomi, atau kecanggihan sains teknologi yang berkembang biak seperti klon Dengar cerita, menerusi bacaanku di internet, air sudah jadi masalah kencang di negaramuhah boleh Islam menyelesaikan krisis air misalnya

Aku senyum meleret. Serasa-rasa benar Mouna ini kebudak-budakan apabila melemparkan persoalanpersoalan bodoh seperti itu.

Ariw menggeleng-geleng. Entah tidak tahu atau tidak mahu membuka jalan gaduh.

Islam boleh menyelesaikan masalah air jugatetapi kerana kami tidak benar-benar mengikuti saranan Islam, maka krisis air melanda, jawabku tegas. Aku terasa seperti mahu membela. Pengetahuan peringkat sarjana muda dalam arena seni bina boleh menggagahkanku untuk berperang hujah. Atau namakan sahaja diskusi.

Ariw terbeliak mata. Cuba mengisyaratkan supaya jangan mencari fasal.

Bagaimana, Islam ada kuasa sakti begitu

Bukan kuasa sakti, tetapi perancangan rapi. Kuala Lumpur mengalami krisis air kerana sistem perbandaran yang tidak teratur. Apa yang menimpa Kuala Lumpur boleh juga menimpa Reykjavik. Perbandaran Islam menyarankan sesuatu yang terbaik Aku bersuara senada dengan Mouna kini.

Ariw memegang dagu dan menjeling tajam seperti selalu. Aduh, mata itu!

Emmmperbandaran Islam. Menarik. Jadi, Islam ada semua. Kata Ariw, Islam ada ekonominya sendiri, ada undang-undangnya sendiri, ada kenegaraannya sendiri, ada semuahuhh, ada perbandarannya juga. Aku nak dengar. Mouna lebih mengejek-ejek.

Karya tulisan seputar sejarah perbandaran Islam banyak. Von Grunebaun, Grabar, Lapidus, Stern, dan Goitein hanya beberapa nama yang mencungkil kota raya Islam yang penuh dengan unsur seni dan manifestasi kepercayaan kami kepada Tuhantauhid kata kami. Ambil sahaja istana al-Hambra di Granada, reka bentuk seni binanya berdasarkan sensitiviti persekitaran. Ia berhubung dengan tanah dataran, pergunungan, dan sungai. Fatehpur Sikri menimbang unsur permulaan, jalan, dan destinasi. Aku kini semakin lantang, mengah tiba-tiba. Ariw terbatukbatuk, usaha untuk meleraikanlah begitu.

Belum jelas. Mouna belum berpuas hati.

Berhenti seketika di Landmannalaugar. Andai musim panas, memang boleh berenang, kata Ariw.

Air ialah unsur penting dalam perbandaran Islam. Bukan semata-mata kerana air untuk asasi, malah air ialah elemen penyucian mustahak sebelum menunaikan ibadah. Air untuk wuduk kami perlu membasuh anggota badan sebelum menghadap Tuhan. Air untuk mandi wajib kami perlu mandi serata badan selepas menikmati seks. Air untuk membasuh najis air amat penting untuk bersuci ambil kota Fez. Ia tidak dibina tanpa perencanaan. Fez didirikan di lembah dengan jalur air daripada lapisan berlainan. Air daripada jalur atas merentasi bandar. Dan, kerana Fez berada di lembah, jalur air mudah diaraharahkan sehingga boleh merebak ke seluruh kota ke setiap kediaman. Air yang telah diguna tersalur di jalur kedua yang lebih rendah menuruni lembah. Seperti urat-urat darah di badan.

Ermm, okey, ada contoh lain Mouna sengaja mendorong lagi penerangan panjang lebar begitu. Aku pun tidak mengalah. Ambil Istanbul.

Okey, aku dah sampai ke situmelancong, Mouna mengaku.

Van sedang bergerak laju ke Eldgja Gorge yang tersohor.

Selat Bosphorus, antara laut tercantik di dunia, tidak pernah disia-siakan oleh arkitek Islam dahulu kala. Topkapi, kompleks Suleymaniye, masjid al-Fatih, taman, hospital, dan rumah mandi awam bercambahan di sepanjangnya. Aharumah mandi Istanbul, aku ada mencubanya. Mouna kian tertarik.

Bagus. Komponen rumah mandi Turki itu ada kaitan dengan apa yang kita bincangkan ini. Ingat komponen utamanya ialah iliklik, sogukluk, dan sicaklik. Air diambil dari luar, disimpan di dalam tembok maslak sebelum dijadikan panas atau sejuk. Untuk yang sukakan wap, memilih yang hangat; untuk yang sukakan sejuk, pilih sahaja di pancuran. Istanbul milik rumah mandi jauh sebelum Versailles mempunyai tanda yang sempurna!

Mouna mengangguk. Dia tahu, sewaktu pemerintahan Sultan Sulaiman pada abad ke-14, Istanbul merupakan syurga rumah mandi. Sinan, arkitek terkenal Turki membesarkan hamam diraja, dan di akhir pemerintahannya sudah melampaui 14 000 rumah mandi awam dengan 150 kamar mandi wap yang besar. Dia memang tertarik dengan soal itu ketika berada di Turki dua tahun lepas.

Ini semua boleh berlaku, kerana Bosphorus mempunyai dua lapisan sistem pusaran. Lapisan atas mengaruskan air Laut Hitam ke Laut Marmara, dan Laut Marmara mengalir ke arah bertentangan. Hal ini boleh berlaku kerana Marmara ada kelebihan kandungan garam, dan ini menganjurkan higher density. Jadi, air yang diperlukan untuk rumah mandi misalnya, diambil daripada lapis atas yang telah digunakan, lalu dihantar ke lapis bawah.

Apa moralnya di sini

Maknanya yang tidak betul ialah pentadbiran bandar. Bukan soal Islam boleh menyelesaikan krisis air atau tidak, tetapi dari satu segi, Islam mementingkan air bersih seperti kata saya tadi. Oleh itu, apabila diminta membina kota, para arkitek Islam akan mencadangkan pembinaan kota raya yang terancang dan tersusun seperti Istanbul atau Fez.

Masalah Kuala Lumpur ialah membina bandar ikut sesuka hati. Apa sahaja yang mahu didirikan, maka didirikan. Tambahan kawasan perumahan, dibangunkan semahumahunya tanpa memikirkan jangka panjang untuk sistem air bersih dan saluran perparitan. Akibatnya air tak tiba dan parit melimpah. Banjir kilat. Bukan soal kemarau atau secara mudah menyalahkan El-Nino. Manusia jelas masih tak mahu mengaku, lalu menyalahkan Tuhan.

Fuhh, isteri kau Ariw, bukan calang orang. Salah aku menduga! Mouna ketawa tiba-tiba dan ledakan gelak dibawa melewati Glasier Myrdal dalam perjalanan ke

Skaftafell.

Rupa-rupanya diskusi begitu perlahan-lahan merebak menjadi kemesraan utuh. Mouna dan aku giat berdiskusi sekitar sastera. Dua hari kami di Skaftafell, pulang semula ke Reykjavik.

Sekarang aku dan Ariw di sebuah tebing tinggi menghadap beberapa bahagian pantai selatan Iceland. Hujan lebat baru berhenti, hujan gerimis masih menimpa payung putih kami. Ariw kemas memelukku. Aku lemas dalam cinta yang berpusar-pusar.

Di belakang kami, gereja tua. Di hadapan, pangkalan sibuk dengan nelayan bersiap untuk ke laut.

Bertahun-tahun aku cuba bercakap tentang Islam kepadanya, dia menolak. Sekarang, sekelip mata apabila sayang membuka mulut dia sudah boleh ketawa.

Kita harus bercakap tentang apa yang disukainya. Ini tidak, apabila ditanyakan apa itu IslamAriw mulakan dengan neraka dan pembalasan dosa. Tentang kaki tangan mesti dipotong apabila mencuri atau pasangan yang disebat apabila berzinamana Mouna tak benci!

Ariw ketawa. Aku ketawa.

Ehhh, lihat itu. Bibir Ariw dimuncungkan kearah sesuatu yang tiba-tiba muncul dari permukaan lautan dengan lengkung menggoda.

Matahari muncul dambar. Bianglala Reykjavik mempesona indah.

Dan, bulan madu kami harmoni seperti pelangi.