AYAH EDY PUNYA CERITA - 9
Suatu hari Debby belajar melukis di taska. Kali ini temanya adalah My Sweet Home atau Keluargaku Tercinta. Setelah habis masa persekolahan, gambar itupun dibawanya pulang. Debby sangat ingin menunjukkan hasil karyanya tersebut kepada ibu bapanya, setelah kedua-duanya pulang dari pejabat.

Tibalah waktu yang ditunggu-tunggu.

Mama ... Papa ... lihat ini, adik baru sahaja belajar melukis.

Oh ya kata kedua ibu bapanya, lalu ditunjukkan gambar itu untuk dilihat oleh mama dan papanya.

Gambar apa ini, Sayang

Adik tadi diminta cikgu untuk melukis My Sweet Home. Lalu ibu bapa itu memandang gambar anaknya seraya bertanya.

Ini siapa, Sayang

Ini adik.

Ini pula siapa

Ini Kakak.

Nah ... yang dua orang, memeluk kamu ini siapa

Ini pengasuh dan penjaga.

Jadi Mama dan Papa di mana, sayang

Mama dan Papa tak ada, kan Mama sama Papa jarang ada di rumah.

Bukan main tersentak hati ibu bapa tersebut, mereka saling berpandangan dan tanpa sedar titisan air mata mula membasahi pipi mereka. Dipeluk erat-erat puteri kecil tercinta mereka. Dengan suara bergetar Mama berkata, Maafkan Mama dan Papa, ya, sayang. Apa yang kamu harapkan dari Mama agar gambar Mama boleh ada di rumah kecil kamu ini

Ibu bapa yang berbahagia, sedarkah kita bahawa hampir setiap hari kita meninggalkan anak kita di rumah bersama pengasuhnya Pada pagi hari dia tidak sempat melihat ibu bapanya, ya kerana kita keluar awal pagi. Pada malam hari, saat yang paling dinantikannya untuk boleh bertemu ibu bapanya tetapi yang dia lihat hanyalah sisa-sisa tenaga dan amarah yang dibawa ibu bapanya dari pejabat sebagai hadiah untuknya.

Jadi, jangan terkejut jika anak kita menganggap orang tuanya sebagai tetamu yang kebetulan singgah dan menginap di rumah setiap hari dan bukan sebahagian dari keluarganya. Ibu bapa yang berbahagia, mari kita bangunkan Indonesia yang kuat melalui anak-anak kita tercinta.

Jangan terkejut jika anak kita menganggap ibu bapanya sebagai tetamu yang kebetulan singgah dan

menginap di rumah setiap hari, bukan merupakan

sebahagian dari keluarganya.