Setelah kedinginan dan ketegangan berganti dengan keramahan yang dibeli dengan keunggulan lidah, semua pertanyaan yang diajukan oleh pegawai itu bagaikan sekadar memenuhi syarat sahaja. Mr Choong tidak perlu membayar apa-apa cukai kerana pegawai itu berpuas hati dengan alat yang melingkar-lingkar di dalam bungkusan plastik tidak akan digunakan untuk tujuan perdagangan. Apalagi Mr Choong cukup bersenjatakan dokumen-dokumen sah yang menyokong bahawa alat itu adalah untuk kegunaan penyelidikan. Maka urusan dengan pegawai itu menjadi pertemuan yang menyenangkan.
Pintu makmal Dr Jalani diketuk dan dibuka oleh Mr Choong. Dr Jalani tampak apa yang sedang dibawa oleh Mr Choong. Apabila sampai di meja Dr Jalani lalu dia membuka bungkusan itu.
Hebat, dalam masa 10 hari awak sudah dapat hemopump. Apa yang awak kelentong dengan Houston Heart Institute tanya Dr Jalani yang jarang-jarang memberi pujian.
Tidak ada apa-apa hanya seorang pesakit yang sangat tenat, jawab Mr Choong.
Dr Jalani memerksa alat itu. Setelah puas dengan keadaan alat iu, dia memandang Mr Choong dengan wajah serius.
Kita telah sampai pada ujian akhir daripada penyelidikan kita, Dr Jalani sengaja menekan perkataan kita untuk memancing Mr Choong.
Bila ujian akhir itu hendak dilaksanakan tanya Mr Choong dengan penuh minat.
Tidak lama lagi tetapi masih dua perkara penting yang perlu kita perolehi sebelum percubaan ini dapat dijalankan.
Apa dia lagi tanya Mr Choong.
Saya perlukan mayat segar dan kira-kira 10 pain darah.
Apa Saya tidak mahu terlibat dalam hal ini.
Mr Choong, saya anggap awak semacam keluarga saya sendiri. Saya lindungi awak dalam banyak keadaan pada masa lampau. Masakan awak mudah lupa.
Saya masih ingat tetapi permintaan doktor tak mungkin saya sediakan sekalipun saya bersetuju membantu.
Awak pasti boleh menolong saya.
Selama ini saya ingat doktor hendak melakukan percubaan terhadap siamang itu, tangan Mr Choong menunjuk ke arah bilik kurungan haiwan.
Mr Choong, sekranya saya berjaya, awak juga akan jadi ternama. Saya akan masukan nama awak sebagai coworker bagi penyelidikan ini. Nama awak akan tercetak di belakang nama saya di jurnal-jurnal terkemuka, taktik biasa Dr Jalani untuk mempengaruhi Mr Choong yang banyak terhutang budi.
Buat apa dengan mayat segar, kan doktor boleh gunakan siamang, cimpanzi atau lotong Semua itu juga mamalia.
Dunia tidak terkejut dengan siamang atau cimpanzi, saya memerlukan mayat segar kurang dan tiga jam.
Dr Jalani sedia makium yang jabatan ini hanya boleh mendapatkan mayat yang berusia 48 jam sahaja dan untuk apa mayat segar itu
Untuk penyelidikan, untuk apa lagi! jawab Dr Jalani.
Saya belum lagi jelas dengan tujuan percubaan doktor.
Baiklah. Matlamat utama percubaan ini adalah untuk memulihkan fungsi vital alat-alat tubuh secara sistematik.
Organ-organ daripada mayat Ah, itu dah gila, menceIah Mr Choong pantas.
Muka Dr Jalani merah padam bila mendengar perkataan terakhir yang dilafazkan oleh Mr Choong. Tetapi dikawal perasaannya, dia menyambung penjelasannya. Di kala ini dia memerlukan sahabat bukan musuh.
Dengar dahulu sebelum awak kritik. Saya memerlukan mayat berumur kurang dan tiga jam kerana kematian sel belum terjadi. Awak pernah dengar mati suri, bukan
Tidak pernah, mati adalah mati. Jawab Mr Choong melindungi ketidaktahuannya.
Awak pernah mendengar benita-berita tentang orang orang yang telah dinyatakan mati oleh doktor dan kemudian dapat keluar daripada keranda atau liang lahat mereka. Inilah yang dinamakan mati suri atau inapparent death. Keadaan ini terjadi oleh kerana asas definisi kematian itu berbeza-beza. Kematian tubuh adalah himpunan kegagalan fungsi organ yang belum diikuti oleh kematian sel-sel organ. Ini adalah kerana titik kematian itu bukan didasarkan pada satu garis yang jelas tetapi merupakan suatu jangka masa yang memungkinkan suatu proses kematian itu ditunda atau dipulihkan. Pokok persoalannya terletak pada tahap kematian sesuatu mayat.
Tidakkah penyelidikan begini rumit diserahkan pada klinisyen sahaja, pertanyaan Mr Choong memotong syarahan Dr Jalani.
Klinisyen hanya berminat sebelum kematian otak. Apabila terjadi kematian jantung, jantung itu berhenti berdenyut, mereka akan melakukan suntikan adrenalin ke dalam jantung, mereka akan mengurut jantung itu tidak cukup dan luar, mereka membuka torak dan mengurut jantung dan dalam, mereka mengejutkan jantung dengan arus elektrik dan mereka memasang pacemaker dan luar dan dalam. Untuk apa semua tindakan itu. Tidakkah semuanya untuk memulihkan kematian. Tetapi mengapa harus berhenti pada kematian otak
Dr Jalani, segala sesuatu itu mesti ada sempadan dan batasannya. Jadi kematian disahlan apabila EEG tidak menunjukkan sebarang kegiatan. Itu adalah sempadan antara hidup dan mati. Saya yakin doktor lebih arif dalam hal ini.
Inilah yang menjadi isu yang mahu saya ketengahkan melalui penyelidikan yang amat penting ini. Kalau saya berjaya... kalau kita berjaya, kita dapat membuka mata dunia perubatan tentang penemuan baru. Ia akan merubah pemahaman kita terhadap kematian dan titik kematian sebenar terletak lebih jauh daripada yang disangka.
Itu sebabnya doktor memerlukan mayat segar, kata Mr Choong seolah-olah memohon pengesahan.
Ya, sebelum terjadi kerosakan pada mitokondria2. Kalau mitokondria pecah maka kematian sel akan bermula.
Tetapi bagaimana untuk mendapatkan mayat segar yang berumur kurang dan tiga jam.
Ah, itukan perkara mudah bagi Mr Choong. Saya tidak meminta berlebihan hanya mayat. Bukan orang hidup. Mayat.
Masalahnya saya akan dipanggil mengambil mayat di Rumah Mayat setelah 48 jam selepas kematian.
Rumah Mayat itu ibarat pejabat awak. Semua staf di situ kenal awak. Mereka tidak curiga kehadiran awak di sana. Kira-kira sejam selepas kematian di wad, jenazah akan dibawa ke situ. Apa yang perlu awak lakukan adalah menggantikan label dan butir-butir mayat segar itu dengan mayat lain. Kemudian awak akan menyuntik larutan DTMM HBr 4% ke enam tempat. Dua di pangkal paha, dua di lengan dan dua di leher.
Untuk apa larutan itu tanya Mr Choong.
Larutan ini penting untuk menyetabilkan mitokondria, sambil Dr Jalani mengeluarkan sekotak vial ubat tersebut. Mr
Choong mencapai kotak yang dihulurkan oleh Dr
Jalani. Diteliti vial-vial besar itu yang mengisi 10 ml larutan kimia itu untuk setiap vial. Dia menutup kotak itu sambil bertanya.
Bagaimana dengan 10 pain darah itu
Itu juga tidak susah. Orang-orang di Bank Darah itu bukan semuanya nak masuk syurga. Awak kenal kawan awak, Ketua Teknologi Makmal Hematologi. Siapa namanya Dr Jalani cuba mengingat namanya sambil menggaru-garukan kepala yang tidak gatal itu seakan-akan monyet Rhesus di kandangnya.
Vincent, jawab Mr Choong pendek.
Awak lakukan hal yang sama seperti pada mayat segar. Tukarkan label darah yang hendak dibuang dengan darah yang baru. Minta pada Vincent darah yang hendak dibuang kerana sudah melebihi masa pakai 120 hari. Katakan untuk tujuan penyelidikan. Kalau tidak kita ambil, darah itu akan dibuang juga.
Jadi, grup darah O positif yang doktor kehendaki. Ya, jawab Dr Jalani pendek, memberi pengesahan.
Kalau begitu, baik saya uruskan bekalan darah dahulu dan kemudian apabila ada mayat yang sesuai, saya akan hubungi doktor.
Mengenai kedua-dua perkara itu, saya serahkan pada kebijaksanaan awak. Awak lebih afdal dalam perkaraperkara ini, Dr Jalani sengaja memuji kebolehan Mr Choong.
Tetapi apakah ada kriteria pemilihan mayat yang dok tor inginkan
Kalau boleh di bawah 45 tahun, jantina, mana-mana pun boleh, sebab kematian, bukan kemalangan dan bukan kerana penyakit yang belum boleh diubati seperti kanser.
Kalau Myocardial Infarction bagaimana tanya Mr Choong.
Ya, tetapi jangan CVA . Terlalu rumit.
Kedua-dua makhluk itu terus berbincang. Manusia pada mereka tidak ubah seperti haiwan-haiwan percubaan. Mereka berasa mereka akan melakukan sesuatu yang baik untuk manusia mendatang. Nama mereka akan dikenang sepanjang zaman sebagai pelopor di bidang yang belum pernah diterokai.