Penerjun udara dapat terjun kerana ada daya graviti. Ini sesuai dengan hukum Newton kedua yang menyatakan adanya daya apabila terdapat jisim yang sedang memecut. Penerjun mempunyai jisim dan sedang mengalami pecutan sewaktu menerjun. Ia sesuai dengan formula popular yang biasa kita jumpa iaitu F = ma.
F merujuk pada daya, m merujuk pada jisim (mass) dan a meruju pada pecutan (acceleration).
Pada waktu kita sedang terjun, akan berlaku daya seretan (drag force). Daya ini membentuk daya yang menolak kita ke atas. Di sini ada konsep hukum Newton ketiga yang menyatakan setiap daya yang dikenakan akan ada daya yang berlawanan. Keduadua daya tersebut adalah sama kekuatannya. Macam kita terjun ada daya graviti yang menarik kita ke bawah, pada masa yang sama juga ada daya seretan yang menolak kita ke atas.
Daya seretan ini tidak begitu kuat pada awalnya, dan kekuatan daya itu akan bertambah sehinggalah ia menjadi malar (constant). Malar ini bermaksud tiada perubahan yang berlaku ke atas kuantiti.
Macam terjunan udara ini, akan sampai satu tahap halaju kita tidak akan berubah. Ini bermaksud halaju kita tidak akan bertambah dan berkurang. Dalam kes ini, kelajuan kita sudah mencapai tahap maksimum dan tidak bertambah lagi. Pada waktu halaju mahu mencapai halaju tetap, kita akan mengalami nyahpecutaan (deceleration) kerana keadaan perubahan halaju itu semakin mengerucut dan seterusnya tiada lagi pecutan kerana halaju sudah tidak berubah.
Halaju maksimum yang dialami oleh penerjun udara ini dipanggil sebagai halaju terminal (terminal velocity). Halaju terminal adalah halaju maksimum yang mampu dicapai oleh objek yang jatuh ke Bumi. Pada masa ini juga, daya hadangan udara dan daya graviti mengalami keseimbangan sesuai dengan hukum Newton ketiga.
Kegunaan payung terjun adalah untuk mengurangkan kadar halaju yang dialami oleh penerjun udara. Juga mampu mengurangkan kadar daya yang berlaku ke atas penerjun. Sekaligus mampu mengurangkan daya impak yang dikenakan ke atas penerjun tersebut.