Setelah mengetahui giliran permulaan, pemain perlu memegang tangan pemain lain di sisi kiri dan kanan sehingga membentuk 1 bulatan. Dengan serentak, semua pemain akan menyorak Pepsiiii Kolaaaa Sambil melangkah 1 langkah ke belakang dan melepaskan tangan masing-masing.
Permainan dimainkan dengan setiap pemain perlu menyentuh kaki pemain lawan dengan kakinya tidak kira walau dengan apa cara sekalipun. Pemain yang kakinya hendak diserang haruslah mengelakkan kakinya dari disentuh kaki pemain penyerang tadi. Dia bebas untuk mengangkat kaki, melompat, mengangkang atau apa sahaja akal dengan syarat hanya 1 langkah pergerakan sahaja.
Pemain yang menyerang juga bebas untuk menerkam, melompat, memijak menendang atau apa jua akal dengan syarat yang sama.
Pemain akan bergilir-gilir giliran menyerang kaki pihak lawan masing-masing. Pemain yang mana disentuh kakinya oleh kaki penyerang lain akan dikira terkeluar. Pemain terakhir yang berjaya melindungi kakinya dari disentuh mana-mana kaki pemain lawan akan dikira sebagai champion dan kakinya akan dihormati rakan-rakan.
Tiada sebarang masuk campur atau penajaan dari syarikat minuman Pepsi atau Coca-Cola di dalam permainan ini.